Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERSARAAN

SEMPENA PERSARAAN ENCIK PURONG PK KOKURIKULUM


QUE TEKS CATATAN
Ketibaan yang Mengumumkan ketibaan Encik Purong serta tetamu kehormat
diraikan masuk ke dalam dewan.
bersama
barisan
pentadbir

Salutasi Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Hari yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh


bermakna. Syukur ke-hadrat Ilahi dengan limpah dan
rahmatnya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi meraikan
Majlis persaraan Encik Purong, Penolong Kanan Kokurilum SK
Sungai Tunoh.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam Malaysia


Madani.

Yang berusaha, Encik Sengalang anak Ubeng, Guru Besar SK


Sungai Tunoh,

Yang diraikan, Encik Purong, Penolong Kanan Kokurikulum SK


Sungai Tunoh,

Yang dihormati, Encik Mathew Lo, Yang dipertua PIBK SK


Sungai Tunoh,

Yang dihormati, Encik Standis Apong, Guru Besar SK Oyan


Tengah,

Yang dihormati, ________________________ Penolong Kanan


Pentadbiran, SK Sungai Tunoh,

Yang dihormati, ______________________ Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid, SK Sungai Tunoh,

Yang dihormati, barisan guru, barisan AKP, murid-murid dan


hadirin dan hadirat sekalian.

Selamat datang ke Majlis Persaraan Encik Purong Penolong


Kanan Kokurikulum SK Sungai Tunoh.
Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majis pada yang penuh bermakna ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Al Fadhil Ustaz Darul Hadi. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Selesai Bacaan Doa)


Aamin-aamin Ya Rabbal ‘Alamin
Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Jemput makan Hadirin yang dimuliakan,

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Hidangan sudah tersedia, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan dif kehormat, guru-guru dan staf, serta para
hadirin menjamu selera. Dipersilakan.

Ucapan wakil Hadirin yang dimuliakan,


murid
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.

Untuk itu, marilah sama-sama kira saksikan video rakaman


ucapan wakil murid bersempena Majlis Persaraan Encik
Purong, Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Tunoh.

(selesai tayangan video rakaman)


Begitulah tadi dapat kita saksikan video rakaman ucapan oleh
wakil murid SK Sungai Tunoh.
Sungguh syahdu ucapan yang diberikan oleh wakil murid,
_______________________.
(apa-apa komen berkaitan video yang sesuai)
Ucapan YDP Hadirin dan hadirat sekalian,
PIBK
Seterusnya majlis menjemput, Encik Mathew Lo, Yang dipertua,
PIBK SK Sungai Tunoh untuk memberikan ucapan beliau.
Maljis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Selesai ucapan YDP PIBK)


Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan Guru Hadirin dan hadirat sekalian,
Besar
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Encik


Sengalan anak Ubeng, Guru Besar SK Tunoh untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(Selesai ucapan GB)’


Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Helen Hadirin dan hadirat sekalian,


Tuah
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan, Puan/Cik Helen Tuah,
bekas PPM SK Sungai Tunoh untuk menyampaikan ucapan.
Maljis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Selesai ucapan)
Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Matdalyn
Talang Seterusnya majlis menjemput, Puan/Cik Matdalyn Talang,
bekas PPM SK Sungai Tunoh untuk menyampaikan ucapan.
Maljis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Selesai ucapan)
Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Ucapan yang Sidang hadirin sekalian,
diraikan
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Buah mengkudu buah bidara,


Mari disimpan di dalam dulang,
Hari ini tuan genap bersara,
Jasa baik tuan tetap dikenang.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


daripada yang diraikan, Encik Purong, Penolong Kanan
Kokurikulum SK Sungai Tunoh. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

(Selesai ucapan)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada yang diraikan Encik Purong, atas ucapan itu tadi.
Penyerahan Sidang hadirin sekalian,
Watikah
Persaraan Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambal berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Watikah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan watikah persaraan.

Oleh itu majlis dengan penuh takzimnya menjemput, Yang


berusaha, Encik Sengalang anak Ubeng, Guru besar SK Tunoh,
diiringi oleh Yang dihormati, ____________________ Penolong
Kanan Pentadbiran,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Yang diraikan,


Encik Purong, Penolong Kanan Kokurikulum naik ke atas
pentas untuk menerima watikah persaraan.

(cue Selesai penyampaian watikah persaraan)


Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Encik
Sengalang anak Ubeng, Guru Besar SK Sungai Tunoh, atas
kesudian menyampaikan watikah persaraan sebentar tadi.

Acara Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


memotong kek
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini. Marilah sama-
sama kita saksikan acara memotong kek oleh yang diraikan,
Encik Purong, Penolong Kanan Kokurikulum, diiringi dif-dif
kehormat. Diminta untuk naik ke atas pentas bagi
menyempurnakan upacara memotong kek.
Mari sama-sama kita nyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi”.
(cue lagu “Selamat Hari Jadi”)
Tayangan Hadirin dan hadirat sekalian,
Multimedia
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah
kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


tayangan multimedia sempena persaraan yang diraikan, Encik
Purong, Penolong Kanan Kokurikulum, SK Sungai Tunoh.

(cue selesai persembahan tayangan multimedia)


Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
tayangan multimedia sempena persaraan yang diraikan.
Mudah-mudahan persembahan tersebut dapa memberi sumber
inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


hadiah
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari
ini.

Oleh itu, majlis menjemput Yang berusaha, Encik Sengalang


anak Ubeng, Guru Besar SK Sungai Tunoh, diiringi oleh, Yang
dihormati __________________, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, SK Sungai Tunoh. Dipersilakan.

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan


Encik Purong untuk naik ke atas pentas bagi menerima hadiah
yang telah disediakan. Untuk makluman hadirin dan hadirat
sekalian, hadiah yang diberikan merupakan pemberian dari
pihak sekolah, guru-guru, staf-staf, PIBK dan murid-murid SK
Sungai Tunoh.

Demikianlah tadi ucapara penyampaian hadiah kenang-


kenangan khusu untuk yang diraikan, Encik Purong, Penolong
Kanan Kokurikulum, SK Sungai Tunoh. Majlis merakamkan
ribuan terima kasih kepada yang diraikan atas kesudian
menerima hadiah itu tadi. Majlis turut merakamkan jutaan
terima kasih di atas kesudian Yang berusaha tuan guru besar
diatas kesudian menyampaikan hadiah itu tadi.
Persembahan Hadirin sekalian,
Khas
Tibalah masa yang dinanti-nantikan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang diraikan,
Encik Purong, untuk naik ke atas pentas dan
mempersembahkan nyanyian khas bersempena meraikan
malam persaraan beliau.

(cue Selesai persembahan khas)


Demikianlah tadi persembahan yang cukup mempersonakan.
(atau mana-mana komen yang bersesuain)
Sesi Hadirin sekalian,
bergambar
Majlis diteruskan lagi dengan sesi bergambar. Diminta yang
diraikan bersama-sama dif-dif kehormat, guru-guru dan staf
untuk sesi bergambar.

Bersurai Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar sampai di pelabuhan,


Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi Cikgu Purong jadi kenangan.

Tuai padi antara Nampak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak.
Esok jangan rindu-rinduan.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang


diraikan, Encik Purong, Penolong Kanan Kokurikulum kerana
sudi bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Encik Purong bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dand hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan majlis ini.

Anda mungkin juga menyukai