Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA YIK HWA,

PENGKALAN KEMPAS, LINGGI,


N.S.D.K.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
SEMPENA SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
TAHUN 2021

PROGRAM PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2021

SJKC YIK HWA, PENGKALAN KEMPAS.

DIKENDALIKAN OLEH:
KETUA PANITIA & GURU-GURU PENDIDIKAN MUZIK
KERTAS KERJA
PROGRAM PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEMPENA
HARI KANAK-KANAK TAHUN 2021

1.0 PENGENALAN

Program ini dijalankan di dalam waktu persekolahan untuk mecungkil bakat


terpendam murid-murid yang berpontensi dalam nyanyian. Aktiviti ini dijalankan secara
individu pada setiap waktu rehat dan waktu PdPC Pendidikan Muzik di sekolah.

Program ini melibatkan aktiviti bersama dengan guru muzik dan semua murid dari
Tahun Satu hingga murid Tahun Enam. Aspek-aspek yang ditekankan dalam program
tersebut adalah menyanyi lagu menggunakan lima teknik nyanyian yang betul iaitu
sebutan dan intonasi jelas dan tepat dalam lagu Cina ataupun lagu Melayu, lontaran
atau ton suara, ketepatan pic, rentak lagu, pertukaran pernafasan dan gaya
penyampaian.

Program ini adalah bertujuan untuk membentuk murid yang yakin untuk menyanyi, celik
muzik, mengaplikasikan ilmu muzik dalam kehidupan seharian, mengamalkan
penghargaan estetika muzikal khasnya lagi tradisional yang kian pudar dalam kalangan
masyarakat moden.

2.0 NAMA PROGRAM

Program yang akan dilaksanakan ini dinamakan sebagai ‘Pertandingan Nyanyian


Solo’.

3.0 RASIONAL
Seramai 55 orang murid akan menyertai pertandingan nyanyian solo. Murid
digalakkan memilih lagu diminati berdasarkan kesesuaian dan tahap masing-masing.
Guru membuat perancangan untuk latihan ini berdasarkan rangka jadual latihan seperti
di cadangan aktiviti.
4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini dijalankan adalah memberi peluang kepada murid untuk
mempersembahkan teknik nyanyian secara individu Secara tidak langsung, pelajar
berbakat dalam nyanyian berpeluang mempelajari teknik-teknik nyanyian yang betul
daripada guru muzik serta meningkatkan keyakinan dan kemahiran menyanyi mereka.
Oleh itu, murid mempunyai peluang untuk menyertai pertandingan luar sekolah jika
kemahiran dan bakat mereka diasah.

5.0 OBJEKTIF

- Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru muzik


- Membuat latihan nyayian mengikut teknik-teknik betul.
- Murid-murid berpeluang mengenali lagu rakyat atau lagu moden.
- Murid dapat menyanyi lagu dengan keyakinan diri yang tinggi.

6.0 BUTIRAN PROGRAM


6.1 Nama Program : Program Pertandingan Nyanyian Solo
6.2 Tarikh : 22 Oktober 2021
6.3 Tempat : Di kelas masing-masing
6.4 Hari : Hari Jumaat
6.5 Masa :  10.40 pagi hingga 1.10 petang
6.6 Kumpulan Sasaran : Tahun 1 hingga Tahun 6
6.7 Bilangan peserta : 55 orang murid

7.0 CADANGAN AKTIVITI

BIL CADANGAN AKTIVITI PELAKSANAAN AKTIVITI


1 Mengenali lagu-lagu 1. Murid diperkenalkan lagu dan diterangkan sejarah
pilihan dan cerita lagu.
2. Guru akan membimbing murid untuk memahami
lirik lagu.
3. Murid memberi komen terhadap lagu tersebut.
2. Memilih lagu mengikut 1. Guru memilih lagu sesuai dengan murid.
renj 2. Guru akan mengenal pasti nada lagu yang sesuai
dengan renj murid.
3. Murid berlatih secara berperingkat:
a) Mengenal pasti pic lagu.
b) Menyebut seni kata lagu dengan jelas.
c) Menyanyi lagu mengikuit kibod dimainkan guru.

3. Mengaplikasikan teknik- 1. Murid mempelajari teknik-teknik seperti ketepatan


teknik vokal pic, lontaran suara, sebutan jelas dan pertukaran
pernafasan (frasa).
2. Murid membuat latih tubi secara individu atau
kumpulan.
3. Murid membuat persembahan pada minggu yang
seterusnya.

8.0 SENARAI JAWATANKUASA

PENASIHAT : Pn. Te Pein Ling


PENGERUSI : Pn. Chu Seat Lee (GPK 1)
SETIAUSAHA : Cikgu Pow Chong Ying (Guru Muzik Tahun 6)
AJK PROGRAM : Cikgu Kiang Xin Tian (Guru Muzik Tahun 1)
Cikgu Ling Bin Ru (Guru Muzik Tahun 2&3)
Cikgu Sim Chiew Ling (Guru Muzik Tahun 4)
Cikgu Lai Shi Hui (Guru Muzik Tahun 5)
AJK FOTOGRAFI
DAN DOKUMENTASI : Guru-guru Pendidikan Muzik
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 HADIAH CENDERAMATA 18 X RM 5.00 RM 90.00

2. BAHAN BANTU MENGAJAR DAN - -


LAIN-LAIN

JUMLAH RM 90.00

10.0 PENUTUP

Diharapkan, dengan program ini diadakan sempena Hari Kanak-Kanak mampu


membentuk murid yang berkebolehan menyanyi lagu secara solo dengan
menggunakan teknik nyanyi yang betul dan lebih yakin.

Terima kasih kepada semua pihak terutama pihak pentadbir sekolah yang
banyak memberi sokongan dalam aktiviti yang dirancang. Seterusnya, ribuan terima
kasih kepada guru-guru muzik lain yang meluangkan masa untuk membantu dalam
menjayakan program ini.

Disediakan oleh , Disahkan Oleh,

_______________________ ______________________
(CIKGU POW CHONG YING) (PN. TE PEIN LING)
Ketua Panitia Pendidikan Muzik, Guru Besar SJKC Yik Hwa,
Pengkalan Kempas. Pengkalan Kempas.

Anda mungkin juga menyukai