Anda di halaman 1dari 26

PENDAHULUAN

Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk menerapkan ilmu
pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan masyarakat awam. Ia merangkumi usaha
memberi pengetahuan tentang agama Islam yang meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ia
menekankan kepada penghayatan terhadap akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan
ibadat- ibadat khusus dan umum serta memberikan panduan dalam membentuk sikap
bertanggungjawab dalam diri terhadap pencipta, manusia dan alam. Dalam usaha menjadikan
kehidupan seorang insan itu memiliki cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, maka
ilmu yang disampaikan mestilah mengikut kaedah yang betul dan memudahkan masyarakat
terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga perlu sentiasa dinilai agar segala kelemahan
dapat diperbaiki dan ditambah baik. Harapannya supaya hasil pembelajaran yang disampaikan oleh
para pendidik dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan serta dapat menjadikannya
sebagai amalan harian dalam setiap aspek cara hidup mereka. Sehubungan itu, artikel ini cuba
melihat sejauh mana Pendidikan Islam dilaksanakan dalam Pendidikan di Malaysia serta mengkaji
kandungan-kandungan Kurikulum Pendidikan Islam yang terdapat di dalam Kurikulum Pendidikan
Malaysia dari sebelum merdeka, KLSR sehingga KSSR.

1
DEFINISI

 DEFINISI KURIKULUM
Pengetahuan terus berkembang dan pendidikan semakin kompleks untuk memenuhi
keperluan masyarakat dan negara. Kemajuan yang sentiasa dicapai dalam bidang pendidikan telah
menyebabkan berubahnya konsep pendidikan dalam sebuah negara dari semasa ke semasa. Bagi
mengimbangi perubahan konsep pendidikan, maka apa yang berlaku di dalam proses pendidikan
juga perlu diubah agar pelajar dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan.
Dalam erti kata lain berubahlah kurikulum bagi setiap sekolah, maktab, universiti dan pusat
pengajian tinggi lainnya. Selaras dengan perkembangan ini, maka definisi kurikulum juga turut
berubah. Berbagai-bagai definisi kurikulum telah dikemukakan oleh para pendidik, tokoh-tokoh
ilmuwan dan para sarjana dari berbagai bangsa. Ada pengertian yang sangat luas dan sebaliknya
terdapat pengertian yang sempit. Perkataan kurikulum berasal dari bahasa Latin yang luas digunakan
oleh bangsa Yunani. ’Curriculum’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘Luang tempat pembelajaran
berlaku’ (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).
Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi untuk kurikulum, namun hampir semua makna, atau
pengertian kurikulum dari definisi-definisi itu akan kembali ke pengertian asal, iaitu satu rancangan
pengajian (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).
Di dalam kamus bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan sebagai jalan yang terang, atau
jalan terang yang dilalui oleh manusia pada berbagai bidang kehidupannya. Seterusnya,Prof. Dr.
Omar Al-Syaibani (1991) menjelaskan kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai jalan terang yang
dilalui oleh pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk
mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka.
Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi kurikulum sebagai:
“It is the range of experiences,both indirect and directed,concerned in unfolding the abilities of the
individual,or it is a series of consciously directed training experiences that the school use for
completing and perfecting the individual”
Menurut Zuharani (1983), ”Kurikulum adalah semua pengetahuan, kegiatan-kegiatan atau
pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang sistematik, yang diterima anak untuk mencapai
suatu tujuan”.
Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan ”Kurikulum bermaksud segala
rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pelajaran untuk
mencapai matlamat pendidikan”.
Seterusnya, Pg. Dr. Hj. Abu Bakar(2008) menjelaskan:
”Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh
pelajar di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat
dalam buku teks dalam setiap tahap pendidikannya”.

Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar di sekolah yang
mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan anak di bawah bimbingan guru bagi mencapai
tujuan dan matlamat pendidikan.

2
Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa kurikulum bukan hanya meliputi mata pelajaran dan
pengalaman yang berlaku dalam kelas, malah ia meliputi semua pengalaman, aktiviti, suasana dan
pengaruh yang diberikan kepada pelajar atau yang mereka kerjakan atau yang mereka jumpai di
sekolah atau yang dikelolakan oleh sekolah. Ini termasuklah , semua kegiatan, pengalaman budaya,
seni, sukan dan sosial yang dikerjakan oleh pelajar di luar jadual waktu dan di luar bilik darjah yang
dikelolakan oleh pihak sekolah.

 DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM

Istilah “Pendidikan Islam” merupakan rangkai kata yang membawa makna yang sangat luas. Dalam
ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep, falsafah dan matlamatnya. Ini agak berbeza dengan
kefahaman umum masyarakat hari ini yang menganggap pendidikan Islam itu ialah Mata Pelajaran
Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam di sekolah(Mohd Yusuf Ahmad, 2004).
Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu kita menjelaskan
makna kata ‘pendidikan’ dan ‘Islam’. Menurut Al-Attas,Hassan Langgulung dan Burlian Somad
maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad,
2004). Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang
berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang
dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam.
Dalam bahasa Inggeris istilah pendidikan disebut education. Manakala dalam bahasa Arab
pengertian kata pendidikan, sering digunakan pada beberapa istilah, antaranya “ta’lim” ( ‫ ) اﻟﺗﻌﻠﯾم‬,
tarbiyah ( ‫ ( اﻟﺗرﺑﯾﺔ‬dan ta’dib ) (‫ اﻟﺗﺎدﯾب‬. Namun demikian, ketiga kata tersebut memiliki makna
tersendiri dalam menunjuk atau menerangkan pengertian pendidikan (Dr. Samsul Nizar,M.A: 2001).
Kata at-ta’lim merujuk kepada pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampaian pengertian,
pengetahuan, dan keterampilan. Kata at-tarbiyah membawa erti mengasuh, mendidik, dan
memelihara. Sementara Kata at-ta’dib dapat diertikan sebagai proses mendidik yang memfokuskan
kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Pendidikan adalah ‘latihan
atau ajaran’ (Dr.Teuku Iskandar,1986). Sementara itu menurut al-Quran, Islam ialah penyerahan diri
dan kepatuhan sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ali ‘Imran ayat 83:
‫اﻓﻐﯾر دﯾن ﷲ ﯾﺑﻐون وﻟﮫ اﺳﻠم ﻣن ﻓﻰ اﻟﺳﻣوت واﻻرض طوﻋﺎ وﻛرھﺎ واﻟﯾﮫ ﯾرﺟﻌون‬

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nyalah berserah
diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada
Allahlah mereka dikembalikan”

Ini menunjukkan kepada kita bahawa, pendidikan Islam merupakan usaha-usaha pembentukan
anak-anak sesuai dengan ajaran Islam, maka dengan itu melalui pendidikan Islam akan dapat
menyerapi dan menyedari hal-hal yang sebenar atau hakikat-hakikat baik dalam ajaran dan amalan
Islam, atau apa yang terkandung dalam akidahnya, ibadatnya, sistem akhlaknya dan juga ajaran
syariatnya yang dilihat dari segi hukum-hukumnya yang zahir. Ahli-ahli fikir Islam berpendapat
bahawa dengan menyedari hal-hal ini semua manusia akan mencapai kebahagiaan dalam dunia dan
akhirat (Dr. Haron Din & Dr. Sobri Salamon, 1988)

3
Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu ‘kesatuan’ yang terdiri daripada dua aspek yang
bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian daripada ajaran Islam dan undang-undang serta
moral hendaklah diajar dengan begitu rupa untuk membolehkan pelajar memahami, setakat yang
memadai, asas-asas Islam. Aspek yang kedua ialah untuk melatih pemikiran pelajar dengan cara yang
saintifik dan rasional supaya dia dapat menyelaraskan perilakunya dengan moral, undang-undang
dan keimanannya terhadap Islam (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) .
Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah
authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras dalam sistem pendidikan
dan kebudayaan Islam seluruhnya. Akidah Islam menjadi pusat bagi semua ilmu serta sifatnya
integrated. Menurut beliau pendidikan Islam itu bolah dibahagi dua, iaitu formal dan informal (Mohd
Yusuf Ahmad,2004).
Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tiada makna yang tepat bagi pendidikan Islam namun
dapat difahami oleh semua orang bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha untuk
mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan ajaran agama Islam berlandaskan al-Quran dan al-
Sunnah yang akhirnya akan mewujudkan satu masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat
dan kebahagiaan serta mendapat keredaan Allah.

4
SEJARAH KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

 SEBELUM MERDEKA

Sebelum merdeka, masih belum wujud satu Kurikulum yang khusus untuk Pendidikan Islam.
Pendidikan Islam banyak diajar di sekolah Pondok. Pada peringkat awal iaitu peringkat yang
masyhur dengan gelaran sekolah pondok, sistem pengajiannya dipanggil UMUMI (Abdullah
Ishak, 1994) di mana pembelajaran secara halaqah di hadapan guru pada waktu-waktu
tertentu.

Institusi pengajian pondok asalnya dimulai oleh sistem pengajian di rumah tok guru yang
kebanyakannya tamat pengajian agama di Mekah. Setelah terdapat banyak peningkatan
pelajar maka tempat pengajiannya dipindahkan ke masjid atau pun surau.

Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya dijadikan
model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang tamat
pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negara-negara
Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi
sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah. Terdapat juga yang masih meneruskan sistem
pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama Arab . Contohnya Pengajian
Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi Ma’ahad al-
Muhamadi (1915), Maahad Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah (1936),
Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok.

Para pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Arab, pondok dan madrasah boleh
menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam dan luar negeri.

Selain itu juga, Pendidikan Islam juga diajar di Sekolah Agama Rakyat(SAR) dan Sekolah
Agama Negeri(SAN). Sekolah-sekolah tersebut menggunakan kurikulum sendiri dalam
pembelajaran Pendidikan Islam kerana ia tidak terikat dengan dasar kerajaan dan diuruskan
persendirian.

Sebelum merdeka juga, Pendidikan Islam masih belum dijadikan subjek formal. Walaupun
pada tahun 1951, akta Pendidikan pertama di wujudkan namun Pendidikan Islam masih
belum dijadikan subjek formal. Pendidikan Islam yang terkandung di dalam Laporan Barnes
1951, Ordinan Pelajaran 1952, Laporan Razak 1956 hanya menerangkan syarat-syarat
pendidikan Islam diajar di sekolah kebangsaan.

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA


SEBELUM MERDEKA

5
RUMAH PONDOK MADRASAH MASJID/ SEKOLAH
GURU / IMAM SURAU

Kurikulum
Kurikulum Kurikulum Kurikulum: Kurikulum :
Ilmu agama
Membaca B. Arab Al-Quran Al-Quran,
al-Quran Tata bahas Fardu Ain
Arab Matematik Hadith
Asas fardu Tauhid
Ain, Jawi Fiqh, Tafsir Geografi Tauhid
Fiqh
Mantiq, Kemahiran Tasauf
Balaghah B. Arab
Fiqh
Tajwid
Masa Masa Marhaban
u Akhlak
Subuh Waktu
Masa yang tetap
Zohor
Tidak dihad Masa
Maghrib Masa
Mengikut Selepas
minat dan magrib Selepas
kemahuan Umur Zohor –
murid Dan subuh selepas
Umur Tidak Asar
ditetapkan
6-10th Umur
Umur Tidak
ditetapkan Umur
Tidak terhad
biasanya
Tidak
10 – 15th ditentukan

Perkembangan Pendidikan Islam sebelum Merdeka

 SELEPAS MERDEKA

6
Selepas merdeka, kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak
pendidikan Negara. Maka Resolusi Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu
Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata,
Ordinan, Akta dan Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari
itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara. Penekanan Pendidikan Islam
dalam sistem pendidikan Kebangsaan bermula berdasarkan penyata Razak 1956, Penyata
Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961.

Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci kedudukan
agama Islam di sekolah-sekolah :

i. Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang murid atau
lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar Agama Islam
ii. Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam seminggu
dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah
iii. Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada mereka
yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri
iv. Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat persediaan yang
sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam dengan syarat Lembaga
Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau lebih boleh membuat persediaan-
persediaan bersama bagi pengajaran tersebut kepada murid-murid yang beragama
Islam dalam sekolah-sekolah mereka.

Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang
mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan
Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Namun
begitu, walaupun Ordinan Pelajaran 1957 dan Laporan Rahman Talib merupakan satu
penambahbaikan bagi pendidikan Negara, namun kurikulum pendidikan Islam masih belum
diwujudkan. Kurikulum Pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah pada ketika itu
hanya menumpukan kepada perkara-perkara asas seperti Fiqh, Tauhid, Sejarah Islam dan
pengajaran beberapa ayat Al-Quran dan hadis yang dipilih.
Sehinggalah pada tahun 1961, di bawah Akta Pelajaran 1961. Satu Kurikulum khusus
diperkenalkan. Ia dinamakan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Berpandukan KLSR
ini, mata pelajaran pendidikan Islam mula diajar secara formal di sekolah menengah pada
tahun 1962. Kurikulum pendidikan Islam dibentuk berasaskan keperluan dan matlamat
untuk memberi pengetahuan mengenai agama Islam kepada pelajar.
Kurikulum-kurikulum Pendidikan Malaysia :
 KLSR (KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH) 1962
 KBSR (KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH) 1982
 KBSM (KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH) 1989
 KSSR (KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH) 2011

KLSR (KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH) 1962


 SEJARAH

7
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai
kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah
dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh
Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan
bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal
sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan
beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di
setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini
kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya
dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan
selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam
Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan.
Sekolahumum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah
jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa
pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.

Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga
tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-
1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang
telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap
perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal
dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh
ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan
kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan
kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian
pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem
pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan
latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih
ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada
tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di
kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat
dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa
mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu
sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat
berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang
kembali.

8
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KLSR
 PENGENALAN DAN KONSEP

Pada tahun 1961, pengambilan guru di sekolah menengah diambil alih oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dalam urusan, gaji, latihan dan sebagainya. Mereka juga telah
mengambil tanggungjawab menyusun kurikulum, urusan guru, pentadbiran dan pembiayaan
di sekolah rendah dan menengah. Sehubungan daripada itu, KPM telah memasukkan
Pendidikan Islam di dalam KLSR dan mewujudkan Kurikulum Pendidikan Islam secara khusus.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan di bawah Akta Pelajaran 1961
yang mana merupakan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Kurikulum Pendidikan
Islam mula dilaksanakan dalam KLSR sejak Negara mencapai kemerdekaan iaitu bermula
pada tahun 1962. Penumpuan pengajaran dan pembelajarannya Kurikulum Pendidikan Islam
ini lebih ke arah penyampaian maklumat dan ilmu tentang agama Islam daripada
pencapaiannya dalam aspek amalan dan penghayatan Islam dalam kalangan murid-murid.
Selain itu, Kurikulum ini juga bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan dan
hafalan fakta serta kurang menitikberatkan aspek-aspek amali dan lebih berpusatkan guru
semata-mata.

Berdasarkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, Pendidikan Islam diajar di
mana-mana sekolah yang didaftarkan dan terdapat sekurang-sekurangnya 15 orang murid
yang beragama Islam ( Akta Pelajaran, 1961). Namun hasil perakuan Akta Pelajaran 1961,
Pendidikan Islam diajar di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan. Pada mulanya, ia diajar
di luar jadual waktu sekolah (sekolah petang), sehingga pada tahun 1962, mata pelajaran
Pendidikan Islam dimasukkan dalam jadual waktu rasmi sekolah. Peruntukan masa
pengajaran dan pembelajaran adalah selama 120 minit dalam seminggu ( Zainal Abidin Abd.
Kadir, 1994).

 FALSAFAH

Falsafah Kurikulum Pendidikan Islam dalam KLSR Ini ialah memberi tumpuan kepada aspek
pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung. Aspek-
aspek penting yang lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi
perhatian yang sewajarnya. Selain itu, Guru hanya memberi dan menyampaikan
pengetahuan asas tentang agama Islam kepada murid-murid.

 MATLAMAT

Matlamat yang digariskan ialah menumpukan kepada penyampaian ilmu agama melebihi
daripada penekanan aspek amalan dan penghayatan dalam pembelajaran. Selain itu, cara
penyampaian guru hendaklah lebih bercorakkan untuk memberi ilmu dan maklumat sahaja
seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Pelajar-pelajar juga belajar Pendidikan
Agama hanya untuk mengetahui dan lulus dalam peperiksaan sahaja, termasuklah
peperiksaan awam di peringkat Sijil Rendah Pelajaran ( SRP).

 SUKATAN/KANDUNGAN

9
Kurikulum Pendidikan Islam dalam KLSR ini telah dinyatakan tetapi tidak secara terperinci.
Secara umumnya, mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh murid-murid
dalam KLSR antaranya ialah :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal
Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan,
Pendidikan Jasmani dan lain-lain. Mata pelajaran pendidikan seni dikenali sebagai mata
pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan semasa KLSR.

Manakala untuk Kurikulum Pendidikan Islam, sukatannya hanya menumpukan kepada


perkara-perkara asas seperti Feqah, Tauhid, Sejarah Islam dan Pengajaran daripada
beberapa ayat Al-Quran dan Hadis yang dipilih (Kementerian Pelajaran Malaysia 1980).

 KELEBIHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KLSR

1. Dengan wujudnya KLSR, ibu bapa tak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak
ke sekolah kebangsaan.
2. Selain dapat mempelajari ilmu duniawi, pelajar juga dapat mempelajari ilmu ukhrawi
atau agama.

 KELEMAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KLSR

1. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum tahun 80- an
dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran.
2. Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang
dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.
3. Isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai
kecemerlangan kebendaan.
4. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara
mata pelajaran atau antara darjah.
5. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan
membosankan murid.
6. Guru dan murid selalu terdesak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila
ada peperiksaan.
7. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini mengahadkan
penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

KBSR (KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH) 1982


 SEJARAH

10
1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 - Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun
1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa
terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan
sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan
murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila
menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah
menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah
aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal
bilik darjah.

Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun
1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu
iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang
berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting
pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan
menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan
baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap
kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas
menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis
karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan
boleh mengisi borang-borang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah
akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga
memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan
kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini.

Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan
dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada
tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan
bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada
komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu,
Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam
Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta
Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang
perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang
mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan
perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah
rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah

11
dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan
kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik.

Dalam KBSR merangkumi peringkat sekolah rendah yang terbahagi kepada dua tahap. Tahap
pertama ialah daripada tahun satu hingga tahun tiga manakala tahap kedua daripada tahun
empat hingga tahun enam. Mata pelajaran yang diajar di peringkat ini semua adalah mata
pelajaran wajib yang dipelajari oleh semua pelajar. Nilai-nilai murni diajar melalui sistem
pendidikan yang ditawarkan dalam mata pelajaran iaitu merentasi kurikulum. (Abdullah
Sani, 2005: 174-175).

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan
serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami
budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan
kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai-
nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi
nasional.

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KBSM


 PENGENALAN DAN KONSEP

Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan pendidikan awal untuk memenuhi tuntutan
fardu ain. Ia selaras dengan konsep dan proses perkembangan intelek, rohani, emosi dan
jasmani murid-murid ( JERI). Konsepnya menggunakan sukatan yang baru bagi menggantikan
Sukatan Pelajaran Agama Islam Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Islam Malaysia
yang diterbitkan pada tahun 1977 dan dilaksanakan pada tahun 1983. Untuk kurikulum,
tumpuan utama pendidikan Islam sekolah rendah ialah kepada bidang Asuhan Tilawah Al-
Quran, bidang asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiah. Bidang-bidang ini merupakan

12
fardu ain bagi setiap murid dan mereka wajib mempelajari, menghayati dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

 MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,


berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah
mempertingkat tamadun bangsa dan negara. Kemudian memperkembangkan semua potensi
insan ke arah menjadi seorang yang bertanggungjawab dan baik.

 OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat :


1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzuk’ amma dengan betul dan fasih, untuk
memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke
arah meyakini Al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng
keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah
sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas
perkembangan tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

 FALSAFAH

Pendidikan Islam merupakan suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah. Tujuannya bagi membentuk
sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan akhirat.

 KANDUNGAN KBSR PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga
tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan
kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah al-

13
Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu ‘Ain, ketiga; pemupukan
amalan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syari‘at Islam dan keempat;
penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Keempat-empat
bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu
menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita yang
tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang
menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu
memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan
supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan
Muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan,
bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Tulisan Jawi adalah sebahagian dari mata
pelajaran Pendidikan Agama Islam dan diajar mulai Tahun Tiga. Setelah murid dapat
menguasai asas-asas membaca dan menulis Jawi, pelajaran ini diserapkan ke dalam mata
pelajaran pendidikan Agama Islam sehingga akhir sekolah rendah. Murid-murid boleh
mengukuhkan pelajaran Tulisan Jawi melalui latihan- latihan dalam aspek-aspek pendidikan
Agama Islam yang lain seperti aspek Quran, Budi Pekerti, Akidah, Ibadat dan lain-lain.

 ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang iaitu :-

1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.


Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
o Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
o Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
o Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzuk’ ‘Amma (juz’ 30) dan
menghayati pengajarannya.
2. Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah.
Bidang ini memberi tumpuan untuk :-
o Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
o Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan
melaksanakannya.
o Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. sukatan
pelajaran pendidikan Islam KBSR
o Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.


Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
o Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan
Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
o Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri
sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.

4. Bidang Pelajaran Jawi.


Bidang ini memberi tumpuan kepada :-

14
o Menulis tulisan Jawi dengan baik.
o Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
o Mempelajari asas seni tulisan Jawi.

Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam Bidang Akhlak
Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, ibu bapa,
keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan Negara berteraskan 4 nilai utama Syaja‘ah,
‘Iffah, ‘Adalah dan Hikmah sukatan pelajaran pendidikan Islam KBSR yang akhirnya membina
pelajar beradab dan menghayati nilai-nilai akhlak. Kesemua bidang di atas merupakan
kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t. Pengetahuan
dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah
sesuai dengan peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan
rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a.,
pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan sumber daripada ilmu-ilmu lain
seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah
pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran
yang telah diperoleh pada peringkat sekolah rendah ini dapat diteruskan ke peringkat
menengah.

 KEKUATAN KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan


yang menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat
dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar
dan perkembangan sahsiah. Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah
dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982.
Laporan Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid
dalam 3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti
kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah
seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga
telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea
utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga
didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran
mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi
sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun
1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi
murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan
mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

15
KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan
KBSR ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta
penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan murid-murid
yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah
kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis bahan telah
dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, gerak kerja
kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan bekerjasama di
kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan
berterusan. Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-
langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan
pengayaan dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid berbeza dari segi pengalaman,
tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan kebolehan. Melalui temu ramah dengan
guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid yang tahu membaca adalah
lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih pantas daripada murid-murid
dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid
KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih
baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati
juga murid KBSR lebih cekap dan lebih berdikari.

 KELEBIHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KBSR

1. Guru-guru lebih terlatih kerana mereka diberikan tunjuk ajar dan asas latihan untuk menjadi
guru pendidikan Islam.
2. Menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan.
3. Sukatan pelajaran pendidikan Islam lebih menumpukan kepada bidang Asuhan Tilawah Al-
Quran, bidang asas Ulum Syariah dan Asas Akhlak Islamiah.
4. Sukatan kurikulum menjadi fardu ain bagi setiap murid dan mereka wajib mempelajari,
menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
5. Tidak menggunakan kaedah hafalan dan hafazan semata-mata bahkan murid memahami
dan menghayati ertinya.
6. Jumlah waktu pembelajaran ditambah iaitu selama 240 minit seminggu.

 KELEMAHAN KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini
mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya
melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah
fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan
proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk
peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

16
perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung
mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri
modal insan cemerlang yang dihasratkan.

KBSM (KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH)


1989

 SEJARAH

KBSM telah diperkenalkan dalam tahun 1980 oleh kerajaan untuk membentuk satu
kurikulum yang kukuh untuk sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Ia diperkenalkan untuk
mata pelajaran bahasa dalam tahun 1988. Kemudian ia telah diperkenalkan untuk semua
mata pelajaran pada tahun 1989. Program KBSM merupakan kesinambungan daripada KBSR
yang berasaskan pengiraan & kemahiran 3M iaitu membaca, menulis & mengira. Selepas
pelaksanaan KBSR di sekolah rendah,pelaksanaan KBSM juga dilaksanakan secara
menyeluruh di semua sekolah menengah pada tahun 1989. KBSM juga lebih kurang kepada
KBSR iaitu KBSM dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Dalam
Perakuan 58, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan “adalah diperakukan
bahawa kurikulum peringkat menengah rendah hendaklah berupaya perkembangan
daripada kurikulum sekolah rendah iaitu memperkukuhkan lagi pendidikan asas dan
memperkenalkan pendidikan umum yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pra
vokasional (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) merupakan kesinambungan daripada program Pendidikan Islam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KBSM


 PENGENALAN DAN KONSEP

17
Menyedari akan hakikat bahawa Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup dan amalan
setiap detik bagi seorang Muslim, maka Pendidikan Islam menekankan aspek ilmu, amalan
dan penghayatan. Murid diberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam serta
mencukupi tentang pelbagai persoalan dan isu kehidupan yang luas bagi mencorak dan
mempengaruhi budaya serta cara hidup masyarakat dan umat Islam.

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam KBSM ini, hendaklah diajar dengan tulisan
Jawi. Bidang-bidang pembelajaran hendaklah diolah dan disampaikan dengan berkesan
melalui cara yang lebih menarik dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan
amalan yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan secara meluas, mampu mengubah dan
membangunkan diri sendiri serta masyarakat yang mempunyai daya fikir yang cemerlang,
berakhlak mulia, bersefahaman, bersyukur dan bersatu padu. Pengolahan yang demikian
rupa hendaknya mampu menghasilkan tamadun ummah yang tinggi serta dapat memberi
sumbangan terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara. Nilai-nilai daripada mata
pelajaran lain seperti Sains, Geografi, Sejarah dan Matematik juga perlulah direntas supaya
wujud kesepaduan daripada pelbagai ilmu yang diperoleh di sekolah menengah. Melalui
pendekatan ini, cita-cita untuk melahirkan insan harmonis, seimbang dan bertaqwa akan
tercapai.

 MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,
berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-
Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada
tamadun bangsa dan negara.

 OBJEKTIF

Setelah mempelajari Pendidikan Islam Bersepadu Sekolah Menengah murid


dapat :-

1. Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan
bertajwid, untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran.
2. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat
dan amalan ibadah harian.
3. Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta
menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.
4. Memantapkan keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep
tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.
5. Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat Fardu ‘Ain serta
memahami sumbangan Fardu Kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang
kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.
6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawiyah, khulafa’ al-rasyidin,
dan tokoh-tokoh Islam sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan yang
cinta dan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.
7. Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tunggak budaya bangsa
yang bermaruah.

18
8. Membaca dan menulis Jawi melalui penggunaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam sebagai warisan amalan budaya bangsa akan terus
diperkukuhkan.

 KANDUNGAN KURIKULUM
Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam ini dibahagi kepada tiga bidang pembelajaran.
Peruntukan waktu Pendidikan Islam ialah sebanyak enam waktu (3+1+2) di peringkat
sekolah menengah rendah dan empat waktu (3+1) di peringkat sekolah menengah atas.
Peruntukan waktu amali solat perlu di isi dengan solat berjemaah dan tazkirah yang
berkaitan dengan kehendak sukatan pelajaran. Manakala peruntukan dua waktu tambahan
perlu digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperkukuhkan penyampaian objektif kurikulum
Pendidikan Islam.

1. Bidang Pembelajaran Tilawah al-Quran dan Hadis


a. Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid yang betul dan
fasih.
b. Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum-hukum tajwid
yang betul dan fasih.
c. Memahami pengertian dan hikmah ayat-ayat tertentu dan hadis-hadis
pilihan.
d. Memahami serta menghayati pengajaran al-Quran dan Hadis sebagai
sumber hukum.

2. Bidang Pembelajaran ‘Ulum Syar‘iyah


a. Pemantapan akidah menerusi peneguhan Iman, pemupukan sikap,
tanggungjawab pelajar sebagai manusia yang sedar dan insaf akan
kedudukannya terhadap Allah s.w.t diri sendiri, alam sekitar, masyarakat
dan negara.
b. Penghayatan ibadah menerusi pengetahuan dan pemahaman tentang
peraturan dan disiplin ibadah yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t serta
melakukannya.
c. Memahami peranan Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah sebagai ibadah yang
diperlukan untuk pembangunan diri dan negara ke arah kesejahteraan hidup
di dunia dan akhirat.
d. Meneladani sirah Rasulullah s.a.w dan tamadun Islam iaitu dengan
mengetahui mencontohi dan membangunkan kembali keagungan tamadun
Islam.

3. Bidang Pembelajaran Adab Berteraskan Akhlak Islamiah


Bidang pembelajaran Adab berteraskan Akhlak Islamiah diajar khusus dalam
bidang Akhlak Islamiah. Adab yang telah diperolehi dan diamalkan di
peringkat sekolah rendah dipertingkatkan lagi di sekolah menengah. Adab
ini berdasarkan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t,
diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara. Kandungan
Kurikulum ini digubal untuk memenuhi keperluan setiap Muslim dari segi
fardu Kifayah bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat, bersesuaian
dengan peringkat dan keupayaan pelajar sekolah menengah.

4. Jawi

19
Digunakan di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Tiada sukatan disediakan
untuk mengajarkan tulisan Jawi. Kebolehan kemahiran Jawi pelajar akan diuji dalam
peperiksaan Pendidikan Islam Sijil Pelajaran Malaysia. Memastikan pelajar dapat
menggunakan tulisan jawi dengan baik dalam subjek Pendidikan Islam.

 KELEBIHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KBSM

1. Berpusatkan pelajar
2. Pengajian yang menyeluruh
3. Mempunyai pertalian rapat dengan kehidupan seharian.
4. Menyemat nilai-nilai moral.
5. Melahirkan individu yang seimbang dari pelbagai sudut.
6. Bersifatkan pendidikan umum.

 KELEMAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KBSM

Juga hampir sama dengan KBSR


1. Pembelajaran hanya untuk peperiksaan semata-mata
2. Sukatan yang banyak.
3. Masa yang suntuk iaitu 180 minit seminggu.
4. Guru dipaksa menghabiskan sukatan sebelum peperiksaan.
5. Pembelajaran tanpa penyerapan penghayatan.

20
KSSR (KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH) 2011
 SEJARAH

Secara umumnya, Kurikulum Standart Sekolah Rendah berteraskan kepada beberapa sandaran
utama iaitu;
 Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung
UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan
kepada :
 Pembangunan modal insan
 Penghasilan pelajar celik minda
 Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
 Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.

 Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

 Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan


kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
 Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai
ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan
sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran
semasa dan masa depan. Berikut rentetan sejarah perkembangan kurikulum sekolah rendah
seperti berikut;

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

21
Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau dikenali sebagai KSSR diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan setiap murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan
semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) bermula pada sesi persekolahan tahun 2010 bertujuan untuk
meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris.

2011: KSSR dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 1. Kurikulum Transformasi Sek
Rendah digubal berasaskan standard kandungan & standard pembelajaran.
Standard Kandungan: penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran: Penetapan Kriteria atau Petunjuk Kualiti Pembelajaran dan Pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan
satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KSSR

 PENGENALAN DAN KONSEP

Kurikulum Pendidikan Islam dalam KSSR meliputi Pendidikan asas ulum syariah. Ia
mengambil kira tahap perkembangan dan kemampuan murid dalam pembelajaran. Ia juga
menjelmakan kesepaduan ilmu aqli dan naqli. Kurikulum ini Merangkumi tuntutan fardu ain
dan fardu kifayah. Ia menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang
berkeupayaan menyumbang ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara. Penulisan
bahan kurikulum Pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi.

 MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang berilmu,
beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah
sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah yang berjaya di
dunia dan di akhirat.

 OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan Islam
sekolah rendah berkebolehan untuk:

i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam
kehidupan seharian;

22
ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzuk’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat
harian;

iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;

iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;


v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng
keagamaan;

vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai
kewajipan umat Islam;

vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa
kecintaan kepada baginda;

viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan
seharian; dan

ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa

 FOKUS

Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada


kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak dan
sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran Pendidikan Islam
sekolah rendah murid mampu memahami, mengamalkan dan menghayati tuntutan fardu ain
dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.

 ORGANISASI KANDUNGAN PENDIDIKAN ISLAM

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan pada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan
oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada
enam modul iaitu:

a. Modul al-Quran

Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul,


fasih dan bertajwid, menghafaz dan memahami surah Al-Fatihah dan surah
tertentu daripada juzuk’ Amma serta menghayati pengajarannya.

b. Modul Hadis

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara


umum serta menghayati pengajarannya.

c. Modul Akidah

23
Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan
tanggungjawab terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan
mengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian.
d. Modul Ibadah

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara


beribadah yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam
kehidupan harian.

e. Modul Sirah

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w


dan mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan
harian.

f. Modul Adab

Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan


manusia dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam
sekitar.

g. Modul Jawi

Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis


jawi serta mempelajari asas seni khat.

 KELEBIHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KSSR

i. Mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.


ii.Kurang membebankan pelajar berbanding KBSR.
iii.
Ilmu mudah dan padat.
iv.Menangani isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan
mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan kepada
kecemerlangan akademik.
v. Pengajian bersertakan amali yang berkesan kerana pembelajaran
berpusatkan pelajar.

 KELEMAHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KSSR

i. Masalah yang sama iaitu masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.


ii. Pengajian agama berkurangan.
iii. Ini menyebabkan kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih
berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat
menyampaikan ilmu pengetahuan.

24
PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM
KLSR, KBSR, KBSM DAN KSSR.

NO SKOP KLSR KBSR KBSM KSSR

i. KURIKULUM Tidak dinyatakan Terperinci. Terperinci. para Terperinci dan


secara terperinci. Pengajaran pelajar ditingkatkan menepati Standard
Pengajaran melibatkan perkara- lagi pengetahuan dan pelajar. Segala
melibatkan asas- perkara asas dalam penghayatan mereka pembelajaran al-
asas agama. tilawah al-Quran, dalam bidang Quran, hadis, adab,
akidah, ibadah, Tilawah al-Quran, sirah, ibadah dan
sirah, akhlak dan 'Ulum Syari'yah dan jawi mengikuti
jawi. Akhlak Islamiyah. standard
kemampuan pelajar.
ii. TUJUAN DAN Pengajian hanya Pengajian bertujuan Pengajian bertujuan Segala pengajian
SASARAN untuk ilmu dan untuk ilmu dan fakta untuk ilmu dan fakta adalah bertujuan
fakta sahaja untuk serta serta untuk pelajar-
peperiksaan. mengamalkannya mengamalkannya pelajar dapat
selain untuk selain untuk mengamalkannya di
peperiksaan. peperiksaan. dalam kehidupan
harian selain untuk
peperiksaan.
iii. SUKATAN Terlalu banyak. Ini Lebih sedikit Sukatan yang Sukatan yang
kerana guru berbanding KLSR. ditetapkan tidak digariskan menepati
terpaksa Tetapi juga sukar banyak dan tidak kemampuan dan
mengajar banyak untuk menghabiskan kurang. Pengajian masa yang
kerana tiada sukatan kerana lebih tinggi ditetapkan.
sukatan yang masa yang terhad berbanding KBSR. Pengajian lebih
ditetapkan serta perlu Namun dengan masa kepada untuk
dengan masa yang mengimbangi yang terhad, mendidik pelajar
terhad. pengajian ilmu pengajian lebih mengamalkannya di
dengan amali. kepada penyampaian dalam kehidupan
dan kurang kepada seharian. Sukatan
amalan. tidak membebankan
pelajar.
iv. PENILAIAN Pengajian Pengajian Pengajian Pengajian
berpusatkan guru. berpusatkan guru. berpusatkan guru. berpusatkan pelajar.
Penilaian Penilaian Penilaian bergantung Segala penilaian di
bergantung bergantung kepada kepada peperiksaan. nilai dalam kelas
kepada amali dalam kelas seperti amali,
peperiksaan. dan peperiksaan. kelakuan, kerja dan
sebagainya. Serta
penilaian lain
melalui

25
peperiksaan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kurikulum pendidikan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan sedikit sebanyak


telah membantu pelajar Islam mempelajari agama Islam. Selain itu, dengan adanya kurikulum
pendidikan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan ini, sedikit sebanyak juga mampu mengurangkan
beban pelajar daripada memilih 2 sekolah (pagi dan petang). Usaha kerajaan juga harus dipuji kerana
menjadikan kurikulum pendidikan Islam sentiasa dibaiki dan diperkemas sejak merdeka hingga kini.
Setiap kurikulum yang diatur dan di wujudkan oleh kerajaan ada kelebihannya tersendiri.
Namun transformasi yang berlaku adalah disebabkan rasional yang kukuh serta mengikut kehendak
perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa. Namun, kurikulum pendidikan Islam kini juga
banyak kekurangan dan perlu diperbaiki lagi sejajar dengan Negara Malaysia yang majoritinya
beragama Islam.

26

Anda mungkin juga menyukai