Anda di halaman 1dari 24

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Bahasa Melayu

Tahun 4 Crystal

Bilangan murid 43 orang

Tarikh 13 September 2022

Hari Selasa

Masa 8.00 pagi - 9.00 pagi (1 jam)

Tema Sains, Teknologi dan Inovasi

Tajuk Teknologi Mesra Pengguna

Standard Kandungan 1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar,


ditonton dan dibaca dengan sebutan dan intonasi yang
betul.

Standard 1.3.2 Menceritakan sesuatu bahan yang ditonton dengan


Pembelajaran sebutan dan intonasi yang sesuai.

Objektif pengajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


dan pembelajaran
1. Melengkapkan cerita berdasarkan gambar berkaitan
‘Teknologi Mesra Pengguna’.
2. Menceritakan ‘Teknologi Mesra Pengguna‘ dengan
sebutan dan intonasi yang betul.

Kriteria Kejayaan Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berjaya:

1. Melengkapkan cerita berdasarkan gambar ‘Teknologi


Mesra Pengguna’ yang diperoleh daripada kotak beracun.
2. Menceritakan ‘Teknologi Mesra Pengguna’ yang
diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Sistem bahasa  Sebutan dan intonasi

 Tatabahasa

Elemen Merentas  Ilmu : Sains dan Teknologi


Kurikulum (EMK)  Nilai : Kerjasama
 Kreativiti dan inovasi

Amalan Pedagogi  Kemahiran Berfikir: menjana idea dan mengaplikasi


Masa Kini
 Kecerdasan Pelbagai: Interpersonal, verbal linguistik

 Pembelajaran secara kontekstual

Kemahiran Insaniah Kemahiran sosial: Komunikasi


Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
Masa
Set Gambar Teknologi 1. Murid ditunjukkan BBB:
induksi Terkini. dengan telefon pintar.
1. Telefon Pintar
(5 minit)
2. Murid dan guru mula Kaedah/Teknik:
bersoal jawab. Soal jawab

KP: Verbal linguistik


3. Murid dibimbing oleh

Contoh soalan guru: guru untuk mengaitkan Pembelajaran


jawapan dengan tajuk Kontekstual:
1. Apakah yang cikgu pelajaran hari ini. mengaitkan dengan
pegang ini?
kehidupan harian
2. Ini merujuk kepada
apa?
3. Siapa ada telefon
pintar?
4. Canggih ke tak
teknologi terkini?
5. Adakah teknologi
memudahkan
urusan kita?

Tajuk: Teknologi Mesra


Pengguna.

Langkah 1 Aktiviti: Tayangan video 1. Murid ditayangkan BBB:


dan Penerangan slaid dengan video teknologi 1. Video
(10 minit)
Teknologi Mesra mesra pengguna. 2. Slaid
Pengguna
Strategi:
2. Murid kemudian
Kecerdasan
mendengar
penerangan guru pelbagai (visual)
tentang topik hari ini.
KB: Menjana idea

3. wakil murid dipanggil


untuk menyatakan
https://www.youtube.com
kembali perkara yang
/watch?v=QxTn_A6IvZs
diperoleh.

Langkah 2 Aktiviti: Puzzle dan 1. Murid duduk dalam BBB:


melengkapkan cerita kumpulan. 1. Kotak Beracun
(20 minit)
2. Lembaran kerja
2. Ketua kumpulan
KB:
diminta ke hadapan
Menjana idea
untuk memainkan
kotak beracun. Menganalisis

Strategi:
3. Dalam kumpulan murid
Berpusatkan murid
perlu melengkapkan
susunan puzzle Nilai: Kerjasama
teknologi mesra
Penilaian Objektif
pengguna.
(i)

4. Kemudian murid perlu


melengkapkan cerita
berdasarkan gambar
yang diperoleh.
Langkah 3 Aktiviti: Bercerita. 1. Murid mendengar BBB:
penerangan guru 1. Lembaran kerja
tentang pelaksanaan
(20 minit) aktiviti bercerita. KP:
Verbal linguistik
2. Murid menceritakan Interpersonal
berdasarkan alat
KB: Menganalisis
teknologi yang
diperoleh pada aktiviti Kaedah/Teknik:
2. Didik Hibur
Bercerita
3. Murid dan guru
Nilai: Kerjasama
memberikan komen
dan pujian kepada Penilaian Objektif
kumpulan (ii)
pembentang.

Penutup Kognitif 1. Murid merumusakan BBB:


kandungan pelajaran 1. Exit ticket
(5 minit)  Rumusan isi pelajaran.
dengan menyatakan
 Exit Ticket KB: Menjana idea
kehebatan teknologi.
KP: Intrapersonal
Sosial
2. Murid menerima pujian

 Pujian atas usaha dan daripada guru atas

kejayaan. sikap dan semangat


yang ditunjukkan
sepanjang sesi PdP.
Refleksi:

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada hari ini berjalan lancar mengikut
langkah yang telah dirancang. Semua langkah yang dirancang mampu dilaksanakan.

Kekuatan:

Kekuatan PdP pada kali ini adalah dalam aspek BBB yang digunakan. Saya telah
menggunakan pelbagai BBB untuk menjayakan PdP pada hari ini. Pertama saya
manggunakan BBB multimedia iaitu tayangan animasi. Tayangan video animasi
telah berjaya menarik minat murid dan mereka kelihatan sangat seronok menonton
animasi tersebut. Selain itu, saya juga telah menghasilkan slaid interaktif. Slaid
interaktif ini telah dihasilkan menggunakan aplikasi interaktif Canva. Penggunaan
slaid interaktif ini memberikan impak positif kepada PdP saya kerana murid kekal
fokus semasa saya memberikan penerangan. Selain itu saya juga telah mencipta
beberapa BBB maujud yang menarik. Saya telah menghasilkan lembaran puzzle dan
lembaran bercerita. Penggunaan BBB maujud ini juga memberikan impak positif
kepada PdP saya kerana murid kelihatan sangat gembira dan teruja apabila saya
mula mengedarkan lembaran. Murid telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
yang dirancang kesan daripada penggunaan BBB maujud yang menarik dan kreatif.
Bagi aktiviti bercerita murid dilihat mampu melengkapkan cerita dengan baik dan
murid dilihat sudah mula yakin untuk bercerita di hadapan kelas.

Kelemahan:

Murid juga sangat bersemangat semasa melakukan aktiviti kumpulan. Walau


bagaimanapun, berlaku sedikit masalah semasa aktiviti kumpulan dijalankan iaitu
seorang murid perempuan menangis dan tidak mahu melakukan aktiviti kumpulan.
Setelah disiasat murid tersebut tidak mahu melakukan aktiviti kumpulan dengan ahli
kumpulan lelaki. Hal ini demikian kerana dua orang ahli perempuan tidak hadir dan
dia satu-satunya murid perempuan dalam kumpulan tersebut. Tetapi isu ini dapat
diatasi dengan baik setelah saya memujuk dan memberikan gula-gula kepada murid
berkenaan.

Cadangan penambahbaikan:
Saya bercadang untuk memperkenalkan peraturan kelas kepada murid-murid 4
Crystal untuk mengatasi isu pada hari ini. Saya akan memberikan penerangan
kepada murid-murid tentang perkara yang patut dan tidak patut mereka lakukan
supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi dalam kelas akan datang.

Kesimpulan:

Secara keseluruhannya, objektif pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dan


kelas dapat dikawal dengan baik.
ULASAN GURU PEMBIMBING / PENSYARAH PENYELIA
Disemak oleh Guru Pembimbing / Pensyarah Disahkan oleh Guru Besar
Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
LAMPIRAN
Gambar 1: Murid melaksanakan aktiviti susunan Puzzle dan melengkapkan cerita
Gambar 2: Antara hasil puzzle yang dilakukan oleh murid
Gambar 3: Hasil kerja kumpulan murid dalam aktiviti sambung cerita

Anda mungkin juga menyukai