Anda di halaman 1dari 5

REKABENTUK KURIKULUM

Sebelum melakukan suatu perkara apa pun lazimnya mestilah langkah awal adalah
membuat perancangan, apatahlagi mengenai kurikulum yang menjadi roh dalam dunia
pendidikan yang akan menentukan nasib suatu negara atau bangsa di masa hadapan.
Perancangan kurikulum dibuat dengan begitu teliti, kritis, dan analitik dengan harapan
agar tujuannya dapat tercapai. Begitu juga dalam dunia kurikulum pendidikan
sesebuah negara, institusi perlulah mengambil berat dalam membuat perancangan
dalam menentukan kurikulum kerana hal ini akan menentukan hasil atau tujuan yang
akan dicapai. Agar sesebuah kurikulum kukuh sehingga dapat dijalankan dengan
mudah dan mencapai tujuan yang diharapkan, maka kurikulum dirancang dengan asas
yang kuat. Sebelum kita bincangkan tentang rekabentuk kurikulum kita kenalpastikan
dahulu apa itu kurikulum.
Menurut kamus New Websters Dictionary, kurikulum adalah kursus atau matapelajaran
yang dipelajari di universiti, sekolah dan lain-lain (curriculum is course of study in
university, school etc). Jadi secara bahasanya kurikulum adalah matapelajaran yang
harus ditempuh oleh pelajar secara berperingkat sehingga selesai sesuai dengan
program yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau universiti.
Menurut Prof. Dr. Omar Muhammad al-Tomy al-Syaibani, kurikulum adalah sejumlah
pengalaman pendidikan, kebudayaan, sosial, olahraga, kesenian, yang disediakan oleh
sekolah bagi murid-muridnya di dalam atau di luar sekolah dengan maksud menolong
untuk berkembang menyeluruh dari segala segi dan merubah tingkah laku mereka
sesuai dengan tujuan pendidikan.
Perancangan kurikulum perlu dibuat dengan baik dan teliti agar tujuan pendidikan dapat
dicapai dengan baik. Untuk itu seorang perancang kurikulum harus memahami jenisjenis falsafah atau aliran yang diikuti. Menurut ahli falsafah pendidikan barat, jenis-jenis
falsafah yang mempengaruhi rekabentuk kurikulum diantaranya adalah:
Perennialism iaitu melihat nilai-nilai semasa yang terbaik dalam warisan
budaya.
Essentialism iaitu menekankan kepada pendidikan asas
Progressivism iaitu menumpukan kepada pendidikan yang lebih terbuka
Reconstruction iaitu mengambilkira persekolahan sebagai tempat
mengembangkan susunan sosial yang baru
Contoh jenis falsafah pendidikan negara di Malaysia:
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani bersdasarkan kepada kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
1

masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Islam


Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan
Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke
arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraaan di akhirat.

Setelah menentukan aliran falsafah mana ynag diikuti dalam merancang kurikulum
sebagai dasar barulah kurikulum tersebut dibina. Dalam membuat kurikulum juga harus
dilihat ruang lingkup atau sasaran kerana kurikulum sasarannaya ada yang makro dan
mikro yakni ruang lingkup yang besar dan kecil. Contohnya kurikulum mikro yang
dibina untuk satu sekolah atau institusi pendidikan tertentu seperti pondok pesantren.
Dalam menentukan sesebuah kurikulum tidak dipengaruhi oleh mana-mana jabatan
negara tetapi ditentukan oleh pengasuhnya sendiri. Sedangkan kurikulum makro dibina
untuk sebuah institusi atau lembaga pendidikan dalam sesebuah negara atau negeri
yang mana kebijaksanaan dalam pembuatan kurikulum ditentukan oleh jabatan negara
dan diperlakukan untuk semua rakyat sesuai dengan tingkat pendidikannya seperti
KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah). Kurikulum ini dilaksnakan untuk
sekolah rendah seluruh Malaysia, begitu juga KBSM (Kurikulum Besepadu Sekolah
Menengah).
Dalam membina sesuatu kurikulum, kurikulum juga dipengaruhi oleh objek kurikulum itu
sendiri, untuk siapa kurikulum itu dibina. Kurikulum dibina untuk :
1. Pelajar (peserta didik), apa matlamatnya kurikulum dibina untuk pelajar. Kita
harus mengetahuinya contohnya kurikulum dibina untuk pelajar bertujuan pelajar
mahir dalam bidang-bidang tertentu seperti bidang pertanian, perubatan,
kejuteraan dan lain-lain.
2. Matapelajaran (matapelajaran apa yang perlu disediakan untuk pelajar sehingga
matapelajaran itu dapat dikuasai oleh pelajar).
3. Masyarakat. Masyarakat adalah kumpulan manusia yang hidup dalam komuniti
yang mempunyai kesepakatan hukum dalam sesuatu tempat tertentu dan
memiliki tujuan tertentu. Maka kurikulum dibina bergantung kepada keperluan
masyarakatnya seperti masyarat industri, masyarakat petani dan lain-lain.
Beberapa pendapat para tokoh dan sarjana pendidikan Islam tentang tujuan pendidikan
Islam diantaranya:
1. al-Ghazali. Tujuan pendidikan Islam ialah untuk membekalkan individu dengan
kemantapan akidah dan amalan ibadah, membentuk akhlak yang mahmudah
dan menjahui perlakuan yang mazmumah, melatih diri menjauhi perkara-perkara
yang syubhah dan haram kerana menghadapi rintangan hidup ketika belajar
serta mengutamakan nilai-nilai kerohanian.
2. Imam al-Syafii. Tujuan pendidikan Islam adalah ia mampu melahirkan individu
yang celik al-Quran dan sunnah disamping kemampuan menguasai pelbagai
jenis ilmu sebagai persiapan diri untuk mengahdapi dunianya.

3. Imam Malik. Tujuan pendidikan Islam adalah boleh melahirkan individu yang
bertaqwa, berakhlak mulia, tahu bermasyarakat dan mencintai ilmu. Ia juga
mestilah mampu melatih individu agar dapat memilih kemahiran diri sesuai
dengan zamannya.
4. Imam Abu Hanifah. Tujuan pendidikan Islam ialah membina ummah yang dapat
menegakkan al-Quran dan as-Sunnah, berkemampuan membina daya intelek
dan daya fikir yang tinggi hingga ke peringkat ijtihad.
Dari huraian pendapat tokoh-tokoh dan sarjana pendidikan Islam bahawa pendidikan
Islam adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sepertimana Rasulullah (SAW)
mendidik para sahabat sehingga mendapat gelaran Radiallahuanhum (Allah meredhai
mereka). Allah telah berfirman di dalam al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 100 yang
bermaksud Orang-orang yang terdahulu lelaki yang pertama (masuk Islam) di antara
orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah
redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi
mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di
dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.
Rasulullah (SAW) mendidik para sahabat lebih kurang 23 tahun dan hasilnya agama
Islam yang sempurna telah wujud dalam kehidupan mereka. Sebagaimana firman Allah
Taala dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud Pada hari ini telah
kusempurnakan agamamu, dan telah kucukupkan nikmatku dan telah kuredhai Islam itu
menjadi agamamu.
Rasulullah (SAW) adalah guru teladan dan para sahabat pula adalah penuntut teladan,
dari kedua-duanya menghasilkan manusia yang teladan yang tidak boleh ditandingi
oleh generasi selepasnya. Hal ini tercapai dengan jalan sukhbah walbiah (persahabatan
dan suasana yang baik). Rasulullah (SAW) sendiri pernah bersabda yang bermaksud
Sebaik-baik kurun(zaman) adalah kurun aku (zaman nabi dan sahabat), kemudian
setelah mereka, kemudian setelah mereka.
Rasulullah (SAW) berhasil mendidik sahabat mencapai tujuan yang dikehendaki oleh
Allah dan rasulnya menggunakan pakej kurikulum dari Allah melalui malaikat Jibril a.s.
Umat manusia sekarang ini boleh mendapatkan sifat-sifat yang mulia seperti sifat-sifat
yang dimiliki oleh para sahabat apabila umat manusia sekarang ini melalui proses
pendidikan seperti yang dilakukan oleh nabi dan para sahabat. Sebagaimana yang
dikatakan oleh Imam Malik r.a bahawa umat saat ini tidak akan boleh diperbaiki kecuali
melalui awalnya Islam datang(nabi dan sahabat).
Di antara kurikulum yang dilakukan oleh Rasulullah (SAW) pertama kali adalah
menanamkan perkara iman niat yang menjadi asas kepada agama Islam (kalimah
tauhid, Lailahaillallahmuhamadarrasullullah yang ertinya tiada tuhan yang disembah
kecuali Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah). Apabila keyakinan yang sempurna
kepada Allah secara mutlak tanpa berbelah bagi serta menyakini Muhammad pesuruh
Allah, dengan menyakini dan membenarkan apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah
(SAW). Salah seorang sahabat nabi (SAW). telah berkata Kami belajar iman dahulu

kemudian kami mempelajari al-Quran. Kalau keyakinan ini telah meresap kedalam jiwa
seseorang maka akan sanggup melaksanakan seluruh perintah Allah Taala dan
meninggalkan larangan Allah Taala. Setelah lebih kurang 12 tahun di Mekah para
sahabat belajar iman, maka satu tahun sebelum hijrah datanglah perintah Allah Taala
berupa solat. Setelah para sahabat hijrah ke Madinah maka turunlah hukum-hakam
yang lain. Dan para sahabat telah bersedia menerimanya dengan redha berdasarkan
iman.
Dalam pendidikan Islam aspek ini yang dididik adalah :
1. Kognitif (akal) yakni pembinaan akal melalui pendidikan maklumat kepada akal
berisikan wahyu al-Quran dan al-Hadith.
2. Afektif (amal) yakni mengamalkan maklumat-maklumat tersebut sesuai dengan
yang dicontohkan oleh Rasullullah (SAW).
3. Psikomotor (pancaindera) yakni menggunakan pancaindera dan juga perasaan
seperti yang dicontohkan oleh Rasullullah (SAW).
Jenis-jenis Kurikulum Pendidikan Islam
1. Formal (sekolah). Dalam hal ini proses belajar dan mengajar di institusi sekolah
melibatkan guru, murid, matapelajaran, kurikulum, penilaian, fasiliti belajar.
Kurikulum yang dijalankan di institusi pendidikan formal berdasarkan kepada
kurikulum yang diberikan oleh kementerian pendidikan.
2. Informal (luar sekolah) yakni suatu kurikulum pendidikan yang dibuat oleh
persendirian tanpa ikut campur pemerintah sesuai dengan tujuan yang
dikehendaki contohnya pondok pesantren, institusi keluarga, masjid, surau dan
kursus-kursus singkat.

Bibliografi
1. al-Quran dan terjemahannya
2. Ghazali Darussalam, Dr, 2001, Pedagogi Pendidikan Islam Kuala Lumpur,
Utusan Publications & Distributors SDN BHD.
3. Saedah Siraj, Professor, Dr, 2008, Kurilulum masa depan, Kuala Lumpur.
4. Ghazali Darussalam, nota kuliah
5. Hayatussahabah, Maulana Yusuf al-Kandahlawi
6. Fadail Amal, Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria

Anda mungkin juga menyukai