Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SENAMROBIK “ACTIV JAM” SMKTL 2019

1.0 TUJUAN/RASIONAL
Kertas kerja dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan dan pengesahan daripada
Jabatan Sains Sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas bagi menjalankan
Pertandingan Senamrobik Terbuka Peringkat IPG Kampus Ilmu Khas bagi sesi 2013.
1.0 PENGENALAN
Senamrobik “Activ Jam” merupakan salah satu aktiviti fizikal yang dianjurkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama MILO. Malah,
senamrobik menjadi salah satu aktiviti fizika lataupun aktiviti senaman yang
digemari oleh setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, senaman yang diiringi
dengan muzik mewujudkan suasana yang seronok dan santai ketika melakukan
aktiviti fizikal. Senamrobik yang meliputi pelbagai jenis pergerakan dapat
menyihatkan tubuh badan dan menggalakkan masyarakat untuk melakukan
senaman.

Justeru itu, panitia PJPK ingin menjadikan Senamrobik “Activ Jam” sebagai
salah satu pelan tindakan intervensi Ujian SEGAK bagi pelajar yang mempunyai
berat badan berlebihan dan obes. Dengan cara ini juga, para pelajar dapat
mengetahui kaedah untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berfaedah.

2.0 OBJEKTIF
i. Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan kecergasan dan
tubuh badan yang sihat.
ii. Meningkatkan kecergasan di kalangan murid yang berat badan berlebihan
dan obes
iii. Mengenalpasti potensi dan bakat baru murid-murid untuk mewakili
sekolah.
iv. Mengeratkan hubungan antara murid-murid dan juga guru.

1
3.0 TARIKH
30 October 2019

4.0 MASA
8.00 pagi hingga 2.00 petang

5.0 TEMPAT
Dataran Perhimpunan SMKTL

6.0 SASARAN

50 orang pelajar yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berdasarkan
data SEGAK Penggal 2

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi Pertandingan Senamrobik ”Activ Jam” SMKTL


2019:

BIL PERKARA KOS


1 Hadiah Wang Tunai
- hamper johan : RM50
- hamper naib johan : RM40 RM120.00
- hamper ketiga : RM30
2 Banner RM100.00
3 Air Minuman
-5 kotak x RM 15 RM 75.00
4 Perbelanjaan Luar Jangka RM 50.00
JUMLAH RM 345.00

2
8.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar Pertandingan Senamrobik ”Activ Jam”
SMKTL 2019 ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kerjasama
daripada seluruh pihak yang terlibat sama ada pihak guru-guru dan kakitangan
serta pelajar-pelajar SMKTL amatlah diharapkan.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

(NORHAYATI BT SAPALIE) (EN. MOHD RIZAL BIN ABDUL RAHMAN)


Setiausaha Panitia PJPK, Guru Kanan Kemanusiaan,
SMK Tengku Laksamana. SMK Tengku Laksamana.

Disahkan oleh;

(EN. NEK YUSUF BIN NEK HARUN)


Pengetua SMK Tengku Laksamana

Anda mungkin juga menyukai