Anda di halaman 1dari 7

Aluan Dari raub pergi ke pontian,

Terus pula ke kuala perlis,


Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang ,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Perjuangan Menjulang
Pendidikan Sarawak.

Yang Dihormati,
Barisan Guru Penolong Kanan Sek.Keb. Kalok
Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana,
Guru-guru, Jawatankuasa Pelaksana, Para Peserta Serta Warga dewan Yang
Di Kasihi Sekalian.

Alhamdulillah.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizin-Nya dapat kita
bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini iaitu Pertandingan
Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap 2 Peringkat Zon Pusa tahun
2020.

Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-


alukan kehadiran hadirin sekalian di Dewan Sek. Kebangsaan Kalok.

Untuk makluman hadirin,

Pada hari ini, seramai _______ orang peserta yang akan bertanding dalam
Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan seramai _______ orang peserta akan
bertanding bagi tahap 2 .

Perkenalkan Hakim Hadirin yang dihormati sekalian,


sebentar lagi kita akan mulakan pertandingan bercerita bahasa melayu
peringkat zon pusa bagi tahun 2020.

Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan


panel hakim pertandingan.

Yang pertama, ____________________ dari sk ________________


Selaku ketua Hakim.

Panel hakim yang kedua ialah ________________ dari sk_________


Dan panel hakim yang ketiga ialah ______________ dari
sk_______________

Adalah dimaklumkan bahawa, keputusan hakim adalah muktamad dan


sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Baca syarat Seterusnya, izikan saya untuk membaca syarat-syarat pertandingan. Mohon
pertandingan para peserta mengambil perhatian.

Pertandingan Hadirin yang dihormati sekalian,


Bermula – Pusingan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu tahap 1 Peringkat zon pusa Pusingan
1 pertama dimulakan dengan peserta pertama iaitu
Adik ....................................................
Dari Sk ..........................................................
Dipersilakan.

Demikian sudah persembahan yang penuh semangat disampaikan oleh


peserta pertama.

Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua iaitu


Adik.................................................
Dari sk .................................................
Dipersilakan.

Satu penyampaian persembahan yang mengkagumkan.

Kini tiba giliran peserta ketiga dari


Sekolah .......................
Dipersilakan adik.......................................

Nampaknya saingan kian hangat.


hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa

kita mempersilakan peserta keempat iaitu


Adik.........................
dari sekolah............................
dipersilakan.

Amboi-amboi hebat sungguh adik kita bercerita


Kita teruskan pertandingan kita dengan perserta yang ke-5

Dengan ceritanya yang bertajuk........................


Dipersilakan adik...........................
Dari sekolah................................

**(ulangan sampai peserta terakhir tahap 1)


Majlis kita teruskan lagi dengan peserta tahap 2..

Majlis ingin menjemput adik …………………….


Dari sk…………………
Dengan ceritanya bertajuk…………………….

Satu penyampaian yang sungguh mengagumkan..tahniah..

Majlis seterusnya ingin menjemput adik ………………


Dari sk…………………..
Ceritanya bertajuk…………………………

Terima kasih buat adik …………………..

Kini tiba giliran peserta seterusnya dari


Sekolah .......................
Dipersilakan adik.......................................

Nampaknya saingan kian hangat.


hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa

kita mempersilakan peserta seterusnya iaitu


Adik.........................
dari sekolah............................
dipersilakan.

**(ulangan sampai peserta terakhir tahap 2)

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan bercerita bahasa Melayu tahap 1


dan tahap 2 Pusingan pertama.

Para peserta diminta bersedia untuk pertandingan bercerita Pusingan kedua


iaitu spontan.
Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula pada
jam________________ pagi
Pertandingan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada
Bermula – Pusingan semua hadirin. Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu
2 pertandingan bercerita pusingan kedua.

Pada pusingan ini, peserta hanya diperuntukkan 3 minit untuk


menyampaikan ceritanya. Para peserta perlu memilih no soalan yang
terdapat pada skrin tv. Peserta diberikan masa selama 1 minit untuk
membuat persediaan bagi menyampaikan cerita mereka tanpa apa-apa
bantuan nota, alat tulis atau alat elektronik
Pertandingan
bermula Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk memilih
no soalan. Dipersilakan adik …………………….
Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua adik
________________________ untuk memilih no soalan.
Majlis mempersilakan.

**(ulangan sampai peserta terakhir tahap 1 dan tahap 2)

Dengan berakhirnya peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah Pertandingan


Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 dan tahap 2 zon pusa bagi tahun 2020.
Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada hakim
untuk mengira permarkahan pertandingan.

Majlis penangguhan Bertongkat si buta di atas pematang,


Berenang si kelah di hujung muara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Perjuangan Menjulang
Pendidikan Sarawak.

Yang Dihormati,
Pn Asma Binti Salaihi, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn Roslin Binti Sebli, Guru Penolong kanan HEM
En. Safie bin Mentali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru, peserta bercerita bahasa melayu dan murid-murid yang di


hormati sekalian.

Selamat datang ke Majlis Penangguhan Pertandingan becerita bahasa


melayu tahap 1 dan tahap 2 zon pusa bagi tahun 2020.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah
kurnianya  kita dapat sama-sama berhimpun di sini pada pagi ini. Semoga
dengan adanya  aktiviti seperti ini akan meningkatkan dan memartabatkan
lagi bahasa Melayu, bahasa ibunda kita.

Ucapan Hadirat hadirat sekalian,


penangguhan

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,


Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan alu-aluannya.

Bagi memulakan majlis, dipersilakan Yang dihormati Pn Asma biti


Salaihi, guru penolong kanan pentadbiran sek.keb.kalok untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan dan penangguhan pertandingan
bercerita bahasa melayu peringkat zon pusa bagi tahun 2020.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan aluan dan penangguhan daripada Pn Asma
binti salaihi. Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Ulasan hakim Hadirin sekalian,


Bagi membuat rumusan pertandingan bercerita bahasa melayu yang telah
diadakan sebentar tadi, majlis dengan sukacita menjemput ______________
selaku ketua hakim untuk menyampaikan rumusan keseluruhan
Pertandingan Bercerita. Dipersilakan.
***
Majlis merakamkan terima kasih.

Cenderamata hakim Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak dapat diadili
dan berjalan dengan lancar.

Sebagai menghargai kesudian mereka melaungkan masa untuk mengadili


pertandingan bercerita bahasa melayu zon pusa bagi tahun 2020
Dengan itu, pihak majlis suka citanya menjemput ..............................
diiringi oleh ______________________ untuk menyampaikan cendrahati
kepada panel hakim.

Dijemput panel hakim pertama ............................... untuk menerima


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan

Seterusnya dijemput ...................................

Dan Dijemput ..................................

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ................................... atas


kesudian menyampaikan cendramata kepada para hakim.

Penyampaian hadiah Warga dewan yang dimuliakan,


Sejajar meranti di tanah rendah,
Mencelah berangan tegak merendang
Keputusan dinanti di tangan sudah,
Adat pertandingan ada pemenang .

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui


peserta  manakah yang menjuarai pertandingan bercerita  bahasa melayu
peringkat zon pusa.

Dengan ini majlis berbesar hati ingin menjemput Pn Asma binti salaihi
diiringi En Safie bin mentai utk menyampaikan sijil da hadiah penyertaan
kepada semua peserta dan tempat pertama kedua dan ketiga bagi tahap 1
dan tahap 2.

Dijemput adik…………… utk menerima sijil penyertaan


Diikuti adik…….
Seterusnya, adik….

**(ulang sampai habis peserta)

Bagi pertandingan bercerita tahap 1

#Tempat ketiga dijemput ………………………. dari sekolah


……………………

#Naib johan dipersilakan ………………........ dari sekolah


………………………

#Dan johan pertandingan bercerita  Tahap 1 dijuarai oleh


…………………….. dari sekolah…………………

Bagi pertandingan bercerita tahap 2

#Tempat ketiga dijemput ………………………. dari sekolah


……………………

#Naib johan dipersilakan ………………........ dari sekolah


………………………

#Dan johan pertandingan bercerita  Tahap 1 dijuarai oleh


…………………….. dari sekolah…………………

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Asma Binti Salaihi dan En


Safie bin mentali diatas pemyampaian hadiah sebentar tadi.
Penutup Tahniah dan syabas kepada peserta yang berjaya. Manakala kepada yang
tidak bernasib baik, kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah kegagalan
sebagai pembakar semangat untuk mencuba pada masa akan datang.
Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, terimalah tiga
rangkap pantun dari saya;

Gugur menguning buah kuini


Menghijau pohon subur berbaja;
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.

Mudik ke Serada berperahu payang,


Sambil menantang bunga setanggi;
Kalau ada usia nan panjang,
Pertandingan mendatang bertemu lagi.

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih daun keladi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Ampun maaf andainya terkasar bahasa, terkhalif bicara dan kurang manis
bermadah pujangga sepanjang pertandingan bercerita bahasa melayu
peringkat zon pusa bagi tahun 2020 ini berlangsung.

Sekian wbt ssalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai