Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu

Tahun 4 Crystal

Bilangan murid 43 orang

Tarikh 4 Oktober 2022

Hari Selasa

Masa 7.30 - 8.00 pagi (30 minit)

Tema Pertanian dan Penternakan

Tajuk Hasil dari Ladang

Standard Kandungan 4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur


keindahan dalam seni tulisan jawi.

Standard 4.4.1 Mengenal, mengacam, dan menyebut huruf tunggal


Pembelajaran yang ditulis mengikut tulisan jawi dalam simpulan bahasa
dan mempersembahkannya

Objektif pengajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


dan pembelajaran
1. Menyenaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam
permainan teka silang kata dengan betul sekurang-
kurangnya 4 daripada 7.

Kriteria Kejayaan Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berjaya:

1. Menyenaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam


permainan teka silang kata.

Sistem bahasa Tulisan

Elemen Merentas  Ilmu : Pertanian dan Penternakan


Kurikulum (EMK)  Nilai : Bertolak ansur, menghormati
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui
TMK
 TMK: Canva
Amalan Pedagogi  Kemahiran Berfikir (KB): Menjana idea
Masa Kini
 Kecerdasan Pelbagai (KP): Interpersonal, velbal
linguistik

 Pembelajaran kontekstual

 Pembelajaran koperatif

Kemahiran Insaniah Kemahiran sosial: Komunikasi

Strategi Pengajaran  Strategi: Berpusatkan murid dan bahan


Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
Set induksi Gambar 1. Murid ditunjukkan dengan kad BBB:
(3 minit) bergambar. 1. Gambar

2. Murid perlu meneka gambar Teknik: Soal


terebut. jawab

3. Guru mengaitkan jawapan murid KB: Kemahiran


dengan tajuk pembelajaran. berfikir

Pembelajaran
Tajuk: Hasil Dari kontekstual:
Ladang Mengaitkan
dengan kehidupan
seharian
Langkah 1 Aktiviti: 1. Ketua kumpulan diarahkan ke BBB:
(10 minit) Permainan teka hadapan untuk mengambil 1. Lembaran teka
silang kata lembaran teka silang kata. silang kata
2. Secara dalam kumpulan murid- KB: Kemahiran
murid diarahkan untuk menjawab berfikir
soalan teka silang kata.
KP: Interpersonal
3. Murid melakukan perbincangan
dengan guru. Teknik:
Perbincangan

PAK-21:

 Pembelajaran
koperatif

Nilai:

 Menghormati

 Bertolak ansur

Langkah 2 Aktiviti 1: 1. Murid diarahkan menyenaraikan BBB:


(15 minit) Penghasilan peta simpulan bahasa dalam permainan
1. Buku latihan
I-Think teka silang kata dalam dalam
bentuk peta I-Think (peta buih) KB: Menjana idea
menggunakan tulisan jawi.

2. Ketua kumpulan mengumpulkan


buku latihan dan
menghantarkannya ke depan.

Penutup Kognitif 1. Murid dipilih secara rawak KP: Interpersonal


(2 minit) untuk memberikan rumusan
pembelajaran.

Sosial 2. Guru memberikan pujian


keatas kerjasama, kerajinan dan
kesungguhan yang ditunjukkan
oleh murid.
Refleksi:

Kekuatan:

Kekuatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada hari ini adalah dari segi
perancangan aktiviti. Saya telah merancang satu aktiviti yang menarik iaitu teka
silang kata jawi. Selain itu, penggunaan BBB juga merupakan kekuatan saya pada
PdP pada hari ini. Saya telah menghasilkan lembaran teka silang kata jawi dengan
kreatif di aplikasi interaktif Canva. Murid-murid sangat teruja dan seronok apabila
saya mula mengedarkan lembaran teka silang kata tersebut.

Kelemahan:

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada hari kurang lancar. Saya tidak memberikan
penerangan tentang simpulan bahasa dan terus masuk kepada aktiviti. Masalah mula timbul
apabila saya menyedari murid tidak mengetahui tentang simpulan bahasa dan mereka tidak
dapat melengkapkan permainan teka silang kata. Disebabkan masa yang terhadap saya telah
memberikan jawapan permainan teka silang kata dan murid-murid hanya perlu menukarkan
simpulan bahasa tersebut dalam tulisan jawi. Saya agak kecewa dengan PdP pada hari ini
kerana kesilapan saya sendiri.

Cadangan penambahbaikan:
Saya akan mengatasi isu ini dengan membuat persiapan awal tentang konsep isi pembelajaran
sebelum memulakan aktiviti. Selain itu, saya juga tidak akan memberikan aktiviti yang terlalu
berat untuk dilengkapkan dalam waktu yang singkat.

Kesimpulan:

Secara keseluruhannya, objwktif yang dicipta tidak dapat dicapai tetapi kelas mampu dikawal
dengan baik.

ULASAN GURU PEMBIMBING / PENSYARAH PENYELIA


Disemak oleh Guru Pembimbing / Pensyarah Disahkan oleh Guru Besar
Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai