Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM LATIHAN KURSUS JANGKA PENDEK


2020/2021

JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL PEMESINAN


INSTITUT KEMHIRAN TINGGI BELIA NEGARA SEPANG
1. TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan Puan Pengarah Institut Kemahiran Tinggi
Belia Negara Sepang (IKTBN Sepang) bagi menjalankan Program Latihan Jangka Pendek di
Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan (JMP), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang.

2. LATARBELAKANG

Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan telah menerima beberapa permintaan daripada pihak
luar seperti Kolej Vokasional untuk mendapatkan latihan jangka pendek pelajar dalam bidang
pemesinan. Keperluan latihan adalah kerana kelengkapan perlatan dan mesin di IKTBN Sepang
yang lengkap disamping tenaga pengajar yang mahir.

3. OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini diharapkan:

3.1. Pelajar daripada Kolej Vokasional akan dapat pendedahan latihan teori mesin-mesin dan
peralatan di JMP

3.2. Pelajar daripada Kolej Vokasional akan dapat menjalani latihan amali dengan
menggunakan peralatan dan mesin-mesin bagi memenuhi keperluan latihan

3.3. Kerjasama antara pihak IKTBN Sepang, Kementerian Belia & Sukan bersama dengan Kolej
Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dilestarikan dalam memenuhi
aspirasi pendidikan TVET negara.
4. BUTIRAN PROGRAM

4.1 Bilangan Kursus, Tempoh dan Peserta

Bilangan Tempoh
Bil Kursus/Subjek Mesin digunakan
Peserta Pembelajaran
1 Mesin CNC Milling 10 5 hari Mesin CNC Milling
2 Mesin CNC Turning 10 5 hari Mesin CNC Turning
3 Mesin CNC Grinding 10 5 hari Mesin CNC Grinding
4 Mesin CNC Wire Cut 10 5 hari Mesin CNC Wire Cut
5 Mesin CNC Die Sinking 10 5 hari Mesin CNC Die Sinking
6 Mesin CMM 10 5 hari Mesin CMM
7 Mesin Konvensional 10 5 hari Mesin Lathe/Milling/Grinding
8 3D Printer 10 5 hari 3D Printer

*Latihan dijalankan bermula Isnin hingga Jumaat bermula Jam 8.00pagi hingga 5.00 petang

4.2 Tempat Latihan

i. Makmal CAD/CAM JMP


ii. Blok Bengkel M1 JMP
iii. Bengkel Konvensional JMP

4.3 Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat : Pn. Rosnoizam bt Abdul Majid


Pengarah IKTBN Sepang

Penyelaras : En. Muhammad Hamdan b. Abdullah Hazam


Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan

Pengajar : 1. En. Mohd Rudi Bin Ab.Mutalib


2. En. Samsir Bin Sukri
3. En. Zambor Bin Mahfudz
4. Hj. Mohd Samsudin Bin Maliki
5. Hj. Abd Rashid Bin Mohd Salleh
6. En. Mohd Ridzuan Bin Md. Shariff
7. En. Md. Eadie Saifful Bharil Bin Mohamad Nor
8. Pn. Nur Syuhaiza Binti Mohd Shamsudin
9. En. Muhammad Fitri Bin Abd Latif
5. KEWANGAN
Sumber Kewangan
5.1 IKTBN Sepang
a. Pengunaan mesin-mesin (elektrik/aircond/air compressor)
b. Pengunaan kelas dan bengkel di JMP
b. Penggunaan Personal Protective Equipment (PPE) bagi kerja-kerja amali

5.2 Koperasi IKTBN Sepang


a. Bahan guna habis (matalat/bahan latihan amali dan teori)
b. Penyelenggaraan mesin berkaitan
c. Penginapan pelajar jika perlu
d. Makan minum pelajar jika perlu

6. IMPLIKASI LAIN
6.1 Program bagi memenuhi keperluan KPI dan Pelan Strategik IKTBN Sepang dan KBS
2020/2021
6.2 Peningkatan kewangan Akaun Amanah IKTBN Sepang dan Koperasi IKTBN Sepang bagi
tahun 2020/2021
6.3 Pengalaman mengajar pelajar Kolej Vokasional kepada pengajar JMP disamping pelajar
sediada
6.4 Kerjasama strategik diantara kementerian disamping mempromosi bidang kemahiran dan
pembelajaran di IKTBN Sepang.

7. PENUTUP
Dengan ini adalah dimohon Pn. Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang untuk
mempertimbangkan dan meluluskan cadangan program Kursus Jangka Pendek 2020/2021
anjuran Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan, Institut Kemahiran Belia Negara Sepang.
Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

______________________________ _____________________________________
En. Mohd Rudi Bin Ab. Mutalib En. Muhammad Hamdan b. Abdullah Hazam
Pegawai Latihan Vokasional DV44(M) Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan
15 Julai 2020 15 Julai 2020

Permohonan DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

_______________________________________________
Pn. Rosnoizam bt Abdul Majid
Pengarah
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang

Anda mungkin juga menyukai