Anda di halaman 1dari 8

Rekonstruktivisme

• Asal-usul rekonstruktivisme terletak pada


pergerakan progresivisme dalam pendidikan.
• Ahli-ahli ini berpendapat bahawa masyarakat telah
mencapai kemajuan yang pesat dalam sains dan
teknologi, tetapi terdapat jurang antara adaptasi
budaya dengan realiti masyarakat teknologi.
• Perlu membina (reconstruct) nilai-nilainya agar
dapat membuat penyesuaian dengan perubahan-
perubahan teknologi.
Ahli-ahli ini juga bercadang :
• Guru-guru dan sekolah hendaklah membuat
kajian kritis mengenai budaya dan masyarakat.
• Hendaklah mengenal pasti kelemahan-
kelemahan, kontroversi dan konflik, dan
seterusnya meneroka serta mencari jalan
penyelesaian.
Ahli-ahli ini mempercayai :
• Zaman teknologi merupakan satu tempoh saling
bergantungan. Peristiwa di suatu bidang di
tempat berlainan di dunia akan mempunyai
kesan dalam bidang-bidang tertentu di negara
kita.
• Mereka cenderung untuk memperkenalkan satu
kurikulum yang bersifat antarabangsa.
• Soal hidup mati manusia dan pendidikan
mempunyai kaitan yang amat rapat sekali.
Ciri-ciri Rekonstruktivisme
1. Mengkaji secara kritis warisan budaya.
2. Mengkaji isu-isu yang kontroversial.
3. Bertujuan untuk membawa perubahan sosial yang
membina.
4. Memupuk satu sikap untuk sering membuat
perancangan.
5. Melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar dalam
program-program perubahan sosial, pendidikan,
politik dan ekonomi sebagai satu alat
pembaharuan kebudayaan.
• Penekanan terhadap isu-isu sosial telah mendorong
ahli-ahli rekonstruktivisme untuk mencadangkan dasar-
dasar pendidikan yang berkaitan dengan masalah-
masalah kebangsaan dan dunia yang penting.
• Menggalakkan penggubalan dasar yang bertujuan
untuk menghapuskan diskriminasi ras dan kemiskinan.
• Program-program pendidikan seperti pendidikan
imbuhan, integrasi sekolah serta pendidikan dwibahasa
dan dwibudaya adalah sejajar dengan prinsip-prinsip
rekonstruktivisme.
• Pendidikan antarabangsa telah digalakkan sebagai alat
untuk mengurangkan konflik-konflik dunia.
• Ahli-ahli ini juga mempercayai suatu susunan
sosial yang baru hanya akan wujud dengan
syarat para pendidik mencabar pemahaman
pengetahuan, pendidikan, persekolahan dan
pengajaran yang lama dan seterusnya
merancang untuk membawa perubahan
pendidikan yang boleh menghasilkan
perubahan sosial.
• Bidang-bidang pengetahuan yang amat
berguna : Antropologi, ekonomi, sosiologi,
sains politik dan psikologi.
• Pendidikan seharusnya dicorak untuk
menimbulkan kesedaran kepada pelajar
masalah-masalah sosial dan melibatkan
mereka secara aktif dalam penyelesaian
masalah.
• Ahli-ahli ini mementingkan kesamaan dalam
masyarakat

Anda mungkin juga menyukai