Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JANUARI 2012

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU


DALAM BAHASA MELAYU
BMM 3163

KERTAS CADANGAN MALAM APRESIASI PISMP UNIT BAHASA MELAYU


SEMESTER 8

PENGKISAHAN NARATIF FANTASI CINTA SI PUTERI


TARIKH

12 OKTOBER 2015

MASA

8.00- 11.00 MALAM

TEMPAT

BALAI KERAPATAN

PENSYARAH

PN HAJAH AMANAH BINTI MOHD NOOR

KERTAS KERJA
MALAM APRESIASI SENI
PENGKISAHAN NARATIF
Fantasi Cinta Si Puteri
TARIKH : 12 Oktober 2015
TEMPAT : Balai Kerapatan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja
Melewar
ANJURAN :
PISMP SEM 8 BAHASA MELAYU
Ambilan Jan 2012

KERTAS KERJA
PEMENTASAN PENGKISAHAN NARATIF
Fantasi Cinta Si Puteri

1.0

PENGENALAN

Sastera dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan ibarat isi dan kuku sejak
zaman-berzaman. Sastera suatu ketika dahulu menjadi satu unsur hiburan yang
utama pada masyarakat. Hari ini, sastera kian mengorak langkah membatasi waktu
dan berkembang melewati peredaran zaman dengan menyelitkan kemodenan dalam
usaha membugarkan keindahan dan kehalusan seninya dalam generasi kini.
Salah satu elemen sastera yang sering diketengahkan dan kekal menjadi
perhatian sehingga kini ialah pengkisahan naratif. Pengkisahan naratif ialah suatu
bentuk penceritaan yang memadukan seni pengkisahan tradisional mahupun moden
yang berupaya membangunkan sifat-sifat kemanusiaan, keilmuan dan nilai-nilai yang
tinggi dalam membuka minda penerima terhadap kesenian dan keindahan bahasa
dan budaya. Ini juga melibatkan penggabungan ciri-ciri seperti cerita, peristiwa,
watak, plot, falsafah dan kosmologi pemikiran yang diolah dalam bentuk prosa yang
indah.
Mengaitkan tugasan ini dengan guru pelatih, seorang guru yang berkesan dan
baik hendaklah menjadi seorang pelakon yang dapat menyampaikan isi pengajaran
dengan berkesan di dalam kelas. Selain itu, pengkisahan juga merupakan satu lagi
kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh bakal guru kerana ia
dapat mengembangkan penghargaan dalam menikmati kesusasteraan, pengayaan
bahasa, kepelbagaian pengalaman, mengembang kemahiran verbal-linguistik dan
juga memotivasikan diri.
Bagi memenuhi kehendak Tugasan Projek Kursus Genre Kesusasteraan
Melayu dalam Bahasa Melayu (BMM 3163) untuk semester kali ini, Unit Bahasa
Melayu Semester Lapan Ambilan Jan 2012 ingin menganjurkan satu pementasan
pengkisahan naratif Fantasi Cinta Si Puteri yang diselitkan dengan pelbagai unsur

sastera seperti pantun, sajak, syair, pentomin, kisah rakyat dan sebagainya bagi
mempraktikkan apa yang telah dipelajari sepanjang kursus BMM 3163 ini. Idea
penghasilan bagi pementasan ini merupakan garapan idea asal dari para pelajar Unit
Bahasa Melayu Semester 8 sendiri dan merujuk beberapa sumber sastera yang
telah dinyatakan.

2.0

TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon kelulusan bagi mengadakan


program Malam Apresiasi Seni, Pengkisan Naratif Fantasi Cinta Si Puteri yang
akan diadakan pada hari 12 Oktober bertempat di Balai Kerapatan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. (Rujuk Lampiran 4 untuk Sinopsis Cerita)

3.0

RASIONAL

Rasional utama pengkisahan naratif Fantasi Cinta Si Puteri ini diadakan ialah bagi
memenuhi kehendak salah satu komponen wajaran markah bagi Tugasan Kerja
Kursus Projek (KKP) Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu (BMM
31630)

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyediakan pengalaman langsung kepada guru pelatih untuk menjana


minda bagi menghasilkan sesuatu yang kreatif dalam pengurusan seni
persembahan.
4.2 Memberi peluang guru pelatih untuk menghasilkan karya sastera yang kreatif
sama ada puisi tradisional mahu pun puisi moden.

4.3 Membina keyakinan guru pelatih dalam menonjolkan bakat masing-masing


dalam aktiviti persembahan dan mempersembah karya di khalayak umum.

5.0 TARIKH DAN WAKTU

Tarikh : 12 Oktober 2015


Masa : 8.00 p.m 11.00 p.m

6.0 SASARAN

Sasaran bagi pementasan Pengkisahan Naratif ini ialah:


6.1

Pementasan teater kotemporari

Peserta

: Unit Bahasa Melayu Semester 8 Ambilan Jan 2012

Penonton

: Pesyarah dan Guru Pelatih IPGKRM

.
7.0 MAKLUMAT PROGRAM

Pelaksanaan program adalah seperti berikut :


7.1 Tarikh
Program akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 12 Oktober 2015 (Isnin)
Masa : 8.00 p.m hingga 11.00 p.m
7.2 Tempat
Balai Kerapatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar

8.0 MAKLUMAT PERSEMBAHAN

8.1 Pementasan Teater

Memperkenalkan pelakon-pelakon dan krew di sebalik takbir yang


terlibat

Mementaskan satu pengkisahan naratif yang bertajuk Fantasi


Cinta Si Puteri

9.0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk Lampiran 1

10.0

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

11.0 BELANJAWAN/ IMPLIKASI KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

11.0

PENUTUP

Sejajar dengan tujuan utama kertas kerja ini diusulkan, maka besarlah harapan kami
dan dengan rasa rendah diri kami berharap agar dipertimbangkan permohonan ini
untuk diluluskan penganjuran program Malam Apresiasi Seni Unit Bahasa Melayu
Semester 8, Pementasan Pengkisahan Naratif Fantasi Cinta Si Puteri.
Diharapkan kelulusan daripada pihak tuan dapat menjadi penggalak dan
memberi pendedahan yang jelas kepada guru pelatih tentang kesusasteraan Melayu
khususnya pementasan pengkhisahan sebegini yang berupaya menanam jati diri
yang utuh dalam jiwa generasi muda sekarang. Harapan kami juga dengan adanya
program sebegini dapatlah diwujudkan hubungan yang erat dan baik antara seluruh
warga IPG. Sesungguhnya, kesusasteraan Melayu merupakan cerminan kehalusan
dan kesenian budaya dan bangsa.

Disediakan oleh,

(MOHD SARI HIDAYAT BIN MOHAMMAD ISA)


Setiausaha,
Program Malam Apresiasi Seni,
Unit Bahasa Melayu Semester 8,
IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan

No. Tel: 017-3883674

Disahkan oleh,

(PN. HJH AMANAH BINTI MOHD NOOR)


Penyelaras Subjek,
Genre Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu (BMM 3163),
IPG Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan

Diluluskan Oleh,

(TN. HJ ABU BAKAR BIN SAHARI)


Pengarah,

IPG Kampus Raja Melewar,


Seremban, Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai