Anda di halaman 1dari 6

REFLEKSI

Saya dan rakan saya iaitu Nurul Izzati dan Siti Nuraina telah ditugaskan untuk
membentang tajuk yang amat menarik. Tajuk pembentangan kami adalah Jenis dan
Bentuk Kesantunan. Ketika mendapat tajuk ini, fikiran saya menjadi kosong. Ini
kerana, sebelum ini saya tidak pernah mendengar perkataan-perkataan tersebut.
Tetapi apabila kami mendengar penerangan daripada pensyarah kami, Cikgu Vasu,
kami mula memahami tajuk yang diberikan ini.

Sememangnya agak susah untuk kami membuat persediaan bagi pembentangan


ini disebabkan beberapa faktor .Antaranya masa yang diberikan agak suntuk kerana
kami perlu membentang topik yang sama pada setiap minggu dan memerlukan
penambahbaikan agar rakan sekelas kami mendapat input yang baru setiap
pembentangan. Ditambah pula dengan kerja kursus bagi subjek subjek yang lain
menyebakan kami kurang fokus dalam menyiapkan tugasan ini. Tetapi dengan
adanya kerjasama yang baik di antara kami, kerja ini menjadi lebih senang. Selain itu,
maklumat-maklumat yang terdapat di dalam internet yang begitu banyak
memudahkan lagi kerja kami ini selain mencari rujukan di perpustakaan. Kami juga
meminta pandangan atau cadangan daripada ahli kumpulan lain sekiranya terdapat
penambahbaikan yang boleh dilakukan dari semasa ke semasa.

Apa yang boleh saya simpulkan mengenai tajuk kami ialah kesantunan berbahasa
tercermin dalam cara komunikasi sama ada dari segi verbal atau non verbal. Ketika
berkomunikasi, kita perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya
sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja. Cara berbahasa harus sesuai
dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau
bahasa yang digunakan haruslah sesuai degan situasi ketika berkomunikasi.
Sekiranya seseorang itu tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan
betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tidak acuh,
egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.
Selepas membuat pembentangan dan aktiviti bersama rakan-rakan sekelas, saya
sedar bahawa bukan sahaja teori ini, malahan kesemua teori-teori dan tajuk-tajuk
yang kami pelajari adalah amat penting. Kita patut mengetahui dan
mengaplikasikannya pada keluarga dan masyarakat supaya dapat menjadi insan
yang bermoral dan yang lebih penting menjadi guru contoh pada masa akan datang
Selain itu saya juga mendapati bahawa semangat kerjasama merupakan suatu aspek
yang penting yang perlu diamalkakan. Hal ini demikian kerana , melalui semangat
bekerjasamalah kami dapat berbincang dan seterusnya menghasilkan pembentangan
yang berkualiti. Selain itu, kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer juga
merupakan suatu perkara yang wajib kerana

secara keseluruhannya tugasan ini perlu disiapkan dengan menggunakan komputer.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu


Vasu atas kesudian beliau untuk meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan
membimbing saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, beliau juga
mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menerangkan dengan jelas dan terperinci
tentang tugasan ini dan akhirnya saya mampu menyempurnakan tugasan yang diarah
oleh beliau tepat pada masa yang telah ditetapkan.
RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar (2002). Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim : Universiti
Pendidikan Sultan Idris

Mustafa Haji Daud ( 1995 ).Budi Bahasa dalam Tamadun Islam . Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka

Noriati A. Rashid (2005 ). Nilai kesantunan Dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat


Melayu . Jurnal Pengajian Melayu, jurnal Pengajian Melayu , (15 ), 232-253

Diperoleh daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23959/Article_11.PDF

Marlyna Maros ( 2011) .Strategi Kesantunan Melayu dalam Membuat Teguran.


Jurnal elektronik , jurnal elektronik . (3) , 7-20

Diperoleh daripada

http://mlc.alc.nie.edu.sg/docs/Vol_3_Marlyna_Maros.pdf

Anne, M.(4 September 2014) Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia. Diperoleh


daripada Scribd

https://www.scribd.com/doc/238694692/Isu-Kesantunan-Masyarakat-Malaysia

Maynaka Ravichandran. Kesantunan Masyarakat Malaysia. Diperoleh pada 1


September 2016

http://kesantun.blogspot.my/

Ramlan (2016) .Pupuk Amalan Budi Bahasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia.

Diperoleh pada 1 September 2016

http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Minda%20Pembaca/NewDisplayForm.aspx?ID=
41
K., R. (2003). Teknik dan Strategi Membimbing Remaja Menghadapi Cabaran.
Bentong: PTS Publication and Distributor Sdn Bhd.

Suzana, J. (1996). Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Ampang: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

Ministry of Health. (2011, April 3). The Annual Report of the National Suicide
Registry Malaysia (NSRM) 2009. Retrieved from Clinical Research Centre:
http://www.crc.gov.my/reports/

Nadiah, R. (2011, July 23). Masalah sosial (bunuh diri) Masyarakat dan perubahan.
Diperoleh daripada

https://www.scribd.com/doc/41273260/MASALAH-SOSIAL-bunuh-diri-Masyarakat-
Dan-Perubahan
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3

Anda mungkin juga menyukai