Anda di halaman 1dari 14

1.

0 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Pengenalan

Islam meletakkan elemen pendidikan pada kedudukan yang paling penting dan
merupakan ibadat yang besar. Kepentingannya telah ditekankan dalam ayat Al-Quran yang
pertama diturunkan iaitu surah Al-Alaq. Firman Allah:

Gambar 1: Surah Al-Alaq ayat 1-5

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w supaya menyebarkan


risalah kepada umat manusia. Wahyu yang pertama ini mengandungi mengandungi tiga
perintah yang terdiri daripada suruhan supaya manusia belajar mengenali tuhan, memahami
fenomena alam dan diri sendiri serta menghayati cara hidup yang baik iaitu merangkumi
prinsip akidah, ilmu dan amal. Ketiga-tiga perkara ini menjadi teras kepada falsafah
pendidikan islam. Konsep Pendidikan Islam adalah secara bersepadu yang merupakan
suatu keistimewaan berbanding agama lain. Ilmu tersebut dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu fardu ain dan fardu kifayah yang merangkumi pendidikan duniawi dan
ukhrawi. Walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu, namun ia tetap dalam satu
lingkaran konsep bersepadu.

Definisi Pendidikan Islam


Pendidikan dikenali sebagai tarbiah dalam bahasa arab yang berasal daripada kata
kerja (‫)رب يربي تربية‬. Ia membawa maksud tumbuh, berkembang, dan memelihara. Dari segi
bahasa iaitu Al-Islah (penambahabaikan), Al-Nama’ wa Al-Ziyadah (penambahan atau
pembangunan), Nashaa (berkembang). Secara ringkasnya definisi dari segi bahasa ini
menjelaskan bahawa makna “pendidikan” itu membawa kepada maksud penambahbaikan,
melaksanakan aktiviti mendidik, mengawal dan menjaganya dengan apa yang dibangunkan.

1
Pendidikan dari segi istilah pula menurut al-Baidawi, pendidikan adalah
menyampaikan sesuatu sehingga sempurna tanpa ada perubahan. Menurut al-Gharib al-
Asfahani, pendidikan adalah menyeimbangkan sesuatu sedikit demi sedikit sehingga sampai
ke tahap yang sempurna. Secara keseluruhan Pendidikan Islam adalah proses mendidik,
membentuk serta melatih individu dalam pelbagai aspek seperti jasmani, rohani, akal,
akhlak dan kesedaran sosial bagi melahirkan manusia yang sempurna, beriman, berakhlak
mulia, berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya bertepatan dengan manhaj
Islam. Ia merupakan pendidikan yang mengembalikan manusia kepada penciptanya (Allah),
bertujuan untuk kebahagiaan dunia akhirat.

Definisi kurikulum Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan Islam adalah bahan-bahan pendidikan islam berupa kegiatan,


pengetahuan dan pengalaman secara sistematik diberikan kepada anak didik dalam rangka
mencapai tujuan pendidikan Islam. Dengan kata lain kurikulum Pendidikan Islam adalah
semua aktiviti, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan secara sistematik
diberikan oleh pendidik kepada anak didik dalam rangka tujuan Pendidikan Islam
(H.syamsul Bahri Tanrere, 1993).

Berdasarkan keterangan di atas, maka kurikulum Pendidikan Islam itu merupakan


satu komponen pendidikan agama berupa alat untuk mencapai tujuan. Ini bermakna untuk
mencapai tujuan pendidikan agama (Pendidikan Islam) diperlukan adanya kurikulum yang
sesuai dengan tujuan Pendidikan Islam dan bersesuaian pula dengan peringkat usia,
peringkat perkembangan kejiwaan anak dan kemampuan pelajar.

Faalsafah Pendidikan Islam

Falsafah merupakan merupakan komponen yang paling asas dan tertinggi dalam
sistem Pendidikan kerana manusia yang ingin dilahirkan atau dibentuk adalah bergantung
kepada falsafahnya. Beberapa tokoh memberikan pendapat mengenai konsep falsafah
Pendidikan Islam. Antaranya Syaibani mendefinisikan falsafah Falsafah Pendidikan Islam
sebagai melaksanakan teori dan kaedah falsafah dalam bidang pengalaman manusia yang
dipanggil pendidikan. Ia berfungsi menilai pendidikan, menganalisis permasalahan dan
isunya dalam kehidupan (Ahmad Mohd Salleh,2011). Menurut Turki Rakib menyatakan
bahawa falsafah Pendidikan Islam dibina berasaskan empat rukun iaitu, iman yang teguh
kepada Allah dan Rasul, malaikat, syurga, neraka dan hari kebangkitan. Seterusnya adalah

2
akhlak yang baik dan mulia, berilmu dalam erti yang menyeluruh dan amal soleh di dunia
dan di akhirat.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan


falsafah hidup islam kerana menggunakan prinsip islam dalam bidang pendidikan. Ia
menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia dan akhirat tercapai dengan jayanya.
Pendidikan merupakan saru aliran falsafah yang berbentuk keagamaan kerana ia berusaha
keimanan kepada Allah dan Rasulnya dalam membangunkan manusia sebagai insan
ciptaan Allah yang dapat menjalankan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Matlamat Pendidikan Islam

Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamat tersendiri. Matlamat boleh diertikan


sebagai tujuan atau objektif terhadap sesuatu perkara yang ingin dicapai. Sesuatu sistem
yang akan dilaksanakan mestilah memenuhi matlamat yang telah dirancang.

Ibnu Khaldun menjelaskan matlamat Pendidikan islam yang terbahagi kepada dua iaitu:

a) Tujuan Keagamaan

Pendidikan membawa seseorang individu kepada mengenal tuhannya, beramal untuk


akhirat dan menunaikan hak hak Allah yang menjadi kewajipan kepadanya.

b) Tujuan Ilmiah

Pendidikan membawa seseorang individu kepada kemahiran dan membolehkan individu


tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya.

Apabila kita melihat kepada keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun
menjaga kepentingan hidup dunia dan akhirat, dapat mengimbangkan kedua-duanya
sebagai satu panduan hidup mereka.

Abdul Qadir Ahmad (1980) menyatakan bahawa matlamat falsafah Pendidikan islam adalah
untuk melahirkan individu yang soleh dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan
di dunia untuk melahirkan individu yang beramal dengan amalan amalan Islam supaya
mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ahmad Saleh Jamjaan dalam Naquib Al-Attas (1984) mengungkapkan matlamat Pendidikan
islam sebagai:

“The aim of Muslim education is the creation of the good and righteous man who worships
Allah in the true sense of the term, builds up the structure of his earthly life “

3
Islam sebagai al-din yang merangkumi segala aspek penghidupan, kerana itu matlamat
pendidikannya juga adalah suatu yang ideal, syumul dan holistik iaitu untuk memperbaiki
hidup di dunia mengikut tujuan hukum syarak. Ini kerana Islam itu sendiri bertujuan untuk
menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

Objektif Pendidikan Islam

Antara objektif yang ingin dicapai dalam Pendidikan Islam adalah seperti berikut:

- Membentuk akhlak islamiah dalam diri manusia

- Menyediakan persiapan untuk manusia hidup di dunia dan meneroka alam agar dapat

menguasai ilmu dalam segenap bidang

- Menyeimbangkan antara unsur spritual dengan kemahiran fizikal

- Menjaga kemanfaatan individu dan kolektik

Dasar Pendidikan Islam

Dasar adalah landasan untuk berdirinya sesuatu. Fungsi dasar adalah memberikan
arah kepada tujuan yang akan dicapai dan sekaligus sebagai landasaan untuk berdirinya
sesuatu. Terdapat 4 aspek dasar yang ditekankan untuk mencapai tujuan pendidikan:

Dasar Falsafah Dasar Keagamaan Dasar Psikologi Dasar Sosiologi

Memberikan arah Berdasarkan nilai- Berkaitan dengan Memberi implikasi


dan tujuan nilai ketuhanan perkembangan bahawa kurikulum
pendidikan islam Terkandung dalam emosi, jasmani, pendidikan
Membentuk Al-Quran dan rohani, intelek dan memainkan
kurikulum yang Sunnah sosial di samping peranan yang
benar dan Ia bersifat melihat penting terhadap
bersesuaian universal pekembangan penyampaian dan
dengan individu, Sumber lain: Ijma bahasa dan minat perkembangan
masyarakat, agama dan Qias mereka kebudayaan,
dan negara proses sosiologi
Membentuk 3 individu dan
dimensi dalam rekonstruktiviti
kurikulum dan masyarakat
pendidikan islam

Rajah 1: Dasar Pendidikan Islam

4
2.0 SEJARAH TULISAN JAWI

Tulisan jawi adalah tulisan yang terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian tersebar ke Melaka, Kerajaan
Johor dan juga Aceh pada abad ke-17 yang dapat dibuktikan dengan kewujudan Batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M. Tulisan yang mula dipakai ialah tulisan Pallava
yang kemudiannya mengalami perubahan kepada jenis-jenis tulisan lain seperti Tulisan
Rencong, Tulisan Pallawa, Tulisan Kawi, Tulisan Jawi dan Tulisan Rumi. Sebelum
penjajahan pihak barat, penggunaan tulisan jawi adalah secara meluas. Ia digunakan
sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan
dan masih digunakan sehingga hari ini. Tulisan ini mengalami perubahan dan
perkembangan secara berperingkat dalam mencapai tahap pemantapannya.

3.0 TAHAP PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Menggunakan tulisan dan sistem ejaan


arab
PERINGKAT Menghilangkan tanda baris
Mewujudkan huruf saksi
1 Menggunakan huruf saksi pada suku kata
pertama dan kedua

Sistem ejaan jawi Pakatan

PERINGKAT Sistem ejaan jawi Zaaba


Sistem ejaan jawi Dian
Pedoman ejaan jawi yang disempurnakan
2

Rajah 3.1: Tahap perkembangan tulisan jawi

5
3.1 PERINGKAT PERTAMA

3.1.1 Menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab

Tulisan yang digunakan adalah menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya iaitu
sistem tanda baris atau juga dipanggil sistem I’rab. Ejaannya menggunakan tulisan Arab
yang lengkap dengan tanda-tanda baris bagi mengeja perkataan sama ada perkataan
daripada Bahasa Melayu asli atau perkataan pinjaman daripada bahasa Arab. Contohnya:

Contoh perkataan Ejaan dalam Jawi


harta ‫آرت‬
maka ‫مك‬
Jadual 3.1.1: Sistem ejaan tahap pertama

Penggunaan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan
yang menonjol bagi tulisan Jawi. Ia melambatkan proses penulisan di samping terdapat
tanda-tanda baris yang tidak lengkap. Maka, wujud tahap kedua dalam sistem ejaan Jawi
yang menghilangkan tanda-tanda baris tersebut.

3.1.2 Menghilangkan tanda baris

Pada tahap ini, tulisan Jawi masih dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab, tetapi tanda-
tanda baris telah dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundul. Ini bermakna, ejaan
bagi perkataan yang tersebut masih sama cuma tanda-tanda baris tidak lagi diletakkan.
Contohnya seperti berikut:

Contoh perkataan dengan baris Contoh perkataan tanpa baris


‫آرت‬ ‫ارت‬
‫مك‬ ‫مك‬
Jadual 3.1.2: Sistem ejaan tahap kedua

Namun, dengan menghilangkan tanda baris ini juga mempunyai banyak


kelemahannya seperti sukar untuk membunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat serta
akan mewujudkan perkataan yang berbentuk homograf. Hal ini menyebabkan munculnya
sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu iaitu yang menggunakan huruf-huruf saksi atau huruf-
huruf vokal bagi menggantikan tanda-tanda baris tersebut.

3.1.3 Menggunakan huruf-huruf saksi

6
Sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu pada tahap ini ialah dengan meletakkan huruf-
huruf saksi pada suku kata pertama sahaja. Terdapat tiga huruf benar Arab yang dijadikan
huruf saksi selain tetap mengekalkannya sebagai huruf benar iaitu huruf alif (‫)ا‬, huruf wau (‫)و‬
dan huruf ya (‫)ي‬. Contohnya adalah seperti berikut:

Contoh perkataan Ejaan dalam Jawi

mata ‫مات‬

kita ‫كيت‬

but ‫بوت‬

Jadual 3.1.3: Sistem ejaan tahap ketiga

Walaupun begitu kekeliruan pemahaman masih berlaku. Contohnya perkataan ‫مات‬, ia


boleh disebut sebagai ‘mata’ dan ‘mati’. Justeru, sistem ini telah mengalami
pengubahsuaian kepada tahap yang keempat iaitu menambahkan huruf saksi pada suku
kata pertama dan suku kata kedua.

3.1.4 Menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua

Pada tahap ini, huruf saksi telah diletakkan pada kedua-dua suku kata iaitu suku kata
pertama dan kedua. Ini bersesuaian dengan keadaan bahasa Melayu yang sememangnya
kebanyakan perkataannya terdiri daripada dua suku kata. Oleh itu, perubahan ini dikatakan
telah dapat mengurangkan kekeliruan di samping dapat menghasilkan sebutan perkataan
yang lebih tepat, contohnya:

Contoh perkataan Ejaan dalam Jawi

buku S‫بوكو‬

laga ‫الݢا‬

lagu ‫الݢو‬

gigi ‫ݢيݢي‬

Jadual 3.1.4: Sistem ejaan tahap keempat

Namun, masih terdapat kelemahan di dalam sistem ejaan pada tahap ini kerana
kekurangan huruf-huruf vokal dalam tulisan Jawi bagi melambangkan fonem-fonem vokal
dalam bahasa Melayu.

Perkembangan ejaan Jawi peringkat pertama yang telah dijelaskan menunjukkan


bahawa sistem ejaan Jawi mengalami perubahan secara bertahap. Bermula daripada
pengaruh ejaan Arab yang menggunakan sistem tanda baris sehinggalah kepada menerima
pengaruh ejaan Melayu yang menggunakan huruf-huruf saksi atau huruf-huruf vokal.

7
Perkembangan ini juga tidak berlaku secara serentak di semua tempat di alam Melayu,
sebaliknya berlaku secara berasingan dan masih bergantung kepada perkataan yang dieja.

3.2 PERINGKAT KEDUA

Pada zaman awal perkembangannya, sistem ejaan Jawi berubah secara beransur-
ansur tanpa ada peraturan mahupun panduan bertulis kerana sistem ejaan Jawi pada masa
itu hanya mengikut kelaziman yang berlaku dalam kalangan orang Melayu. Jika terdapat
perubahan yang dilakukan oleh seseorang penulis, maka ia akan diikuti dengan mudah oleh
penulis-penulis yang lain selepas itu. Keadaan ini berterusan dalam jangka waktu yang lama
sehinggalah menjelang abad ke-20. Pada abad ini, sistem ejaan Jawi dapat dibahagikan
kepada beberapa panduan dan pedoman yang pernah disusun dan digunakan oleh
beberapa orang perseorangan atau pertubuhan seperti SEJ Pakatan, SEJ Za’ba, SEJ Dian
dan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD).

3.2.1 Sistem Ejaan Jawi Pakatan

Sistem ejaan Jawi ini merupakan panduan ejaan yang telah diterbitkan oleh Pakatan
Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B. Diraja Johor) pada tahun 1937.
Panduan ejaan ini telah disusun oleh Mejar Dato’ Mohd. Said Sulaiman yang merupakan
seorang pegawai kanan kerajaan Johor pada masa itu. Beliau seorang yang sangat
mencintai bahasa Melayu dan panduan ejaan susunan beliau ini telah digunakan secara
rasmi oleh Pakatan. Dalam panduan ejaan ini telah diterangkan beberapa kaedah mengeja
perkataan bahasa Melayu dengan huruf Jawi, iaitu bermula dengan penggunaan huruf saksi
iaitu huruf ‫ و‬,‫ا‬, dan ‫ى‬, cara mengeja perkataan berimbuhan, penggunaan huruf hamzah (‫)ء‬,
penggunaan huruf qaf (‫ )ق‬dan kaf (‫ )ك‬dan sebagainya. Sistem ejaan Pakatan juga
menyentuh penggunaan huruf ‘ta simpul’ (‫ )ة‬dan ‘ta panjang’ (‫)ت‬. ‘Ta panjang’ yang
digunakan pada akhir perkataan menunjukkan bunyi itu hidup, misalnya ‫( مات‬mata) dan ‫رات‬
(rata).

3.2.2 Sistem Ejaan Jawi Za’ba

Sistem ejaan Jawi ini telah disusun dan digunakan oleh Zainal Abidin bin Ahmad
atau lebih dikenali sebagai Za’ba. Beliau telah menerbitkan sebuah buku berjudul Rahsia
Tulisan Jawi pada tahun 1931. Pada tahun 1940 pula, sebuah buku berjudul Pelita Bahasa
Melayu Penggal I karangan beliau telah diterbitkan. Terdapat panduan dan kaedah untuk
mengeja Jawi pada bahagian awal buku ini.

8
Sejak tahun 1918 lagi, Za’ba telah berusaha untuk mengumpulkan kata Melayu
sehinggalah terbitnya buku beliau, Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi pada tahun 1949. Dalam
buku ini, Za’ba telah memberikan panduan ejaan yang lengkap dan terperinci. Beliau telah
mengetengahkan sekurang-kurangnya 20 peraturan atau hukum ejaan Jawi bagi kata dasar
dan 20 peraturan bagi kata berimbuhan.

Sistem ejaan Za’ba ini merupakan sistem ejaan yang tersusun dengan baik,
bersistem dan meliputi hampir kesemua sistem ejaan kecuali untuk kata-kata daripada
bahasa Inggeris yang baru diserap dan kata-kata singkatan. Namun demikian, masih
terdapat beberapa kelemahan di dalam sistem ejaan ini seperti yang berikut:

(a) Terlalu banyak kekecualian ejaan.

(b) Ejaan cara lama masih banyak yang dikekalkan, contohnya:

Contoh perkataan Ejaan dalam Jawi cara lama yang dikekalkan

pada ‫ڤد‬

maka ‫مك‬

daripada ‫درڤد‬

Jadual 3.2.1: Sistem ejaan lama

(c) Masih terdapat masalah homograf, iaitu ejaan yang sama bagi kata-kata yang berbeza
sebutannya, contohnya kata ‫ توڤي‬boleh disebut sebagai ‘topi’ atau ‘tupai’.

(d) Tidak kekal dari segi bentuk ejaan bagi satu kata dasar yang sama, contohnya terdapat
pertukaran daripada ‫ ك‬kepada ‫ ق‬seperti ‫ باءيك‬dengan ‫ باءيقله‬dan ‫ ناءيك‬dengan ‫ ناءيقله‬.

3.2.3 Sistem Ejaan Jawi Dian

9
Gambar 3.2.1: Majalah Dian

Sistem ejaan Jawi Dian dikemukakan pada tahun 1973 di dalam majalah Dian
bilangan 30 yang berasaskan ejaan fonetik iaitu mengeja sesuatu perkataan mengikut
sebutan. Sistem ejaan Dian dilihat benar-benar memenuhi kehendak masyarakat kini dari
segi kaedah penyusunan dan tidak memerlukan tenaga ingatan yang banyak untuk
mengejanya. Sistem Ejaan Dian ini juga adalah sangat praktikal. Tambahan, kata-kata
bahasa Melayu adalah bersifat fonemik maka memang sesuai dieja mengikut fonetik. Ejaan
Dian juga telah memperkenalkan kaedah bagi membezakan ejaan antara ‘o’ dengan ‘u’ dan
‘e’ dengan ‘i’. Walau bagaimanapun sistem ejaan mempunyai beberapa kelemahan,
antaranya:

(a) Tiada perbezaan lambang antara /f/ dengan /p/. Kedua-duanya menggunakan huruf ‫ف‬
(fa).

(b) Huruf angka dua Arab (٢) yang digunakan pada akhir kata ganda agak mengelirukan
terutama bagi kata ganda yang berimbuhan, contohnya kata ganda ٢‫ برڤانسن‬dan ٢‫ولن‬S‫برڤوك‬
boleh dibaca sebagai ‘berpanasan-berpanasan’ dan ‘berpukulan-berpukulan’.

(c) Padanan huruf (v) dalam tulisan rumi tidak diwujudkan walaupun huruf tersebut telah
lama wujud dalam Bahasa Melayu sejak tahun 1936. Ini menyebabkan perkataan inggeris
yang diserap dalam Bahasa Melayu tidak dapt dieja dengan baik.

10
3.2.4 Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Gambar 3.2.2: Buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Sistem ejaan Jawi ini telah menjadikan kaedah SEJ Za’ba sebagai panduan asas.
Sistem ejaan Jawi ini adalah yang terkini dan telah disempurnakan dan dimantapkan
daripada SEJ Za’ba tersebut. Sistem ejaan Jawi ini dihasilkan daripada rumusan
Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada bulan April 1984 yang telah diadakan
di Kuala Terengganu. Hasil konvensyen itu telah diselaras dan diperkemaskan dengan
maklumat yang telah diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam,
Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat
Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut telah disemak dan disahkan oleh
Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada
tahun 1993 hingga tahun 1994. Sebuah buku pedoman ejaan Jawi telah diterbitkan secara
rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1986. Buku yang berjudul
Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) (Rajah) itu diikuti pula dengan
penerbitan sebuah buku lain berjudul Daftar Ejaan Rumi-Jawi pada tahun 1988 oleh
pertubuhan yang sama. Buku PEJYD ini sebenarnya merupakan penambahbaikan daripada
SEJ Za’ba. Antara penambahbaikan adalah dalam aspek berikut:

11
Rajah 3.1.1: Aspek pedoman ejaan jawi yang disempurnakan

Demikianlah sejarah dan perkembangan sistem ejaan Jawi dalam bahasa Melayu
yang telah bermula sejak tahun 1930-an sehinggalah 1980-an. Kesimpulannya, PEJYD
merupakan satu sistem ejaan Jawi yang lebih lengkap dan tersusun untuk diguna pakai oleh
orang-orang Melayu pada waktu ini.

4.0 ISU DAN CABARAN JAWI

Terdapat segelintir masyarakat bukan Melayu menganggap bahawa tulisan jawi


hanya digunakan oleh orang islam dan ia merupakan salah satu ideologi dakwah untuk
menyebarkan islam kepada penganut lain. Ini adalah kerana mereka mempunyai
pandangan yang sempit dan berada dalam kekeliruan dan kekacauan jati diri sebagai
bangsa Malaysia. Seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Profesor Dr. Kang Kyoung
Seok menyatakan bahawa tulisan Jawi merupakan satu keunikan milik Malaysia.
Menurutnya lagi tulisan Jawi semakin tenat dan tidak mustahil untuk pupus suatu hari nanti.

12
5.0 KESIMPULAN

Oleh itu, kita perlu mengatasi masalah ini dengan melibatkan peranan pelbagai
agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan untuk memartabatkan kembali tulisan jawi. Antara
kaedah yang boleh digunakan adalah seperti memperkasakan pelaksanaan J-Qaf di
sekolah, meningkatkan kemahiran penulisan jawi dalam guru pendidikan Islam, program
dalam media semasa dan media akhbar serta peranan Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri.

Gambar 5.1: Pemilik dobi layan diri Mom’s Laundrette di Alor Setar, Kedah memartabatkan
semula tulisan jawi dengan menggunakannya pada setiap papan tanda arahan yang ada di
dobi itu.

Sebagai kesimpulan kegemilangan jawi perlu dikembalikan semula kerana tulisan


Jawi antara tulisan yang masih bertahan dan kekal sehingga hari ini. Tulisan Jawi juga
mampu bergerak seiringan dengan tulisan perdana lain yang wujud dalam dunia ini. Selain
itu, ia diharapkan juga dapat mengimbangi tulisan rumi dan bergerak seiring untuk
mengharungi gelombang perubahan masa dalam dunia ilmu dan persuratan Melayu.

13
RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi, dan Pedagogi Pengajian Islam.

Selangor: Oxford Fajar.

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif. (2014). Sejarah

Perkembangan Tulisan Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok. Jurnal al-

Tamaddun, 9(2),1-15.

Kang, K.S. (1990). Sejarah Perkembangan Jawi. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Adib Abd Muin. (2015). Sesi Pertama: Pengenalan Tulisan Jawi di Malaysia. Diambil

pada 7 Ogos 2018 daripada https://www.slideshare.net/mohdadibmuin/sesi-pertama-


pengenalan-tulisan-jawi

Mohd Roslan Mohd Nor & Wan Mohd Tarmizi Wan Othman. (2011). Sejarah dan

Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia. Jurnal At-Ta’dib, 6(1), 60-78.

Muhammad Hamid Al-Fendi & Nabi Ahmed Baloch. (1990). Kurikulum dan Pendidikan Guru.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Norizatufadiana Abdullah. (20 Mac 2016). Tulisan Jawi Identiti Bangsa Melayu. Sinar online.

Diambil pada 6 Ogos 2018 daripada


http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/tulisan-jawi-identiti-bangsa-melayu-
1.499420

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Suhasni Dollah. (2017). Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi. Kuala Lumpur: IPG

Kampus Bahasa Melayu

14

Anda mungkin juga menyukai