Anda di halaman 1dari 4

SK KUALA NERANG

06300 KUALA NERANG


KEDAH

LAPORAN PROGRAM STEM UNTUK


MURID PRASEKOLAH PERINGKAT
NEGERI KEDAH 2021

PRASEKOLAH SK KUALA NERANG


PROGRAM STEM UNTUK MURID PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI KEDAH
2021

STEM

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan
Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan
kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi .

TUJUAN PROGRAM

Program ini merupakan satu usaha pengukuhan Pendidikan STEM dalam kalangan murid
prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) . Tujuan pelaksanaan program ini
adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran
secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau
sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu merangkumi STEM yang
mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

PROFIL MURID YANG TERLIBAT DENGAN AKTIVITI STEM

NAMA: WAN MUHAMMAD IRFAN RAYYAN BIN WAN MOHD RIZAL

UMUR: 6 TAHUN
NO MYKID: 151019-11-0065
PRASEKOLAH: PRASEKOLAH IMPIAN NURANI SK KUALA NERANG
AKTIVITI STEM (MENCIPTA LEGO)

Muhammad Irfan telah mencipta lego yang bertemakan menjaga alam sekitar.

Semasa proses penyediaan

Hasil reka cipta lego jom jaga alam sekitar

HASIL CIPTAAN LEGO

Orang yang terdapat dalam ciptaan lego tersebut merupakan insan yang berperanan
menjaga alam sekitar. Pokok yang dihasilkan menunjukkan bahawa ianya perlu
dipelihara supaya alam sekitar kita aman dan damai.
KESIMPULAN

Dengan adanya program ini, murid-murid dapat menunjukkan daya kreativiti dalam
pelbagai bentuk. Aktivti STEM ini perlu diperkenalkan kepada murid seawal prasekolah
lagi supaya dapat menarik minat anak-anak pada usia yang masih kecil lagi. Daripada
membiarkan anak-anak bermain gajet(game) setiap masa, adalah lebih elok untuk
memperkenalkan mereka dengan permainan yang mencabar minda seperti ini.

Anda mungkin juga menyukai