Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 5 Dinamik
3. Bilangan Murid : 33 orang
4. Tarikh : 17 Jun 2019
5. Hari : Isnin
6. Masa : 9.10 pagi-10.10 pagi
7. Tema : Warisan Bangsa
8. Tajuk : Citra Seni
9. Kemahiran Fokus : Kemahiran Membaca
10. Standard Kandungan:

4.4. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat


daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul

11. Standard Pembelajaran:

4.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan
untuk membuat keputusan dengan alasan yang betul

12. Objektif pembelajaran:


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca lirik lagu secara mekanis dan mentalis.
2. Menjawab soalan yang diberikan di dalam lembaran kerja.
3. Menyatakan kefahaman mereka tentang petikan lirik lagu yang dibaca.

13. Sistem Bahasa: kata nama am, kata kerja, kata adjektif
14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum):
Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Muzik
Nilai: Menghargai warisan negara, dan bersemangat patriotic, hemah tinggi,
bersederhana
15. Kemahiran insaniah: Kemahiran kerja berpasukan, kemahiran komunikasi,
pemikiran kritis
16. Amalan pedagogi masa kini: Konsep 6C (Critical thinking) (Communication)
(Character), Pembelajaran terarah kendiri.
17. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik):
Strategi: Berpusatkan murid, berpusatkan bahan, berpusatkan tugas
Teknik: Pembelajaran koperatif, permainan bahasa, soal jawab, nyanyian,
sumbangsaran
Kaedah : kaedah terus
KB: mengkonsepsi, menjana idea
KBAT: Menganalisis, menilai .
KP: Interpersonal, kinestatik, muzikal

18. Bahan Bantu Mengajar:


Lirik lagu, lembaran kerja

19. Pengetahuan Sedia Ada Murid: Murid boleh membaca dan menulis dengan baik.

20. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan


dan Pembelajaran
Set induksi “Lenggang 1. Setiap murid BBM:
5 minit Kangkung” diedarkan lirik Lirik lagu
lagu. Lenggang
Lampiran 1: 2. Murid mengikut Kangkung
Lirik lagu lagu yang
Lenggang dimainkan oleh KBAT:
Kangkung guru. menganalisis
3. Murid bersoal
Soalan: jawab dengan Sistem bahasa:
1. Apakah tajuk guru tentang lagu Kata nama am,
lagu ini? tersebut. kata kerja, kata
2. Berapakah adjektif
rangkap di
dalam lagu Nilai:
ini? -menghargai
warisan negara.
-bersemangat
patriotik

Ilmu:
Pendidikan Sivik
dan
Kewarganegaraan.
Pendidikan muzik

Strategi, kaedah
dan teknik:
Soal jawab,
nyanyian

KP:
muzikal

Langkah 1 BBM:
15 minit Membaca lirik 1. Murid akan dipilih Lirik lagu
lagu secara rawak
untuk membaca KB:
rangkap demi mengkonsepsi
rangkap secara
mekanis. Nilai:
2. Seterusnya, murid -hemah tinggi
akan diberi masa
selama 5 minit Strategi, kaedah
untuk membaca dan teknik:
secara mentalis Berpusatkan
untuk memahami bahan.
maksud yang berpusatkan
tersurat serta murid, kaedah
tersirat di dalam terus.
petikan lagu.
3. Murid Kemahiran
mentafsirkan insaniah:
maksud setiap kemahiran
rangkap dengan berkomunikasi,
bimbingan guru. pemikiran kritis

Amalan pedagogi
masa kini:
Konsep 6c: critical
thinking,
communication

Langkah 2 Memahami 1. Lembaran kerja BBM: lembaran


15 minit untuk membuat diberikan kepada kerja
keputusan murid.
2. Murid menerima Strategi, kaedah
Lampiran 2: penerangan oleh dan teknik:
Lembaran kerja guru setiap soalan Berpusatkan tugas
yang terdapat di
dalam lembaran Amalan pedagogi
kerja. masa kini :
3. Murid dikehendaki Konsep 6C(Critical
menampal lirik thinking)
lagu dan juga
lembaran kertas di KBAT: Menilai
dalam buku
pemahaman. Kemahiran
4. Jawapan bagi Insaniah:
soalan yang Kerja berpasukan
terdapat dalam
lembaran kerja
adalah daripada
hasil
perbincangan
kumpulan.
Langkah 3 “Lat Tali Lat” 1. Terdapat empat
20 minit Menerangkan pusingan kerana Strategi kaedah
kefahaman terdapat lima dan teknik:
tentang sumber soalan di dalam Permainan
lembaran kerja. bahasa,
2. Setiap kumpulan berpusatkan
dikehendaki murid,
bermain Lat Tali pembelajaran
Lat. koperatif
3. Mana-mana ahli
yang ganjil Kemahiran
dikehendaki Insaniah:
bangun. Kerja berpasukan,
4. Ahli-ahli yang kemahiran
bangun diminta komunikasi.
oleh guru untuk
menyatakan Amalan pedagogi
jawapan daripada masa kini: konsep
hasil 6c: communication
perbincangan
kumpulan mereka. KP: Interpersonal
5. Setelah selesai, kinestatik
permainan Lat Tali
Lat diteruskan lagi
untuk mencari
orang ganjil yang
kedua bagi
menjawab soalan.
6. Jawapan murid
dinilai oleh guru.

Pengayaan:
Petikan di dalam
buku teks m/s
103. Pilih tempat
yang sesuai untuk
dijadikan tempat
lawatan.

Pemulihan:
Keluarkan isi
setiap rangkap di
dalam lagu.
Penutup Rumusan kognitif: 1. Murid dan guru KB:
5 minit  Rumusan merumuskan Menjana idea
isi keseluruhan
pelajaran pelajaran. Strategi, kaedah
2. Murid dan guru dan teknik:
Rumusan sosial: berbincang Sumbangsaran.
 Pujian tentang nilai murni
kepada yang diperoleh Nilai:
murid daripada lirik lagu -hemah tinggi,
tersebut. besederhana
3. Guru memberi
pengukuhan Amalan pedagogi
kepada murid. masa kini:
Konsep 6c:
character
REFLEKSI
Pada hari ini, saya telah memasuki lagi kelas ini. Namun, kali ini berbeza kerana saya telah
wujudkan carta ganjaran serta traffic light untuk digunakan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Saya dapati terdapat banyak kelebihan dalam menggunakan carta ganjaran ini. Hal ini
demikian kerana, murid-murid lebih mudah dikawal dengan menggunakan carta ganjaran.
Mereka lebih bersemangat untuk mengumpul mata bagi setiap kumpulan mereka.

Selain itu, pembahagian masa juga sudah semakin membaik. Kalau dulu
pembahagian masa akan terlebih dan mengambil masa yang lebih lama daripada yang
sepatutnya. Namun, pada hari ini, masa turut terlebih tetapi tidak sebanyak kelas yang
pertama dahulu. Hal ini demikian kerana, saya telah mengetahui kemampuan mereka serta
dapat menggangarkan waktu yang akan digunakan oleh mereka untuk menyiapkan lembaran
kerja yang dibekalkan. Saya berasa gembira kerana, bagi saya, kelas tersebut agak aktif
kerana terdapat beberapa murid yang sukar dikawal. Penggunaan carta ganjaran menjadikan
murid-murid yang sukar dikawal itu dikawal oleh ahli kumpulan mereka sendiri. Budaya saling
menasihati juga wujud selepas kewujudan carta ganjaran itu.

Dari segi kelemahan pula, kewujudan traffic light itu masih janggal lagi untuk mereka,
menjadikan mereka belum menyesuaikan lagi menggunakan traffic light di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Selepas diarah oleh saya, barulah mereka akan menggunakan
traffic light tersebut. Perasaan saya sangat kecewa kerana, hasil kegigihan saya menyiapakan
traffic light tersebut tidak digunakan.

Oleh hal yang demikian, saya akan kerap menggunakan supaya penggunaan traffic
light itu akan menjadi rutin mereka sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Antara faktor kejanggalan mereka ialah, guru mereka tidak menerapkan pembelajaran abad
ke-21 di dalam kelas mereka.
Lampiran 1
Lenggang Kangkung
Lenggang lenggang kangkong
Kangkung tepi telaga (2X)

Balik dari menyabung


Makanlah nasi sahaja (2X)

Lenggang lenggang kangkong


Kangkung di atas para (2X)

Marilah melancong
Melancong ke singapura (2X)

Lenggang lenggang kangkong


Kangkung berbatas-batas (2X)

Kalau orang sombong


Lambat-laun mendapat balas (2X)

Lenggang lenggang kangkong


Kangkung berjela-jela (2X)

Bongkak dan sombong


Bukannya pakaian kita (2X)
Lampiran 2

Jawab soalan di bawah:


1. Apakah isi tersirat di dalam
rangkap kedua?
___________________________
2. Dari manakah asal lagu ini?
___________________________
3. Apakah sifat mazmumah yang
disebutkan di dalam lagu ini?
___________________________
4. Sebagai seorang murid,
bagaimanakah kamu ingin
memelihara warisan bangsa?
___________________________

Anda mungkin juga menyukai