Anda di halaman 1dari 5

Skrip Pengacara Majlis Hari Guru dan Gawai Raya SKHHE 2022

Perkara Teks Pengacara Catatan


Acara 1: Kata aluan Diminta para murid untuk senyap dan menumpukan perhatian
(Larry) ke arah pentas kerana kita akan memulakan majlis kita
sebentar sahaja lagi.

Bunga tanjung di tengah pekan,


Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.

Yang Berusaha Puan Chua Khai Gii Guru Besar SK Hua Hin
English.

Encik Zainol anak Emus Penolong Kanan Pentadbiran

Encik David anak Fabian Libau Penolong Kanan HEM

Encik Frank Mason Anak Edward Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru, rakan-rakan AKP serta murid-murid yang


dikasihi sekalian.

Selamat pagi dan salam sejahtera serta salam Keluarga


Malaysia di pagi yang mulia ini. Selamat datang ke Majlis
Sambutan Hari Guru dan Gawai Raya peringkat Sekolah
Kebangsaan Hua Hin English tahun 2022.

Acara 2: Lagu Kebangsaan Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah dan
(Siti) kurniaNya kita dapat bersama-sama kita berkumpul di dewan
yang mulia ini meraikan sambutan Hari Guru serta gawai raya
bagi Tahun 2022 dengan tema: Guru Tunjang Sekolah
Sejahtera.

Hadirin yang dihormati sekalian;

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita berdiri tegak


dan menyanyikan rangkaian dua buah lagu iaitu Lagu
Kebangsaan Negaraku dan Lagu Negeri Sarawak Ibu Pertiwiku.

***lagu dimainkan***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Hadirin dipersilakan


duduk.

Acara 3: Bacaan Hadirian yang dihormati sekalian,


Perutusan Hari Guru
(Larry) Seterusnya Bacaan Perutusan.
Dipersilakan Encik Frank GPK Kokurikulum untuk membacakan
Perutusan Menteri Kanan Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.

***membaca perutusan***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya dipersilakan Encik David anak Fabian Libau GPK Hal


Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.

***membaca perutusan***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Acara 4: Ucapan Sidang hadirin sekalian,


Perasmian
(Siti) Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan Puan
Chua Khai Gii Guru Besar SK Hua Hin English untuk
menyampaikan ucapan perasmian Majlis Hari Guru dan Gawai
Raya. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

***Guru Besar berucap***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan


perasmian itu tadi.

Acara 5: Lafaz Ikrar Hari Hadirin yang dimuliakan,


Guru
(Larry) Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput semua guru SK Hua Hin English untuk


tampil ke atas pentas bagi acara melafazkan ikrar diketuai
oleh Encik Zainol anak Emus GPK1. Dipersilakan.

***Lafaz Ikrar Hari Guru***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Acara 6: Ucapan Wakil Sidang hadirin sekalian,


Murid
(Siti) Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Murid,
untuk itu dipersilakan adik Zaccheus Saka anak Ngilah selaku
wakil murid untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

***ucapan murid***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Acara 7: Nyanyian lagu Hadirin sekalian,
Hari Guru
(Larry) Menghijau laksana pokok kiambang,
Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.

Sebagai hiburan dan tatapan murid sekalian, marilah sama-


sama kita saksikan persembahan nyanyian oleh barisan guru-
guru kita.

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia, Lagu


Pendidik Bumi Kenyalang dan nyanyian Lagu Tema Hari Guru:
Sekolahku Sejahtera oleh barisan pentadbir dan guru-guru.
Dipersilakan.

***Nyanyian lagu hari guru***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan


itu tadi.

Acara 8: Pemotongan kek Hadirin sekalian,


hari guru
(Siti) Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek untuk
sambutan hari guru 2022. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk
melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima,
susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan
dan keindahan hidup bermasyarakat.

Dipersilakan Puan Chua Khai Gii serta barisan pentadbir bagi


mengetuai upacara untuk memotong kek hari guru 2022.

***pemotongan kek***

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Acara 9: Persembahan Hadirin sekalian,


Murid
(Larry) Kemeriahan majlis diteruskan dengan persembahan daripada
murid-murid SK Hua Hin English yang berbakat. Majlis
dimulakan dengan persembahan yang pertama iaitu
persembahan deklamasi sajak oleh adik Jashua Ramos anak
Lium dari kelas 6A.

***deklamasi sajak***

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan persembahan murid yang


kedua iaitu nyanyian berkumpulan oleh gabungan murid-
murid Tahun 6A dan Tahun 6B.

***nyanyian***

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Seterusnya, majlis mempersilakan persembahan murid yang


ketiga iaitu nyanyian solo yang akan dipersembahkan oleh
adik Derrick Dickson anak Florency dari kelas 5B.

***nyanyian***

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Acara 10: Pertukaran Hadirin sekalian,


Hadiah
(Siti) Majlis diteruskan dengan acara pertukaran hadiah dalam
kalangan guru. Untuk itu dijemput Puan Chua Khai Gii naik ke
pentas untuk memulakan acara pertukaran hadiah hari guru
2022.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Acara 11: Persembahan ????


guru
(Larry)

Acara 12: Bersurai Hadirin sekalian,


(Siti)
Demikianlah tadi selesai sudah majlis perasmian sambutan
hari guru dan gawai raya. Seterusnya kami serahkan majlis ini
kepada guru yang bertugas untuk pengumuman yang
berikutnya.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah,


Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan kami mengundur diri.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai