Anda di halaman 1dari 3

Atur Cara

Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah


Masa Perkara Catatan
7.20am Menyambut murid hadir ke sekolah
Majlis mengumumkan ketibaan Pengawai Perhubungan Sekolah
7.45am Sarjan dan Koperal diiringi oleh Pengerusi PIBG Puan ,Yang
Berusaha Puan e , dan Barisan Pentadbir masuk ke dewan.

Hadirin diminta terus berdiri untuk nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu
Negeri Pahang dan Lagu Sekolah. Siaraya :
1. Nyanyian Lagu Negaraku
2. Nyanyian Lagu Negeri Pahang
3. Nyanyian Lagu Sekolah
*****Nyanyian*****
Hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih

Selamat pagi ,salam sejahtera dan Malaysia Madani.


Yang Dihormati Koperal
Sarjan
Pengawai Perhubungan Sekolah
Yang dihormati Puan
Pengerusi PIBG
Yang Berusaha Puan
Barisan Guru Kanan,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan seterusnya
Para pelajar yang dikasihi sekalian.
Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.

Selamat datang ke Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin


Pembentukan Karakter Karamah Insaniah bagi Tahun 2023.

Saya akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya...

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

Terlebih dahulu, kami ingin panjatkan rasa syukur, kerana kita dapat
bersama-sama berhimpun untuk meraikan kejayaan para pelajar kita
dalam bidang hal ehwal murid iaitu pembentukan sahsiah murid.

Ikrar Rukun Negara Ikrar:


Majlis bermula dengan bacaan ikrar rukun negara . Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan adik membaca ikrar rukun negara. Semua
Para Hadirin dipersilakan berdiri.Hadirin dipersilakan duduk. berdiri
Terima kasih adik .

Ucapan YDH Pengawai Perhubungan Sekolah (PSS) Ucapan


Mari singgah di desa nan indah, Sarjan
Berseri bunga mekar menawan;
Nyanyi sudah doa pun sudah,
Mari kita mendengar ucapan.

Majlis mempersilakan Sarjan


, Pengawai Perhubungan Sekolah, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

*** UCAPAN****

Terima kasih diucapkan kepada Sarjan atas ucapan yang disampaikan


sebentar tadi.

Ucapan Guru Besar Ucapan


Seterusnya , Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan , Guru Besar Guru Besar
, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*** UCAPAN****

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin


Pembentukan Karakter Karamah Insaniah
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian;
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Hadirin yang dihormati,

Sekarang tibalah masa untuk pelancaran duta Sahsiah bawah unit Hal
Ehwal Murid. Untuk menyempurnakan acara, dipersilakan

Pra :
Tahun 1:
Tahun 2:
Tahun 3:
Tahun 4: Sesi
Tahun 5: bergambar
Tahun 6:
Ketua Pengawas:
*********Penyampaian Anugerah********
Sesi Bergambar
Terima kasih diucapkan kepada an Guru Besar.
Mesej Duta Murid
Seterusnya , Majlis mempersila adik , ketua pengawas , untuk
menyampaikan mesej Duta Murid. Dipersilakan.
Terima Kasih adik .

Sesi bergambar Photo+ FB


Majli diteruskan dengan sesi bergambar. Majlis menjemput pss ,guru
besar, barisan pentadbir , guru-guru dan duta sahsiah bergerak ke
depan merakam gambar sebagai kenangan.
8.15am Bersurai
Para hadirin sekalian,

Kita telah pun berada di penghujung acara. Pihak majlis mengambil


kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan
kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memastikan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin
Pembentukan Karakter Karamah Insaniah bagi Tahun 2023
dapat dilangsungkan dengan meriahnya.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Saya mengumumkan majlis pelancaran ini tamat dan majlis bersurai.


Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai