Anda di halaman 1dari 13

PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DALAM

PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Ainu Shafika binti Rosli (ainushafikaas@gmail.com)

Ain Syahirah binti Rusli (ainsyahirah9997@gmail.com)

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

ABSTRAK

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal
oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh
itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan cara penulisan RPH bagi guru pelatih
pengkhususan Bahasa Melayu IPG Kampus Pendidikan Islam. Justeru, inisiatif ini diambil oleh
pengkaji bagi memastikan peranan penting Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dari aspek
aspek yang dibincangkan ialah aspek bahasa dan aspek perancangan pengajaran yang
merangkumi pengetahuan sedia ada murid, penentuan hasil pembelajaran, kaedah
pengajarandan pembelajaran, pengabungjalinan dan rentasan ilmu, kemahiran berfikir,
penerapan nilai-nilai murni dan penyediaan bahan bantu mengajar. Guru pelatih juga
masih lemah dalam penulisan RPH bahasa Melayu terutamanya dari aspek bahasa. Banyak
kesilapan tatabahasa yang terdapat dalam penulisan RPH yang dilakukan. Dari aspek
perancangan pengajaran, guru pelatih masih belum menguasai perancangan yang rapi dan
tersusun seperti tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran, aktiviti-aktiviti yang kurang
menarik dan merangsang minat murid, tidak menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
kreatif, penulisan nilai-nilai murni yang tiada kaitan dengan tajuk pengajaran dan kurang
menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Oleh itu, inisiatif ini dapat mengubah persepsi guru
pelati tentang kesukaran melaksanakan penulisan RPH. Justeru, penulisan RPH dalam
pengajaran Bahasa Melayu ini akan menjadikan guru pelatih lebih bersedia, bertanggungjawab
dan memainkan peranan yang penting sebagai perancang dan pelaksana proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Kata Kunci: Kepentingan RPH, aspek bahasa dan aspek perancangan pengajaran, Penulisan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu
ABSTRACT
The Daily Teaching Plan (RPH) is a special record prepared by the teacher before
conducting teaching and learning sessions in the classroom. Therefore, this study is
aimed at exposing the way of writing RPHs for teachers of specialization in Bahasa
Melayu IPG Islamic Education Campus. Therefore, the initiative was taken by the
researcher to ensure that the important role of the Teaching and Learning Program
(RPH) in aspects of the aspects discussed was the aspects of language and teaching
planning aspects that included the existing knowledge of the students, the determination
of learning outcomes, the teaching and learning methods, the integration and the
interception of knowledge, thinking, applying pure values and providing teaching aids.
The trainee teacher is still weak in the writing of Malay Language RPH especially from
the aspect of language. Many of the grammatical errors found in writing RPH are done.
From the aspect of teaching planning, the trainee teacher has not mastered the neat
and structured planning as does not diversify teaching methods, activities that are less
attractive and stimulate student interest, do not provide creative teaching materials
(BBM), writing of noble values relate to the subject of teaching and less emphasize
high-level thinking skills. Therefore, this initiative can change the perception of the
teacher of the teacher about the difficulty of carrying out RPH writing. Hence, writing
RPH in Malay Language teaching will make the trainee teacher more prepared,
responsible and play an important role as a planner and implementer of effective
teaching and learning process in the classroom.

Keywords: The importance of RPH, language aspect and aspects of teaching planning, Writing
Program of Daily Teaching (RPH) Bahasa Melayu
PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu jangka
waktu yang telah ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para
guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. RPH juga merupakan rangka kerja aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk beberapa waktu pelajaran. Sebelum
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP), seseorang guru perlulah
mentafsir standard pembelajaran (SP) yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP). Tema yang sesuai haruslah dipilih supaya bersesuaian dengan
pembelajaran pada waktu tersebut. Guru juga mestilah mengenalpasti objektif pengajaran dan
pembelajaran yang hendak disampaikan. Kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
mestilah dipilih supaya objektif pembelajaran pada waktu tersebut tercapai.

Menurut Adenan & Khairuddin (2012), Rancangan Pengajaran Harian merupakan


susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru dengan bantuan
alat dan bahan yang sesuai dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya,
RPH merupakan perancangan tentang apa-apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid
dalam satu atau dua waktu pengajaran.

Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input
pembelajaran kepada murid. Rancangan ini juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa
guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik darjah.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan.
Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari, tarikh, mata pelajaran, kelas,
masa, tajuk, objektif, standard pembelajaran, standard kandungan, kemahiran yang ingin
dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.

Semasa membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah


menentukan strategi, pendekatan dan kaedah yang hendak digunakan. Guru juga perlulah
menyediakan bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid belajar. Seterusnya, guru juga
boleh menjalankan pentaksiran untuk menguji kefahaman murid setelah sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Antara kepentingan penulisan ini kepada bidang pendidikan adalah sebagai persediaan
supaya pengajaran menjadi lebih berkesan dan lancar. Bakal guru juga dapat diberikan
pendedahan tentang penulisan rancangan pengajaran harian yang mesti disediakan sebelum
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan mereka mengajar murid-
murid di dalam kelas. Melalui penulisan ini juga, guru dapat memahami bahawa pengajaran
guru tidak semestinya tertumpu pada RPH semata-mata, namun guru boleh mengubah
pengajaran mereka mengikut kesesuaian keadaan kelas. RPH merupakan panduan dan tidak
semestinya diikuti secara keseluruhan. Seterusnya, guru dapat merancang penggunaan alat
bantu mengajar yang sesuai serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut tercapai.

Seterusny, guru dapat menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi
menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid. Penyediaan RPH ini juga dapat
membantu guru mengingati bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk
menyampaikan sesuatu isi pelajaran. Tambahan pula, guru dapat menggunakan masa
pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan sistematik dengan
penyediaan RPH.
PERBINCANGAN

i. KOMPONEN DALAM RPH

Dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), beberapa komponen mestilah


dirangkumkan untuk menyediakan RPH yang lengkap. Komponen ini memainkan peranan
penting untuk memastikan pembelajaran dan pengajaran lebih tersusun dan terancang. Berikut
adalah beberapa komponen yang perlu ada dalam penulisan RPH berdasarkan Rajah 1 di
bawah.

Tema/
Bahan
Bantu Tajuk
Kemahiran/
Mengajar fokus

Penerapan
Pengetahuan
Nilai sedia ada
murid

Elemen KOMPONEN
Merentas RPH Standard
Kurikulum kandungan
(EMK) (SK)

KBAT Standard
pembelajaran
(SP)
Pentaksiran Objektif
berasakan pembelaja
sekolah ran

Rajah 1 Komponen dalam RPH

Rancangan Pengajaran Harian ditulis mengikut format tertentu yang telah dipersetujui
dan dipakai oleh sesebuah sekolah, peringkat daerah atau pun di peringkat negeri. Selain itu,
format rancangan mengajar juga mungkin berbeza mengikut mata pelajaran. Format RPH
Bahasa Melayu adalah berbeza dengan format Rancangan Pengajaran Harian mata pelajaran
Pendidikan Jasmani walaupun perbezaan itu tidaklah begitu ketara. Namun begitu, RPH tetap
mempunyai persamaan, iaitu mengandungi kesemua komponen yang telah dinyatakan.
ii. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK


Induktif Kaedah terus Nyanyian
Deduktif Kaedah terjemahan Bercerita
Eklektik Kaedah audio-lingual Dialog
Komunikatif Kaedah komunikatif Lakonan
Induktif Kaedah konstruktivisme Deklamasi
Deduktif Kaedah terus Nyanyian

Jadual 1 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pendekatan menurut Su’aidi (2007) adalah merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk
mendekati masalah tertentu dan seterusnya membimbing ke arah cara memecahkan masalah.
Lazimnya, pendekatan dimaksudkan dengan arah, hala tuju atau haluan yang dipilih untuk
mendekati sasaran atau langkah untuk melaksanakan sesuatu. Oleh itu, pendekatan
merupakan cara atau langkah yang digunakan bagi melaksanakan sesuatu tugasan sewaktu
menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.

Kaedah pula merupakan satu rancangan yang menyeluruh untuk menyampaikan bahan-
bahan pengajaran bahasa secara teratur dan berdasarkan kepada pendekatan tertentu yang
dipilih. Selain itu, kaedah boleh ditakrif sebagai cara yang digunakan dalam proses pengajaran
untuk mengajarkan sesuatu kemahiran bahasa di dalam bilim darjah, iaitu suatu kaedah yang
dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan
kemahiran bahasa. Justeru, konsep kaedah lebih konkrit dan tidak boleh bercanggah dengan
pendekatan. Kesimpulannya, kaedah adalah satu prosedur yang mengandungi bahan yang
tersusun dan diikuti untuk disampaikan kepada murid berdasarkan kehendak pendekatan yang
dipilih di dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Tuan Jah (2011), teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara
dalam kaedah. Contohnya, jika kaedah yang hendak digunakan oleh guru adalah kaedah
penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan penerangan
tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan, taklimat dan sebagainya. Oleh itu, guru
mestilah menggunakan teknik yang pelbagai untuk menarik minat murid dan menjamin
keberkesanan dalam penyampaian pengajaran di dalam bilik darjah.
iii. CONTOH PENULISAN RPH LENGKAP

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHASA MELAYU - ASPEK SENI BAHASA

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 12 Februari 2018

Tahun : 4 Orkid

Bil. Murid : 40 orang

Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi (60 minit)

Tema : Cerita Teladan

Tajuk : Monyet yang Pintar

Standard Kandungan:

4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui
lakonan secara didik hibur.

Standard Pembelajaran:

4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa badan
yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.

Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan dan
intonasi yang sesuai.

Sistem Bahasa:
i. Kosa kata: mergastua
ii. Sebutan dan intonasi: membaca petikan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.
Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum:
Nilai : Baik hati, bekerjasama, kesyukuran, cintai alam sekitar, rasional,
Ilmu : Sains, Sivik dan Kewarganegaraan, dan Alam sekitar
TMK : Komputer riba, pembesar suara

Penggabungjalinan:
Kemahiran membaca dan kemahiran bertutur

Bahan Bantu Belajar:


i. Bahan Bercetak : petikan teks lagu
ii. Bahan Maujud : buah pisang, topeng haiwan

Pengetahuan sedia ada:


Murid pernah membaca kisah haiwan teladan ‘Hikayat Sang Kancil dan Monyet”
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Catatan
Pembelajaran
1. Teka-teki 1. Guru masuk ke dalam BBB:
Rasanya manis sedap kelas dengan membawa  Bahan maujud
sekali, sebuah bakul.  Bakul
Berkulit kuning banyak 2. Guru membacakan teka-
khasiat, teki kepada murid. Nilai:
Tumbuh subur di tepi kali, 3. Guru bersoal jawab  Bekerjasama
Dibuat kuih dibuat lepat. dengan murid.  Rasional
Apakah dia? 4. Jawapan bagi soalan ada  Bijaksana
di dalam bakul tersebut.
Set Induksi Objek dalam bakul 5. Guru memberikan Kaedah/teknik:
(5 minit) Pisang jawapan dan menunjukkan  Teka teki
seikat pisang.  Soal jawab
Soalan guru: 6. Seterusnya murid
 Binatang apa yang dibimbing oleh guru untuk
suka makan mengaitkan set induksi
pisang? dengan tajuk
pembelajaran pada hari
Jawapan murid: ini.
 Monyet
Petikan cerita; 1. Murid diedarkan sehelai BBB:
‘Hikayat Sang Kancil dan kertas yang mengandungi  Petikan cerita
Monyet’ petikan cerita ‘Hikayat
(Lampiran 1) Sang Kancil dan Monyet’. Nilai:
2. Murid diberikan masa  Kesyukuran
Langkah 1 Mekanis - bacaan kuat selama dua minit untuk  Cintai alam
(10 minit) Mentalis - bacaan senyap membaca secara sekitar
mentalis.
Soalan guru: 3. Murid diminta untuk Ilmu:
 Apa maksud membaca petikan dengan  Sains
‘mergastua’ yang gaya dan intonasi yang
terdapat dalam betul. Kaedah/teknik:
petikan? 4. Guru meminta beberapa  Didik Hibur
orang murid membaca  Ajuk-hafaz
Jawapan:
secara mekanis.  Audio-lingual
Binatang-binatang di hutan

Pengembangan idea 1. Murid-murid dibahagikan BBB:


Improvisasi kepada beberapa  Topeng haiwan
kumpulan yang  Petikan cerita
1. Improvisasi Verbal mempunyai lima orang
(Verbal Improvisation) ahli bagi setiap kumpulan. Nilai:
Langkah 2 • Sambung dialog 2. Murid dikehendaki Bekerjasama
(15 minit) berbincang dan
2. Improvisasi Main menetapkan setiap Ilmu:
Peranan (Role Play) seorang satu watak  Sains
• Watak binatang dalam binatang berdasarkan
petikan petikan cerita yang telah Kaedah/teknik:
diberikan.  Perbincangan
3. Murid dibenarkan mereka  Audio-lingual
sendiri dialog dengan
meramalkan cerita atau
menambahkan watak
dalam cerita tersebut.
4. Murid boleh menggunakan
topeng haiwan yang telah
disediakan oleh guru
semasa bercerita.
5. Guru memberi bimbingan
mengenai struktur ayat
(dialog) yang dicipta oleh
murid.

Persembahan improvisasi 1. Setiap ahli dalam BBB:


kumpulan dikehendaki Topeng haiwan
Watak binatang: membuat persembahan
 Monyet dengan setiap seorang Nilai:
 Kancil mewakili satu watak Bekerjasama
binatang.
Langkah 3 2. Murid dalam kumpulan Kaedah/teknik:
(25 minit) lain dikehendaki Perbincangan
memerhati setiap watak Improvisasi
dalam improvisasi murid
kumpulan tersebut.
3. Guru memberi komen dan
meminta murid lain juga
memberi pandangan
mereka mengenai watak
dan perwatakan.
4. Kemudian, murid
berbincang jawapan
bersama guru.

Rumusan isi pelajaran: 1. Guru memperdengarkan BBB:


Lagu ‘pisang goreng’ kepada murid lagu ‘pisang Petikan lirik lagu
(Lampiran 2) goreng’. pisang goreng
2. Murid menyanyikan lagu
Penutup Kognitif: ‘pisang goreng’ dengan TMK:
(5 minit)  Menyedarkan murid merujuk lirik lagu yang Komputer riba,
tentang haiwan ciptaan telah diberikan oleh guru. pembesar suara
Allah. 3. Guru merumuskan
pengajaran dan
pembelajaran serta Nilai:
Sosial menekankan kepada Kesyukuran
 Bertepuk tangan untuk aspek nilai yang terdapat
diri sendiri semasa aktiviti hari ini.
4. Murid-murid diminta
Rumusan isi pelajaran: menyatakan nilai-nilai
Membaca dengan intonasi murni yang diperoleh
dan sebutan yang betul. dalam PdP.
5. Murid dibimbing oleh guru
untuk merumuskan isi
pembelajaran.
KESIMPULAN

Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru


menentukan objektif pembelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa-apa yang dirancang,
memahami dan menentukan isi pelaajaran yang cukup untuk disampaikan dalam tempoh masa
yang diperuntukkan dan menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat,
kebolehan dan minat murid.

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan


keberkesanan pelajaran,meningkatkan pencapaian pelajar disamping mengurangkan masalah-
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai