Anda di halaman 1dari 2

TEKS EMCEE SEMPENA HARI GURU SK NANGA DAYU, JULAU

MAS ATURCARA CATATAN


A
0730 Selamat pagi dan salam sejahtera, semua warga Dayu diminta untuk Nyanyian Lagu
berdiri tegak bagi menyanyikan lagu kebangsaan, Lagu Negaraku dan Negaraku &
lagu kebesaran negeri Sarawak, Lagu Ibu Pertiwiku. Ibu Pertiwiku

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan ini majlis Memimpin Doa (
menjemput Cikgu Jason untuk memimpin dalam doa. Dipersilakan… Cg Jason)

Terima kasih Cikgu Jason atas doa sebentar tadi.

Yang berusaha, Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Chiu Chee Kiong, Ucapan alu-
yang dihormati, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Halianawatie aluan Pengacara
Binti Maliki, Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Sanusi Bin Barawi, Majlis
barisan rakan - rakan guru, rakan - rakan AKP dan murid - murid
yang disayangi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Tujuh belas tahun rindu tersemat, Tanjung aru tempat berjumpa,


Enam belas Mei tarikh keramat, Jasa guru jangan di lupa.
Putik baru mekar di taman,Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman, Agar hidup beroleh berkat.

Berkumpulnya kita pada pagi ini adalah sempena untuk menyambut


Hari Guru Peringkat Sekolah. Untuk pengetahuan murid - murid,
sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei pada setiap tahun. Hari
guru disambut bagi mengenang dan mengingati jasa dan pengorbanan
guru mengajar dan mendidik kita. Tema sambutan Hari Guru pada
tahun ini ialah “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.

Seterusnya, majlis menjemput Ketua Murid iaitu Adik Terrance Ucapan Ketua
Injah Anak Lucy bagi meyampaikan ucapan, mewakili semua murid Murid
SK Nanga Dayu. Dipersilakan… (Terrance
Injah Anak
Terima kasih Adik Terrance atas ucapan sebentar tadi. Lucy)
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Ucapan PKKK,
_______________. Dipersilakan. PKHEM & PK 1

Terima kasih ___________ atas ucapan sebentar tadi.

Hendak berburu ke luar kota, Seluas alam bumi terentang, Bacaan


Tanpa guru siapalah kita, Ibarat malam tanpa bintang. Perutusan Kpm
(Cg Kee)
Sambutan Majlis Hari Guru tidak lengkap tanpa Perutusan daripada
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Dengan ini majlis menjemput
Cikgu Kee Kwong Hing bagi membacakan perutusan tersebut,
dipersilakan.
Terima kasih Cikgu Kee atas bacaan perutusan sebentar tadi.
Angin menderu dengan sepoinya, Di anak tangga duduk berperikan, Ikrar Hari
Kasih guru akan muridnya, Masa dan tenaga rela korbankan. Guru
(Cg Ting)
Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis kita akan diteruskan
dengan lafaz Ikrar Guru yang akan dipimpin oleh Cikgu Ting Sing
Leong dan diteruskan dengan nyanyian lagu “Kami Guru Malaysia &
Pendidik Bumi Kenyalang”.

Dengan ini, semua guru dijemput untuk berdiri bagi melafazkan


ikrar dan menyanyikan lagu keramat ini. Dipersilakan. Mari kita sama
- sama memberikan tepukan gemuruh untuk guru - guru kita.
Kita telah sama - sama mendengarkan lafaz ikrar yang menjadi
tanda janji agar terus bersemangat mendidik anak - anak bangsa.

Si anak dara terasa gundah, Menunggu jejaka menghantar tanda, Upacara


Ucapan sudah, menyanyi pun sudah, Kini Kek dipotong sebagai tanda. Memotong Kek
Hari Guru
Para guru diminta untuk tetap berdiri di hadapan untuk sama - sama
menyempurnakan upacara memotong kek sempena simbolik Hari Nyanyian lagu
Guru dan sesi bergambar. Terima Kasih
Cikgu
Murid - murid diminta sama - sama menyanyikan lagu “Terima kasih
Cikgu” versi Upin Ipin. 1, 2, 3….

0930 Terima kasih murid - murid atas nyanyian lagu tadi. Nyanyian Lagu
Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, semua warga sekolah Sekolah
diminta berdiri untuk sama - sama menyanyikan lagu sekolah.

Terimalah dua rangkap pantun untuk mengakhiri majlis sambutan


Hari Guru peringkat sekolah pada hari ini.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai