Anda di halaman 1dari 36

BAB I

PENGENALAN

Rajah 1: Gambarajah penuh mesin Pembuka Tayar Motosikal

1
1.1 PENGENALAN KEPADA PROJEK

Bila diperhatikan dengan terperinci kita dapat melihat bagaimana para mekanik
seringkali menggunakan besi pencungkil tayar motorsikal untuk membuka tayar motorsikal
sebelum melakukan kerja-kerja penukaran tiub di dalam tayar motorsikal. Proses membuka
tayar ini memakan masa yang lama dan merumitkan para mekanik. Secara keseluruhan masa
yang diambil untuk menyiapkan proses ini adalah kira-kira 15 – 25 minit. Selain itu, mekanik
memerlukan tenaga yang banyak untuk mencungkil tayar dengan besi pencungkil. Dalam
melakukan apa kerja sekalipun kita dilatih untuk menitikberatkan aspek keselamatan .Oleh itu,
kami telah diberi satu tugasan iaitu projek akhir. Kami mestilah mencipta suatu projek yang
berguna kepada masyarakat di negara kita. Jadi, dari situlah tercetusnya idea kami untuk
membuat satu projek yang memudahkan dalam kerja membuka tayar motorsikal. Kami
mendapat idea untuk membuat projek ini adalah kerana di dalam negara ini, belum ada lagi
yang mencipta alat pembuka tayar motorsikal. Sebelum itu, saya pernah membaiki tayar
motorsikal dengan menggunakan besi pencungkil tayar. Besi itu mestilah dimasukkan betul-
betul ke celah tayar motorsikal supaya besi itu tidak melenting kerana tayar motorsikal
mempunyai sifat kelastikan yang tinggi. Kecederaan mungkin berlaku pada muka atau badan
kita. Ini secara langsung boleh mengundang bahaya. Oleh itu, kami telah mengkaji, dan
merekacipta suatu alat yang memudahkan dalam kerja membuka tayar motorsikal. Ia akan
mempercepatkan kerja ,mesra pengguna, tidak menggunakan tenaga yang banyak dan amat
menitikberatkan aspek keselamatan untuk meminimakan risiko berlakunya
kemalangan/kecederaan.

2
1.2 OBJEKTIF PROJEK

Bengkel motorsikal adalah suatu bengkel yang banyak menerima pelanggan yang
mengalami kerosakan pada tayar motorsikal. Oleh itu, mekanik atau bukan mekanik
memerlukan suatu alat pembuka tayar motorsikal yang lebih efisyen.
Objektif projek ini adalah :

I. Mekanik tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk membuka tayar


motorsikal

II. Alat ini menitikberatkan aspek keselamatan jika dibandingkan dengan


menggunakan besi pencungkil tayar yang berisiko tingggi menyebabkan
kecederaan kepada mekanik atau pengguna biasa.

III. Mekanik atau pengguna tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk
mengendalikan mesin ini.

IV. Memudahkan atau tidak merumitkan dan mempercepatkan kerja membuka


tayar kepada mekanik .

1.2.1 SKOP PROJEK

“Mesin Pembuka Tayar Motorsikal” adalah suatu peralatan membuka tayar motorsikal yang
boleh digunakan disemua bengkel membaiki tayar motorsikal dan juga kepada pengguna biasa
yang ingin membuka tayar motorsikal sendiri.

3
1.3 PENYATAAN MASALAH

Sebelum projek ini dimulakan, kami telah membuat kajian yang terperinci tentang masalah
yang dihadapi didalam bengkel motorsikal mengenai proses membuka tayar dengan
menggunakan besi pencungkil tayar. Sumber kajian yang kami dapati adalah daripada
perbincangan dan soal selidik mekanik daripada bengkel yang membaiki tayar motorsikal.
Antara masalah yang dihadapi oleh mekanik adalah kesukaran membuka tayar, kemungkinan
mengalami kecederaan jika tersalah teknik mencungkil iaitu besi melenting ke muka dan
banyak menggunakan tenaga sekiranya mengunakan besi pencungkil tayar. Oleh itu, dari situ
kami dapat mengkaji tentang masalah yang dihadapi oleh mereka sekiranya tiada alat pembuka
tayar motorsikal seperti yang telah direka ini.

1.3.1 Antara masalah yang dihadapi :

I. Kesukaran untuk membuka tayar motorsikal.

II. Memerlukan tenaga yang banyak untuk membuka tayar.

III. Kemalangan mungkin berlaku kerana besi pencungkil tayar boleh


terpelanting jika tersalah teknik penggunaan besi pencungkil tersebut.

IV. Proses kerja yang lambat dan merugikan masa mekanik.

V. Boleh merosakan rim, tiub dan tayar sekiranya teknik penggunaan besi
pencungkil tidak betul.

4
1.4 Konsep

Dalam “Mesin Pembuka Tayar Motorsikal”, konsep yang digunakan diilhamkan daripada mesin
pembuka tayar kereta yang terdapat di pasaran kini. Konsep yang digunakan adalah lebih
kurang sama dengan alat membuka tayar kereta. Bezanya ialah alat ini tidak menggunakan
sistem hidraulik dan system “air pressure” sepertimana yang terdapat pada alat pembuka tayar
kereta, yang mana alat yang kami reka ini hanya menggunakan sistem gear bermotor yang
mana lebih ringkas dan kompleks. Ianya juga dibekalkan dengan tapak yang dibuat khas bagi
memastikan ianya stabil dan kukuh. “Jaw” juga digunakan pada projek ini berfungsi untuk
memegang rim motorsikal semasa proses membuka tayar motorsikal supaya rim tidak bergerak
atau berpusing selain rekaan sendiri pada mata alat pembuka yang lebih cekap dan praktikal.
Roda juga disediakan pada setiap kaki tapak supaya memudahkan untuk pergerakan. Alat ini
amat sesuai dikendalikan secara berseorangan.

5
BAB II – METADOLOGI

2.1 PENGENALAN MESIN PEMBUKA TAYAR MOTOSIKAL

Rajah 2: Gambarajah penuh Mesin Pembuka Tayar Motosikal

Oleh kerana penekanan utama pada projek ini berdasarkan kemudahan pengguna dan
keselamatan pengguna(safety), maka rekaan projek ini adalah lebih kepada memudahkan dan
menjimatkan masa pengguna/mekanik dengan menitikberatkan aspek keselamatan dalam proses
pengendalian ketika proses menukar tiub ataupun menukar tayar motosikal.

Bagi merealisasikan suasana kerja selamat maka penggunaan mesin ini adalah menepati
permintaan pada masa ini kerana ini merupakan mesin pertama yang dicipta dan bersesuaian dengan
kehendak pemilik bengkel motosikal amnya.

Secara amnya mesin ini berfungsi untuk membuka tayar sepertimana mesin pembuka tayar
kereta yang terdapat di pasaran ketika ini. Cuma mesin ini lebih tertumpu pada tayar motosikal kerana
kaedah membuka tayar motosikal masih menggunakan kaedah lama dan tidak lagi relevan penggunaan
pada masa ini.

6
Dengan terciptanya mesin ini, maka masalah keletihan akibat penggunaan tenaga yang banyak
dapat diatasi selain memudahkan proses membuka tayar motosikal.

2.2 CIRI-CIRI PEMBINAAN


Berikut adalah merupakan penyataan tentang ciri-ciri pembinaan yang meliputi keseluruhan aspek-
aspek yang terdapat pada Mesin Pembuka Tayar Motosikal:-

2.2.1 Bentuk pembinaan

i. Mata penaik tayar yang direka khas


ii. Pemegang rim yang direka khas serta kuat dan cekap bagi mengelakkan rim bergerak
daripada mata penaik tayar ketika rim diputarkan.
iii. Penyelarasan mata penaik tayar yang berbentuk bulat.
iv. Struktur utama mesin berbentuk segi empat yang kukuh dan stabil
v. Roda( Swival rubber ) yang dapat menampung berat mesin dan memudahkan mesin untuk
digerakkan.

2.2.2 JENIS PEMBINAAN

Bahan binaan yang digunakan adalah daripada keluli jenis Mild Steel kerana ianya mempunyai
kelebihan-kelebihan berikut:-

 Keluli jenis ini murah dan senang diperolehi.


 Mudah untuk dikimpal dan dimesin(dipotong)
 Mempunyai pelbagai bentuk.
 Bentuk asalnya tidah mudah berubah.

7
2.2.3 BAHAGIAN-BAHAGIAN PEMBUATAN

Penerangan berserta gambarajah berikut menerangkan tentang bahagian-bahagian binaan pada Mesin
Pembuka Tayar Motosikal:-

Rajah 3 :- Struktur utama mesin berbentuk segi empat

Struktur utama mesin berbentuk segi empat – memberikan kestabilan pada keseluruhan projek untuk
menampung keseluruhan berat mesin.

Bahan binaan terdiri daripada:-

 Mild steel plate saiz 500x500x6mm


 Mild steel Square tube 50x50x450x3mm
 Mild steel Square tube 50x50x350x3mm
 Pipe ϴ45x3x315mm
 Pipe ϴ45x3x710mm
 Pipe ϴ50x3x200mm
 Pipe ϴ50x3x200mm
 Plate bar 100x100x6mm

8
Rajah 4: Jaw dan kuku pemegang rim

Jaw dan kuku pemegang rim – Membuat modifikasi daripada “jaw” yang terdapat pada
mesin larik (scrap). Terdapat penambahan pada kuku asal dengan menambahkan kuku yang
lebih besar bukaannya bagi menepati aplikasinya pada rim motosikal.
Pemegang rim direka khas agar kuat dan cekap bagi mengelakkan rim bergerak daripada
mata penaik tayar ketika rim diputarkan.

Rajah 5: Motor elektrik dan gear

Motor elektrik dan gear – penggunaan motor sangat praktikal untuk mengalihkan kuasa yang
diperlukan untuk menggerakkan rim dengan bantuan gear.
Sistem gear sangat praktikal pada projek ini kerana mesin ini memerlukan tenaga yang banyak kerana
wujud geseran yang kuat diantara mata penaik tayar dan tayar yang semulajadinya mempunyai sifat
keelastikan yang cukup besar.

9
Rajah 6: Mata penaik tayar

Mata penaik tayar – Mata penaik tayar ini direka khas dengan bentuk yang bersesuaian untuk
membolehkannya menaikkan dan memasukkan tayar apabila dikehendaki.
Diperbuat daripada gabungan rod bar dan plat bar 12mm

Rajah 7: Pelaras mata penaik tayar

Pelaras mata penaik tayar - Rekaannya membolehkan mata penaik tayar boleh dilaraskan
ketinggiannya serta jarak mata penaik tayar mengikut saiz rim yang digunakan.
Gabungan antara 2 saiz paip yang berbeza yang dilekatkan antara satu samalain membolehkan paip
yang terdapat didalamnya dilaraskan mengikut kedudukan yang dikehendaki.
Bagi menetapkan kedudukan jarak mata penaik, ketatkan nat yang disediakan pada pelaras tersebut.

10
Rajah 8: Motor speed controller box

Motor speed controller box – Dibekalkan bersama-sama motor untuk membolehkan motor
bergerak secara 2 hala dan mengikut kelajuan yang boleh dilaraskan.

11
2.3 PERLAKSANAAN PROJEK
2.3.1 JADUAL PERANCANGAN PROJEK MESIN PEMBUKA TAYAR MOTOSIKAL

Jadual 1 : Jadual perancangan projek.

12
2.3.2 BILL OF MATERIAL

Jadual 2 : B.O.M

13
2.3.3 CARTA ALIRAN KERJA

Carta Aliran kerja bagi membuat “ Mesin Pembuka Tayar Motosikal “

MENERIMA TUGASAN

Fabrication Project
(marking, Cutting, forming)

Reject
Membuat Perbincangan
QC Check
Dengan Penyelia

Merekabentuk
Lukisan Projek
Fit Up / Joining

BOM / BQ

Welding Process

Menempah
Barang Reject
QC Check

Menerima
barang

Reject
Painting
QC Check

Membuat Report

Pembentangan
Projek

Hantar Report

Rajah 3: Carta aliran projek


14
2.4 Peralatan dan kelengkapan yang digunakan

Dalam pembinaan projek “Mesin Pembuka Tayar Motosikal” peralatan dan kelengkapan yang
terlibat adalah seperti berikut:

1. Pelindung keselamatan (google, head Shield, glove, safety shoes, dan jaket) bertujuan
untuk keselamatan
2. Grinding machine – digunakan untuk membuat kemasan dan mencanai bendakerja bagi
menepati ukuran yang dikehendaki.
3. Peralatan kimpalan SMAW – untuk membuat kimpalan penyambungan tetap pada
projek
4. Alat pengukur – mengukur bendakerja sebelum penandaan, mengukur tempat
pemasangan serta mengukur ketepatan ukuran serta ketepatan pemasangan bahagian-
bahagian pada projek
5. Lifting Equipment – untuk mengendali dan memindahkan beban semasa membawa
plate ke tempat pemotongan serta mengangkat projek untuk tujuan pemasangan
bahagian lain
6. Shearing machine – berfungsi sebagai pemotong plate untuk menyenangkan proses
pemotongan bagi mempercepatkan penyiapan projek
7. Mesin gerudi – membuat lubang drill pada plate bar 9mm yang berfungsi sebagai lifting
legs
8. Peralatan memotong oksi-asetilin – bagi meemotong bahagian penandaan yang sukar
dan kecil
9. Cut off machine – bagi memotong bendakerja seperti MS hollow, MS Plate bar serta C
Channel dan lain-lain

15
BAB III

3.1 KEPUTUSAN

Setelah projek ini siap dibina, kami telah melakukan beberapa ujian untuk menguji projek
ini. Setelah ujian dilakukan kami mendapati semua kriteria pengujian Berjaya diperolehi
dan mencapai objektif kecuali terdapat 2 permasalahan kecil iaitu masalah pengimbangan
dan lebihan daya yang digunakan.

Walaubagaimanapun ianya berjaya diatasi melalui penambahbaikan yang telah dibuat


seperti di bawah:-

3.1.1 Masalah Pengimbangan.

Terdapat beberapa masalah pada projek kami apabila proses membuka tayar dilakukan iaitu
projek yang kami bina tidak mempunyai keseimbangan. Projek kami akan bergerak apabila
proses membuka tayar dijalankan. Oleh itu kami telah melakukan pengubahsuaian pada
struktur sokongan asasnya dengan menambah lebar dan panjang platform dari 300x300 kepada
500x500mm dan menggantikan angle ion 25x25 kepada square tube 50x50mm sebagai tapak
projek. Dengan penambahbaikan ini maka projek kami dapat mencapai keseimbangan yang
dikehendaki.

3.1.2 Masalah Lebihan Daya

Kedua kami perlu mengatasi masalah lebihan daya yang digunakan ketika menggerakkan mata
pembuka tayar ketika menjalankan proses membuka tayar. Sebelum ini kami menstatikkan
tayar dan mata pembuka digerakkan secara membulat dengan menggunakan daya kilasan.
Didapati kaedah ini menggunakan tenaga yang banyak, sekaligus tidak menepati konsep utama
yang kami ketengahkan iaitu penjimatan tenaga.
Maka dengan itu kami menukar konsep kerja projek kami dengan menggantikan daya kilasan
dengan sistem gear. Ternyata sistem gear lebih menjimatkan tenaga dan menepati teorinya
iaitu gear pemacu yang kecil apabila dipadankan dengan gear penurut yang lebih besar akan
memindahkan tenaga yang kecil kepada tenaga yang besar. Oleh itu kami mengubah konsep
projek kami dengan menstatikkan mata pembuka tayar dan menggerakkan tayar dengan
menggunakan sistem gear dengan bantuan motor.

16
3.2 CARA PROJEK BERFUNGSI

Rim dimasukkan pada kedudukan yang disediakan dan diketatkan dengan jaw.
Mata pembuka tayar dilaraskan mengikut saiz rim yang digunakan. Tayar dicungkil naik
pada mata pembuka tayar dan suis dihidupkan dan jaw berserta rim akan berputar.
Dengan hanya 1 putaran lengkap maka tayar akan terpisah dari rim.

3.2.1 CARA MENGGUNAKANNYA

i. Rim yang telah di keluarkan daripada motosikal dimasukkan pada


kedudukannya pada jaw.

ii. Gunakan chulk untuk menggerakkan kuku pada jaw bagi memegang rim
daripada bergerak.

iii. Gunakan pencungkil yang disediakan bagi mencungkil tayar agar berada
diatas mata pembuka tayar.

iv. Hidupkan suis pada suis box.

v. Tayar telah terpisah dari rim dengan hanya 1 putaran lengkap.

17
3.3 KESIMPULAN

Oleh itu kami telah bersependapat bahawa rekabentuk seperti yang telah dilukis adalah
memenuhi segala aspek-aspek yang kami kehendaki seperti :

a. Bahan yang digunakan tidak terlalu berat dan bersesuaian dengan beban yang
ditanggung oleh “ Mesin Pembuka Tayar Motosikal “.
b. Rekabentuk ringkas dan mudah mengendalikannya.
c. Tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk membuka tayar.
d. Memenuhi kehendak pengguna.

Kesimpulan dari perlaksanaan tugasan projek akhir ini, ianya banyak memberikan manfaat
kepada kami kerana kami dapat mengumpulkan banyak pengetahuan melalui penyelidikan
yang dilakukan. Selain itu ianya dapat meningkatkan kemahiran kami dalam bidang ini.

Daripada pemerhatian dan perkara-perkara yang telah dipelajari sepanjang latihan projek akhir
ini ialah:-

i. Melalui kajian yang dilakukan, kami dapat mengembangkan minda kami dalam
menghasilkan projek yang belum pernah diperkenalkan. Ianya satu inovasi dalam
industri mesin di Malaysia.

ii. Dapat mengenalpasti kriteria yang perlu ada untuk mereka “ Alat Pembuka Tayar
Motosikal “ seperti :-

a. Flexible

b. Menjimatkan kos rekaan

c. Mesra pengguna

d. Komponen standart mesti digunakan

iii. Melatih seseorang individu berfikir dan merancang penghasilan projek yang kreatif dan
boleh dikormesilkan.

18
iv. Dapat mempelajari teknik-teknik kemahiran bukan sahaja dalam kursus sendiri malah
juga di bengkel-bengkel lain seperti penggunaan mesin larik di bengkel Tool & Die

v. Mempelajari teknik penulisan laporan yang betul serta penggunaan bahasa yang
berkesan.

19
BAB IV

4.1 SARANAN DAN CADANGAN

Bagi saranan dan cadangan berikut kami nyatakan cadangan kami berkenaan Projek Tahun
Akhir kami ini seperti :-

i. Gear penurut yang terdapat pada bawah platform tayar boleh digantikan dengan gear
penurut yang lebih besar bagi menambah kekuatan pusingan tayar.

ii. Pada panel suis kawalan motor boleh ditambah atau ditukarkan komponen
elektroniknya untuk menambahkan kelajuan putaran tayar.

iii. Motor yang digunakan sekarang boleh ditukar kepada motor yang lebih ringan sekaligus
dapat mengurangkan berat keseluruhan projek.

20
5.1 As-built-drawing

21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
5.2 Bukti berperingkat pembangunan projek

BAB V

31
5.2 BUKTI PERINGKAT PEMBANGUNAN PROJEK

GAMBARAJAH KETERANGAN

Fabrication Project ( marking )

Membuat penandaan pada material.

Fabrication Project ( cutting )

Memotong material dengan


menggunakan cut-off

Mengubahsuai dan memasang kuku


pemegang pada jaw

32
Membuat kimpalan pada struktur
asas projek

Membuat kiraan dan penandaan


untuk posisi tapak support motor
elektrik dan sistem gear

Memasang motor dan sistem gear

33
Menggerudi lubang bolt pada pelaras
mata penaik tayar

Memeriksa pendawaian pada


“ motor speed controller box”

Melakukan proses “buffing” bagi


menghilangkan kotoran sebelum
proses mengecat dijalankan

Bahagian-bahagian projek yang telah


siap di cat dan dikeringkan

34
Proses pemasangan semula
keseluruhan komponen projek yang
telah siap di cat

Gambar keseluruhan projek yang


telah siap

35
RUJUKAN

1. AME SEC IX ADD BPVC Section IX - Qualification Standart For Welding and Brazing
Procedure, Welder, Brazers, and Welding Brazing Operators – Non – Interfiled, July 1999
Andella.

2. Google search

3. Bengkel Tayar DUNLOP Balok Pantai, Gebeng, Kuantan Pahang.

4. Bengkel Tayar DUNLOP Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan Pahang.

5. Kedai MAJU SPORT RIMS Balok Sejahtera, Kuantan Pahang

36

Anda mungkin juga menyukai