Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SUNGAI KAPAL KALI KE-41


MASA

PERISTIWA
BUTIRAN PENYAMPAI
Ketibaan tetamu Mengumumkan ketibaan:
khas

Yang Berbahagia, En. Khaidir bin Ismail


Penghulu Mukim Pantai Timur, Pengerang, Johor
Para hadirin dipohon untuk berdiri.

Tetamu duduk

Terima kasih. Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk

Ucapan aluan

Kasihnya ibu membawa ke syurga

pengerusi majlis Kasihnya ayah berkorban nyawa


Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah
Untuk mendapat redha illahi dan keberkatan
Seribu tahun menjadi hikmat
1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

NOTA

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan


salam Satu Malaysia.
Yang Berbahagia
Encik Khaidir bin Ismail
Penghulu Mukim Pantai Timur
Yang Berusaha
En. Mohd. Pauzi bin Mohd. Shariff,
Guru Besar SK Sungai Kapal,
Yang Dihormati
En. Sharuza bin Hashim
Yang Dipertua PIBG SK Sungai Kapal,
Serta AJK PIBG sesi 2014/2015
Barisan Guru-guru penolong kanan SKSK,
guru-guru, ibu-ibu, bapa-bapa serta hadirin hadirat yang
dikasihi sekalian.
2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat llahi kerana dengan izin serta limpah
rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41.
Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini, lebih-lebih
lagi kepada Yang Berbahagia , En Mohd. Khaidir bin Ismail,
Penghulu Mukim Pantai Timor, Pengerang, Johor yang sudi
hadir untuk merasmikan mesyuarat kita pada malam ini.

Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita


mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan
bagi menjulang dan meledakkan kejayaan untuk anak-anak
kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan
sahsiah.
3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Bak kata pepatah secekak bak serai, serumpun bak buluh.


Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama kita pikul
jika itu dapat kita realisasikan, Insya Allah SKSK mampu
melahirkan putera dan puteri yang cemerlang dan terbilang.
Bacaan doa

Bagi memberkati majlis kita pada malam yang syahdu ini,


marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat.
Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz
Mohd. Sukor bin Badlan untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Selesai bacaan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz

doa

Mohd. Sukor bin Badlan atas pimpinan bacaan doa itu


tadi.

Ucapan aluan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

YDP PIBG
Majlis pada malam ini dimulakan dengan dengan
mempersilakan
Yang DiPertua PIBG SKSK, Encik Sharuza bin Hashim
untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan.
4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Selesai ucapan

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SKSK.

YDP PIBG

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan aluan

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang

Tuan GB

Berusaha En. Mohd. Pauzi bin Mohd. Shariff,


Tuan GB SKSK merangkap Penasihat PIBG SKSK untuk
menyampaikan ucapanya. Dipersilakan.

Selesai ucapan

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan

GB

yang telah disampaikan sebentar tadi

Ucapan

Sidang hadirin yang budiman,

Perasmian
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan
Yang Berbahagia, Encik Khaidir bin Ismail,
Penghulu Mukim Pantai Timur
5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya


menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
SKSK kali ke-41.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Selesai ucapan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan

perasmian

kepada Yang Berbahagia, Encik Khaidir bin Ismail,


Penghulu Mukim Pantai Timur atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

Penyampaian

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian sijil

Cenderahati

penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu

kepada AJK

Bapa dan Guru sesi 2014/2015 dan hadiah anugerah

PIBG

kecemerlangan UPSR 2014. Oleh itu dipersilakan Yang


Berbahagia, Encik Khaidir bin Ismail, Penghulu Mukim
Pantai Timur, dengan diiringi oleh Yang Berusaha, En.
Mohd. Pauzi bin Mohd. Shariff, Guru Besar SK Sungai
Kapal ke pentas utama.
PENYAMPAIAN

CENDERAHATI

2014/2015 - RUJUK BUKU PROGRAM

6 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

AJK

PIBG

Penyampaian

Seterusnya, Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR

Insentif

2014.

kepada muridmurid

DIJEMPUT PENERIMA PERTAMA ____________


RUJUK BUKU PROGRAM

cemerlang
UPSR
Penyampaian

Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan ini

Cenderamata

mempersilakan Yang Berusaha, En. Mohd. Pauzi bin

kepada Tetamu

Mohd. Shariff, Guru Besar SK Sungai Kapal

VVIP.

menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada


Yang Berbahagia, Encik Khaidir bin Ismail, Penghulu
Mukim Pantai Timur atas kesudian kesudian
menyampaikan SIJIL kepada AJK PIBG dan ANUGERAH
CEMERLANG UPSR 2014 kepada Pelajar-pelajar
cemerlang.
Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian
menyempurnakan penyampaian cendera hati perasmi
sebentar tadi.

Jamuan DIF

Sebelum mesyuarat agung diteruskan, majlis dengan hormatnya


mempersilakan Yang Berbahagia , En. Mohd. Khaidir bin Ismail,

7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Penghulu Mukim Pantai Timur, Pengerang, Johor Serta dif-dif


jemputan untuk ke majlis jamuan ringan . Majlis mempersilakan. .

Mesyuarat

Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG

Agung

SKSK Kali ke-41. Untuk itu saya menyerahkan majlis

Dijalankan

kepada Yang Dipertua PIBG SKSK, En. Sharuza bin


Hashim untuk memulakan mesyuarat.

8 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41

Anda mungkin juga menyukai