Falsafah pendidikan Timur, Islam, dan Barat memainkan peranan yang penting
terhadap perkembangan pendidikan di Malayia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita
mempunyai beberapa aspek yang diterapkan dari Falsafah Pendidikan Timur, Islam,
dan Barat.
Penekanan secara rohani yang terdapat di Negara kita pula jelas terpapar dalam
falsafah pendidikan islam dan timur. Dalam falsafah pendidikan islam, konteks agama
diberikan keutamaan dimana terdapat pendidikan al-immaniah yang bermaksud
pendidikan iman. Abd Halim Hj Mat Diah, 1989 berkata bahawa pendidikan islam ialah
proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja
oleh pendidik untuk mencapai tujuan untuk membentuk manusia Muslim berdasarkan
ajaran Islam. Aspek rohani juga ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam
dalam konsep Abd Halim Haji Mat Diah ,al-immaniah iaitu pendidikan iman terkandung
di dalam bidang pendidikan Islam. Ahli falsafah timur iaitu, Rabindranath Tagore pula
menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha seseorang insan untuk mencapai
nirvana. Ini jelas menunjukkan bahawa aspek rohani yang terdapat di Negara kita
diterapkan dari kedua-dua falsafah ini.
Aspek emosi pula jelas terpapar di falsafah pendidikan islam dimana menurut
Abdul Halim El- Muhammady, terdapat bidang al-nafsiah dan al-aqiliah yang masing
masing bermaksud pendidikan jiwa dan pendidikan mental. Selain itu, dalam falsafah
pendidikan timur, Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada
muzik, seni, puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi.
Aspek jasmani pula ditekankan dalam pendidikan islam dimana dalam dalam
konsep Abd Halim Haji Mat Diah, al-jasmiah iaitu pendidikan jasmani terkandung di
dalam bidang pendidikan Islam. Selain itu, Rabindranath Tagore juga menekankan
tarian dan drama sebagai satu matapelajaran.
Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Timur, Islam, dan Barat
mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.
Setiap aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan
daripada ketiga-tiga Falsafah Pendidikan ini dan digabungkan ke atas satu unsur iaitu
keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Ketiga-tiga falsafah ini boleh dikatakan sebagai asas untuk Falsafah Pendidikan
Kebangsaan kita.. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga falsafah ini digabungkan dan
diubahsuai mengikut keperluan negara kita. Aspek-aspek penting yang terdapat di
dalam ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan
pendidikan di Malaysia.