Anda di halaman 1dari 5

CABRAN BERKAITAN JURANG PENDIDIKAN DAN LANGKAH MENGATASINYA

OLEH: WAN NUR ATIKAH BINTI ABDUL MAJID

Sistem pendidikan yang terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-
kanak tanpa mengira etnik, tempat, atau latar belakang sosioekonomi antara bandar dengan
luar bandar dalam pencapaian murid menjelang 2020. Pengurangan jurang sosioekonomi
antara bandar dengan luar bandar dijangkakan memberi impak terhadap jurang pencapaian
antara negeri dengan jenis sekolah. Kejayaan merapatkan jurang ini akan menjadikan
Malaysia antara negara yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih saksama di dunia.
Namun terdapat beberapa cabaran atau isu yang telah menyebabkan terjadinya jurang
anatara bandar dan luar bandar pada masa kini yang akan dibincangkan dalam penulisan ini
iatu cabaran pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI), kemiskinan dan kekurangan tenaga pengajar ICT serta langkah
untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

Pertama sekali jurang pendidikan terjadi akibat pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pelaksanaan PPSMI secara
umumnya bertujuan untuk meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia bagi
mencapai taraf negara maju dan persiapan daripada peringkat awal persekolahan untuk
bersaing dalam era globalisasi. Jika disingkap daripada persepsi yang lebih terperinci,
kewujudan masalah jurang pendidikan akibat pelaksanaan PPSMI dapat dilihat daripada
beberapa aspek. Pertama, ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri
kepada perubahan bahasa perantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik. Perubahan drastik dalam pembelajaran Sains dan Matematik menyebabkan
pelajar, terutama pelajar luar bandar berasa tertekan dan tidak berkeyakinan untuk
menguasai mata pelajaran yang berkaitan, Selain itu, kebanyakan pelajar luar bandar pada
asalnya tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan mengalami kesukaran untuk
mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Pada persepsi yang lebih
terperinci, faktor tenaga pengajar juga tidak kurang peranannya dalam membincangkan isu
ini. Para guru yang biasa mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-
masing akan mengalami masalah untuk mengajar dalam bahasa Inggeris
Cabaran yang lain adalah kemiskinan yang bukan lagi menjadi masalah baru yang melanda
di negara kita. Memang tidak dapat dinafikan bahwa isu kemiskinan menjadi salah satu
faktor utama yang menyebabkan berlakunya jurang pedidikan di negara kita. Walaupun
kerajaan telah mengambil insiatif dalam membendung perkara ini namun ia masih
membelenggu masyarakat kita pada hari ini. Ia memberi masalah kepada jurang pendidikan
di mana kebanyakan tempat tinggal penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan
pedalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka dan sekolah biasanya sangat jauh.
Keadaan ini telah menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah. Hal ini dapat dibuktikan
dengan pelajar di Kampung Marudi, Sarawak yang perlu menaiki bot dan berjalan kaki ke
sekolah. Kekurangan kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan menyusahkan pelajar
untuk menuntut ilmu. Kelengkapan sekolah juga mereka dalam serba kekurangan dan daif
menyebabkan mereka belajar dalam keadaan yang kurang kondusif dan akan meberi kesan
kepada pembelajaran mereka. Jadi jurang pendidikan akan terus menjadi serius. Secara
tuntas, kemiskinan telah mengundang masalah jurang pendidikan. Ramai anak bangsa telah
menjadi mangsa dalam isu kemiskinan dan terabai daripada pendidikan,

Selain itu, terdapat juga isu di mana kebanyakan guru-guru di negara ini masih kurang mahir
dalam penggunaan ICT. Kini, masih ramai guru-guru yang masih terkial-kial menggunakan
perisian microsoft word atau power point mahupun memasukkan data ke dalam komputer.
Masalah ini menyukarkan pihak kerajaan dalam usaha mengaplikasikan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Kekurangan guru
profesional telah menyebabkan jurang digital yang sangat ketara antara sekolah kawasan
bandar dan luar bandar. Hal ini kerana kebanyakan guru yang professional tidak sudi
ditempatkan di kawasan luar bandar. Hal ini mengakibatkan kekurangan guru mahir ICT di
kawasan luar bandar. Ternyata keadaan ini mengakibatkan masalah buta ICT dalam
kalangan pelajar luar bandar. Selain itu juga, masalah kekurangan guru profesional juga
adalah disebabkan oleh insfrastruktur ICT yang kurang lengkap terutamanya di kawasan
luar bandar. Kekurangan bahan ICT menjadikan guru kurang mahir dalam penggunaan ICT
dan tidak dapat mempraktikkannya di dalam kelas. Kekurangan tenaga pengajar profesional
ini turut disebabkan oleh masalah kurangnya perhatian pihak kerajaan dari sektor
pendidikan dalam memberikan galakan serta latihan kepada guru dalam penggunaan ICT.
Oleh itu terdapat beberapa langkah untuk mengatasi cabaran yang telah disebutkan bagi
mengurangkan jurang dalam pendidikan. Dalam konteks membincangkan pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris amat
memerlukan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dari
semasa ke semasa, terutamanya dari aspek peningkatan ilmu dan Bahasa Inggeris.
Sebagai contoh, guru harus banyak membaca buku tambahan dan menggunakan
bahasa Inggeris. Di samping itu, guru juga harus selalu mengikuti perkembangan
pendidikan global untuk menimbakan ilmu dan meningkatkan kaedah pengajaran.
Peningkatan guru berpengalaman juga tidak kurang penting dalam usaha untuk
mengurnagkan jurang antara bandar dan luar bandar. Dalam hal ini, kerajaan harus
meningkatkan elaun atau menambahbaikan infrastuktur di luar bandar untuk menarik minat
guru untuk terus berusaha di kawasan luar bandar. Keperluan asas guru harus dijamin oleh
kerajaan untuk memastikan guru dapat berusaha di luar bandar tanpa kekurangan.

Pendekatan untuk membendung masalah kemiskinan pula sudah termaktub dalam dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah memastikan semua
sekolah dan pelajar mempunyai peluang yang sama untuk cemerlang supaya akses, ekuiti
dan kualiti dapat ditingkatkan. Ia boleh dilakukan dengan menyediakan kemudahan dan
bekalan di semua sekolah terutamanya sekolah pedalaman. Kemudahan dan bekalan
pelajaran yang disediakan adalah banyak serta beraneka jenis masing-masing mempunyai
hubung-kait yang tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
di sekolah-sekolah. Antara kemudahan lain ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks,
perpustakaan, bantuan makanan tambahan dan sekolah redah pusat. Bantuan tersebut
memberi kemudahan kepada para pelajar dan seterusnya dapat membendung jurang
pendidikan. Contohnya, asrama dibina dengan tujuan untuk memberi kemudahan tempat
tinggal yang berdekatan dengan sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya
mereka yang miskin. Pelbagai program juga boleh diadakan seperti contoh ‘Program
Outreach’ di mana ini merupakan satu perkhidmatan bergerak untuk mengenal pasti kanak-
kanak berkeperluan khas di bawah lingkungan umur persekolah. Melalui program ini,
maklumat berkaitan program pendidikan khas, kebajikan murid serta hal berkenaan masalah
pendengaran, pertuturan, penglihatan serta masalah pembelanjaran dapat disebarkan.
Akhir sekali antara langkah serta pendekatan yang harus dijalankan adalah dengan
mempergiatkan lagi kempen kesedaran dalam penggunaan komputer dan juga ICT terutama
di kawasan luar bandar, kawasan pedalaman dan perkampungan orang asli. Hal ini dapat
membantu menyedarkan masyarakat malaysia di kawasan luar bandar tentang kepentingan
ICT serta faedah yang boleh didapati dalam penggunaan ICT. Selain itu juga, pihak
kerajaan harus menyediakan lebih banyak kemudahan dalam bidang ICT ini di setiap
sekolah-sekolah diseluruh malaysia tanpa mengambil kira kawasan, jarak atau jenis
sekolah. Kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan kemudahan ICT diseluruh sekolah
bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tanpa mengira peringkat umur tentang
penggunaan ICT ini. Salah satu pendekatan yang berkesan dalam memantapkan
penggunaan digital disekolah dalam mengurangkan jurang ICT ialah dengan memberikan
latihan serta bengkel kemahiran kepada guru-guru di setiap sekolah. Hal ini demikian
bertujuan mengurangkan kadar guru-guru buta komputer. Kerajaan juga turut
memperkenalkan pelbagai program dalam meningkatkan pengetahuan serta penggunaan
pelajar dalam bidang ICT ini antaranya program pembestarian sekolah. Program
pembestarian sekolah ini menggambarkan komitmen dan kesungguhan pihak kerajaan
dalam membangunkan pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia. Program pembestarian
sekolah ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusat kepada pelajar
dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi
sebagai pengupaya.

Keseluruhannya, sistem pendidikan negara kita mengalami perubahan kepada pendekatan


yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Perubahan ini memberi kesan langsung
terhadap perkembangan pendidikan yang selaras dengan era globalisasi yang melibatkan
semua peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menengah dan juga institusi tinggi. Apa
yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan
penyediaan asas secara berterusan dan pada masa yang sama, kementerian perlu
merancang untuk melonjak sistem pendidikan ke tahap yang lebih tinggi supaya masalah ini
dapat diatasi. Hal ini demikan kerana kemajuan sesebuah negara sama ada dari segi
teknologi ataupun ekonomi amat bergantung kepada generasi muda yang mempunyai
keseimbangan dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi.
Oleh itu, halangan-halangan melahirkan modal insan yang berdaya maju perlu dikenal pasti
supaya pendekatan yang betul dapat dilaksanakan. Oleh itu, bantuan persekolahan yang
disediakan oleh Kementerian Pelajar Malaysia mampu memenuhi matlamat dalam
memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama
untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan aktiviti kokurikulum. Di
samping itu, kejayaan dalam merapatkan jurang pendidikan boleh dicapai melalui usaha dan
komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya pegawai pelaksana, ibu bapa,
badan bukan kerajaan, kumpulan masyarakat, dan penderma. Tambahan pula, semua pihak
pelaksana haruslah mengambil perhatian dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid, tetapi juga dalam aspek kebajikan dan
keperluan sosial murid terutamanya di kawasan pedalaman.

Anda mungkin juga menyukai