Anda di halaman 1dari 6

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA
86400 BATU PAHAT
JOHOR

KERTAS ARAHAN TUGASAN

TAJUK TUGASAN:
TUGASAN 1
ANALISIS VIDEO PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
KOD PROGRAM : BBA, BBB, BBC, BBD, BBE, BBF dan BBG
SEM/SESI : 1 2018/2019
KOD KURSUS : BBD10302
NAMA KURSUS : PEDAGOGI
NAMA PENSYARAH 1. Pn. Anizam binti Mohamed Yusof (Penyelaras Kursus)
aniza@uthm.edu.my; ext: 4172
2. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad
mdrashid@uthm.edu.my; ext: 4001
3. Prof. Madya Ts. Dr. Mimi Mohaffyza binti Mohamad
mimi@uthm.edu.my; ext: 4193
4. Dr Nurfirdawati Binti Muhamad Hanafi
nurfirda@uthm.edu.my; ext: 4183
5. Dr. Noorazman bin Abd Samad
noorazman@uthm.edu.my; ext: 4087
6. Dr. Nurul Hidayah Liew Abdullah
hidayahl@uthm.edu.my; ext: 4185
7. Dr. Arihasnida binti Ariffin
arihasnida@uthm.edu.my ext: 4161
8. Dr. Wan Hanim Nadrah binti Wan Muda
wanhanim@uthm.edu.my ext: 4097
TUJUAN TUGASAN 1. Tugasan ini dilaksanakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar untuk menggabungkan teori-
teori, model-model, pendekatan serta kaedah-kaedah
pengajaran dan pembelajaran bidang teknikal dan
vokasional.
2. Tugasan ini dilaksanakan adalah untuk melatih pelajar
dengan kemahiran menganalisis sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran.
3. Tugasan ini dilaksanakan adalah untuk menerapkan
kemahiran berkomunikasi secara lisan dan penulisan.
ARAHAN TUGASAN:
Pelajar perlu membentuk kumpulan yang mana tidak lebih daripada empat orang ahli.
Setiap kumpulan dikehendaki muat turun satu video pengajaran yang lengkap. Semua ahli
kumpulan perlu menonton video tersebut serta membuat analisis terhadap pengajaran dan
pembelajaran (PdP) atau pengajaran dan pemudah cara (PdPc) dengan mengaitkan perkara-
perkara seperti berikut:
1. Model-model pengajaran.
2. Pendekatan pengajaran.
3. Kaedah-kaedah pengajaran.
4. Kemahiran pengajaran.
5. Pembelajaran Abad Ke-21.
6. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
7. PPPM Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil analisis video pengajaran berserta slaid dan
membuat laporan secara bertulis. Semua bahan tugasan iaitu video pengajaran, slaid
pembentangan dan laporan tugasan perlu dihantar dalam bentuk softcopy kepada pensyarah.

TEMPOH TUGASAN:
Tugasan ini diberikan tempoh selama lima (5) minggu bermula daripada minggu ke-1
sehingga minggu ke-5.

PELAKSANAAN TUGASAN:
Cadangan pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:

Aktiviti Minggu
1. Merancang aktiviti dalam kumpulan. M1
- Memilih dan muat turun satu video pengajaran yang lengkap
mengikut bidang.
- Membuat perbincangan dan perancangan untuk menganalisis
video PdP atau PdPc.
2. Melaksanakan analisis, menyediakan bahan pembentangan dan M2
laporan tugasan. M3
- Menonton video PdP atau PdPc daripada awal sehingga akhir. M4
- Analisis video dengan menggunakan Jadual.
- Merangka dan menyediakan laporan tugasan.
3. Pembentangan dan penghantaran laporan tugasan. M5

Contoh Jadual Analisis PdP atau PdPc adalah seperti berikut:

Jadual Analisis PdP/PdPc


Isi Pengajaran Aktitviti Pengajaran dan Refleksi Catatan
Pembelajaran
Guru memberi salam. Pra-
Murid membalas salam pengajaran
guru.
Perintang Guru menunjukkan satu Perlu ada set Strategi
- definisi gambar dan bertanya induksi yang lebih pengajaran
kepada murid menerangkan menarik (beri lebih kepada
definisi perintang dengan cadangan). Walau pemusatan
bagaimanapun guru guru.
mewujudkan
komunikasi dua
hala. Guru telah
melontarkan soalan
kepada semua
murid sebelum
memanggil nama
apabila tiada
seorang murid yang
menawarkan diri
untuk menjawab.

Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan tidak lebih daripada 30 minit termasuk
sesi soal-jawab. Laporan tugasan tidak boleh melebihi 35 muka surat dan mestilah
mengandungi perkara tersebut:

1. Muka hadapan (tajuk tugasan, senarai nama ahli kumpulan dan nombor kad matrik
pelajar).
2. Pengenalan.
3. Jadual analisis video pengajaran dan pembelajaran.
4. Kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam video pengajaran dan pembelajaran.
5. Cadangan penambahbaikan terhadap aktivti pengajaran dan pembelajaran.
6. Kesimpulan.
7. Penutup.
8. Bibliografi.

TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN:


Minggu Ke-5.

KEPERLUAN TUGASAN:
1. Muat turun satu video pengajaran dan pembelajaran yang lengkap mengikut bidang
pelajar.
2. Tugasan dihantar secara online.

PEMARKAHAN:

Pembentangan 5% (CLO1)
Laporan Tugasan 10% (CLO1)
Jumlah 15%

RUBRIK PEMARKAHAN:
Seperti pada Lampiran.

Disediakan oleh:
Penyelaras Kursus
LAMPIRAN

RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN


Kriteria 1 2 3 4
(Lemah) (Sederhana) (Baik) (Cemerlang)
Interaksi Komunikasi Berinteraksi dengan Interaksi dua hala dengan - Interaksi dua hala dengan audien secara aktif dan
sehala sahaja. audien tetapi audien secara aktif. interaktif.
kurang interaktif. - Mempunyai aktiviti yang dapat menggalakkan
pemikiran audien.
Penyampaian - Kurang lancar. - Lancar tetapi - Sangat lancar. - Dapat menyampaikan idea dengan sangat lancar tanpa
Isi - Tiada idea baru. banyak - Dapat menjelaskan idea utama merujuk slaid power point.
- Tiada contoh. bergantung dengan merujuk kepada slaid - Idea yang disampaikan bernas berserta dengan contoh
- Baca dari slaid kepada slaid power point. yang bersesuaian.
power point power point. - Sangat memahami idea yang - Sangat memahami isu yang disampaikan.
sahaja. - Kurang idea baru disampaikan. - Banyak idea-idea baru yang dipersembahkan dalam
- Tidak dapat - Ada contoh tetapi - Memberikan contoh-contoh pembentangan.
menjelaskan kurang jelas. yang mudah difahami.
idea dengan - Slaid power point juga jelas
bernas. dan menarik.
- Isi padat.
- Dapat mengorganisasikan isi
dengan sangat baik.
- Disampaikan dari konkrit ke
abstrak.
Gesture - Tidak Tiada eye contact - Mempunyai keyakinan diri. - Eye contact dengan audien (melihat kepada seluruh
mempunyai eye dengan audien - Mempunyai eye contact audien.
contact. namun suara jelas dengan audien. - Mempunyai keyakinan yang sangat tinggi.
- Gementar. dan boleh difahami. - Suara jelas dan kuat. - Penyampaian bersahaja.
- Tidak - Bahasa yang digunakan
berkeyakinan. mudah difahami.
Profesionalisme Personaliti tidak Menunjukkan personaliti seperti seorang guru:
keguruan menunjukkan - Pakaian sangat kemas.
watak guru. - Kasut yang bersesuaian.
- Tanda nama
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN (5%)

NAMA : 1.
2.
3.
4.

Arahan: Tandakan (/) mengikut kesesuaian kompetensi pelajar


[1(Lemah), 2 (Sederhana), 3 (Baik), 4 (Cemerlang)]

BIL ASPEK TAHAP PEMBERAT JUMLAH


(x)
1 Bahan 1 2 3 4 0.25

2 Penyampaian Isi 1 2 3 4 0.75

3 Interaksi 1 2 3 4 0.25

4 Gesture 1 2 3 4 0.125

5 Profesionalisme guru 1 2 3 4 0.125

JUMLAH KESELURUHAN

ULASAN:
BORANG PENILAIAN LAPORAN (15%)

NAMA : 1.
2.
3.
4.

Arahan: Tandakan (/) mengikut kesesuaian kompetensi pelajar


[1(Lemah), 2 (Sederhana), 3 (Baik), 4 (Cemerlang)]

BIL ASPEK TAHAP PEMBERAT JUMLAH


(x)
1 Muka hadapan 1 2 3 4 0.125

2 Pengenalan 1 2 3 4 0.25

3 Jadual analisis 1 2 3 4 1.25

4 Kekuatan dan kelemahan 1 2 3 4 0.75

5 Cadangan penambahbaikan 1 2 3 4 0.75

6 Kesimpulan 1 2 3 4 0.25

7 Penutup 1 2 3 4 0.25

8 Bibliografi 1 2 3 4 0.125

JUMLAH KESELURUHAN

ULASAN:

Anda mungkin juga menyukai