Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI/PENATARAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


TAHUN 4 (SEMAKAN 2017)
SK KEM KABOTA TAWAU

1.0 Pengenalan

Kursus Orientasi KSSR Bahasa Arab Tahun 4 (semakan 2017) merupakan


kursus dalaman yang dilaksanakan setelah guru menghadiri kursus semakan
baharu yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tawau. Kursus ini telah
dihadiri oleh 9 orang terdiri daripada 1 orang guru Bahasa Arab, penyelaras
PBS, penyelaras PLC dan penyelaras SPL KPM dan pentadbir sekolah. Kursus
ini telah dilaksanakan pada 08 Oktober 2019 bertempat Bilik Gerakan Sri
Perdana Sekolah Kebangsaan Kem Kabota Tawau.

2.0 Objektif Kursus

1. Memberi pendedahan kepada guru-guru Bahasa Arab tentang perubahan


yang terdapat dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tahun 4 (semakan 2017).
2. Memantapkan kemahiran guru dalam menggunakan konsep kurikulum
modular.
3. Meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Arab.

3.0 Pelaksanaan kursus

Tarikh kursus : 08 Oktober 2019


Mata Pelajaran : Bahasa Arab
Tempat kursus : Bilik Gerakan Sri Perdana SK Kem Kabota Tawau
Bil peserta : 9 orang

4.0 Isu-isu semasa pelaksanaan kursus

4.1 Peruntukan masa yang begitu terbatas sedangkan perkara yang ingin diajar
kepada murid meliputi banyak bahagian dan tajuk.

5.0 Kelemahan

5.1 Masa yang diperuntukkan untuk menyampaikan taklimat adalah terhad.

6.0 Kekuatan

6.1 Penceramah menerangkan konsep DSKP dan sebagainya menggunakan


tirai latar (slide).
6.2 Penerangan yang jelas dan mudah difahami.
1|Page
7.0 Syor/Cadangan penambahbaikan

7.1 Masa yang diperuntukan untuk menjalankan kursus haruslah mencukupi dan
bersesuaian pada masa akan datang.

8.0 Rumusan

Kursus Orientasi KSSR Bahasa Arab Tahun 4 (semakan 2017) telah dilaksanakan
dengan jayanya pada 08.10.2019 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan Sri Perdana
Sekolah Kebangsaan Kem Kabota Tawau. Semua peserta yang terlibat telah
menunjukkan komitmen yang sangat tinggi sepanjang kursus diadakan.Dengan
adanya kursus ini dapat meningkatkan kefahaman peserta tentang perubahan yang
terdapat dalam KSSR Bahasa Arab Tahun 4 (semakan 2017) yang akan
dikuatkuasakan pada tahun 2020.
9.0 Gambar-gambar berkaitan kursus
(Lihat lampiran)
Lampiran :
A. Jadual kursus.
B. Senarai nama peserta Kursus Orientasi Kurikulum Sekolah Rendah
(Semakan 2017) Pendidikan Islam Peringkat Daerah Tawau 2019.
C. Laporan bergambar.

Disediakan oleh,

…………………………..
(ROHANA BINTI SALEH)
Guru Bahasa Arab
Tarikh : 10.10.2019

Disahkan oleh,

…………………………………………..
(FATIMAH BINTI HJ MAKHDIROL)
Guru Besar Cemerlang,
SK Kem Kabota Tawau
Tarikh :

2|Page
LAMPIRAN

Puan Rohana Binti Saleh memberi taklimat/penerangan mengenai semakan baharu


Bahasa Arab Tahun 4

3|Page
Guru-guru Bahasa Arab bergambar kenangan bersama Penyelaras PLC, Penyelaras PBD,
Penyelaras SPL KPM, Guru Besar dan pentadbir sekolah

4|Page
JADUAL PELAKSANAAN KURSUS DALAMAN DSKP KSSR (SEMAKAN 2017) BAGI TAHUN 4 2019

TARIKH / MASA PANITIA PENCERAMAH KURSUS TEMPAT


08 Oktober 2019
11.30 - 12.00 Agama Islam Pn. Marni Malla Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
08 Oktober 2019
12.00 - 12.30 Bahasa Arab Pn. Rohana Saleh Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
08 Oktober 2019
12.30 - 01.00 Pendidikan Moral Cik Sarina Ahmadi Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
09 Oktober 2019
11.30 - 12.00 Bahasa Malaysia Hj. Masa Antong Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
09 Oktober 2019
12.00 - 12.30 Matematik Pn. Dianah Majid Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
09 Oktober 2019
12.30 - 01.30 Bahasa Inggeris Pn. Chin Kin Len Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
15 Oktober 2019
11.30 - 12.00 Sejarah Pn. Salmah Mahmud Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
15 Oktober 2019
12.00 - 12.30 Pend. Kesenian En. Mohd. Amin Sunari Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
15 Oktober 2019
12.30 - 01.00 Muzik Pn. Norhasni Mohamed Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
16 Oktober 2019
11.30 - 12.00 PJPK En. Bahar B. Baba Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
16 Oktober 2019
12.00 - 12.30 RBT Cik Sarina Ahmadi Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota
16 Oktober 2019
12.30 - 01.30 Sains Pn. Suriati Bungkin Bilik Gerakan Seri Perdana, SK Kem Kabota

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………… ………………………………… ………………………………………


NORLIANA TAKING TN HAJI JOHARI HJ SAID PUAN FATIMAH HJ MAKHDIROL
Unit Latihan SPLKPM Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar Cemerlang,
SK Kem Kabota Tawau SK Kem Kabota Tawau SK Kem Kabota Tawau.

Nota:-
1. Masa berkursus bermula 11.30 pagi hingga 1.30 petang ( sekolah 2 sesi ).
2. Kursus dilaksanakan sebanyak 2 kali.
3. Kursus penyebaran maklumat akan diadakan mengikut panitia masing-masing.

5|Page

Anda mungkin juga menyukai