Anda di halaman 1dari 7

2. Pengenalan 2.

1 Falsafah Pendidikan Islam: Menurut perspektif islam, ilmu falsafah adalah pengetahuan tentang kewujudan alam dan bertujuan menyelidik hakikatnya yang sebenar. Ilmu falsafah adalah cabang ilmu akal manusia yang menyelidik segala perkara yang mendalam tentang ketuhanan, alam semester dan manusia sehingga dapat menghasilkan perkara yang boleh dicapai akal manusia. Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan

penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. (Petikan daripada Falsafah Pendidikan Islam) Pendidikan Islam pula bermaksud bimbingan jasmani dan rohani berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan oleh agama Islam yang mengarah kepada pembentukan peribadi mukmin yang soleh dan luhur menurut ukuran-ukuran yang dtetapkan Islam. Bahan rujukan utama pendidikan Islam adalah al-Quran dan Sunnah berbanding dengan falsafah pendidikan Barat yang bersumberkan penyelidikan dan pengalaman manusia semata-mata. Falsafah Barat dan Timur mempunyai hubungan ataupun persamaan dalam usaha mencari kebenaran. Falsafah Pendidikan Islam meneroka alam kebenaran bagi meletakkan kebenaran kepada yang hak. Antara ciri-ciri Falsafah Pendidikan Islam adalah dasar dan nilainya hendaklah sesuai dengan ajaran Islam. Falsafah Pendidikan Islam juga bersifat pendidikan akhlak dan bersifat terbuka dan peka terhadap masalah dan pengalaman manusia. Ia juga bersifat sejagat dan meyeluruh. Falsafah Pendidikan Islam boleh diubah-ubah, dibentuk dan disesuaikan dengan kehendak masa dan tempat. Ia juga mempunyai ciri-ciri mengimbangi tuntutan kehidupan dunia dan akhirat dan akhirnya adalah bersifat dinamik dan terbuka pada idea dan penemuan-penemuan baru. Fasafah pendidikan islam juga adalah berasaskan ajaran Al-Quran. Mengikut Hassan Langgung 1979,perkara yang menjadi asas pendidikan Islam ialah keesaan

tuhan (tauhid), kepercayaan kepada pesuruhNya,

kepercayaan kepada wahyuNya

kepada rasul-rasul, manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian, setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri, kehidupan keduniaan dan akhirat dan persamaan dan persaudaraan sejagat diantara semua umat Islam. Manakala menurut Mohammad Qatb pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek fizikal emosi dan rohani manusia ketahap sempurna. Dr. Mohd Athiyah al Abrasyi pula berpendapat pendidikan sebagai proses tingkahlaku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras ajaran agama Islam. Amal al-Shaibani menterjemahkan pendidikan digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan di akhirat dan dunia manakala Al-ghazali pula berpendapat proses pendidikan harus merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia berani dan hormat menghormati.

2.2 Falsafah Pendidikan Timur:

Falsafah Pendidikan Timur terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dari China dan India. Falsafah pendidikan China (Confucius) dan Falsafah Pendidikan India (Rabindranath Tagore) mempunyai pandangan yang berbeza dari segi konsep pendidikan yang mereka bawakan. Bagi Confucius, konsep pendidikan yang dibawa olehnya adalah pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambilkira status sosioekonomi atau kedudukan sosial, manakala Rabindranath Tagore membawa konsep pendidikan merupakan suatu proses yang menyediakan setiap ndividu untuk menyara hidup masing-masing kelak. Kedua-dua falsafah ini juga membawa matlamat yang berbeza. Bagi Confucius, matlamat pendidikan yang dibawa olehnya adalah untuk menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi manakala, Rabindranath Tagore mempunyai matlamat pendidikan untuk menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integrasi dengan persekitaran.

2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

"Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Petikan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Cetusan idea falsafah dijelmakan dalam pendidikan negara seperti Malaysia yang memperagakan dan menyatupadukan pelbagai aliran falsafah bagi membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kegiatan ini bermula sejak tahun 1987 dan akhirnya dijelmakan secara praktikal melalui KBSM pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperlukan supaya masyarakat pendidik dapat menggunakannya sebagai pedoman dan paksi yang utuh, jelas dan dapat mengawal pemikiran dan melaksanakan pendidikan supaya menepati hasrat dan citacita bangsa dan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang jelas dan bercatat sebagai rujukan dan kegunaan semua pihak amat diperlukan dan menjadi tunjang dan teras sistem pendidikan kebangsaan supaya semua program dan aktiviti pendidikan menjadi prinsip dan nilai yang terkandung dalam falsafah itu. Berlaku perubahan daripada falsafah liberal-sekular kepada falsafah pendidikan bersepadu dan menolak konsep idualisme yang sekian lama diamalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

telah

diistiharkan

pada

tahun

1988.

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini banyak dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Islam dan Timur yang menjurus kepada aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Aspek ini diambil kira bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bukan

sahaja maju dan bertamadun, malah mampu berdaya saing dan tahan diuji dari segi mental mahupun emosi. Oleh yang demikian, modal yang baru telah dirangka dalam FPK hasil gabungan dan serapan daripada unsur Falsafah Pendidikan Islam dan Timur agar terpelihara daripada gejala sosial yang tidak sihat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan nama Negara. Hal ini penting bagi melahirkan generasi baru yang berkemahiran, berilmu dan bersepadu. Berikut adalah petikan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kea rah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. ( Pusat perkembangan kurikulum, 1989 )

3. Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3.1 Aspek Rohani: Berdasarkan kenyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas, terdapatnya elemen kerohanian (agama dan ketuhanan) yang kuat bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Islam yang amat menekankan aspek ketuhanan yang menjadi unsur yang utama dalam falsafah tersebut bagi mencapai matlamat untuk membentuk insan yang soleh yang membawa kepada kebaikan di dunia dan di akhirat. Hal ini berbeza dengan fahaman falsafah barat yang hanya menekankan aspek intelek sahaja yang membawa banyak kegagalan melalui sistem ini. Buktinya, seorang penyair islam iaitu Mohammad Iqbal yang menyatakan bahawa sistem pendidikan barat itu tidak ubah suatu pakatan jahat untuk merosakkan agama dan seluruh kehidupan Ummah. Pendapat tersebut disokong oleh Frank Feather dalam bukunya Forces Restructing Our Future (1989 ). Beliau menyatakan satu tinjauan terhadap sistem pendidikan dan turut mengkritik kelemahan pendidikan barat. Harian, 5 oktober 1993 ). Namun, tidak secara keseluruhannya idea dan pengaruh barat ini ditolak. Tetapi, terdapat sebahagiannya idea daripada Falsafah Pendidikan Barat yang diambil kira dalam FPK. Sebagai contoh, pendapat John dewey dalam fahamannya Pragmatisme. Menurut beliau, tujuan pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang menyeluruh. Ia menjadi salah satu elemen yang penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan manusia yang holistik dari segi JERIS. Terdapat juga unsur-unsur dalam FPK yang diambil daripada idea-idea tokohtokoh Islam seperti Mohammad Iqbal yang menyatakan bahawa konsep ilmu itu mestilah bertujuan kerohanian dan manusia harus menyembah tuhan dan percaya akan dirinya sendiri. ( Dipetik dari Tajul Ariffin dan Nor Aini, 1992 ). Unsur ini telah diserap masuk dalam salah satu ciri-ciri elemen dalam FPK iaitu kepatuhan kepada Tuhan yang merupakan ciri pertama dalam FPK. Selain itu, Falsafah Pendidikan Islam juga menekankan pengamalan nilai- nilai murni dalam kehidupan yang menjadi pedoman hidup seseorang insan. Berasaskan kepada keperluan tersebutlah, secara tidak langsung nilai-nilai atau falsafah keislaman terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan sedang diamalkan hingga kini (Dipetik dari Mohd Shah Abdullah, Berita

sebagai contoh setiap majlis yang dijalankan akan bermula dengan bacaan doa dan pelajar juga diwajibkan untuk berdoa sebelum makan dan sebelum memulakan sesi pembelajaran. 3.2 Aspek intelek: Selain itu, terdapat juga penekanan terhadap aspek intelek dalam FPK yang dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Islam. Hal ini dapat dilihat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan bersesuaian dengan pandangan al- Syaibani dalam Falsafah pendidikan Islam yang menyatakan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya. Unsur ini menggalakkan manusia untuk berfikiran luas dan terbuka, berpandangan jauh dan mempunyai kebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Namun begitu, unsur ini tidak sepenuhnya mencapai matlamat sepertimana yang terkandung dalam FPK. Hal ini adalah kerana, guru- guru yang mengajar di sekolah hanya memberi ilmu yang terdapat dalam buku teks sahaja. Mereka tidak mengambil inisiatif yang lebih seperti membawa mereka ke makmal komputer atau perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang berlebihan kepada sesuatu topik yang

menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

4. Pengaruh Falsafah Pendidikan Timur dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan hari ini bukan sahaja dipengaruhi oleh elemenelemen daripada Falsafah Pendidikan Islam sahaja, tapi turut dipengaruhi oleh Falsafah Pendidikan Timur. Falsafah Pendidikan Timur berasaskan Falsafah Cina daripada pemikiran Confucius 551-479sm dan pengikut-pengikutnya Mengzi 372-289sm, Xunzi ( 313-238sm) dan Hanyu (768-824m dari negeri China. Manakala dari India pula dalam bentuk Nasionalisme dan Internasionalisme oleh Rabindranath Tagore 1861-1941 seorang ahli falsafah dan penyair dari india yang mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirakan manusia yang berfikiran sempurna serta berupaya mencapai segala aspek kehidupan sperti fizikal intelak dan kerohanian dengan penuh bermakna. Kedia-duanya menekankan aspek rohani dan intelek

sepertimana Falsafah Pendidikan Islam tetapi dalam bentuk fahaman dan kepercayaan masing-masing. Namun begitu, negara kita masih menekankan aspek jasmani. Buktinya, pendidikan jasmani dan kesihatan menjadi subjek yang penting di sekolah. Malah terdapat juga aktiviti yang melibatkan pelajar dalam aspek jasmani seperti sukan olahraga yang diadakan di peringkat sekolah, daerah dan negara. Namun,

matapelajaran pendidikan jasmani selalunya diabaikan oleh kebanyakkan sekolah dan digantikan dengan matapelajaran teras kepada pelajar tahun 6. Ada juga sekolah yang tidak menggunakan prosedur yang betul semasa mengajar pendidikan jasmani seperti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti dan menyejukkan badan selepas menghabiskan aktiviti. Bukan itu sahaja, ada juga guru yang turun ke padang dengan pakaian formal untuk mengajarkan pendidikan jasmani.. Dengan ini, negara kita tidak dapat mencapai matlamat FPK dengan sepenuhnya. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Timur, Confucius mengatakan bahawa

pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial seperti yang disarankan oleh pendidikan negara kita. Di negara kita, pendidikan diberikan kepada semua orang walaupun mereka adalah orang yang kurang berupaya. Pada masa kini, banyak sekolah Pendidikan Khas telah dibina untuk memberikan pendidikan yang sama kepada warga istimewa supaya mereka boleh berdikari pada masa hadapan dan tidak tersisih. Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai implikasi falsafah pendidikan timur, islam dan barat terhadap perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun negatif, kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan

merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan bagi bertanding dengan dunia globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai