Anda di halaman 1dari 3

SK ST FRANCIS CONVENT (M)

KOTA KINABALU

KERTAS KERJA
PROGRAM PANITIA
SEMPENA TAHUN BARU CINA

TARIKH: 5 FEBRUARY 2020


TEMPAT: DEWAN ST CLAIRE
1.0 PENGENALAN

Sambutan Tahun Baru Cina adalah merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh ketua panitia
bahasa cina sekolah dalam usaha meningkatkan semangat cinta dan sayang kepada sekolah. Aktiviti
pertandingan mewarna dan menulis tulisan cina, tarian tradisional singa, dan memberi angpau juga adalah
salah satu aktiviti yang amat baik kepada murid-murid terutamanya untuk meningkatkan tahap
persefahaman kebudayaan yang berbeza.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran sambutan Tahun Baru Cina adalah untuk memupuk dan membina
semangat bekerjasama yang tinggi dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian khasnya dan seluruh
warga sekolah amnya . Seterusnya, dapat melahirkan semangat cinta akan negara melalui aktiviti yang
dianjurkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid dapat memahami konsep perayaan Tahun baru Cina .


3.2 Murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam kemeriahan perayaan tahun Baru Cina
3.3 Dapat memupuk tabiat menghormati adat resam sesuatu kaum .

4.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 5 Februari 2020 (Rabu)
Tempat : Dewan St Claire
Masa : 6.50 pagi hingga 12.50 tengah hari

5.0 SASARAN
Semua guru dan murid Sk St Francis Convent, Kota Kinabalu
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Hadiah Pertandingan Jumlah
1. Pertandingan Mewarna Tahun 1,2 RM 106
Tempat Pertama : RM 15 x 2 orang = RM 30 7.0
Tempat Kedua : RM 12 x 2 orang = RM 24
Tempat Ketiga : RM 10 x 2 orang = RM 20
Saguhati : RM 8 x 2 orang = RM 16
Saguhati : RM 8 x 2 orang = RM 16
2. Pertandingan Tulisan Cantik Tahun3, 4,5, 6 RM 212
Tempat Pertama : RM 15 x 4 orang = RM 60
Tempat Kedua : RM 12 x 4 orang = RM 48
Tempat Ketiga : RM 10 x 4 orang = RM 40
Saguhati : RM 8 x 4 orang = RM 32
Saguhati : RM 8 x 4 orang = RM 32
3. Pertandingan Ratu Cheongsam ( Setiap kelas 1 pemenang) RM 120
RM 5 x 24 orang = RM 120

JUMLAH RM 438 .00

PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya serta mendapat kerjasama yang
mantap daripada semua pihak yang terlibat. Kejayaan sesuatu program itu berlandaskan komitmen ahli
yang menerajuinya. Semua usaha mereka yang terlibat amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Disediakan Oleh Disemak Oleh

___________________ _____________________
(ENGELYN YEE YEN LING) (PUAN JOSTINA MAVIL)
Ketua Panitia Bahasa Cina Penyelia Petang,
Sk St Francis Convent(M),KK Sk St Francis Convent(M),KK

Disahkan Oleh

___________________________
(PUAN DORA LOI SIEW CHOO)
Guru Besar,
Sk St Francis Convent(M),KK

Anda mungkin juga menyukai