Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

KEM KEPIMPINAN MUDA (KEMUDI) SEKOLAH KEBANGSAAN PENGERANG


2023/2024

ATURCARA TEKS
Bismillahirrahmanirrahim
UCAPAN ALU-ALUAN
MC Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan puan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Haji Sharuza bin Hasim


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengerang

Yang Dihormati Encik Anuar bin Yusof


GPK Pentadbiran SK Pengerang

Yang Dihormati Encik Lazawardi bin Ab Manaf


GPK Hal Ehwal Murid SK Pengerang

Yang Dihormati Encik Rahim bin Mohd Shareff


GPK Kokurikulum SK Pengerang

Yang Dihormati Hairul Anuar bin Banan


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Pengerang

Yang Dihormati barisan fasilitator Tiptop Synergy Training


and Consultancy

Barisan guru-guru, barisan ibu-bapa, anak-anak tahap 2 SK


Pengerang serta tuan-tuan puan-puan, hadirin sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, salam Malaysia


Madani.

Selamat datang kepada semua hadirin ke Majlis Perasmian


Penutup Kem Kepimpinan Muda (KEMUDI) SK Pengerang
bagi tahun 2023/2024.

Untuk makluman para hadirin, kem ini melibatkan semua


murid tahap 2, iaitu tahun 4,5, dan 6 termasuk kelas
Pendidikan Khas iaitu seramai 32 orang peserta, 16 peserta
lelaki dan 16 peserta perempuan. Kem yang berlangsung
selama 2 hari 1 malam ini penuh dan padat dengan aktiviti
yang menarik dan menyeronokkan, yang telah dirancang rapi
oleh pihak fasilitator daripada Tiptop Synergy Training
Consultancy. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kita tidak akan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah dari Yang Maha Esa.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Salman untuk
memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan


Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN WAKIL Hadirin yang dikasihi,


FASILITATOR
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan, Yang Dihormati Encik
______________ untuk memberikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

PERSEMBAHAN Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,


MULTIMEDIA
Seterusnya adalah tayangan montaj aktiviti-aktiviti kem yang
telah berlangsung dengan jayanya sepanjang 2 hari 1 malam.
Mari sama-sama kita saksikan.

[TAYANGAN VIDEO]

Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN ALU-ALUAN Hadirin yang dihormati,


YDP PIBG
Majlis mempersilakan pula Yang Dihormati Encik Hairul
Anuar bin Banan, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan
ucapan.

Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN Warga dewan yang dimuliakan,


PENUTUP GURU
BESAR Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup daripada
Yang Berusaha Tuan Haji Sharuza bin Hasim, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pengerang. Majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan.

[UCAPAN GURU BESAR]

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar


atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya dijemput kepada Tuan Guru Besar diiringi Encik


Fitri untuk ke tengah pentas bagi acara menurunkan
tandatangan pada sijil kolaborasi sebagai simbolik telah
termeterainya kerjasama antara SK Pengerang dan Tiptop
Synergy Training and Consultancy.

Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

PENYAMPAIAN SIJIL, Hadirin sekalian,


HADIAH DAN
CENDERAMATA Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil, hadiah dan
cenderamata. Bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati Encik Hairul Anuar bin Banan YDP PIBG SK
Pengerang bagi mengiringi Yang Berusaha Tuan Haji
Sharuza bin Hasim untuk ke pentas. Dipersilakan.

 Sijil penghargaan kepada peserta


 Hadiah Peserta Terbaik Lelaki
 Hadiah Peserta Terbaik Perempuan
 Hadiah Kumpulan Terbaik Keseluruhan
 Cenderamata SKP kepada Tiptop Synergy
 Cenderamata SKP kepada PIBG

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian


menyempurnakan acara.

PENUTUP Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka


berakhirlah majlis perasmian penutup Kem Kepimpinan
Muda (KEMUDI) SK Pengerang bagi tahun 2023/2024.
Semoga program ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan
datang.

Baik-baik menaiki penarik,


Penarik diikat di pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang


terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada kali ini.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai