Anda di halaman 1dari 7

QUE

Ketibaan Perasmi
Mengumumkan ketibaan barisan pengurusan, ketua-ketua jabatan,
kaunselor, serta guru-guru untuk masuk ke dalam dewan.
Para hadirin dipersilakan berdiri.

Lagu dimainkan
Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi mengalunkan Lagu Negaraku,
Sabah Tanah Airku dan Lagu Amanah Rakyat.
Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh:
Saudara Muhammadi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih
kepada saudara Muhammadi atas
bacaan doa itu tadi.
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. ASLM WBT.

2 Yang berusaha Tuan


Pengetua
MSSM Balung

3 Yang dihormati Encik Abdul


Timbalan Pengetua
MSSM Balung

Yang dihormati Encik


Timbalan Pengetua

Yang dihormati Encik


Pemangku Timbalan Pengetua

Ketua-ketua Jabatan , Kaunselor, barisan warga pendidik, badan


kepimpinan pelajar, seterusnya rakan-rakan generasi ulul albab
yang dirahmati Allah sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur terhadap


Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat
bersama-sama berhimpun pada petang ini dalam Majlis
Pelancaran Program Gerak Gemilang, Tingkatan 1 hingga 5
2024. Majlis ini diadakan bagi menetapkan sasaran pencapaian
akademik para pelajar, menjadi pelajar yang berdaya saing
dalam meningkatkan kualiti diri, dan meningkatkan motivasi
pelajar untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Pengumuman Penyelaras & Setiausaha PGG, serta Ketua


Batch setiap Tingkatan

Hadirin sekalian,
Sekarang, diumumkan perarakan masuk Penyelaras-Penyelaras
& Setiausaha PGG Tingkatan 1 hingga 5. Sama-sama kita
menyaksikan.

[muzik dimainkan]

Mendahului senarai;
Dipersilakan, Cik; Penyelaras PGG Tingkatan 5
Dipersilakan, Encik PGG Tingkatan 5

Dipersilakan,; Cik PGG Tingkatan 4


Dipersilakan,; Puan Nur Tingkatan 4

Dipersilakan,; Encik Penyelaras PGG Tingkatan 3


Dipersilakan,; Encik

Dipersilakan,; Cik;
Dipersilakan,; Encik

Dipersilakan, En 1
Dipersilakan,; En. Muhammad Syafiq bin Pingi; Setiausaha PGG
Tingkatan 1

[semua guru dan s/u pgg telah mengambil tempat]

Sekarang, kita beralih pula kepada perarakan masuk ketua


batch setiap tingkatan.

Mendahului senarai; Ketua Batch Tingkatan 5 alias


INVICTUS; saudara MOKTAR.

Ketua Batch Tingkatan 4 alias ZEOLYNUS; saudara MOHD


NORHAFIZ.

Ketua Batch Tingkatan 3 alias COR UNITUM; saudara AISY


ANUAR.

Ketua Batch Tingkatan 2 alias AURELIUS; saudara ANAS

Dan… Ketua Batch Tingkatan 1 alias AVICENNA; saudara


[ketua2 batch selesai mengambil tempat]

Pembentangan Pelan Strategik oleh Penyelaras PGG


Tingkatan 1 hingga 5

Sekarang, kita beralih pula kepada Pembentangan Pelan


Strategik oleh Penyelaras PGG Tingkatan1 hingga 5.

Terlebih dahulu, majlis mempersilakan Cikgu; Penyelaras PGG


Tingkatan 5 alias INVICTUS untuk membentangkan Pelan
Strategik.

Terima kasih Cikgu h atas pembentangan pelan strategik


sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Cikgu la Bng; Penyelaras PGG


Tingkatan 4 alias ZEOLYNUS untuk membentangkan Pelan
Strategik.

Terima kasih Cikgu atas pembentangan pelan strategik sebentar


tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Cikgu Penyelaras PGG


Tingkatan 3 alias COR UNITUM untuk membentangkan Pelan
Strategik.

Terima kasih Cikgu atas pembentangan pelan strategik sebentar


tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Cikgu binti Jamaluddin;


Penyelaras PGG Tingkatan 2 alias AURELIUS untuk
membentangkan Pelan Strategik.

Terima kasih Cikgu atas pembentangan pelan strategik sebentar


tadi.

[kesemua Penyelaras PGG telah selesai membentangkan Pelan


Strategik]

Ucapan TPKA
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Para hadirin,
Tirai majlis kita pada hari ni akan dimulakan dengan ucapan
dari TPKA. Majlis mempersilakan En Syed Abdul Sabul bin
Imam , Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya
mempersilakan
Ucapan Tuan Pengetua

Tinggi burung terbang di angkasa


Bunga mekar dipetik peraih
Majlis bermula restu diminta
Ucapan pengetua mengambil alih

Para hadirin,
Dengan itu, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan
mempersilakan untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada atas ucapan sebentar


tadi.
Semoga kata-kata beliau sebentar tadi dapat memberi semangat
dan harapan kepada para pelajar.
Penyampaian Anugerah 1 (Anugerah Pengetua)

Berkebaya batik berwarna merah


Dipakai pula gadis pinggiran
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Kini, sudah tiba masanya dengan sesi penyampaian sijil kepada


para pelajar yang layak mendapat Anugerah Penghormatan
Pengetua. Untuk pengetahuan hadirin , anuegrah ini
dianugerahkan kepada pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred
3.5 semasa Semester 2 2023 yang lalu. Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya menjemput diiringi oleh untuk
menyampaikan sijil kepada para penerima.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada, atas penyampaian


anugerah sebentar tadi.

Penyampaian Anugerah 2 (Anugerah Subjek)

Kolah rupanya disangka peri


Seela dekat kearah titi
Penyampaian anugerah diteruskan lagi
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput untuk


menyampaikan sijil kepada para penerima.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada, atas penyampaian


anugerah sebentar tadi.
Penutup

Sidang Hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba dipenghujung majlis, diminta para hadirin


untuk berdiri bagi menyanyikan lagu maktab.

Merdu bertingkah alunan suara,


kadang tak sedar tersilap kata,
andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Selesai sudah Majlis Pelancaran Program Gerak Gemilang


Tingkatan 1 hingga 5 2024 pada kali ini, ucapan tahniah buat
para pelajar yang telah berjaya, diharapkan kecemerlangan ini
akan diteruskan lagi pada tahun yang akan datang. Justeru,
adalah menjadi harapan para warga pendidik agar ianya
menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan
pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf daripada meja


pengacara sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara
sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t
dan yang terkurang itu datangnya daripada kami.

Mengumumkan perarakan keluar pihak pengurusan dan


barisan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai