Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

KERTAS KERJA
MALAM APRESIASI PEMENTASAN DRAMA DAN PUISI PERINGKAT
IPG KAMPUS TAWAU

TARIKH:
10 OGOS 2017 (KHAMIS)

TEMPAT:
DEWAN DATUK AMIR BEK

ANJURAN:
KELAB ORATOR 2017 IPG KAMPUS TAWAU

TEMA:
‘KEBUDAYAAN MASYARAKAT SABAH’
1.0 PENDAHULUAN

Malam Apresiasi Pementasan Drama dan Puisi ini telah dirangka untuk memberikan
pendedahan kepada guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
khususnya pelajar PISMP Ambilan Jun 2016 tentang kebudayaan masyarakat Sabah
melalui penghayatan puisi dan pementasan drama. Program ini juga diyakini mampu
untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman tentang teknik-teknik dalam
pementasan drama dan puisi yang berguna kepada guru-guru pelatih untuk
diaplikasikan di sekolah nanti.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan daripada
pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau bagi menjayakan program Malam
Apresiasi Drama dan Puisi seperti yang telah dirancang.

3.0 NAMA PROGRAM

Malam Apresiasi Pementasan Drama dan Puisi : Kebudayaan Masyarakat


Sabah

4.0 SASARAN PESERTA


Semua guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2016 dan ahli Kelab Orator Institut
Pendidikan Guru Kampus Tawau.

5.0 MATLAMAT PROGRAM


Matlamat program ini secara umumnya adalah untuk menjadikan bakal guru yang
berilmu dalam pelbagai bidang, berintegriti menepati Standard Guru Malaysia (SGM)
yang pastinya proaktif dan komited terhadap pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, program ini bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan bukan
sahaja melalui teori, bahkan merasai pengalaman itu sendiri sebagaimana teori yang
menyatakan bahawa pembelajaran dalam perkembangan adalah melalui sesuatu
yang maujud. Di samping itu, ia juga bertujuan dalam melahirkan bakal pendidik
yang bukan sahaja mampu menyampaikan ilmu setakat dalam hitam putih sahaja,
bahkan melalui pelbagai wahana yang menyeronokkan sebagai bahan pengajaran di
sekolah nanti. Oleh itu melalui program ini teknik pementasan drama dan puisi yang
meliputi aspek didik hibur dalam pembelajaran dapat didedahkan kepada guru
pelatih di IPG Kampus Tawau ini.
6.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. Menyediakan peluang bagi guru pelatih untuk menceburi dan mengalami bidang
pementasan drama dan puisi terutamanya ahli Kelab Orator IPG Kampus Tawau.
2. Mencungkil bakat warga IPG dalam bidang pementasan dan nyanyian.
3. Memberi input kepada guru pelatih dalam memperolehi pengetahuan am
mengenai kebudayaan Sabah menerusi pementasan drama yang
dipersembahkan.
4. Memupuk kesedaran dalam memenghayati dan memelihara warisan
kesusasteraan melayu menerusi puisi-puisi melayu yang diselitkan dalam
pementasan drama tersebut agar kesusasteraan melayu tidak hilang dimamah
arus pemodenan.

7.0 PENGANJUR
Kelab Orator IPG Kampus Tawau.

8.0 TARIKH
10 Ogos 2017

9.0 TEMPAT
Dewan Datuk Amir Bek, IPG Kampus Tawau.

10.0 AHLI JAWATANKUASA


(Rujuk Lampiran A)

11.0 TENTATIF PROGRAM


(Rujuk Lampiran B)

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN


(Rujuk Lampiran C)
13.0 PENUTUP
Semoga segala usaha murni yang dirancang untuk melahirkan insan pendidik unggul
dan mahir dalam pelbagai bidang amnya pementasan drama dan puisi bermula di
IPG.. Jawatankuasa Kelab Orator akan berusaha menyediakan Malam Apresiasi
Pementasan Drama dan Puisi yang memberi pengetahuan dan pengalaman baharu
kepada guru pelatih IPG Kampus Tawau agar dapat diaplikasikan di sekolah kelak.
Semoga program yang dirancang mampu mencapai objektif yang ditetapkan dapat
membantu merealisasikan visi dan misi IPG Kampus Tawau. Kami merancang,
Tuhan jualah yang menentukan. Diharapkan agar program ini, mendapat
pertimbangan yang sewajarnya dan mendapat kerjasama jitu dari semua pihak yang
terlibat.
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

................................................. ............................................

(Angelin Asiang) ( Mazaniah bin Kasimin )

Setiausaha Kelab Orator, Ketua Jabatan Pengajian Melayu,

Institut Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru

Kampus Tawau Kampus Tawau

Tarikh: Tarikh:

Disokong Oleh,

....................................................

( Naima binti Kadir )

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tawau

Tarikh:

Diluluskan Oleh,

....................................................

( Najamuddin bin Bachora )

B/p. Pengarah,

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tawau

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai