Anda di halaman 1dari 34

STRATIFIKASI SOSIAL

DAN INSTITUSI SOSIAL


KUMPULAN 2

1. NUR HIDAYU BINTI RAZALI


2. NUR AQILAH BINTI NOR AZAHAR
3. MUHAMAD WAFIY BIN MUSA
4. NUR ALIA UMAIRAH BINTI
MAZLAN
➔ KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL.
➔ FAKTOR KETAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT.
➔ KESAN STARTIFIKASI SOSIAL DALAM PENDIDIKAN.
KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL

Definisi
Stratifikasi
⮚ Stratifikasi berasal dari perkataan latin iaitu stratum atau strata yang membawa erti lapisan.
⮚ Menurut Max Weber, stratifikasi sosial adalah golongan masyarakat yang termaktub dalam
suatu sistem sosial tertentu ke dalam sesebuah lapisan hierarki menurut dimensi kekuasaan,
hak istimewa dan penghormatan atau pencapaian (prestij).
⮚ Soerjono Soekanto pula berpandangan stratifikasi sosial membawa maksud perbezaan
penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara bertingkat atau sistem berlapis-lapis
dalam masyarakat.
Definisi Stratifikasi
⮚ Sistem hierarki yang merujuk kepada kedudukan lapisan masyarakat juga dikenali
dengan istilah ‘strata’ (Rohana Yusuf, 2010, p.219).
⮚ Strata akan membentuk kehidupan masyarakat sosial yang berlainan dalam susunan
lapisannya dan menyediakan keistimewaan dan peluang kehidupan seperti memperoleh
tuntutan, menikmati kemewahan dan juga mencapai matlamat kehidupan sosial (Ting
Chew Peh, 1979, p.110).
SIFAT STRATIFIKASI SOSIAL

Proses terbentuknya stratifikasi sosial melalui dua cara iaitu:

1. Terjadi secara semula jadi selaras dengan


pertumbuhan manusia.

2. Terjadi secara disengaja atau dirancang manusia.


SUSUNAN STRATIFIKASI SOSIAL

PERTENGAHAN KELAS
• Golongan kaya, ATASAN • Lulusan PEKERJA • Berpendidikan
kerabat diraja • Pendidikan university • Pekerja kolar rendah, miskin
dan korporat diploma, dan pendapatan
tinggi dan memberi tumpuan biru yang
professional, berkemahiran tidak tetap
kepada
memegang pendidikan anak-
GOLONGAN jawatan tinggi GOLONGAN
ATASAN anak BAWAHAN
PERTENGAHAN
BAWAHAN
DEFINISI KETIDAKSAMAAN SOSIAL

Ketidaksamaan sosial boleh ditakrifkan sebagai pengagihan


sumber, peluang, ganjaran masyarakat yang tidak sama rata.
FAKTOR KETIDAKSAMAAN DALAM
MASYARAKAT
o Ras dan etnik
o Kebudayaan / adat resam masyarakat
o Kedudukan geografi / wilayah tempat tinggal
o Taraf sosial dan Pendidikan
o Gender
o Agama
FAKTOR KETIDAKSAMAAN DALAM
MASYARAKAT
ETNIK DAN RAS

• Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang
hampir seragam termasuk adat resam, bahasa, pakaian dan kegiatan ekonomi.
• Manakala ras merupakan kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang
berkongsi ciri -ciri biologi tersendiri yang diwarisi.
• Pembentukan masyarakat berbilang etnik dan ras ini adalah disebabkan oleh perpindahan
penduduk sama ada paksa atau rela. Pembentukan ini berlaku sejak dari abad ke lapan belas
di mana pada zaman tersebut berlaku kemajuan dalam ekonomi kaptalis dan perkembangan
dalam sektor pengangkutan yang membawa kepada proses perpindahan penduduk.
FAKTOR KETIDAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT
KEBUDAYAAN ATAU ADAT
RESAM

• Di Malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan India. Disebabkan itulah
berlakunya ketidaksamaan sosial kerana mempunyai adat resam dan budaya yang
berbeza.  Walaupun mempunyai adat resam dan budaya yang berbeza, kaum Melayu,
Cina dan India tetap hidup aman dan damai di negara Malaysia. Ketidaksamaan sosial
adalah sifat umum dalam setiap masyarakat manusia.
FAKTOR KETIDAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT
KEDUDUKAN GEOGRAFI / WILAYAH
TEMPAT TINGGAL

• Fenomena ketidaksamaan antara wilayah adalah salah satu daripada bentuk ketidaksamaan sosial yang
utama dalam kehidupan manusia.
• Pembentukan ketidaksamaan antara wilayah yang wujud pada hari ini adalah akibat oleh
perkembangan sistem ekonomi, secara amnya akibat daripada kemunculan dan perkembangan sistem
ekonomi kapitalis yang berlandaskan perindustrian, dan proses-
proses lain yang berkaitan dengan pembandaran dan modenisasi.
• Dari segi ekonomi, ketidaksamaan antara wilayah menunjukkan kewujudan perbezaan dalam
pendapatan yang berkapita, jenis kerja, kemahiran pekerja, sektor ekonomi, produktiviti, pelaburan
dan lain-lain petunjuk serta kualiti hidup penduduk. Secara amnya, di Wilayah Pusat, sektor-sektor
ekonomi moden, perindustrian, perkhidmatan dan perdagangan telah menghasilkan pendapatan serta
pengumpulan kekayaan yang lebih tinggi daripada penduduknya. Keadaan ini dapat dibezakan dengan
penduduk wilayah-wilayah pinggir yang kebanyakannya bergantung kepada sektor ekonomi
tradisional seperti pertanian yang rendah pengeluaran dan hasil pendapatannya.
FAKTOR KETIDAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT

TARAF SOSIAL DAN PENDIDIKAN

• Faktor taraf sosial di Malaysia merujuk kepada kaum Cina sebagai penanda aras kerana
sebahagian daripada etnik yang bermastautin di Malaysia.
• Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-
bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. 
• Oleh sebab itu, etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding
kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman
serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet.
• Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan
di kawasan bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan
belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja
penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman
yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan
yang baik.
• Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan
mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk
menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya.
FAKTOR KETIDAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT

Gender

• Ketidaksamaan gender bermaksud perbezaan di antara kaum lelaki dan perempuan


berdasarkan jantina. Ketidaksamaan ini lebih berfokus kepada kaum wanita, di mana kaum
wanita dibezakan dengan kaum lelaki terutamanya dalam bidang pendidikan, peluang
pekerjaan dan hak-hak dalam keluarga sehingga membawa kepada gerakan-gerakan
feminisme.
• Hal ini menyebabkan wanita sering ditindas oleh kaum lelaki. Kesan ketidaksamaan gender
boleh dilihat dari segi pendidikan kaum wanita.
• Sebagai kesimpulannya, ketidaksamaan gender perlu dihapuskan bagi memelihara hak-hak
antara kaum lelaki dan wanita. Pihak kerajaan dan badan-badan NGO berperanan dalam
menghapuskan penindasan ke atas kaum wanita.
FAKTOR KETIDAKSAMAAN DALAM MASYARAKAT

Agama

• Ketidaksamaan atas dasar agama dan kepercayaan di Malaysia memberi kesan kepada
semua penganut kumpulan agama, termasuk masyarakat Malaysia yang majoritinya
beragama Islam dan komuniti penganut minoriti agama yang lain seperti agama Hindu
dan agama Kristian.
• Walau bagaimanapun, melalui penyelidikan telah dapat mengenal pasti terdapat juga pola
diskriminasi kepada seseorang individu seperti contoh, mengamalkan agama yang bebas
dan menukar agama yang lain.
• Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalahdengan bersandarkan
kepada Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana “tiap-tiap orang
adalah berhak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tertaklukkepada Fasal (4),
mengembangkan agamanya”.
• Daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut agama
lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-masing dengan
tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan
penyebaran mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam.
KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP
PENDIDIKAN
WUJUD PENGKELASAN
SEKOLAH

1) Sekolah Elit – sekolah berasrama penuh


2) Sekolah Kluster – MRSM, SMKA
3) Sekolah Harian- Sekolah bandar dan sekolah luar bandar
4) Sekolah Antarabangsa
5) Sekolah Wawasan
6) Sekolah Model Khas
KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP
PENDIDIKAN
LATAR BELAKANG KELUARGA

1. Keluarga dari kelas tinggi dan pertengahan cenderung untuk lebih cemerlang
2. Pelajaran tidak tertumpu hanya dengan pembelajaran di dalam kelas
3. Pelajaran menjadi keutamaan

PERBEZAAN KEMUDAHAN
INFRASTRUKTUR

1. Kemudahan fasiliti lebih tertumpu kepada sekolah elit


2. Bangunan sekolah daif di luar bandar
KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN

PELUANG PEKERJAAN

1. Pelajar kelas atasan mendapat peluang pekerjaan yang baik hasil dari jaringan
persekitaran.
2. Golongan bawahan terlibat dengan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah,
vandalisme dan ragut.
3. Pengangguran banyak berlaku dalam golongan pertengahan ke bawah.
DEFINISI INSTITUSI SOSIAL
Sekumpulan orang yang berkedudukan sosial yang sama dan mempunyai
hubungan dan peranan masyarakat serta mempunya fikiran, peraturan dan
praktis tentang bagaiman kehendak asas masyarakat itu dicapai contoh
tempat beribadah, institusi pendidikan, badan-badan kebajikan dan
sebagainya.
INSTITUSI SOSIAL
⮚SEKOLAH
⮚KELUARGA
⮚MASYARAKAT
1.SEKOLAH

▪ Bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan


pendidikan kepada murid
▪ Institusi pendidikan yang formal, membentuk pemikiran,
tingkah laku dan sikap murid-murid untuk melahirkan generasi
yang seimbang
▪ Merupakan agen sosialisasi
2. KELUARGA

▪ Keluarga sebagai kepompong didikan awal manusia


untuk membentuk proses asas sosialisasi
▪ Saluran untuk mengekalkan identiti dan maruah
▪ Tempat berlindung dan tempat mengadu untuk
pelengkap emosi seperti marah, sedih, kecewa
3. MASYARAKAT

▪ Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, masyarakat ialah


kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempatdengan aturan
dan cara tertentu
▪ Jaringan perhubungan antara pelbagai individu merujuk kepada
pergaulan hidup dan hubungan sosial
▪ Pembelajaran sepanjang hayat iaitu dengan tradisi, sikap dan
kebudayaan
SEKOLAH DAN KELUARGA SEBAGAI
INSTITUSI SOSIAL
Persamaan dan pertembungan keluarga dan sekolah :

● Aspek nilai
● Aspek aspirasi
● Aspek sikap
Sekolah dan Keluarga: Persamaan dan Pertembungan
dari Aspek Aspirasi
❏ Aspirasi : ialah keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu.
❏ Peranan keluarga dalam pendidikan : ibu bapa bertanggungjawab membentuk dan
mendidik anak-anak, dan mereka lah yang mempengaruhi pencapaian anak-anak.
❏ Peranan sekolah dalam pendidikan dari aspek :
- fizikal : mengutamakan kebersihan dan keselamatan pelajar.
- sosial : memupuk pelbagai nilai murni dikalangan murid.
- penggunaan bahasa : bahasa-bahasa haruslah diajar agar murid dapat menguasai asas
bahasa untuk bertutur dan menulis.
❏ Terdapat pertalian di antara aspirasi pendidikan dan pekerjaan yang akan di sandang
oleh murid dengan status ekonomi dan sosial keluarga.
Sekolah dan Keluarga: Persamaan dan Pertembungan
dari Aspek Aspirasi
❏ Kepentingan persamaan aspirasi antara sekolah dan keluarga :
1) Ibu bapa perlulah memberikan sokongan serta menunjukkn nilai dan contoh terbaik.
2) Pihak sekolah terutama guru perlu memberi tunjuk ajar dan cuba menggilap potensi
pelajar di sekolah.
3) Memberi keselesaan kepada para pelajar dalam menimba ilmu dan mendapat
pengalaman yang baik.
Sekolah dan Keluarga: Persamaan dan Pertembungan
dari Aspek Nilai & Sikap
❏ Sikap : adalah sekumpulan repons yang konsisten terhadap objek sosial.
❏ Ciri-ciri sikap :
1) Sikap bukan dibawa sejak lahir.
2) Sikap dapat berubah-ubah.
3) Sikap tidak berdiri sendiri.
4) Sikap mempunyai segi-segi motivasi dan segi-segi perasaan.
❏ Faktor yang mempengaruhi sikap :
1) Pengalaman peribadi.
2) Pengaruh orang lain.
3) Pengaruh kebudayaan.
4) Media massa.
Sekolah dan Keluarga: Persamaan dan Pertembungan
dari Aspek Nilai & Sikap
❏ Kesan pertembungan nilai antara sekolah dan keluarga :
1) Berlaku konflik tiada persambungan nilai.
2) Tiada persambungan di tahap nilai dan juga tahap pengetahuan.
HUBUNGAN ANTARA SEKOLAH, IBU BAPA, DAN
MASYARAKAT
•Sebagai bidang harapan pentadbir pendidikan.
•Membantu pertumbuhan peribadi perserta didik sekolah.
•Hubungan erat antara kedua pihak mendatangkan kebaikan bersama.
•Menjadikan pendidikan di sekolah lebih efektif dan efisien.
TUJUAN HUBUNGAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT

•Memajukan kualiti pembelajaran dan pertumbuhan para pelajar di sekolah.


•Mengukuhkan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
•Mendorong masyarakat untuk berganding bahu dalam membantu program kemasyarakatan
di sekolah.
•Mendapatkan bantuan dari masyarakat dari segi bantuan bahan pembelajaran, kewangan
atau sokongan moral.
LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN HUBUNGAN
DENGAN IBU BAPA DAN MASYARAKAT
•Mesyuarat PIBG
•Hari Sukan
•Hari pelaporan kad prestasi pelajar
•Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah
KESIMPULAN

•Sekolah, masyarakat dan ibu bapa merupakan tiga institusi yang saling menyokong antara
satu sama lain dalam membantu sistem pendidikan menjadi lebih efisyien pada masa akan
datang.
•Mewujudkan satu permuafakatan yang mampu melahirkan masyarakat yang seimbang dari
pelbagai segi.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai