Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

MINGGU PANITIA MATEMATIK SJKT LADANG LABU BHG 1 2023

1.0 PENDAHULUAN

Sejajar dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu “ Membangun Potensi Individu
Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Matematik SJKT Ladang Labu Bhg 1 mengambil inisiatif
melaksanakan “Minggu Panitia Matematik”. Program ini disusun untuk mengembangkan minat
murid-murid dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap matematik. Seterusnya
membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pelbagai aktiviti disusun ke
arah mencapai matlamat tersebut.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan untuk memupuk minat dan mengembangkan bakat murid-murid dalam
kemahiran asas Matematik. Selain itu, program ini juga dapat memberikan pendedahan dan
pengetahuan kepada murid-murid tentang keseronokan apabila dapat menguasai asas Matematik.

3.0 MATLAMAT
3.1 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid dalam penguasaan asas
Matematik.
3.2 Melahirkan individu yang berpengetahuan, berdisiplin, mampu berdikari dan
berkeyakinan diri.
3.3 Memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan kebolehan diri masing-masing.
3.4 Mempratikkan hubungan dan semangat bersaing secara sihat.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam
Matematik
4.2 Menimbulkan minat murid dalam Matematik
4.3 Menguji kemahiran murid dalam Matematik
4.4 Membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Semua murid SJKT Ladang Labu Bhg 1

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI


6.1 Tarikh : 12 JUN 2023 hingga 16 JUN 2023
6.2 Tempat : SJKT LADANG LABU BHG 1

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En.C.L.Maran ( Guru Besar)

Pengerusi :Pn. K.Bawany ( Ketua Panitia Matematik )

Setiausaha :Pn.S.Kanmani

Bendahari : Pn.A.Verni

AJK : Semua guru Matematik

7.1 JAWATANKUASA KERJA

Buku Program : Pn.K.Bawany

Pengacara Majlis : Pn .K.Bawany

Dokumentasi dan laporan : Pn .S.Kanmani

Hadiah : Pn.A.Verni

Banner dan Perasmian : Pn.K.Bawany

8.0 Kewangan dan Anggaran Perbelanjaan

BIL JENIS PERTANDINGAN ANGGARAN BELANJA JUMLAH


1 TAHAP 1
 Mencari Nombor Tempat Pertama
tersembunyi
 Tangram 12org x RM 5 = RM 60
 Aktiviti menyambung
titik Tempat Kedua RM120
 Buku Skrap
 Snake & Ladder 12org x RM 3 = RM 36

Tempat Ketiga

12org x RM 2 = RM 24
2 TAHAP 2
 Teka – Teki Tempat Pertama
 Tangram
 Kuiz Matematik 12org x RM 5 = RM 60
 Buku Skrap
 Permainan Aeroplane Tempat Kedua RM120

12org x RM 3 = RM 36

Tempat Ketiga

12org x RM 2 = RM 24
JUMLAH RM240

9.0 Penutup

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,mendapat kerjasama
padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

___________________________ _______________________

( BAWANY KUMARASAMY ) ( EN.C.L.MARAN )


Ketua Panitia Matematik, Guru Besar
SJKT Ldg Labu Bhg 1 SJKT Ldg Labu Bhg 1

Anda mungkin juga menyukai