Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA INTERVENSI MURID TAHAP 1 DAN TAHAP 2 MATAPELAJARAN MATEMATIK SESI

PERSEKOLAHAN 2023/2024.

1. TAJUK : PROGRAM INTERVESI MURID TAHAP 1 DAN TAHAP 2 MATAPELAJARAN MATEMATIK.

2. PENGENALAN
Matapelajaran Matematik adalah salah satu matapelajaran teras di Malaysia. Matapelajaran ini
diperkenalkan bagi membina minda Matematik dan matematik dikalangan penduduk Malaysia.
Sehubungan itu, semua eleman matapelajaran Matematik perlu dikuasai oleh murid bagi
membentuk keperibadian dan ilmu Matematik dan matematik yang tinggi. Namun begitu, masih
terdapat segelintir murid yang belum menguasai matapelajaran Matematik mengikut terma
kemahiran proses Matematik yang diterapkan dalam semua tajuk Matematik. Sejajar dengan
itu, panitia Matematik telah berusaha untuk membantu murid memahami matapelajaran
Matematik dengan baik melalui program intervensi murid Tahap 1 dan Tahap 2 bagi
matapelajaran Matematik.

3. RASIONAL
Keupayaan murid memahami dan mengaitkan tajuk pelajaran Matematik menjadi pencetus
utama untuk mengadakan Program Intervensi ini. Program ini bertujuan untuk membantu murid
lemah dan gagal untuk memahami dan mengaitkan tajuk Matematik dengan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah melalui pelbagai. Kepelbagaian kaedah intervensi diharap akan dapat
membantu murid memahami dan menambah baik pencapaian dalam Penilaian Bilik Darjah.

4. OBJEKTIF
i. Membantu murid mencari dan belajar kaedah pembelajaran berkesan.
ii. Meningkatkan tahap pencapaian matapelajaran Matematik dan seterusnya mencapai
Tahap Penguasaan (TP) yang lebih baik.
iii. Membolehkan murid bersedia dari segi fizikal dan mental kearah kecemerlangan
potensi.
iv. Membina keyakinan diri murid salam matapelajaran Matematik.
v. Membantu guru-guru matapelajaran Matematik meningkatkan kaeadah pembelajaran
yang lebih berkesan.

5. SASARAN
Murid Tahap 1 dan Tahap 2 menguasai Tahap pencapaian TP 1 hingga TP 3.

6. TEMPOH PELAKSANAAN
i. Saringan dan mengenalpasti murid : Bulan Mac hingga Mei 2023
ii. Perbincangan Program : April 2023
iii. Pelaksanaan Program : Julai 2023 hingga Oktober 2023.

1
7. TEMPAT DAN MASA
i. Tempat : Kelas dan Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda

ii. Masa : Waktu PdPC matapelajaran Matematik

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1

9. JAWATANKUASA KERJA
A. JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : EN ARIFIN BIN AWANG ( GURU BESAR )


NAIB PENGERUSI
: PN SURIA BINTI KECHIK ( PK PENTADBIRAN )
: EN A.ALADIN BIN CHE MAT ( PK HEM )

: CIK NURUL HUWAINA BINTI MD ABDUL SALAM ( PK KOKURIKULUM )

: PN KARTINI BINTI ZAINAL ABIDIN ( PK PETANG )

PENYELARAS : EN AIZAL ARMAN BIN MOHAMAD

SETIAUSAHA : PN SAEMAS BINTI SAMSUDIN

B. JAWATANKUASA PELAKSANA

Tahun 1 : En Mohd Firdaus Bin Ibrahim

Tahun 2 : Cik Yusnita binti Mokhtar

Tahun 3 : Pn Amalina Binti Othman

Tahun 4 : En Thillaraj A/L Kalipan

Tahun 5 : En Aizal Arman Bin Mohamad

Tahun 6 : Pn Kumuthavalli A/P Ramana

2
10. TENTATIF PROGRAM DAN KAEDAH PELAKSANAAN.

A. TENTATIF PROGRAM

Bil Perkara Tarikh Tindakan


1 Mesyuarat dan Taklimat Pelaksanaan Program 11.4.2023 Ketua Panitia dan ahli
Intervensi panitia Matematik

2 Saringan murid 12.4.2023 – Semua ahli Panitia


26.5.2023 Matematik

3 Penyediaan Kertas Kerja Program Intervensi 5.5.2023 Ketua Panitia


Matematik Matematik
4 Pelaksanaan Program Intervensi Julai 2023 hingga Semua ahli Panitia
Oktober 2023 Matematik

5 Penyampaian Lencana Pencapaian kepada murid Oktober 2023 Semua ahli Panitia

6 Post Mortem Program Intervensi November 2023 Semua ahli Panitia


Matematik

B. KAEDAH PELAKSANAAN
 Aktiviti Pelaksanaan Program Intervensi Matematik 2023-2024

 Rangka kerja pelaksanaan Program Intervensi Matematik - Rujuk Lampiran 2

 Perincian pemilihan dan penyerahan lencana pencapaian kepada murid – Rujuk


Lampiran 3

11. ULASAN PPD/JPN ( Jika ada )

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3
12. PENUTUP
Pelaksanaan Program Intervensi ini diharap dapat membantu masalah keciciran murid dalam
pencapaian Tahap Penguasaan yang lebih baik terutama bagi murid yang mempunyai masalah
membaca. Modul yang disediakan adalah secara hand on yang memerlukan murid untuk
menerokai sendiri tajuk yang dipelajari melalui bimbingan guru. Sehubungan itu, keadah
Pembelajaran Kendiri bagi Pembelajaran abad ke-21 menerusi guru sebagai pemudah cara akan
terlaksana.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( AIZAL ARMAN BIN MOHAMAD ) ( SURIA BINTI KECHIK )


Ketua Panitia Matematik Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda
Jalan Nyaman 25/20 Jalan Nyaman 20/25
40400 Shah Alam Selangor 40400 Shah Alam Selangor

Disahkan oleh :

( ARIFIN BIN AWANG )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda
Jalan Nyaman 25/20
40400 Shah Alam Selangor

4
Lampiran 2
Rangka kerja Program Intervensi Matematik

Bil Perkara Pelaksanaan Catatan


1 Semakan TP murid bagi semua aliran berdasarkan Tahun Mac 2023
2022. –
April 2023
2 Saringan mengikut murid semasa PdPC di dalam kelas April 2023
melalui latihan dan aktiviti yang dilaksanakan secara individu –
dan kumpulan melalui pelbagai kaedah oleh guru Mei 2023
matapelajaran Matematik.
3 Penilaian TP baru ( sementara ) bagi pelaksanaan Program April 2023
Intervensi Matematik dilaksanakan mengikut peringkat –
Tahap Pencapaian murid. Mei 2023
4 Penyediaan dan Pembinaan modul mengikut Tahap
Pencapaian murid. Mei 2023
 Lemah : TP 1 dan TP 2 dan TP 3 -
 Sederhana : TP 4 Jun 2023
 Cemerlang : TP 5 dan TP 6

Bagi pencapaian TP 1 dengan alasan Tidak Hadir Ke sekolah


dan tidak dapat dihubungi pengecualian dan justifikasi perlu
dimaklumkan kepada pihak pentadbir.
5 Pelaksanaan Program Intervensi mengikut kelas dan guru Jun 2023
matapelajaran semasa PdPC dilaksanakan. Modul boleh -
diedarkan kepada murid untuk aktiviti pemulihan, Oktober
pengukuhan,dan pengayaan. Penilaian TP bagi pencapaian 2023
murid boleh dibuat melalui modul, latihan dalam kelas
menggunakan buku latihan tambahan, aktiviti penyiasatan
( eksperimen ) semasa kelas Matematik dan Ujian Akhir Sesi
Akademik (UASA).
6 Penilaian Tahap Penguasaan murid mengikut pencapaian November
yang telah dicapai melalui Proses Intervensi Matematik. 2023
Aktiviti, modul , latihan atau rakaman yang telah -
dilaksanakan oleh murid boleh menunjukkan pencapaian Januari
yang dicapai oleh murid. 2024

7 Penyampaian Lencana Pencapaian kepada murid yang Februari


berjaya memenuhi kriteria yang diberi. 2024

5
Lampiran 3

Perincian penilaian murid mengikut Tahap Pencapaian.

A. Murid Lemah : TP 1 dan TP 2 dan TP 3 ( Lencana Gangsa )


 Murid TP 2 dan TP 3 murid yang mempunyai tahap penguasaan membaca dan
menulis yang terhad.
 Modul yang disediakan adalah suai padan dan tulisan yang berpandu untuk
membantu murid menjawab soalan secara lisan dan tulisan.
 Murid sekurang-kurangnya mencapai TP 2 ke TP 3 atau TP 3 dan TP 4 ( berlaku
perubahan TP ) untuk menerima Lencana Gangsa.
 Murid yang boleh menjawab soalan modul tanpa bantuan guru dengan betul
layak diberi anugerah untuk Program Intervensi Matematik.

B. Murid Sederhana : TP 4 ( Lencana Perak )

 Murid boleh membaca dan menulis dengan baik.


 Latihan yang diberikan boleh dipelbagaikan mengikut guru matapelajaran
Matematik. Latihan boleh diberikan menggunakan buku teks, buku latihan
tambahan, lembaran kerja, aktiviti kumpulan kecil atau mengikut kesesuaian
tajuk.
 Pra ujian untuk penilaian Tahap Penguasaan dibuat berdasarkan kumpulan
yang berbeza.
 Murid sekurang-kurangnya mencapai TP 5 ( berluku perubahan Dari TP 4 ke TP
5 ) untuk menerima lencana Perak.
 Murid yang dapat menjawab soalan pra ujian ( 85% ketas ) tanpa bantuan
guru layak diberi anugerah untuk Program Intervensi Matematik .

C. Murid Cemerlang : TP 5 dan TP 6 ( Lencana Emas )

 Murid boleh membaca dan menulis dengan baik.


 Latihan yang diberikan boleh dipelbagaikan mengikut guru matapelajaran
Matematik. Latihan boleh diberikan menggunakan buku teks, buku latihan
tambahan, lembaran kerja, aktiviti kumpulan kecil atau mengikut kesesuaian
tajuk.
 Pra ujian untuk penilaian Tahap Penguasaan dibuat berdasarkan kumpulan
yang berbeza.
 Murid sekurang-kurangnya mencapai TP 6 ( Berlalu perubahan TP 5 ke TP 6 )
untuk menerima lencana Emas.
 Murid yang dapat menjawab soalan pra ujian ( 85% ketas ) dan rakaman
video ( sebarang aktiviti melibatkan matapelajaran Matematik ) atau
pembentangan dalam kelas tanpa bantuan guru layak diberi anugerah untuk
Program Intervensi Matematik.

Anda mungkin juga menyukai