Anda di halaman 1dari 5

CUE TEKS CATATAN

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU, HARI RAYA & HARI GAWAI “TRIPLE H” SK SUNGAI GENAAN 2022
Salutasi
Hikayat Hang Tuah sejarah tertulis,
Utuh berjuang semangat membara,
Senyum diukir meraih majlis,
Pantun dihulur mukadimah bicara

Selamat pagi, salam sejahtera, salam genaan seruran pegari, always shining.

 Yang Berbahagia, Tuai Rumah Philip Anak Entalai,


Yang DiPertua PIBG SK Sungai Genaan merangkap Pengerusi Alumni SK Sungai
Genaan
 Yang Berusaha, Encik Gundi Anak Ingeh,
Naib Yang DiPertua PIBG SK Sungai Genaan
 Yang Berusaha, Encik Bala Anak Laja,
Guru Besar SK Sungai Genaan
 Yang Dihormati, Cik Doris Anak Jana,
Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Genaan
 Yang Dihormati, Encik Apung Lahang,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Sungai Genaan
 Yang Dihormati, Encik Johnatan Unggut Anak Jack Brodie,
Penolong Kanan Kokurikulum SK Sungai Genaan
 Barisan ketua masyarakat, Tuai-Tuai Rumah, barisan guru-guru serta anggota
kumpulan pelaksana SK Sungai Genaan, tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid
yang dikasihi sekalian.
Selamat pagi, salam sejahtera, salam Genaan Seruran Pegari, Always Shining dan
selamat datang ke
MAJLIS SAMBUTAN “TRIPLE H” PERINGKAT SK SUNGAI GENAAN 2022

Nyanyian Lagu Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.


Negaraku, Sarawak Hadirin mohon bersedia.
Ibu Pertiwiku
(NYANYIAN LAGU)

Hadirin dipersilakan duduk.


Aluan Pengerusi Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah perkenan
dan kurniaNya, kita dapat berhimpun untuk bersama-sama dalam.
MAJLIS SAMBUTAN “TRIPLE H” SK SUNGAI GENAAN 2022 khasnya pada pagi ini
kita meraikan Sambutan Hari Guru yang bertujuan untuk menghargai jasa guru-guru
yang telah mendidik anak-anak kita selama ini sejajar dengan tema hari guru pada
tahun ini iaitu, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama berdoa. Bagi
tujuan itu, majlis menjemput Encik Apung Lahang bagi memimpin bacaan doa. Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan.
(BACAAN DOA TAMAT)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Apung Lahang atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi majlis akan lebih
diberkati Ilahi.
Ucapan aluan Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Yang Berusaha, Encik Bala
Guru Besar SK Sungai
Genaan Anak Laja, Guru Besar SK Sungai Genaan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
(UCAPAN)

Terima kasih diucapkan kepada yang Yang Berusaha, Encik Bala Anak Laja,
Guru Besar SK Sungai Genaan atas ucapan aluan sebentar tadi.
Ucapan perasmian Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Tidak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tanpa suaranya berbicara.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia, Tuai


Rumah Philip Anak Entalai, Yang DiPertua PIBG SK Sungai Genaan merangkap
Pengerusi Alumni SK Sungai Genaan untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Sambutan “Triple H” SK Sungai Genaan 2022.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.

(UCAPAN)

Terima kasih diucapkan atas ucapan perasmian itu tadi. Oleh itu, rasmilah sudah
Majlis Sambutan “Triple H” SK Sungai Genaan 2022.
Penyampaian Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak sekolah dijemput Yang
cenderahati kepada
Berusaha, Encik Bala Anak Laja, Guru Besar SK Sungai Genaan diiringi Yang
perasmian
dihormati, Cik Doris Anak Jana, Guru Penolong Kanan pentadbiran untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia, Tuai Rumah Philip Anak
Entalai, Yang DiPertua PIBG SK Sungai Genaan merangkap Pengerusi Alumni SK
Sungai Genaan
(Penyampaian cenderahati)
Terima kasih diucapan atas penyampaian cenderahati itu tadi.
Bacaan Ikrar Hari Guru Majlis pada pagi ini diteruskan dengan bacaan ikrar Hari Guru. Untuk itu, dijemput,
Yang dihormati, Encik Johnatan Unggut Anak Jack Brodie, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Sungai Genaan untuk memimpin bacaan ikrar. Guru-guru mohon
bersedia.
Nyanyian Lagu “Kami Majlis dilengkapkan lagi dengan nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia” dan diikuti
Guru Malaysia” &
dengan nyanyian lagu “Pendidik Bumi Kenyalang”. Dengan segala hormatnya
“Pendidik Bumi
Kenyalang” dipersilakan.
(HABIS NYANYIAN)
Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar Hari Guru serta Nyanyian Lagu Kami Guru
Malaysia & Pendidik Bumi Kenyalang itu tadi.
Persembahan murid Tuan-tuan dan puan-puan,
SK Sungai Genaan
Majlis pada pagi ini diserikan lagi dengan persembahan khas daripada murid-murid SK
Sungai Genaan dengan nyanyian yang bertajuk “Guruku Tersayang”. Dipersilakan.
(PERSEMBAHAN TAMAT)
Terima kasih atas persembahan yang sangat menyentuh hati itu tadi, Untuk makluman
semua, persembahan itu tadi didedikasikan khas kepada guru-guru di SK Sungai
Genaan.

Murid menyampaikan Bagi menghargai jasa guru yang telah banyak berkorban selama ini, dipersilakan murid-
kad ucapan
murid SK Sungai Genaan untuk memberikan kad ucapan kepada guru-guru. Untuk itu,
majlis mempersilakan sekali lagi guru-guru untuk bersama-sama tampil di hadapan
pentas. Dipersilakan.
(HABIS BAGI KAD)
Terima kasih murid-murid SK Sungai Genaan atas penyampaian kad ucapan hari guru
itu tadi. Sesungguhnya benarlah kata pujangga bahawa “Orang hebat boleh
menghasilkan beberapa karya bermutu, tetapi guru yang hebat boleh melahirkan ribuan
orang yang hebat”.
Persembahan Hari Hadirin yang saya hormati,
Raya
Bertepatan dengan program kita pada hari ini, iaitu PROGRAM TRIPLE H, Hari Guru,
Hari Raya dan Hari Gawai. Pada hari ini, kita akan disajikan lagi dengan sebuah
persembahan khas sempena sambutan Hari Raya. Untuk itu, majlis mempersilakan
persembahan nyanyian hari raya yang bertajuk “Pejam Celik Raya”. Dipersilakan.
(TAMAT PERSEMBAHAN)
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang cukup menghiburkan itu tadi.
Pemotongan kek Seterusnya sebagai simbolik perasmian Majlis Sambutan Hari Guru pada hari ini.
Dipersilakan semua tetamu kehormat dan guru-guru untuk tampil ke hadapan pentas
bagi menyempurkan upacara pemotongan kek. Dipersilakan.
(HABIS POTONG KEK)
Terima kasih diucapan atas upacara pemotongan kek itu tadi.
Penutup
Sebelum mengundur diri, saya ____________________________ menyusun sepuluh
jari, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang salah dan silap sepanjang
pengacaraan ini.

Dijemput para tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama


menjamu selera.

Untuk makluman semua, slot program seterusnya iaitu Sambutan Hari Gawai akan
dimulakan pada jam 1.00 petang. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan diharapkan tidak
meningggalkan majlis sehingga majlis ini selesai.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai