Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 2

QUE TEKS
SEMUA Melayang serindit di atas permatang,
AUDIENS Merbah berkicau di hujung muara,
BERADA DI Pemanis kata selamat datang,
TEMPAT Awal Bismillah pembuka bicara.
MASING-
MASING Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam
Malaysia Madani.
(boleh diubah Yang dihormati, Para hakim yang adil lagi bijaksana,guru-guru pengiring,
mengikut Jawatankuasa Pelaksana, Para peserta serta warga dewan yang di kasihi
kesesuaian sekalian.
majlis) Selamat datang ke Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap 2 peringkat
Daerah Belaga.
Alhamdullilah,
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana izinnya dapat kita bersama-sama
memeriahkan majlis pada pagi ini, iaitu Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah
Tahap 2, Peringkat Daerah Belaga bagi tahun 2023.
Memperkenalkan Hadirin yang dihormati sekalian,
hakim Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan panel
hakim pertandingan.

Hakim kita yang pertama


En Petrus Isah Gudang dari SMK Belaga

Hakim kita yang kedua


En Afflin Audrey Anak Kuek dari SMK Belaga

Hakim kita yang ketiga


En Mazuan Bin Pudin dari SMK Belaga

Pelaksanaan (Peraturan pertandingan)


pertandingan SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3 sahaja) dan


Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6) dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan


mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri dan
negeri ke peringkat kebangsaan.

Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:

1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

2 cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.

3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / Internet.

4 hasil karya sendiri.

Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni


sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.

Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.

Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema, serta tidak tertumpu kepada
cerita-cerita rakyat sahaja.

Untuk Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja yang dibenarkan
menyampaikan cerita haiwan.

Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan.


Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.
Loceng akan dibunyikan satu kali seminit sebelum masa tamat dan Loceng
akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan telah
tamat.

Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan


penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak
melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur
tersebut).

Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak
sahaja setiap kali pergerakan.

Peserta dibenarkan memakai kostum tetapi tiada sebarang peruntukan markah.


Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2 baris. Teks
cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa
pendaftaran.

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:

1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;

3 dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;

4 menggunakan prop, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi.


Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.


Kriteria
KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN
Penghakiman SATU

7.1 Teknik Persembahan 20 markah


7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
7.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
7.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
7.7 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah

Peserta pertama Hadirin yang dihormati sekalian,


Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Tahap 2 akan dimulakan dengan
Pertandingan Bahagian 1.
Majlis mempersilakan peserta pertama iaitu Adik
_________________________________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Peserta kedua Demikian sudah persembahan yang penuh semangat disampaikan oleh peserta
pertama.
Seterusnya majlis mempersilakan peserta yang kedua iaitu Adik
_________________________________________________________
Dipersilakan.
Peserta Ketiga Satu penyampaian yang mengkagumkan.
Kini tiba giliran peserta ketiga. Majlis mempersilakan, Adik
_________________________________________________________
Dipersilakan.
Peserta keempat Nampaknya saingan kian hangat.
Hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa majlis mempersilakan peserta
keempat iaitu Adik
_________________________________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Perserta Kelima Begitulah hebat persembahan peserta keempat sebentar tadi. Kita teruskan
pertandingan kita dengan peserta yang kelima iaitu Adik
_________________________________________________________
Dipersilakan.
Peserta Keenam Hadirin sekalian, pertandingan disambung dengan peserta yang keenam. Untuk
itu majlis mempersilakan adik
_________________________________________________________
Dipersilakan.
Peserta Ketujuh Sebuah persembahan yang mengkagumkan. Kini tiba giliran peserta ketujuh
iaitu Adik
_________________________________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Peserta Kelapan Satu persembahan yang sungguh bersemangat. Seterusnya majlis
mempersilakan peserta yang kelapan pada hari ini. Dipersilakan Adik
_______________________________________________
Untuk menyampaikan ceritanya. Dipersilakan.
Peserta Hadirin sekalian, pertandingan disambung dengan peserta yang kesembilan.
Kesembilan Untuk itu majlis mempersilakan adik
_________________________________________________________
Dipersilakan.
Peserta Demikian sudah persembahan bersemangat yang disampaikan oleh peseta
Kesepuluh tadi. Seterusnya majlis mempersilakan peserta yang terakhir pada hari ini.
Dipersilakan Adik _______________________________________________
Untuk menyampaikan ceritanya. Dipersilakan.
REHAT Satu penyampaian yang menarik oleh peserta kelapan sebentar tadi. Dengan
berakhirnya persembahan itu tadi, maka tamatlah sudah pertandingan bahagian
1.

Majlis berhenti rehat seketika bagi memberi ruang kepada panel hakim untuk
menguruskan markah peserta,

Para peserta diingatkan untuk tidak meninggalkan kawasan pertandingan


kerana pertandingan bahagian 2 akan terus dijalankan selepas ini.
Arahan untuk Kesemua peserta dikehendaki untuk menuju ke bilik kuarantin yang bertempat
Kuarantin di bahagian belakang dewan. Taklimat ringkas tentang pertandingan bahagian 2
akan diberikan di bilik berkenaan. Para peserta dipersilakan untuk bergerak
sekarang. Sebelum meneruskan pertandingan bahagian 2, mohon jasa baik
para guru pengiring untuk duduk agar tidak mengganggu para peserta. Guru
pengiring tidak dibenarkan lagi untuk berinteraksi dengan para peserta sebaik
sahaja peserta dikuarantinkan sehingga tamat persembahan bahagian 2.
Kerjasama daripada semua guru pengiring didahulukan dengan ucapan terima
kasih.
Perlaksanaan (Peraturan Pertandingan)
Pertandingan SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan


bahan rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi
Pertandingan melalui cabutan undi..

6.2 Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan
dan tiga (03) minit untuk persembahan)

6.3. Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan


atas bahan rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa
pertandingan.

6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang


disediakan di meja Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada
pengerusi pertandingan.

6.5 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan


gambar slaid berkenaan akan ditayangkan.

6.6 Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan.

6.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita


apabila tamat masa persediaan 1 minit.

6.8 Peserta akan diminta mengambil tempat yang disediakan untuk


memulakan cerita spontan.

6.9 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa


bercerita.

6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat.

6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum


tamatnya masa persediaan.

6.12 Prop,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan


penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan
penceritaan. (Tidak melebihi satu (1) minit daripada
keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan.


Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja,
menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan
ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik
muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap
kali pergerakan.

Kriteria KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)


Penghakiman 8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah
8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
8.3 Penghayatan cerita 20 markah
8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
8.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah
Jumlah 100 markah

Mohon perhatian. Majlis akan diteruskan dengan Pertandingan Bahagian 2 iaitu


Bercerita Secara Spontan berpandukan bahan rangsangan.

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan peserta pertama iaitu


Adik __________________________________ untuk menyampaikan ceritanya.
Dipersilakan.
1. _______________________________________________________
2. _______________________________________________________
3. _______________________________________________________
4. _______________________________________________________
5. _______________________________________________________
6. _______________________________________________________
7. _______________________________________________________
8. _______________________________________________________
9. _______________________________________________________
10. _______________________________________________________
11. _______________________________________________________
Penutup sesi Dengan berakhirnya persembahan daripada peserta yang ___________ itu tadi,
bercerita maka selesailah sudah Pertandingan Bercerita Bahagian 1 dan 2 pada hari ini.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Pada kesempatan ini, mewakili Jawatankuasa pelaksana, selaku Tuan rumah


bagi Karnival Kokurikulum Peringkat Daerah Belaga bagi tahun 2023, ingin
memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan dan kekhilafan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Bergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda di kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Anda mungkin juga menyukai