Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR ************************************************************ LAPORAN REKREASI (KEMAHIRAN TALI) AMALI SUKAN REKREASI SIRI

2 UNIT PPISMP SEM 3 (BM/BC1/BT1) AMBILAN JUN 2010

TEMA : MANIFESTASI KEGEMILANGAN GURU PELATIH MENERUSI PERLAKSANAAN SUKAN REKREASI

TARIKH PERLAKSANAAN : SIRI 2 : 19-22 SEPT 2011

TEMPAT : STESEN PENYELIDIKAN SAINS MARIN(SPSM) BATU 7 JALAN CHUNNINGHAM PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

PERANCANGAN DISEDIAKAN OLEH : (KHAIRUL HIZAMI BIN ALIAS) (KETUA AJK KEMAHIRAN TALI)

AKTIVITI KEMAHIRAN TALI

Aktiviti ini telah berlangsung pada hari ketiga iaitu hari Rabu selama empat (4) jam iaitu bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari . Aktiviti ini telah melibatkan semua peserta Program Sukan Rekreasi Siri 2 iaitu seramai 70 orang. Aktiviti ini dijalankan di sebuah bangunan lama tiga (3) tingkat. Pensyarah yang terlibat dalam aktiviti ini ialah En.Fairuz bin Hassan, En.Tan dan juga En.Syed Zulkarnain bin Syed Mahamod. Sebelum aktiviti ini berlangsung, ahli jawatankuasa kemahiran tali telah menjalankan tugas dengan meminjam alatan yang diperlukan, menjalankan kajian tentang kemahiran tali serta menyediakan nota untuk peserta program ini. Nota yang diberikan bertujuan untuk memudahkan peserta untuk menjalankan aktiviti tersebut. Semasa aktiviti ini berlangsung, ahli jawatankuasa kemahiran tali telah menjalankan tugas dengan menyediakan peralatan yang diperlukan, membantu peserta memakai alatan dengan betul, menjaga tali untuk mengelakkan kecederaan dan memastikan semua peserta melakukan aktiviti tersebut. Kebaikan aktiviti kemahiran tali ini dilakukan ialah peserta dapat mencuba sesuatu yang baru bagi yang tidak pernah melakukan aktiviti ini. Selain itu juga, aktiviti ini dapat menenam sifat keberanian dalam diri masing-masing untuk tidak takut akan ketinggian. Aktiviti ini juga dapat memperlihat sikap para peserta sama ada mereka sanggup atau tidak melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar. Kekurangan aktviti ini ialah tempat aktiviti ini dijalankan tidak berapa selamat kerana tempat tersebut tidak lagi digunakan oleh pengusaha juga pengunjung di pantai itu. Selain itu juga alatan yang dipinjam tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah peserta yang ada. Jika alatan mencukupi, masa yang diambil untuk melakukan aktiviti ini akan lebih cepat. Secara keseluruhannya, aktiviti ini mendatangkan kebaikan kepada para peserta untuk menyiapkan diri menjadi seorang guru kelak.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI KEMAHIRAN TALI :

Nama Khairul Hizami Bin Alias (Ketua) Nurfatin Nabihah Binti Baharom Sivarooban A/L Karukanaran Kaniyakumari A/P Terubavukarasu Lo Siew Fang

Unit Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Tamil 1 Bahasa Tamil 1 Bahasa Cina 1

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Nama / Butiran alatan Tali Kemmental 50m Carabinar ( Screw Gate ) Harness Helmet Sarung Tangan Luar Guni Ground Sheet Pulley F8 Komantel 10m, 15m

Kuantiti 2 10 8 4 10 2 1 1 8 2

LAPORAN KESELURUHAN

MASALAH YANG DIHADAPI 1) Sebelum

JENIS MASALAH

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terlalu banyak pindaan kertas kerja walaupun

Membuat suatu keselarasan dalam membuat kertas kerja tanpa perlu diubah dengan terlalu kerap. Maklumat aktiviti dengan seharusnya lebih awal

pada perkara yang tidak penting. Tidak maklumat mendapat aktiviti yang

dirancang

supaya dapat diberikan kepada semua ketua AJK. Pensyarah sepatutnya memberi

lengkap dengan awal. Kurang bimbingan pensyarah aktiviti abseiling. mendapat daripada berkaitan

bimbingan yang lebih mengenai aktiviti yang kurang banyak diceburi seperti aktiviti abseiling. Kerajaan

2) Semasa

Aktiviti berjalan dengan agak perlahan kerana alatan

sepatutnya alatan

dapat abseiling

menggantikan

kekurangan abseiling.

yang kurang atau sudah rosak dengan segera. Pemilihan tempat aktiviti

Tempat aktiviti abseiling agak bahaya dan tidak menepati kriteria-kriteria yang

sepatutnya di kawasan atau tapak rekreasi Pelajar yang menepati kriteria

keselamatan lengkap. Terdapat

keselamatan yang lengkap. seharusnya yang cukup diberikan sebelum

beberapa

motivasi

pelajar yang terlalu takut untuk melakukan aktiviti. 3) Selepas Tiada masalah dihadapi

memulakan aktiviti supaya dapat mengurangkan ketakutan. Tiada cadangan

REFLEKSI

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya berjaya mengendalikan aktiviti abseiling ini dengan jayanya. Walaupun pada dasarnya tugasan ini nampak ringkas dan mudah untuk dilakukan, namun tanpa komitmen dan usaha yang penuh komited, sememangya saya tidak akan dapat menyempurnakan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.

Saya telah memulakan langkah pertama membuat tugasan ini dengan mencari sebanyak mungkin maklumat dan input mengenai maklumat-maklumat aktiviti abseiling di internet. Selain itu, saya juga telah membuat perbincangan dengan pensyarahpensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan memberikan respon terhadap pandangan masing-masing. Tambahan pula, Saya juga telah mengalami masalah dalam memastikan proses menyempurnakan tugasan ini berjalan lancar di atas beberapa faktor. Jadi, dengan taklimat daripada pensyarah, saya telah berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

Disamping itu, saya merasa gembira dan teruja kerana diberi peluang untuk mengetuai dan mengendalikan aktiviti ini semasa rekreasi tersebut kerana ia mengajar saya untuk bekerja sebagai seorang ketua atau pemimpin. Saya juga dapat melatih diri untuk berkolaborasi dengan pensyarah serta melatih diri membuat kerja dengan lebih bersistematik dan mengikut prosedur.

Sepanjang proses aktiviti ini berlangsung, saya telah mendapat pelbagai pengetahuan mengenai aktiviti abseiling dan alatan-alatan yang digunakan. Dalam pada itu, saya juga dapat mendalami pengetahuan mengenai kemahiran tali termasuk jenis-jenis ikatan. Saya dapat mengetahui antara cara-cara atau teknik yang betul untuk melakukan aktiviti abseiling ini dan dapat melatih diri untuk lebih berani mencuba perkara baru.

Oleh yang demikian, segala pengetahuan yang saya peroleh semasa mengendalikan aktiviti ini akan saya aplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) dan dalam kehidupan seharian saya kelak. Saya juga menyarankan agar semua warga Malaysia dapat mencuba aktiviti abseiling ini kerana ianya bukan sahaja seronok tetapi banyak input yang boleh kita ambil di sebaliknya. Akhir kata, yang baik itu datang daripada Tuhan dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh : Khairul Hizami Bin Alias 921005-01-6463 Ketua AJK Tali

Anda mungkin juga menyukai