Anda di halaman 1dari 12

Nabila Binti Waris

PP1912030T
-GEOGRAFI-
Mata Pelajaran Geografi Tingkatan 2 Bestari
Tarikh/Hari 27.3.2020 (Khamis) Masa 1.00pm - 2.00pm (60 Minit)
Bilangan Murid 30 Murid (Hadir: _____ Orang / Tidak Hadir:____ Orang)
Tajuk/Tema/Bab 3.0 Geografi Manusia: Pengangkutan dan Telekomunikasi
Standard Kandungan 3.2 Telekomunikasi di Malaysia
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (PdP), murid boleh:
3.2.1 Mengenal pasti alat telekomunikasi di Malaysia.
Standard Pembelajaran
3.2.2 Menerangkan kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia.
3.2.3 Membahaskan kepentingan telekomunikasi di Malaysia
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (PdP), murid boleh:
i. Menyatakan alat telekomunikasi di Malaysia.
Standard Prestasi
ii. Menjelaskan kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia.
iii. Menunjukkan kepentingan alat telekomunikasi dalam kehidupan seharian manusia.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran (PdP), murid boleh:
i. Menyatakan maksud telekomunikasi menggunakan perkataan sendiri.
Objektif Pembelajaran
ii. Mengenal pasti dengan tepat susunan ke enam-enam perkembangan alat telekomunikasi di Malaysia.
Khusus
iii. Menyenaraikan empat (4) daripada tujuh (7) kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia.
iv. Menyenaraikan empat (4) daripada lima (5) kepentingan alat telekomunikasi di Malaysia.
LCD Projektor, komputer riba, skrin, video, power point, kertas manila kad, lembaran kerja, marker pen, gam air
Bahan Bantu Mengajar
dan mix and match puzzle.
Bersyukur, berbangga, bertanggungjawab, hormat-menghormati, berjimat cermat, bekerjasama, menepati masa
Nilai-nilai Murni
dan rasional.
Unsur Patriotisme Berbangga dengan kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia.
Tahap Pemikiran Dalam
menganalisis, memahami, menilai, mengenal pasti dan mencipta.
KBAT
Strategi, Pendekatan,
Kaedah dan Teknik Pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan, pendekatan induktif, pendekatan elektif, syarahan,
Pengajaran dan perbincangan, penggunaan bahan cetak, sumbang saran dan pembelajaran abad ke 21.
Pembelajaran :
Pengetahuan Sedia Ada: Murid sedikit sebanyak telah mengetahui mengenai alat-alat telekomunikasi berdasarkan pengalaman sendiri.
Elemen Merentas
Sains dan teknologi, nilai murni, dan patriotisme.
Kurikulum (EMK):

Pentaksiran formatif. Melalui kaedah pemerhatian, lisan dan penulisan. Merujuk kepada standard prestasi (SPI)
Pentaksiran mengikut tahap penguasaan murid melalui pemerhatian terhadap tingkah laku dan respons serta pemeriksaan
terhadap hasil kerja murid sebelum, semasa dan selepas proses PdP
Strategi/Pendekatan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah/ /Kaedah Dan
Isi Pelajaran
Masa Teknik/
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
BBM/Nilai/KBAT
1. Guru memastikan murid dalam 1. Murid mendengar arahan yang Strategi:
keadaan selesa di tempat duduk diberikan dan duduk di tempat masing- -Pemusatan Guru
masing-masing dan memastikan kelas masing.
Pendekatan:
dalam keadaan bersih. 2. Murid memberi perhatian terhadap
- Induktif
2. Guru memulakan pengajaran dengan tayangan video dan gambar yang
Jenis alat
memaparkan video dan gambar pada dipaparkan dari LCD Projektor. Kaedah dan Teknik:
komunikasi
Set Induksi power point yang berkaitan dengan 3. Murid memberi respons dengan -Perbincangan
dahulu
(5 minit) tajuk PdP . berfikir dan mengenal pasti soalan
Hingga kini BBM:
3. Guru membuat sesi soal jawab dengan mengenai topik yang akan diajar oleh
*Catatan: murid dan mengarahkan murid untuk guru iaitu “Alat Telekomunikasi Di -Video
a. Penggunaan asap -Power point
Pengajaran meneka topik yang akan diajar Malaysia”.
b. Merpati pos - LCD Projektor
Mikro semasa proses PdP berdasarkan 4. Murid akan memberi pendapat mereka
c. Telefon cawan
(15 minit) contoh yang dipaparkan dari video dan sekaligus melahirkan rasa Nilai:
d. Telefon pintar
dan gambar yang telah dipaparkan. bersyukur terhadap kemudahan alat- Berbangga dan
4. Guru mengarahkan murid untuk alat berkomunikasi pada masa kini. bersyukur terhadap
memberikan pendapat mereka tahap kemajuan alat
sekiranya alat berkomunikasi pada telekomunikasi .
masa kini masih menggunakan kaedah
KBAT:
lama. - Menganalisis

Alat 1. Guru menerangkan konsep 1. Murid mendengar penerangan yang Strategi:


telekomunikasi telekomunikasi diberikan dengan teliti. -Pemusatan Bahan
di Malaysia: 2. Guru mengarahkan murid untuk 2. Murid menyatakan konsep Pendekatan:
a. Telegraf memberikan konsep telekomunikasi telekomunikasi berdasarkan - Elektif
Langkah 1
b. Telefon mengikut kefahaman mereka. kefahaman mereka tersendiri hasil dari
(15 minit) Kaedah dan Teknik:
c. Mesin teleks 3. Guru memberikan arahan aktiviti penerangan konsep yang dinyatakan
-Perbincangan
d. Mesin faks melalui paparan pada power point dan oleh guru.
-Penggunaan Bahan
e. Telefon bimbit menjelaskan aktiviti permainan iaitu 3. Murid melihat arahan yang
Cetak
f. Telefon pintar mix and match puzzle . dipaparkan pada power point serta
mendengar dengan teliti penjelasan BBM:
4. Guru mengarahkan murid membentuk aktiviti yang diberikan. -Power point
empat (4) kumpulan dan 4. Murid membentuk empat (4) -Mix and match puzzle
mengarahkan seorang wakil ahli kumpulan dan kemudian seorang wakil
-kertas manila kad
kumpulan untuk mengambil BBM yang kumpulan mengambil BBM yang telah
-Marker pen.
telah disediakan. disediakan. -Gam air
5. Guru mengarahkan murid secara 5. Murid akan bekerjasama secara
Nilai:
berkumpulan menyelesaikan mix and berkumpulan bagi menyelesaikan
-Bertanggungjawab
match puzzle yang disediakan dan tugasan yang diarahkan dan dapat
- Hormat Menghormati
kemudian menampal hasil susunan mengesan susunan mix and match
- Berbangga dan
kronologi alat telekomunikasi pada puzzle dengan betul.
bersyukur terhadap
kad manila yang telah diberikan. 6. Murid akan berbincang dan memilih
perkembangan alat
6. Guru mengarahkan murid untuk salah satu ahli dari kumpulan mereka
telekomunikasi di
memilih seorang wakil dari kumpulan untuk menampal hasil aktiviti mereka.
Malaysia.
mereka untuk menampal hasil aktiviti 7. Murid akan memberi perhatian semasa
mereka di papan putih setelah selesai. guru melakukan pemeriksaan terhadap KBAT:
7. Guru memeriksa hasil dapatan murid tugasan mereka -Memahami
dan memberi markah 8. Murid menyatakan susunan kronologi - Menganalisis
8. Guru mengarahkan wakil murid untuk alat telekomunikasi dengan tepat . Catatan:
menyatakan kefahaman mereka hasil Standard prestasi 3.2.1
aktiviti mix and match puzzle diukur
Kemajuan alat Strategi:
1. Guru mengarahkan murid untuk 1. Murid mendengar arahan yang
telekomunikasi -Pemusatan guru
memberi tumpuan terhadap slide diberikan oleh guru.
di Malaysia: pengajaran. 2. Murid melihat paparan dari power Pendekatan:
a. Satelit 2. Guru memaparkan power point point mengenai senarai kemajuan - Induktif
b. Kabel fiber optik mengenai senarai kemajuan alat alat telekomunikasi di Malaysia. Kaedah dan Teknik:
c. Telefon pintar telekomunikasi di Malaysia. 3. Murid menerangkan kemajuan alat -Perbincangan
Langkah 2
d. Syarikat -Syarahan
(10 minit) 3. Guru mengemukakan soalan komunikasi di Malaysia berdasarkan
telekomunikasi mengenai tahap pengetahuan murid pengetahuan sedia ada mereka. BBM:
e. Komputer -Power point
mengenai kemajuan alat teknologi di 4. Murid akan mendengar dan mencatat
f. Koridor Raya Malaysia yang telah dipaparkan. nota hasil penerangan dari guru bagi Nilai:
Multimedia (MSC) 4. Guru akan mendengar pendapat murid meningkatkan pengetahuan mereka -Berbangga dan
g. Rangkaian jalur dan kemudian akan menerangkan mengenai perkembangan kemajuan bersyukur terhadap
lebar berkelajuan perkembangan alat
tinggi secara ringkas dan padat mengenai alat telekomunikasi di Malaysia. telekomunikasi di
kemajuan alat teknologi di Malaysia Malaysia.
yang telah dipaparkan. KBAT:
- Menganalisis
- Menilai
Catatan:
Standard prestasi 3.2.2
diukur.
Kepentingan 1. Guru mengarahkan murid untuk 1. Murid melakukan perbincangan dalam
Strategi:
berbincang secara berkumpulan kumpulan mengenai kepentingan alat
telekomunikasi -Pemusatan murid
mengenai kepentingan alat telekomunikasi di Malaysia yang
di Malaysia
telekomunikasi di Malaysia yang mereka ketahui dan kemudian Pendekatan:
mereka ketahui dan kemudian menghasilkan satu peta minda - Elektif
*cadangan
jawapan: mengarahkan murid untuk berdasarkan hasil perbincangan Kaedah dan Teknik:
1. Mengeratkan membentuk peta i think pada kertas kumpulan mereka -Perbincangan
manila kad yang telah digunakan 2. Murid akan menyatakan hasil dapatan -Sumbang saran
silaturahim
selepas aktiviti mix and match puzzle mereka kepada guru dan rakan -pembelajaran Abad Ke
2. Mudah
2. Guru mengarahkan Guru sekelas 21: peta I Think iaitu
berhubung peta buih.
3. Pengurusan dan mengarahkan seorang wakil kumpulan 3. Murid akan mengenal pasti dan akan
untuk membentangkan hasil dapatan membahaskan hasil dapatan mereka BBM:
pentadbiran
Langkah 3 mereka yang berbeza dengan hasil dapatan -Kertas Manila Kad
negara
(15 minit) 3. Guru mengarahkan murid untuk kumpulan yang lain. -Marker Pen
4. Meningkatkan
integrasi dan mengenal pasti sama ada hasil
dapatan kumpulan murid yang Nilai:
perpaduan
membentang sama dengan hasil -Bekerjasama
5. Data disimpan
dapatan kumpulan mereka. -Hormat Menghormati
dengan cepat
-Berjimat cermat
dan selamat
6. Mudah KBAT:
memperoleh - Mencipta
maklumat - Menilai
7. Urusan
kewangan dan Catatan:
perkhidmatan Standard prestasi 3.2.3
perbankan lebih diukur
mudah
8. Data ramalan
cuaca dan
fenomena alam
9. Menonton siaran
secara langsung

Strategi:
1. Guru memberi pengukuhan melalui 1. Murid mengingat semula proses PdP -Pemusatan murid
lembaran kerja dan masa diberikan dan mengenal pasti jawapan pada
adalah 5 minit. soalan yang telah diberikan melalui BBM:
2. Guru mengarahkan murid bertukar lembaran kerja dan Lembaran kerja
lembaran kerja dengan rakan sekelas. menyelesaikannya dengan masa (Lampiran 1)
Langkah 4 Latihan 3. Guru akan memberikan jawapan yang ditetapkan.
(10 minit) pengukuhan tepat kepada murid. 2. Murid akan melakukan pertukaran KBAT:
kertas dengan rakan sekelas - Mengingat
3. Murid akan memeriksa lembaran - Mengenal pasti
kerja rakan sekelasnya dan
memberikan markah. Nilai
-Menepati masa

Nilai:
1. Guru bertanya kepada murid tentang 1. Murid memberi pendapat mereka Rasional: bijak
apa yang mereka pelajari dalam mengenai hasil pembelajaran menggunakan
Penutup Rumusan hasil sepanjang proses PdP. 2. Murid mendengar rumusan yang di kemudahan teknologi
(5 minit) pembelajaran 2. Guru merumuskan pembelajaran nyatakan oleh guru dengan teliti dan pada masa kini
secara keseluruhannya dan mencatat tugasan yang diarahkan
mengarahkan murid untuk mencari oleh guru. KBAT:
bahan bacaan untuk topik selanjutnya -Mengingat
Refleksi:

Proses Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dimulakan dengan set induksi yang menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk visual dan
audio iaitu tayangan video dan juga gambar seperti gambar rajah 1 dan 2. Kaedah ini dilihat dapat menarik minat murid kerana semasa proses
tayangan video dan gambar, murid dilihat memberi respons positif dengan mengingati watak-watak dalam video dan juga mengingati aktiviti
masa kecil mereka yang dapat dikaitkan dengan topik pembelajaran pada proses PdP kali ini. Pada akhir set ini murid dapat meneka topik yang
akan diajar.

Gambar rajah 1: Video induksi Gambar rajah 2: Gambar rajah dalam set induksi

Proses PdP diteruskan lagi dengan penerangan objektif sebelum perbincangan mengenai konsep utama dalam topik Pdp ini iaitu
telekomunikasi di Malaysia. Semasa penerangan objektif dapat dilihat murid memberi tumpuan sepenuhnya, hal ini secara tidak langsung
membantu murid mengenal pasti apa yang mereka pelajari semasa proses PdP ini.

Proses pembelajaran diteruskan dengan menggunakan kaedah belajar sambil bermain iaitu, aktiviti mix and match puzzle. Hasil aktiviti ini
dapat melihat murid lebih bersemangat dan dapat menyelesaikan aktiviti dalam masa yang ditentukan. Namun begitu masih terdapat kekurangan
aktiviti ini apabila dilihat murid tidak dapat menyelesaikan tugas dengan tepat. Kumpulan tertinggi hanya memperoleh 4 daripada 6 markah. Oleh
itu, setelah guru melakukan proses penerangan terhadap jawapan kepada aktiviti ini dapat dilihat murid telah mengingat semula susunan dan
padanan yang tepat. Keadaan ini dapat dilihat apabila murid mampu mengenal pasti kesalahan yang mereka lakukan dan menyatakan semula
susunan yang tepat kepada guru dan juga kepada rakan pelajar lain. Gambar rajah 3, menunjukkan salah satu hasil kumpulan dari aktiviti mix
and match puzzle.

Gambar rajah 3: Hasil aktiviti Mix and Match Puzzle. Gambar rajah 4 : Hasil aktiviti peta I-Think (Peta Buih)

Proses PdP diteruskan lagi dengan menggunakan slide dari power point untuk penerangan terhadap topik perkembangan alat
telekomunikasi di Malaysia. Hasil pembentangan yang menggunakan slide power point sahaja, dapat melihat segelintir murid kurang memberi
tumpuan dengan melakukan aktiviti lain seperti berkhayal di dalam kelas. Namun setelah guru mengarahkan murid untuk memberi pendapat
mereka terhadap sub topik yang dibincangkan, guru dapat melihat murid memberi respons yang positif seperti menunjukkan sikap yang
semangat untuk memberikan pendapat mereka.

Setelah itu, proses PdP diteruskan lagi dengan menggunakan kaedah peta I-Think iaitu peta buih. Gambar rajah 4, menunjukkan hasil
dari salah satu kumpulan murid. Semasa aktiviti menghasilkan peta I-Think dilihat murid lebih bersemangat dan juga menunjukkan kerjasama
dalam kumpulan untuk menyelesaikan aktiviti ini. Akhir sekali, aktiviti pengukuhan (lampiran 1: lembaran kerja), dilaksanakan untuk melihat
sejauh mana kefahaman murid terhadap topik yang dipelajari sepanjang proses PdP ini dilaksanakan. Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa
segelintir murid lupa terhadap apa yang dipelajari, namun guru membantu murid untuk mengingat semula aktiviti yang dilakukan dan pada
akhirnya murid dapat mengenal pasti pembelajaran yang diperoleh semasa proses PdP dilaksanakan.
Secara amnya dapat dinyatakan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) menunjukkan:
a) Refleksi Secara Umum
Secara keseluruhannya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai di mana 94% murid dapat menjawab soalan pada akhir PdP
iaitu semasa proses pengukuhan dengan tepat dan mampu memahami sub topik yang dibincangkan.

b) Kekuatan Pengajaran Guru


Kekuatan pengajaran guru yang pertama adalah melalui set induksi yang dijalankan pada permulaan proses PdP. Guru menjalankan set
induksi dengan memaparkan tayang video dan paparan gambar berkaitan dengan topik pembelajaran untuk menarik minat dan mengenal
pasti tahap pengetahuan sedia ada murid. Hasil tayang video dan paparan gambar rajah dilihat membantu murid untuk melakukan proses
mengingat semula pengetahuan yang sedia ada dan akhirnya dapat mengenal pasti topik yang akan dipelajari.
Selain itu, kekuatan pengajaran guru dapat dilihat melalui kaedah pengajaran yang menggunakan kaedah belajar sambil bermain
seperti aktiviti mix and match puzzle. Aktiviti ini dilihat mampu menarik minta dan mengekalkan fokus murid agar terus peka terhadap
proses PdP yang dijalankan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan murid mengenai sub topik yang di bincangkan.
Akhir sekali, kekuatan pengajaran yang terakhir adalah dari segi kelantangan suara guru yang mana mampu menyampaikan pengajaran
dengan lebih jelas kepada murid. Hal ini terbukti apabila murid dapat mendengar semua arahan yang telah diberikan oleh guru.

c) Kelemahan Pengajaran Guru


Kelemahan pengajaran guru dapat dilihat semasa proses induksi dijalankan di mana guru mengganggu konsentrasi murid untuk fokus
semasa video yang dipaparkan. Hal ini kerana sebahagian murid tidak mampu untuk memberi fokus terhadap dua perkara dalam satu
masa.

d) Kekuatan Pembelajaran Murid


Kekuatan pembelajaran murid dapat dilihat melalui pengetahuan sedia ada mereka. Murid dilihat mempunyai pelbagai pengetahuan
mengenai topik yang dipelajari. Hal ini jelas kerana murid menyatakan bahawa mereka telah terdedah dengan kemudahan teknologi dari
ibu bapa mereka. Selain itu, kekuatan pembelajaran murid adalah dari segi menetapi masa. Hal ini kerana murid dilihat mampu
menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan masa yang ditetapkan oleh guru semasa proses PdP dilaksanakan. Akhir sekali, kekuatan
murid dilihat dari segi pembentangan hasil tugasan mereka. Murid dilihat dapat membentang dengan baik dan mampu menghuraikan hasil
dapatan mereka kepada guru dan rakan sekelas yang lain.

e) Kelemahan Pembelajaran Murid


Kelemahan pembelajaran murid dilihat semasa proses PdP adalah murid tidak mampu untuk fokus dalam proses pengajaran dalam jangka
masa yang panjang. Hal ini kerana dapat dilihat melalui respons murid yang cepat berasa bosan apabila pengajaran yang menggunakan
paparan pada power point dan tidak melibatkan proses soal jawab. Selain itu, kelemahan yang seterusnya adalah murid dilihat mudah lupa
terhadap pembelajaran yang dipelajarinya. Keadaan ini jelas berlaku apabila terdapat murid yang menyatakan bahawa dia lupa terhadap
apa maklumat yang dipelajarinya. Namun guru membantu murid untuk mengimbas kembali aktiviti yang dijalankan dan akhirnya murid
dapat mengingat semula maklumat yang diperoleh dari aktiviti dijalankan sebelum itu.

f) Langkah /Strategi /Cadangan Penambahbaikan


Guru tidak mengulangi kelemahan yang telah dikesan dalam proses PdP ini iaitu, guru perlu memberi ruang kepada murid semasa
tayangan video dalam proses PdP agar murid dapat beri tumpuan sepenuhnya terhadap maklumat yang akan diperoleh dari tayangan
video tersebut.
Selain itu, guru perlu sentiasa peka terhadap respons murid, kerana murid dilihat mudah lalai. Hal ini kerana terdapat murid yang perlu
dibimbing dengan lebih kerap kerana mempunyai daya ingatan terhadap maklumat yang dipelajari adalah rendah. Oleh itu guru perlu
sentiasa melakukan proses soal jawab kepada murid agar murid sentiasa peka terhadap apa yang dipelajari.

g) Pencapaian Standard Pembelajaran& Standard Prestasi


Secara amnya dapat dilihat bahawa murid dapat mencapai standard pembelajaran yang disarankan melalui kokurikulum Standard Sekolah
Menengah untuk mata pelajaran geografi. Hal ini kerana murid dilihat mampu mengenal pasti alat telekomunikasi di Malaysia dengan
menyatakan kronologi alat telekomunikasi di Malaysia. Selain itu, murid juga dilihat mampu menerangkan kemajuan alat telekomunikasi di
Malaysia walaupun masih terdapat kekurangan dari segi maklumat yang disampaikan. Akhir sekali, murid dapat dilihat mampu
membahaskan kepentingan telekomunikasi di Malaysia kepada rakan dan juga kepada guru mereka. Oleh itu secara keseluruhannya dapat
dinyatakan bahawa objektif pengajaran yang dijalankan telah dicapai.
Lampiran 1: Lembaran Kerja

Nama:
Tingkatan:

Latihan: Jawab semua soalan berikut.

1. Apakah maksud telekomunikasi? (2 Markah)


______________________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________________

Telefon Telefon Bimbit Telefon Pintar

Mesin Faks Telegraf Mesin Teleks

2. Berdasarkan senarai alat komunikasi di atas, susun alat komunikasi tersebut mengikut susunan yang tepat. (6 Markah)
i. _____________________ ii. _________________________
iii. _____________________ iv. _________________________
v. _____________________ vi. _________________________

3. Senaraikan 4 kemajuan alat telekomunikasi di Malaysia? (4 Markah)


i. ________________________
ii. ________________________
iii. ________________________
iv. ________________________

4. Senaraikan 4 kepentingan alat telekomunikasi di Malaysia? (4 Markah)


i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iii. __________________________________________________________ Jumlah Markah
iv. __________________________________________________________
/16
Kurikulum Standard Sekolah Menengah “Geografi”

Anda mungkin juga menyukai