Anda di halaman 1dari 50

PIMK 3013

PENGAJIAN KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
AMBILAN JUN 2015
MINGGU 1
M1
Pengenalan Kurikulum
Pendidikan Islam:

 Definisi
 Falsafah
 Matlamat
 Objektif
 Dasar
DEFINISI KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
 DEFINISI KURIKULUM
 Perkataan kurikulum berasal dari bahasa Latin yang luas
digunakan oleh bangsa Yunani. ’Curriculum’ dalam bahasa Latin
bermaksud ‘Luang tempat pembelajaran berlaku’ (Sharifah
Alwiah Alsagoff,1986)

 bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan sebagai


jalan yang terang, atau jalan terang yang dilalui oleh manusia
pada berbagai bidang kehidupannya
 Al-Syaibani (1991) menjelaskan kurikulum (manhaj)
dimaksudkan sebagai jalan terang yang dilalui oleh pendidik atau
guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk
mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka.

 Wiles dan Bondi (1993) “It is the range of experiences, both


indirect and directed, concerned in unfolding the abilities of the
individual, or it is a series of consciously directed training
experiences that the school use for completing and perfecting the
individual”
sambungan…

 Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan ”Kurikulum


bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh
sesebuah sekolah ataupun institusi pelajaran untuk mencapai
matlamat pendidikan”.

 Abu Bakar(2008) menjelaskan:”Kurikulum adalah maklumat dan


ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh
pelajar di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam
bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks dalam
setiap tahap pendidikannya”.
DEFINISI KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
 Kurikulum PI adalah:
 bahan-bahan pendidikan Islam berupa kegiatan, pengetahuan dan
pengalaman yang dengan sengaja dan sistematis diberikan kepada
anak didik dalam rangka mencapai tujuan pendidikan Islam.

 semua aktiviti, pengetahuan dan pengalaman yang dengan
sengaja dan secara sistematik diberikan oleh pendidik kepada
pelajar dalam rangka tujuan pendidikan Islam (H.syamsul Bahri
Tanrere, 1993).
sambungan…

 merupakan satu komponen pendidikan agama berupa alat


untuk mencapai tujuan. Ini bermakna untuk mencapai
tujuan pendidikan agama (pendidikan Islam), diperlukan
adanya kurikulum yang sesuai dengan tujuan pendidikan
Islam dan bersesuaian pula dengan tingkat usia, tingkat
perkembangan kejiwaan anak dan kemampuan pelajar.
KESIMPULANNYA…

 “…kurikulum bukan hanya meliputi mata pelajaran dan


pengalaman yang berlaku dalam kelas, malah ia meliputi semua
pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang diberikan
kepada pelajar

 atau yang mereka lakukan atau yang mereka temui di sekolah


atau yang dikelolakan oleh sekolah. Ini termasuklah, semua
kegiatan, pengalaman budaya, seni, sukan dan sosial yang
dikerjakan oleh pelajar di luar jadual waktu dan di luar bilik
darjah yang dikelolakan oleh pihak sekolah”.
falsafah

 Falsafah lahir daripada perbezaan faktor sejarah, budaya dan


persekitaran
 Ketiga perkara ini mempengaruhi pembentukan sesuatu falsafah
 Pembentukan falsafah dilatari oleh sejarah pembentukan negara
dan bangsa itu sendiri
 Tujuan:
 untuk mengekalkan identiti bangsa dan meneruskan survival
negara bangsa tersebut/ asalkan tidak lari daripada landasan al-
Quran dan Sunnah
Sambungan…
 Pembentukan falsafah mestilah didasarkan kepada asas yang
kukuh, diyakini dan tidak berubah (al-Nahlawi, 2000)

 Wahbah al-Zuhayli (2000)”hubungan antara falsafah dan


pendidikan adalah erat”.

 Majid ‘Arsan al-Kaylani (2002), falsafah pendidikan merupakan


tunjang utama kepada pelaksanaan sesebuah sistem pendidikan.
Daripadanya terbentuknya objektif, metodologi, wasilah, sistem
dan prasarana pendidikan.
Sambungan…
 Abd al-Karim Bakkar (2001), falsafah pendidikan merupakan
ilmu yang meliputi kerangka kepercayaan dan pemikiran yang
mendasari sesuatu sistem pendidikan. Melaluinya ditentukan
objektif, matlamat, skop pendidikan yang dicapai, sama ada
jasmani, emosi, rohani, dan intelek, kandungan kurikulum yang
dirangka, cara pelaksanaan, dan juga penyelesaiannya kepada
permasalahan yang timbul.

 Dua fungsi utama falsafah:


 1.sebagai panduan bagi menilai keperluan dan keberkesanan
sistem pendidikan
 2.pencetus perubahan masyarakat
Falsafah pendidikan dalam Islam

 Al-Nahlawi menjelaskan bahawa falsafah pendidikan dalam


Islam merupakan satu kerangka teori yang berada di dalam
landasan manhaj Allah SWT dalam bidang pendidikan, untuk
membentuk, membina, dan melatih manusia.

 Kerana, pendidikan adalah satu proses untuk membina insan dari


segi pemikiran, keimanan, intelektual, jasmani dan emosi bagi
menyediakan manusia supaya dapat memikul amanah Allah
SWT.
Falsafah Pendidikan Dalam Islam
terdiri daripada…
 1. keimanan kepada Allah SWT, meninggikan kalimah-Nya dan
menyeru kepada jalan-Nya
 2. Manhaj Rabbani, iaitu penghayatan kepada al-Quran dan al-
Sunnah
 3. kesedaran dan penerokaan terhadap realiti alam dan manusia
yang berteraskan kepada dua asas di atas.
FALSAFAH PENDIDIKAN

 Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan Negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM
 AS-SYAIBANI
(melaksanakan teori dan kaedah falsafah dalam bidang pengalaman
manusia yang dipanggil pendidikan)
 Berfungsi menilai pendidikan, menyelaras dan menganalisis
permasalahan dan isunya dalam kehidupan
 Mencakupi perbahasan, pemahaman yang berbeza dan
menjelaskan makna istilah yang digunakan dalam pendidikan
 FPI menjuruskan kepada 4 aspek pembangunan manusia:
 1. Menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai dasar dalam pembelajaran
seumur hidup bagi mendapatkan ilmu, kemahiran dan penghayatan

 2. Membentuk umat Islam menjadi hamba Allah SWT yang mahir,


keperibadian tinggi serta mempunyai pandangan semesta yang selari
dengan ajaran Islam

 3. Membentuk umat Islam yang bertanggungjawab kepada diri,


masyarakat dan alam sekitar

 4. Membentuk insan soleh sehingga mencapai kejayaan dalam


kehidupan di dunia dan akhirat
MATLAMAT

 Dr. Abdur Rosyad Syuhudi(1990) di antara matlamat


pendidikan Islam itu ialah untuk mengenal diri manusia itu
sendiri, untuk mengenal tugas dan tanggungjawab
manusia, untuk menyusun struktur masyarakat, untuk
membentuk akhlak yang mulia di kalangan manusia, untuk
menjaga kepentingan agama dan kehidupan serta untuk
memberikan kepentingan jasmani dan rohani.
sambungan…

 Al-Ibrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam adalah;

 “Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia


dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat
jasmani nya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus
dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama
dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisan nya serta
tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.”
sambungan…

 Al-Qabisi, tujuan pendidikan adalah untuk mengetahui ajaran


agama baik secara ilmiah mahupun secara amaliah. Hal ini
kerana dia termasuk ulama ahli fiqih dan tokoh dari ulama ahli
sunnah wal jama’ah.

 Ibnu Maskawih, (tujuan pendidikan ialah untuk mencapai


kebajikan, kebenaran dan keindahan)

 Al-Ghazali, (pendidikan itu adalah melatih para pelajar untuk


mencapai makrifat kepada Allah melalui jalan tasawuf iaitu
dengan mujahadah dan riadhah)
sambungan…

 untuk melahirkan individu yang sempurna, sama ada dari segi


rohani mahupun jasmani,
 Pendidikan Islam tidaklah terbatas kepada ilmu-ilmu yang
berbentuk teori sahaja, baik bersifat naqli mahupun aqli tetapi
juga berbentuk praktikal, seperti pendidikan jasmani, latihan
ketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan.
 Kurikulum yang semata-mata membekalkan pelajaran yang
berbentuk spiritual boleh menyulitkan sesuatu institusi pengajian
khususnya dari segi pembangunan material (Abdullah Ishak,
1989)
TUJUAN dan OBJEKTIF

 “bertujuan menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati


genarasi muda, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa
rohani. Ia juga bertujuan untuk memperoleh pengetahuan secara
berterusan, gabungan pengetahuan dan kerja, kepercayaan dan
akhlak dan penerapan amalan teori dalam hidup” (Muhammad
Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992)
DASAR

 Dasar adalah tempat bermula sesuatu aktiviti manusia. Maka


ketika menetapkan dasar sesuatu perkara, khasnya dasar
pendidikan Islam, setiap individu akan menjadikan pandangan
hidup dan hukum-hukum dasar agamanya sebagai panduan.
Pendidikan Islam adalah satu aktiviti manusia yang mempunyai
dasar-dasar tertentu.
 Dasar pendidikan Islam ialah al-Quran,Hadith (As-Sunnah) dan
Ijtihad para ulama.
Perkembangan Kurikulum
Pendidikan Islam:
M2 (29-03.07.2015)

Zaman Rasulullah s.a.w.


Zaman Khuluafa’ al-Rasyidin

ZAMAN RASULULLAH
S.A.W
 Pengenalan
 Metodologi
 Sumber
 Pusat Pendidikan
 Kurikulum
PENGENALAN

 IBNU KHALDUN-sebelum kedatangan Islam


penduduk Sem.Tanah Arab-buta huruf
 Menurut sejarah-orang yang mengajar, menulis
dan mengajar sebagai mata pencarian ialah
seorang yang berasal dari Wadi al-Qura (Sufyan
bin Umaiyah)
 Mengajar penduduk Semenanjung Tanah Arab
 Tersebar kemahiran menulis/membaca-secara
perlahan
 Kedatangan Islam-membawa perubahan besar
terhadap pengetahuan dan pendidikan
 Inspirasi Al-quran sebagai wahyu Allah yang
mula-mula diturunkan kepada Rasulullah.
 Perintah membaca (iqra’) merupakan perintah
Allah supaya menulis, membaca adalah utk
melepaskan diri dari kongkongan
kejahilan,kemunduran.
STRUKTUR PEND.ISLAM DI
MAKKAH
Tahap terbuka

 “oleh itu sampaikan lah secara berterus-terang apa


yang diperintahkan kepada mu (wahai Muhammad)
dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan
tentangan kaum kafir musyrik itu”(al-Hijr:94)
STRUKTUR PENDIDIKAN ISLAM
Peringkat Madinah

 Bukan lagi sekadar menyediakan pembentukan seseorang mukmin namun


kurikulumnya adalah untuk memenuhi tuntutan perundangan dan
perhubungan antarabangsa.
 Berpusat di Masjid
 Menyediakan halaqah dan usrah
 Bersoal jawab tentang isu yang dibangkitkan
 Al-Suffah dibina bersambung dengan masjid
 Dijadikan sekolah dan pendidikan secara formal dijalankan
PENDIDIKAN UMUM

 Dijalankan oleh Rasulullah


 Rasulullah dan para sahabat terpilih (Abu Bakar
as-Siddiq/Ali Bin Abi Talib)
 Pidato selepas solat Jumaat
 Kurikulum-aqidah, syariat, muamalat
 Menunggang kuda, bermain pedang, bergusti dan
lumba lari
 Merangkumi peningkatan kerohanian dengan
melaksanakan qiamullail

 Perkembangan amat menggalakkan kerana ada


permintaan daripada pemerintah negara lain (Raja
Yaman)
 Muaz bin Jabal
PENDIDIKAN KHUSUS

 Pengajaran berbentuk khusus


 Orang tertentu tanpa mengira tempat dan
masa
 Abu Hurairah, Abu Dzar al-Ghiffari, Salman
al-Farisi, Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar
as-Siddiq
 Pengajaran berupa teguran dan tunjuk ajar
secara langsung
PENDIDIKAN INSTITUSI

 Merupakan inti Pendidikan Islam pada peringkat


Madinah
 Banyak melahirkan cendekiawan Islam

 Dibahagi 2 struktur:
1.Pendidikan Awal untuk mengenal huruf
2.Pendidikan Khusus yang dihadiri oleh ahli Suffah
 1.Peringkat Awal (menulis dan membaca)
 Tumpuan kepada kanak-kanak Islam
 Diajar oleh guru yang berkebolehan yang telah
dilantik oleh Rasulullah
 Saad bin al-As yang mengajar membaca dan menulis
 Guru juga terdiri daripada tawanan perang Badar
 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai
membaca dan menulis
 2.Peringkat Pendidikan ke atas Ahli Shuffah
 Lebih sempurna.
 Datang dari tempat yang jauh
 Tiada tempat tinggal, kecuali di serambi Masjid Nabi
 Tidak mempunyai pekerjaan tetap
 Sara hidup ditanggung oleh Baitul Mal dan para sahabat
 Selain belajar, ahli suffah membantu kerja-kerja
Rasulullah dan para sahabat seperti mengangkat kayu api,
air.
AHLI SHUFFAH
 Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dan datang dari luar Madinah
 Kedatangan mereka ke Madinah semata-mata untuk mempelajari ilmu
daripada Rasulullah
 Mencurahkan segala perhatian mereka untuk mencari ilmu, beribadah dan
berjihad
 Beriktikaf di masjid nabawi untuk beribadah dan membiasakan diri hidup
dalam serba kekurangan
 Ramai dalam mereka dikenali sebagai ulama kerana banyak menghafal
hadis-hadis nabi (Abu Hurairah Hudzaifah ibnul Yaman, Abu Dzar al-
Ghafiri, Abdullah bin Mas’ud)
 Rasulullah memberi perhatian khusus kepada ahli Suffah
METODOLOGI

 Kuliah
 Syarahan
 Talaqqi dan musyafahah
 Halaqah
 Tunjuk cara
SUMBER

 AL-QURAN
 AL-HADIS
PUSAT PENDIDIKAN

 Dar al-Arqam
 Masjid
 Suffah
 Kuttab
KURIKULUM
 Pendidikan Al-Quran
 Aqidah
 Muamalat
 Syariat
 Menunggang kuda
 Bermain pedang
 Berenang
 Bergusti
 Lumba lari
 Baca dan tulis
Tutorial

 Huraikan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan di zaman


Rasulullah s.a.w.(1 jam)

 ISL
 Membuat rujukan berkaitan pendidikan Islam zaman Rasulullah
s.a.w. (2 jam)
ZAMAN KHULAFA’ AL-
RASYIDIN
 PENGENALAN
 METODOLOGI
 SUMBER
 PUSAT PENDIDIKAN
 KURIKULUM
MINGGU 2

 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM


ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
KHALIFAH ABU BAKAR AL-
SIDIQ
 Memelihara keutuhan negara daripada kehancuran, akibat
tindakan liar orang munafik dan musuh-musuh Islam.
 Memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan
 Bukan sahaja menggalakkan umat Islam mempelajari dan
menghayati al-Quran tetapi juga bertindak untuk mengumpul
dan menulis semula ayat al-Quran dalam sebuah mashaf
UMAR AL-KHATTAB

 Memberi perhatian terhadap semua perkembangan ilmu


dan pendidikan Islam
 Menurut ahli sejarah-Semenanjung Tanah Arab, Farsi,
Sham dan Mesir menjadi wilayah pemerintahannya
 Tidak terdapat satu daerah pun yang tidak didirikan masjid,
surau sebagai tempat ibadat dan di samping menjadi pusat
pelajaran dan pendidikan
 Penekanan terhadap ilmu yang berbentuk spiritual/rohani kepada
seluruh rakyat

 Ilmu pengetahuan berbentuk fizikal-berenang/menunggang


kuda/memanah

-perutusan kepada gabenor wilayah-


 “Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan
riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah”.
UTHMAN IBN AFFAN

 Penegasan tentang pembukuan al-Quran dan


penulisannya
 Melantik para sahabat untuk menulis dan
membukukan al-Quran
 Tujuan-menyelamatkan pembacaan al-quran
mengikut Rasm Uthmani
kesimpulan

 Pendidikan Islam zaman Rasulullah memperlihatkan satu garis


pemisah antara pendidikan yang berteraskan tauhid dengan
pendidikan berteraskan logik dan bermatlamatkan keduniaan.

 Kurikulum Pendidikan Islam berteraskan ilmu akhirat dan ilmu


keduniaan secara sepadu.
TUTORIAL/ISL

 Tugasan : Tutorial
 Huraikan kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan di zaman
Khulafa’ al-Rasyidin
 (1 jam)
 ISL
 Membuat rujukan berkaitan pendidikan Islam di Zaman
Khuluafa’ al-Rasyidin (2 jam)

Anda mungkin juga menyukai