Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan kognitif dan bahasa amat penting bagi tumbesaran kanak-kanak.

Kognitif didefinisikan sebagai sesuatu yang melibatkan pemikiran atau proses mental

yang sedar. Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat

yang diterima akan diproses melalui tiga langkah iaitu pemilihan, perbandingan dan

penyatuan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Manakala, bahasa merupakan

sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu

kelompok manusia iaitu antara seseorang individu dengan individu yang lain untuk

melahirkan perasaan dan fikiran (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2017). Proses

perkembangan bahasa bagi kanak-kanak berlaku secara berperingkat dan dipengaruhi

oleh persekitaran. Terdapat beberapa teori perkembangan kanak-kanak menjelaskan

pengaruh interaksi dalam perkembangan kognitif dan bahasa murid.

2.0 Teori Perkembangan Bahasa dan Kognitif

2.1 Bahasa

Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun

dan mengutarakan idea, pendapat serta pengalamannya. Perkembangan bahasa

kanak-kanak sangat penting supaya mereka dapat berhubung antara satu

dengan yang lain. Menurut Chomsky dalam teori Nativisme, bayi yang lahir ke

dunia sudah pun membawa potensi bahasa yang akan menentukan struktur

bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Oleh itu, kanak-kanak mudah

dipengaruhi oleh unsur-unsur di persekitarannya seperti keluarga, rakan, serta

masyarakat sekeliling. Perkara ini bermakna persekitaran ini akan mempengaruhi

serta menyokong kebolehan bahasa kanak-kanak. Teori Behavioris mengaitkan

antara psikologi dan bahasa melalui pendekatan secara langsung atau fizikal.

Pandangan beliau berbeza dengan Nativas dengan menyatakan bahawa kanak-

kanak yang lahir dianggap kosong dari berbahasa. Bayi tidak membawa

1
sebarang kapasiti atau potensi berbahasa. Perolehan sesuatu maklumat dalam

teori ini juga menggunakan kaedah pengulangan.

Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif kanak-kanak bergantung

kepada dua faktor yang utama iaitu interaksi sosial dan kemahiran berbahasa.

Dalam aspek persekitaran, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya

sendiri dan memerlukan pertolongan melalui interaksi sosial dengan individu di

sekitarnya. Antaranya ialah, ibu bapa, guru, adik-beradik, keluarga terdekat dan

rakan sebaya. Kaedah Pestalozzi iaitu teknik pengulangan dan melakukannya

setiap hari dalam subjek Matematik juga mampu membantu dalam

perkembangan kognitif dan menghasilkan keputusan yang memuaskan (Dunn,

2005).

2.2 Kognitif

Perkembangan kanak-kanak merupakan perkembangan kendiri untuk

mereka meneroka, membentuk idea serta mengujinya secara individu (Piaget,

1962). Perkembangan kognitif menjadi fokus utama kerana keupayaannya yang

mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Teori konstruktivisme menegaskan

perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi pemikiran yang mengarah dan

mengawal kemahiran serta proses kognitif. Idea konstruktivisme berasal

daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan teori Zon Perkembangan

Prokimal dari Vygotsky. Di bawah konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak

digunakan untuk menjelaskan kebenaran tetapi sebagai rasionalisasi tindakan

dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu (Mok Soon Sang, 2008).

Bermula selepas lahir sehingga mencapai kematangan, pemikiran manusia

akan berubah secara menyeluruh. Terdapat empat faktor yang saling berkait

dikenalpasti boleh mempengaruhi pemikiran individu. Antaranya ialah,

2
kematangan biologi iaitu yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik.

Seterusnya, interaksi individu dengan persekitaran yang boleh memberi

pemahaman tentang perkara-perkara yang berlaku. Pengalaman sosial iaitu

pergaulan individu dengan orang-orang di sekeliling.

Akhir sekali ialah keseimbangan yang membawa maksud salah satu cara

untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru dialami. Peringkat awal

merupakan peringkat yang paling penting bagi perkembangan kognitif kerana

merupakan asas bagi perkembangan berikutnya. Skema juga merupakan elemen

yang penting dalam perkembangan kognitif. Skema ialah model tingkah laku

asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam

sekitar. Pada peringkat perkembangan kanak-kanak, skema tingkah laku mereka

berubah dari semasa ke semasa iaitu daripada kasar kepada halus atau

daripada mudah kepada kompleks (Mok Soon Sang, 2008).

3.0 Pengaruh interaksi

3.1 Pengaruh Diri Sendiri

Menurut Vygotsky, bermonolog atau berkomunikasi dengan diri sendiri juga

merupakan salah satu perkembangan kanak-kanak yang baik. Hal ini kerana

mereka dapat mengawal tingkah laku dengan sendiri. Sebagai contoh, kanak-

kanak menasihati dan memberi semangat kepada diri sendiri untuk menjadi lebih

berani dan untuk menyelesaikan masalah sendiri. Kanak-kanak yang sering

bercakap dengan diri sendiri lebih cekap dalam kemahiran sosial berbanding

kanak-kanak yang tidak bercakap sendiri. Rentetan daripada itu, impak positif

iaitu perkembangan bahasa tampak lebih jelas terhadap kanak-kanak yang

bercakap dengan diri sendiri.

3
Piaget mengatakan bahawa ketika peringkat pra-operasi iaitu linkungan umur

2 hingga 7 tahun, pemikiran kanak-kanak lebih berfokuskan kepada diri sendiri,

mengikut firasat sendiri dan bersifat konkrit (Dimitriadis dan Kamberelis, 2006).

Pada fasa ini, perkembangan kognitif dapat dilihat lebih berpusatkan pengaruh

oleh diri sendiri. Mereka tidak mengambil pandangan orang dewasa dan

berpendapat mengikut apa yang mereka lihat dan rasa.

3.2 Pengaruh Ibu Bapa

Menurut Piaget, antara faktor yang boleh mempengaruhi kognitif kanak-kanak

ialah kematangan biologi. Kematangan biologi bermaksud proses pemikiran yang

dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Oleh itu, ibu bapa merupakan pendidik

utama kepada anak-anak (Nurhusna, 2017). Mereka haruslah memberi

komitmen yang tinggi terhadap perkembangan bahasa dan kognitif anak-anak.

Tingkah laku keibubapaan yang berkualiti merupakan elemen penting dalam

membentuk perkembangan sosioekonomi dan perkembangan kognitif anak

terutama pada peringkat awal kanak-kanak (Zarinah, Rozumah, Rumaya &

Rojanah, 2002).

Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi role model yang baik kepada anak-anak

bagi perkembangan kognitif dan bahasa secara berkesan kepada mereka.

Sebagai contoh, berfikiran positif serta berbahasa dengan lemah lembut dan

sopan. Hal ini kerana penampilan dan tingkah laku mereka mempengaruhi

respon positif atau negatif terhadap kanak-kanak tersebut. Selain itu, hubungan

yang baik dan harmoni antara ibu bapa juga memberi pengaruh yang besar

dalam perkembangan kognitif dan berbahasa kanak-kanak. Ibu bapa yang

memiliki hubungan yang baik dan bijak dalam menangani masalah akan

melahirkan kanak-kanak yang dapat menggunakan kognitif secara berkesan

4
dalam menangani kesulitan dalam kehidupan. (Rohayati, Intan Marlina &

Madiawati, 2018).

3.3 Pengaruh Guru

Piaget menyatakan bahawa di dalam sesuatu bilik darjah, pelajar bukan

sahaja mempunyai perbezaan peringkat keupayaan tetapi juga berlainan tahap

perkembangan kognitif. Selain itu, Piaget menekankan bahawa pemikiran kanak-

kanak tidak sama dengan pemikiran orang dewasa. Oleh itu, guru haruslah

selalu mengambil cakna tentang pemikiran dan bahasa yang digunakan di dalam

bilik darjah (T.W. Moore, 1974). Beliau juga membahagikan perkembangan

kognitif kepada empat tahap mengikut umur. Tahap yang melibatkan interaksi

sosial di dalam bilik darjah ialah tahap ketiga, iaitu tahap operasi konkrit yang

bermula dari 7 tahun hingga 11 tahun. Tahap yang terakhir iaitu tahap keempat

juga terlibat yang bermula dari 11 tahun dan ke atas iaitu tahap operasi formal.

Guru haruslah mengaplikasikan teori perkembangan kognitif dalam

merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Guru haruslah bijak dalam memilih alat bantu mengajar yang bersesuai

dengan tahap perkembangan kognitif pelajar. proses pengajaran dan

pembelajaran sepatutnya bermula dengan bahan konkrit dan barulah kepada

abstrak. Oleh itu, ketika fasa permulaan mengajar, guru haruslah menggunakan

bahan yang konkrit. Sebagai contoh, topik operasi tambah dan tolak dalam

subjek Matematik guru menggunakan bahan konkrit seperti pensel, meja, ranting

kayu, batu dan lain-lain lagi.

Selain itu, guru boleh juga menggunakan gambar-gambar illustrasi atau

model yang menarik bagi mewakili objek yang sukar untuk didapati seperti model

haiwan dalam subjek Sains. Perkara ini secara tidak langsung dapat memberi

5
gambaran yang jelas untuk membantu perkembangan kognitif murid.

Penggunaan bahan maujud dan melibatkan pelajar melakukan aktiviti dianggap

boleh merangsang pelajar yang berpencapaian rendah (Noraini dan Shuki,

2009).

Bagi tahap operasi formal, kanak-kanak mula memikir lebih kepada

prinsip abstrak dan menjadi kurang egosentrik. Mereka dapat memahami dengan

lebih mendalam tentang matematik, fizik, falsafah, psikologi dan system abstrak

yang lain (Suppiah et. al, 2009).

Dari sudut perkembangan bahasa, guru perlulah mengaitkan terlebih dahulu

kemahiran berbahasa dengan pengalaman konkrit. Sebagai contoh, dalam

pengajaran bahasa kedua, guru boleh membawa model, objek atau replika yang

hendak diajarkan nama-namanya dalam bahasa kedua tersebut. Hal ini kerana

peringkat awal kanak-kanak akan menguasai bunyi-bunyi bahasa asas terlebih

dahulu. Kanak-kanak menguasai bahasa secara berperingkat iaitu bermula dari

bunyi yang sederhana sehingga kepada yang kompleks.

Perkara ini memberi tarikan yang tinggi dan juga peluang kepada mereka

untuk mengenal dan meneroka objek atau model tersebut. Selain itu, dalam

menyumbang kearah perkembangan kanak-kanak, guru juga boleh

menggunakan kaedah bercerita, simulasi, sumbang saran, dan pembelajaran

koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa. (Haliza, 2008).

3.4 Pengaruh Rakan

Vygotsky menggambarkan kepentingan interaksi di dalam perkembangan

kognitif kanak-kanak dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia merupakan

6
istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-

kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dicapai dengan

bantuan serta bimbingan orang yang lebih tua atau rakan sebaya yang lebih

mahir. Konsep scaffolding juga merupakan teori yang diasaskan oleh Vygotsky.

Scaffolding membawa maksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan

dan berkait rapat dengan zon perkembangan proksimal.

Interaksi adalah alat yang penting semasa proses scaffholding untuk

mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik. Sebagai contoh, interaksi

antara rakan yang lebih mahir dalam menyelesaikan sesuatu persoalan yang

sukar dalam mana-mana subjek. Hal ini menjadi lebih mudah kerana istilah-

istilah bahasa yang digunakan tidak berbeza begitu ketara, dan mampu

menyumbang kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Dalam kaedah

pengajaran di dalam kelas, guru juga boleh boleh pasangkan kanak-kanak

dengan rakan sebaya yang lebih mahir dalam berbahasa semasa melakukan

aktiviti di dalam bilik darjah. Dengan perkembangan bahasa yang semakin

meningkat ini, kanak-kanak dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap

dalam situasi perbualan.

Di samping itu, bermain juga telah diakui penting untuk perkembangan

kognitif dan bahasa kanak-kanak. Bermain dapat menyediakan peluang kepada

kanak-kanak melalui proses penyusunan semula, penemuan baru, proses

pengayaan, pembinaan pengalaman dan pengetahuan serta penemuan konsep-

konsep baru (Brock, Sylvia, Jarvis, & Olusoga, 2009). Sebagai contoh,

permainan puzzle bersama rakan. Unsur-unsur bermain dengan rakan yang lain

bukan sahaja bertujuan untuk mengisi masal lapang mereka, malah melatih

mereka untuk menyelesaikan masalah dan berfikir secara kreatif. Selain itu,

7
kerjasama antara kanak-kanak juga dapat dipupuk apabila berbincang

seterusnya dapat meningkatkan perkembangan bahasa mereka.

4.0 Penutup

Terdapat banyak teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh Barat tentang

perkembangan bahasa dan kognitif kanak-kanak. Oleh itu, semua pihak terutamanya

golongan dewasa iaitu ibu bapa dan guru haruslah menyumbang kepada perkembangan

bahasa dan kognitif kanak-kanak melalui pengaruh interaksi yang berkesan. Pengaruh

persekitaran amat penting dalam meningkatkan tumbesaran kanak-kanak tersebut

dalam berfikiran secara rasional, kreatif, kritis serta dapat berbahasa dengan baik.

8
Rujukan

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar.

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran.

Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Selangor.

Noraini Idris dan Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan

Praktis. The McGraw-Hill Companies. Kuala Lumpur.

Supiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah

Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009). Pembelajaran dan

Perkembangan Pelajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka

Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sdn Bhd.

Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari & Rojanah Kahar. (2002). Tingkah

laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di

Luar Bandar. Journal of Social Science & Humanities, 10-11. Jabatan Pembangunan

9
Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia:

Selangor.

Rohayati Junaidi, Intan Marlina Mohd Ali & Madiawati Mamat@Mustaffa. (2018).

Persekitaran Kanak-kanak dalam Novel Beruk. GEMA Online® Journal of Language

Studies, 18(1). 106-121.

Nurhusna Abdul Malek. (2017). Penglibatan Ibu Bapa dalam Perkembangan Holistik

Kanak-kanak di Taska Permata Kemas. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Piaget, J. (1952). Play, dreams, and imitation in childhood. Norton: Morton Library, 24,

316–339.

T.W Moore. (1974). Educational Theory: An Introduction. Students Library of Education.

London.

Dunn, S. (2005). Philosophical Foundations of Education: Connecting Philosophy to

Theory and Practice. Pearson Merrill Prentice Hall. Ohio.

Dimitriadis, G. and Kamberelis, G. (2006). Theory for Education. Routledge Taylor &

Francis Group. New York.

Brock, A., Sylvia, D., Jarvis, P., & Olusoga, Y. (2009). Perspectives on play: Leaning for

life. England: Pearson Education Limited

10

Anda mungkin juga menyukai