Anda di halaman 1dari 36

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI (OJT)

OLEH

MUHD SAIFUDDIN BIN ZAHARI

(980910-02-5925)

DI

BDB SYNERGY SDN. BHD.

ALOR SETAR, KEDAH

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada

Pensyarah Penilai Di Jabatan Perniagaan Bagi

Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri

Dan Penganugerahan Diploma Pengurusan Perniagaan

KOLEJ VOKASIONAL KANGAR,

KANGAR, PERLIS

NOVEMBER (KOHORT 2014) 2017


PENGESAHAN PELAJAR

"Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satu saya telah jelaskan sumbernya . Setiap apa yang tercatat merupakan latihan

yang saya akui ketika menjalankan latihan industri semasa berada di BDB SYNERGY

SDN. BHD."

Tandatangan :

Nama Pelajar : MUHD SAIFUDDIN BIN ZAHARI

No Kad Pengenalan : 980910-02-5925

Tarikh :

Disahkan oleh :

......................................................

( )

i
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Encik Ahmad Sulehuddin Bin

Amiruddin selaku Penyelia Pelajar Latihan Industri kerana memberi peluang kepada

saya untuk menjalani latihan industri di sana bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan

Diploma Teknologi Pembinaan dari Kolej Vokasional Kangar, dan tidak lupa juga

kepada Encik Ahmad Sulehuddin Bin Amiruddin selaku supervisor yang menguruskan

segalanya dan memberi dorongan di sepanjang saya menjalankan latihan industri di

BDB Synergy Sdn. Bhd. ini selama temboh 5 bulan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pekerja serta staf-

staf BDB Syernergy Sdn Bhd terutama kepada Encik Sulehuddin Bin Amiruddin yang

banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri di sana. Tanpa bantuan dari

mereka semua, tidak mungkin saya akan mempelajari banyak benda baru, pengetahuan

yang mendalam, serta kerjasama yang diperoleh daripada mereka semua sebagai rujukan

dan pertanyaan dalam sesuatu masalah yang saya alami sewaktu saya menjalankan

latihan industri di Bdb Synergy projek PPR JERLUN tersebut.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah

Kolej Vokasional Kangar terutama pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam yang banyak

memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna di sepanjang saya menjalankan

latihan industri di Bdb Synergy projek PPR JERLUN tersebut.

ii
vi
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

On-The Job Training (OJT) merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan

ke atas setiap pelajar di seluruh Kolej Vokasional di Malaysia khususnya di Kolej

Vokasional Kangar (KVK) bagi penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia

Pengurusan Perniagaan. Pelajar akan menjalani On-The Job Training (OJT) Semester

Akhir sama ada dalam awam ataupun swasta pada Semester 8 iaitu tempoh selama 5

bulan bagi mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan dunia

pekerjaan yang sebenar.

Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar akan berada di bawah

pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri

(UPLI) Kolej Vokasional Kangar . Sepanjang semasa pelajar menjalani On-The Job

Training (OJT) ini, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang belum

ditempuhi. Oleh itu, pelajar perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk

menjalani OJT ini sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan selama menjalani

Latihan Industri, pelajar akan dapat membina keyakinan diri menjadi lebih berani dan

1
tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di samping dapat menimba

pengetahuan dan juga pengalaman. Pelajar boleh merujuk dan pengalaman tersebut

sebagai satu panduan apabila pelajar melangkah ke alam pekerjaan sebenar kelak.

Justeru On-The Job Training (OJT) dapat memberi manfaat kepada pelatih untuk

mengamalkan ilmu-ilmu yang dapat diperolehi untuk dijadikan sebagai satu pengalaman

jika di alam pekerjaan yang sebenar dan membentuk personaliti diri yang baik. Dengan

adanya penerangan dari Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) dapat menjalani

OJT dengan baik dan lancar, dan dapat menyiapkan laporan untuk dijadikan sebagai

rujukan tentang tugas yang dilaksanakan.

Hasil daripada On-The Job Training (OJT) ini, Kolej Vokasional Kangar (KVK)

kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di

peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan

matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti

disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan

pekerjaan di sektor awam mahupun swasta.

2
1.2 Objektif On-The Job Training (OJT)

On-The Job Training (OJT) ini adalah bertujuan bagi membolehkan para pelajar

mempraktikkan apa telah dipelajarinya secara teori mahupun amali sepanjang berada di

Kolej Vokasional dan mengaplikasikan secara praktikal semasa menjalani OJT. Objektif

On-The Job Training ini adalah bertujuan :-

i. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di

tempat kerja.

ii. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.

iii. Mengamalkan kerja berpasukan.

iv. Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam

memenuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam

organisasi

v. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT

mengikut format yang ditetapkan.

vi. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori

yang telah dipelajari.

3
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

i. Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelatih

sepanjang tempoh latihan berjalan.

ii. Mendedahkan dan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci

tentang apa yang dapat di pelajari semasa menjalani latihan

industri.

iii. Untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelatih itu sendiri dan

pelajar-pelajar yang lain.

iv. Melatih pelatih supaya mematuhi peraturan dan garis panduan

yang telah ditetapkan semasa membuat laporan.

v. Merupakan salah satu syarat wajib yang dikenakan kepada pelatih

yang telah menjalani latihan industri.

1.4 Kepentingan On-The Job Training (OJT) Kepada Pelajar

Menjalani On-The Job Training (OJT) merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar

Kolej Vokasional . Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus

Diploma.

Ketika menjalani On-The Job Training (OJT) selama 5 bulan, pelajar bukan sahaja

didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan segala teori dan

amali yang dipelajari di Kolej Vokasional . Semasa di Kolej Vokasional , pelajar

4
didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani OJT ini juga pelajar dapat

mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar .

On-The Job Training (OJT) juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar

sebagai pekerja. OJT sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih

matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam

pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya

menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai

yang berpangkat tinggi.

Selama 5 bulan menjalani OJT, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan

yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah

menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan

yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang

dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa

mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan. Begitulah jika

kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan

pendirian yang sentiasa berubah - ubah.

Kesimpulan yang saya dapat melalui On-The Job Training (OJT) ini ialah saya

menerima banyak pendedahan dalam dunia perniagaan ini. Saya merakamkan jutaan

terima kasih kepada juga pihak Kolej Vokasional Kangar yang memberi peluang kepada

pelajar - pelajarnya mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan On-The Job

Training (OJT).

5
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 Pengenalan

Ringkasan aktiviti On-The Job Training (OJT) ini ditulis dalam bentuk ringkasan

mingguan yang bermula dari minggu pertama hingga minggu terakhir. Sepanjang saya

menjalani On-The Job Training (OJT) selama hampir 5 bulan di Projek PPR AYER

HITAM, Kedah di bawah Syarikat Bdb Synergy Sdn Bhd.

3.2 Aktiviti Yang Dijalankan Semasa Latihan Industri

Jadual 3.2 dibawah menunjukkan ringkasan aktiviti yang dilakukan sepanjang

menjalani On-The Job Training (OJT) di Projek PPR JERLUN , Ayer Hitam, Kedah.

11
Jadual 3.2 : Ringkasan aktiviti mingguan
MINGGU TARIKH AKTIVITI

1 27/11/2017-30/11/2017

2 3/12/2018-7/12/2018 

 
9/12/2018-
3 14/12/2018
 Melakukan kerja
penggalian untuk
pemasangan paip
najis kumbahan
 Melakukan kerja
pemasangan kotak
bentuk tiang rumah
teres
 Melakukan ujian
penurunan konkrit
untuk mengetahui
 kebolehkerjaan
 
 Melakukan kerja
membengkok besi di
Abutment stuktur
Jambatan
 Melakukan kerja
pemotongan tanah
level apron (taska)
 Melakukan kerja
konkrit slab rumah
 teres
4 16/12/2018-21/12/2018 

 Membuat blogspot untuk MiB

River Cruise

 Perbaiki sistem HTML


5 23/12/2018-28/12/2018
Blogspot supaya lebih stabil

 Mencatat sales harian trip

boat

 Publish blogspot MiB River

Crusie

 Mencipta borang
6 30/12/2018-4/01/2018 maklumbalas pelanggan

secara online

 Mengemaskini segala

maklumat baru di blogspot

 Mengikuti trip Siti Nabila ke

Tambatan Diraja
7 6/01/2018-11/01/2018
 Mencatat sales harian trip
boat QC/Siti Nabila

13
 Mengemaskini blogspot MiB

River Cruise

 Mencatat sales bulanan


8 13/01/2018-18/01/2018
QC/Siti Nabila

 Perbaiki sistem (HTML)

blogspot

 Mesyuarat bersama Jabatan

Pengurusan Strategik

Perniagaan (SBU)

 Membuat facebook pages

(PROKEL BIZZ)
9 20/01/2018-25/01/2018
 Menyambut Birthday Party on

Boat Siti Nabila ( Untuk

Marketing )

 Mencatat sales harian trip

boat QC/Siti Nabila

 Mengumpul semua maklumat

berkaitan perkhidmatan yang

ditawarkan Prokel
10 27/01/2018-1/02/2018
 Mengemaskini laman web

www.prokel.com.my

 Mesyuarat bersama En.

14

 Melakukan kerja
pemasangan wall panel
acotec rumah B4
 Melakukan kerja konkrit
‘roof beam’ Surau
 Melakukan kerja
pemasangan paip elektrik
conduit rumah teres B2

11 3/02/2018-8/02/2018 

 Melakukan kerja
12 10/02/2018-15/02/2018 pemasangan wall panel
acotec rumah teres
 Melakukan kerja konkrit
slab ‘clarifier tank
stp(sewerage treatment
 plant)
 Melakukan kerja menutup
paip ‘cable’ acontank
dengan mortar simen

15
 Melakukan kerja
konkrit wall ‘clarifier
tank stp(sewerage
treatment plant)
 Melakukan kerja
pemadatan batu
hardcore pada lapisan
asas rakit
 Melakukan kerja besi
tetulang untuk rasuk
tingkat 3 elevated water
tank
 Melakukan kerja
konkrit slab asas rakit
rumah teres B13

13 19/02/2018-22/02/2018

 Melakukan kerja
menanggalkan kotak
bentuk ‘capping beam’
rumah teres
 Melakukan kerja
pemasangan kotak
bentuk ‘capping beam’
rumah teres
 Melakukan kerja
konkrit ‘third floor
beam’elevated water
tank



14 24/02/2018-1/03/2018

 
 Melakukan kerja
15 3/03/2018-8/03/2018 
pemasangan kotak
bentuk ‘wall
clarifier tank di
stp(sewerage
treatment plant)
 Melakukan kerja
konkrit third floor
beam ‘elevated
water tank’
 Melakukan kerja
pemasangan wall
panel acotec rumah
teres B7
 Program kembara
BDB SIRI 03

16


 Melakukan kerja
mengisi simen mortar
ke dalam wall panel
acotec rumah teres B2
 Melakukan kerja
pemasangan paip
elektrik conduit rumah
teres B6
 Melakukan kerja
konkrit slab rumah teres
B16

16 10/03/2017-15/03/2017

 Melakukan kerja
mengecat ‘sheet
pile’permanent di
sekitar Abutment
 Melakukan kerja
konkrit slab ‘inlet
chamber & screen
chamber wall stp
(sewerage treatment
plant)
 Melakukan kerja
melepa ‘party wall’
17 17/03/2017-22/03/2018  rumah teres




 Melakukan kerja hacking


wall panel acotec untuk
kerja pemasangan paip
air ABS(Acrlonitrile
Butadinene Stryene)
 Melakukan kerja
penanaman ‘sheet
pile’permanent di sekitar
Abutment Jambatan
 Melakukan kerja ‘sub-
frame’untuk tingkap di
18 24/03/2018-29/03/2018 struktur Dewan
 Melakukan kerja mengisi
simen mortar ke dalam
wall panel acotec
 Melakukan kerja
pemasangan wall panel
acotec rumah teres
 Melakukan kerja konkrit
‘capping beam’ rumah
19 31/04/2018-5/04/2018 teres
20 7/04/2018-12/04/2018  Melakukan pemasangan
 Kerja pemasangan
kerangka pintu dan
melakukan kerja mengisi
simen mortar ke dalam
wall panel acotec

 Melakukan kerja
pemasangan wall panel
panel (lintol) rumah teres
 Melakukan kerja melepa
di permukaan bata untuk
struktur ‘Dewan’
 CUTI ISRAK MIKRAJ
 Melakukan kerja
mengikat bata ‘party
wall’ rumah teres
 Melakukan kerja
pemasangan kotak bentuk
21 14/04/2018-19/04/2018 ‘capping beam’
 Melakukan kerja
pemasangan wall panel
acotec rumah teres
 Melakukan kerja
pemasangan paip air
ABS(Acrylonitrile
Butadiene Styrene)
 Melalukan kerja konkrit
“capping beam” rumah
22 21/04/2018-26/04/2018  teres

17
3.3 Kesimpulan

Tuntasnya, sepanjang menjalani Latihan Industri, sudah tentu banyak meninggalkan

impak yang tinggi kepada saya terutama dalam bidang berkaitan dunia perniagaan. Di

antara kerja yang saya jalankan di sini boleh dikatakan hampir keseluruhannya belum

saya ketahui.

Secara jujurnya, saya tersangat berpuas hati dengan segala kerja yang diberikan oleh

pihak syarikat kepada saya. Kerja – kerja tersebut sangat sesuai selaras dengan status

saya sebagai seorang staff praktikal dan INSYAALLAH dengan ilmu yang diberikan

kepada saya akan digunakan sepenuhnya alam pekerjaan nanti.

18
32
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan

5.1.1 Komunikasi perlu dipertingkatkan

Komunikasi merupakan salah satu aspek yang penting dalam alam pekerjaan. Ia

penting untuk sesebuah organisasi yang sedang membangun kerana apabila pekerja

mengamalkan komunikasi yang berkesan, pelanggan-pelanggan akan lebih yakin dengan

organisasi tersebut.

Bagi memastikan sesebuah organisasi terus maju dan membangun, sikap menuding

jari dan saling menyalahkan sesiapa sahaja tidak harus terjadi dalam sesebuah

organisasi. Elakkan perkara itu daripada terjadi di organisasi kerana komunikasi juga

melambangkan sesebuah organisasi yang maju.

Seharusnya perbincangan perlu ada dalam sesebuah organisasi untuk mengelakkan

terjadinya perselisihan faham antara pekerja-pekerja dan juga majikan masing-masing.

Program latihan ini akan menimbulkan kesedaran serta dapat meningkatkan minat

33
pelajar terhadap matapelajaran yang dipelajari di Kolej Vokasional . Kita dapat lihat

kesannya apabila menjalani On-The Job Training (OJT) di mana segala ilmu yang

diperolehi sebelum menjalani OJT amat berguna dan ianya akan digunakan sepenuhnya

semasa menjalani Latihan Industri.

Dalam hal ini, setiap ketua jabatan harus bijak memainkan peranan sebagai seorang

ketua. Beliau seharusnya lebih mengambil berat mengenai masalah kakitangan bawahan

supaya dapat membentuk satu pasukan kerja yang lebih baik dan mantap.

Begitu juga dengan kakitangan bawahan seharusnya lebih bersikap terbuka dalam

usaha menyuarakan pendapat masing-masing. Tindakan ini akan dapat membantu dalam

usaha membentuk pasukan kerja yang saling bekerjasama bagi memberikan

perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai khususnya pengguna.

34
5.2 Cadangan

Disini terdapat beberapa cadangan yang dapat saya kongsi bersama antaranya ialah:

5.2.1 Mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.

Organisasi yang mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dapat membantu

meningkatkan kualiti organisasi terbabit. Bdb Synergy seharusnya mengaplikasikan

budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan kakitangan yang mahir dalam tugas yang

dilakukan.

Setiap kakitangan mestilah sentiasa menepati masa datang ke tempat kerja bagi

mengelakkan sebarang penagguhan kerja yang diminta oleh pihak pengguna. Urusan

yang dilakukan dengan cepat dan tepat dapat meyakinkan lagi minat pengguna untuk

mendapat servis daripada pihak syarikat ini. Ini sekaligus dapat membantu menjaga

nama baik syarikat dan dapat melonjakkan nama baiknya.

Hubungan yang erat dan mesra juga perlu diwujudkan antara semua kakitangan bagi

mewujudkan suasana kerja yang lebih ceria dan lebih menyenangkan. Mereka juga perlu

memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pengguna walaupun penat dengan

segala urusan yang mereka lakukan.

Perkhidmatan yang kurang menyenangkan boleh menjejaskan hubungan antara

pengguna dan kakitangan.Setiap urusan juga perlu disegerakan dan mengamalkan sikap

bertolak ansur dan bekerjasama dengan pelanggan. Setiap kakitangan juga perlu

35
berpegang kepada polisi syarikat untuk meningkatkan mutu kerja dan bertanggungjawab

bagi memastikan keperluan setiap pengguna disempurnakan.

Berpegang kepada prinsip polisi syarikat juga merupakan satu langkah bijak kerana ia

merupakan satu garis panduan untuk sesebuah organisasi mengetahui kekuatan,

kelemahan, ancaman dan peluang yang ada dalam organisasi tersebut. Setiap pandangan

dan kritikan yang membina daripada pelanggan dapat diperbaiki kelemahan yang wujud

dalam BDB SYNERGY SDN BHD .

5.2.2 Firma/Organisasi Yang Berkenaan

Diharapkan supaya pihak firma tidak menyalahgunakan pelajar praktikal yang akan

menjalani latihan di premis mereka. Adalah diharapkan supaya pihak firma memberikan

tunjuk ajar dan maklumat yang berguna kepada anak buah mereka dan tidak

mementingkan organisasinya semata-mata. Setiap syarikat sepatutnya memberikan

penerangan tentang tugas yang perlu dilakukan oleh pelajar dan jangan biarkan pelajar

tersebut goyang kaki.

Sesetengah syarikat yang memberi tugas di luar bidang pengajian pelajar yang

mengakibatkan pelajar tersebut sukar untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang diberi.

Ia juga menyebabkan pelajar gagal untuk memberikan sepenuh tumpuan dan komitmen

terhadap tugasan.

36
BAB 6

KESIMPULAN

Selama 5 bulan menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan

pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah

menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan

yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang

dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa

mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa-apa kesan. Begitulah jika kita

beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian

yang sentiasa berubah-ubah. Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak

perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan

sekerja. Ia secara langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap rasional terhadap

diri saya sendiri.

Walaubagaimanapun masih wujud beberapa kelemahan yang dapat diperbaiki pada

masa hadapan. Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program On-The Job Training

(OJT) banyak memberi manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil

yang sedikit sebanyak mencacatkan keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki

pada masa hadapan.

37
Kesimpulan yang saya dapat melalui On-The Job Training (OJT) ini ialah saya

menerima banyak pendedahan dalam dunia pembinaan ini. Saya merakamkan jutaan

terima kasih kepada juga pihak Kolej Vokasional Kangar yang memberi peluang kepada

pelajar-pelajarnya mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.

38

Anda mungkin juga menyukai