Anda di halaman 1dari 40

KOLEJ VOKASIONAL ARAU

GARIS PANDUAN PROGRAM


LATIHAN SANGKUTAN
INDUSTRI
(LSI)
ISI KANDUNGAN

Sepatah Kata i
Senarai Kependekan ii
Tafsiran iii

Muka Surat

Peraturan Latihan Sangkutan Industri 1-7

Borang

Contoh Borang Permohonan Latihan Sangkutan Industri


8 – 11
(KVA-LSI-001)

Laporan Lawatan Latihan Sangkutan Industri


(KVA-LSI-002) 12

Lampiran

Lampiran 1 Syarat-syarat Latihan Sangkutan Industri 13

Lampiran 2 Contoh Senarai Tugas Hakiki 14

Lampiran 3 Format Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan 15


Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Industri

Lampiran 4 Laporan Tugasan Latihan Sangkutan Industri 16 - 17

Lampiran 5 Laporan Akhir Latihan Sangkutan Industri 18 - 19

Lampiran 6 Kadar Bayaran Elaun Latihan Industri 20 - 21

Lampiran 7 Contoh Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran 22


Berkelayakkan LSI

Lampiran 8 Contoh Borang Tuntutan Elaun LSI 23 - 28

Lampiran 9 Senarai Semak Tuntutan Elaun LSI 29

Lampiran A Kadar Elaun Makan / Hotel / Lojing 30


Lampiran B Kadar Elaun Kenderaan 31

Lampiran C Kadar Elaun Makan ( Sehari Sebelum / Selepas 32


Latihan Sangkutan Industri)

Lampiran D Carta Alir Latihan Sangkutan Industri 33 - 34


SEPATAH KATA

Garis panduan ini disediakan khusus untuk pegawai yang terlibat dengan latihan
kemahiran bagi mengikuti Latihan Sangkutan Industri (yang diselaraskan oleh Unit Latihan dan
Kemajuan Staff (ULKS) Kolej Vokasional ARAU.

Latihan Sangkutan Industri adalah penting dalam usaha memastikan pegawai yang
terlibat dengan latihan kemahiran mengetahui perkembangan dan kehendak industri semasa.
Penempatan Latihan Sangkutan Industri adalah perlu dilakukan kepada mereka bagi memberi
pengalaman dan pengetahuan supaya dapat diadaptasikan dalam pengajaran di tempat latihan
masing-masing.

Selain daripada itu, budaya kerja di swasta juga dapat diterapkan di institusi latihan
kemahiran awam supaya pengajar yang terlibat dapat menggunakan pengalaman yang berharga
tersebut di tempat kerja dalam usaha meningkatkan kualiti tenaga mahir yang dikeluarkan.

Dengan adanya panduan ini, semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Latihan
Sangkutan Industri akan jelas tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Pengarah
Kolej Vokasional ARAU
PERLIS

i
SENARAI KEPENDEKKAN

LSI Latihan Sangkutan Industri

PV Pensyarah Vokasional

PF Pegawai Firma

PLI Penyelia Latihan Industri

ii
TAFSIRAN

’Latihan Sangkutan Industri’ ertinya satu tempoh yang khusus pengajar vokasional bekerja di
firma/syarikat perniagaan atau industri, menerima pendedahan persekitaran kerja yang sebenar
secara terancang dan diselia oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan di industri.

’Pegawai’ ertinya Pegawai Dalam Latihan.

’Bahagian Pengurusan Latihan Industri’ ertinya unit yang bertanggungjawab menguruskan


program Latihan Sangkutan Industri.

’Firma’ ertinya syarikat perniagaan atau industri yang terlibat menerima pengajar vokasional
menjalani Latihan Sangkutan Industri.

’Pegawai Firma’ ertinya pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh syarikat atau industri yang
terlibat dalam program Latihan Sangkutan Industri untuk membimbing dan menyelia pensyarah
vokasional.

’Penyelia Latihan Industri’ ertinya personel yang dilantik oleh Kolej Vokasional ARAU untuk
melakukan lawatan pemantauan pegawai yang sedang menjalani Latihan Sangkutan Industri.

’Pensyarah Vokasional’ ertinya pegawai-pegawai yang terlibat melaksanakan program Latihan


Sangkutan Industri di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan.

iii
PERATURAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (INDUSTRIAL ATTACHMENT) DI
BAWAH KELOLAAN KOLEJ VOKASIONAL ARAU, PERLIS

1.0 PENGENALAN

1.1 OBJEKTIF LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

a) Mendedahkan pegawai kepada persekitaran kerja sebenar di industri.


b) Memupuk semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara
pegawai dan pekerja industri.
c) Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengetahuan teori dan praktikal.
d) Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri sebenar.
e) Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran
terutamanya apabila berdepan dengan peserta kursus dari industri.
f) Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar & pengajar
lain setelah tamat latihan.

1.2 SYARAT LATIHAN

Dalam menentukan pegawai yang layak untuk menjalani Latihan Sangkutan


Industri (LSI), syarat-syarat perlu dipenuhi sebelum menjalankan latihan seperti
dinyatakan pada Lampiran 1.

1.3 TEMPOH LATIHAN

Tempoh Latihan Sangkutan Industri adalah ditetapkan selama tiga (3) bulan.

2.0 TATACARA PERMOHONAN/PENCALONAN

2.1 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI

2.1.1 Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang


permohonan (KVA-LSI-001) secara talian (online) terlebih dahulu
sebelum dicetak dan dihantar kepada Kolej Vokasional ARAU.

2.1.2 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar melalui
Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing dengan disertakan
bersama-sama:

a) Salinan kelayakan akademik atau kelayakkan yang setaraf dengannya


(jika ada);

1
b) Salinan kelayakan kemahiran (jika ada);

c) Senarai tugas hakiki di institut/jabatan (lihat contoh Lampiran 5).

d) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin


diperolehi di firma yang dicadangkan (lihat contoh Lampiran 6).

2.1.3 Semua salinan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh


Pegawai Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan
dan Profesional atau setaraf atau lebih tinggi.

2.1.4 Permohonan dengan dokumen yang tidak lengkap dan tidak melalui
Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan serta tidak memenuhi syarat
kelayakan yang ditetapkan tidak akan diproses untuk tujuan
pertimbangan.

2.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/KETUA PERKHIDMATAN

2.2.1 Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan adalah dinasihatkan supaya


membuat semakan yang teliti dan memberi sepenuh perhatian kepada
syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, adalah menjadi
tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk
memperakukan pegawai-pegawai yang sesuai serta memenuhi syarat-
syarat yang ditetapkan.

2.2.2 Hanya pencalonan yang disokong dan diperakukan oleh Ketua


Jabatan/Ketua Perkhidmatan sahaja yang perlu dikemukakan kepada
Jabatan ini. Perakuan pencalonan mestilah dikemukakan bersama-sama
dokumen-dokumen di Para 2.1.2

3.0 ETIKA PEGAWAI YANG MENJALANI LATIHAN

Pensyarah Vokasional adalah bertanggungjawab mematuhi undang-undang, peraturan


serta arahan yang ditentukan oleh firma berkenaan dan pegawai masih terikat kepada
Peraturan Perkhidmatan Awam.

3.1 DISIPLIN

Pegawai hendaklah menunjukkan disiplin yang tinggi dan berkelakuan baik


semasa dalam latihan. Pegawai terlibat mestilah berusaha untuk menjayakan
latihan mereka serta menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun dan
faham memahami dengan pekerja lain di tempat latihan. Nilai etika
perkhidmatan awam hendaklah sentiasa diamalkan walaupun berada di dalam
sesi latihan di firma.

2
3.2 WAKTU BEKERJA

Pegawai hendaklah mematuhi masa kerja yang ditetapkan oleh pihak firma.
Kerja lebih masa adalah digalakkan jika diminta oleh firma berkenaan.

3.3 CUTI

Cuti dalam tempoh latihan adalah tidak dibenarkan kecuali atas sebab
kecemasan. Kelulusan cuti kecemasan hendaklah mendapat kebenaran daripada
firma dan dipanjangkan ke Unit Latihan dan Kemajuan Staff, Kolej Vokasional
ARAU untuk rekod.

3.4 PAKAIAN

Pegawai hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh firma yang
berkenaan.

3.5 PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN

Pegawai hendaklah menjalani latihan di tempat yang telah dipersetujui di


peringkat awal sehingga tamat latihan.

Pegawai tidak dibenarkan menukar tempat latihan yang ditetapkan kecuali


dengan kebenaran daripada Ketua Jabatan.

3.6 KERAHSIAAN

Pegawai hendaklah menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang


diperolehi dari latihan ini hanya untuk tujuan pembelajaran dalam latihan yang
dikendalikan di masa akan datang tanpa mendedahkan maklumat sulit yang
boleh menjejaskan firma tempat latihan yang berkenaan. Semua bahan yang
dibukukan sebagai laporan hendaklah mendapat kebenaran daripada Pegawai
Firma (PF).

3.7 LAPORAN TUGASAN

Pegawai yang menjalani LSI hendaklah menyediakan laporan tugasan mengikut


format yang telah di sediakan oleh Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS)
sepertimana Lampiran 2. Buku ini hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan dan
perlu diserahkan pada bila-bila masa diminta atau semasa lawatan Penyelia
Latihan Industri (PLI) ke tempat latihan.

Tujuan Laporan Tugasan:

a) Menunjukkan kerja / aktiviti dengan ringkas untuk memudahkan pegawai


terlibat menyediakan laporan akhir LSI yang lengkap;

b) Membantu PLI memantau aktiviti pensyarah vokasional sepanjang tempoh


latihan;

3
c) Sebagai rekod dan rujukan pegawai setelah tamat latihan.

3.8 LAPORAN AKHIR

Pegawai yang selesai menjalani latihan hendaklah menyediakan laporan akhir


untuk melaporkan deskripsi kerja yang telah dilakukan sepanjang tempoh
latihan secara keseluruhan. Format laporan boleh didapati dalam Lampiran 3.

Laporan Akhir hendaklah diserahkan kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf
(ULKS) dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir pengawai menjalani
Latihan Sangkutan Industri.

3.9 TUNTUTAN ELAUN

3.9.1 Pegawai yang menjalani latihan layak untuk menuntut elaun yang
berkaitan. Kadar tuntutan elaun boleh dirujuk pada Lampiran 4. Tuntutan
elaun bulanan yang berkelayakan hendaklah diterima oleh pihak kolej
tidak melebihi tarikh 5hb dari bulan berikutnya.

3.9.2 Tuntutan elaun LSI bulan pertama hendaklah dikemukakan bersama-sama


Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bulanan LSI (lihat contoh
Lampiran 7).

3.9.3 Pembayaran tuntutan elaun adalah berdasarkan prinsip keistimewaaan


dan bukan hak pegawai. Elaun-elaun yang berkelayakkan boleh ditarik
pada bila-bila masa sekira dikehendaki.

3.10 KEHADIRAN MENJALANI LATIHAN

Pegawai yang sedang menjalani LSI adalah dianggap sedang berkursus dan
pegawai tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan latihan atas sebab
menghadiri sebarang kursus, bengkel, seminar, pertandingan atau apa-apa jua
pun aktiviti jabatan sepanjang LSI.

3.11 PENANGGUHAN / PEMBATALAN

Pegawai yang sedang menjalani LSI adalah tidak dibenarkan menangguhkan


atau membatalkan latihan kecuali dengan kebenaran Ketua Jabatan.

3.12 RAWATAN PERUBATAN

Prosedur rawatan sebagai kakitangan kerajaan hendaklah digunapakai untuk


tujuan ini. Pegawai tidak dibenarkan menggunakan peruntukan firma untuk

4
mendapatkan rawatan di mana-mana pusat perubatan swasta kecuali jika
dibenarkan oleh firma berkenaan.

4.0 TANGGUNGJAWAB FIRMA

4.1 Firma bertanggungjawab menempatkan pensyarah vokasional di bahagian/unit


yang bersesuaian dengan bidang kemahiran pensyarah vokasional;
4.2 PF bertanggungjawab merencanakan latihan yang mencukupi dan bersesuaian
sepanjang tempoh latihan serta digalakkan berbincang dengan pensyarah
vokasional bagi memastikan objektif latihan tercapai;
4.3 PF hendaklah memastikan bahawa program LSI memenuhi kriteria yang
ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional ARAU.
4.4 Firma hendaklah menguruskan hal ehwal pentadbiran pensyarah vokasional
seperti kad perakam waktu, peralatan dan pakaian keselamatan dan
sebagainya;
4.5 PF hendaklah membantu serta membimbing pensyarah vokasional dari semasa
ke semasa sewaktu pensyarah vokasional melaksanakan latihan;
4.6 PF bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan tugasan yang
disediakan oleh pensyarah vokasional.
4.7 Firma bertanggungjawab menjaga kebajikan pensyarah vokasional sepanjang
tempoh latihan termasuk semasa melaksanakan tugasan luar.

5.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN INDUSTRI

Ketua Jabatan bertanggungjawab melantik PLI secara rasmi untuk menjalankan lawatan
kepada pensyarah vokasional di penempatan LSI. Lawatan ini bertujuan untuk
memantau dan melihat perkembangan pensyarah vokasional.

5.1 LAWATAN
Sepanjang tempoh latihan, lawatan perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali ke
firma penempatan LSI.

5.1.1 Prosedur Sebelum Lawatan


a) Terima memo arahan lawatan berserta jadual perjalanan;
b) Mengesahkan kehadiran lawatan ke firma;
c) Semak dokumen lawatan yang berkaitan.

5.1.2 Prosedur Semasa Lawatan


a) Berjumpa pihak firma (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan
menyatakan tujuan lawatan;
b) Mengadakan sesi perbincangan bersama pensyarah vokasional dan PF.

5
5.1.3 Prosedur Selepas Lawatan
a) Menyediakan Laporan Lawatan LSI (KVA-LSI-002) dan
mengemukakan kepada PPLI dalam tempoh satu (1) minggu selepas
lawatan;
b) Mengemukakan tuntutan perjalanan ke Unit Latihan dan Kemajuan
Staff (ULKS) dalam tempoh satu (1) minggu selepas lawatan.

6.0 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELARAS LATIHAN INDUSTRI

6.1 Mengurus penempatan pegawai yang menjalani LSI;


6.2 Bekerjasama dengan PF dalam perkembangan dan hal ehwal kebajikan
pensyarah vokasional sepanjang tempoh menjalani LSI;
6.3 Mengurus dan menyelaras lawatan pemantauan pensyarah vokasional yang
terlibat dengan program LSI;
6.4 Mengurus dan menyelaras Laporan LSI yang disediakan oleh pensyarah vokasional
6.5 Mengurus tuntutan-tuntutan berkaitan yang dikemukakan oleh pensyarah
vokasional dan PLI.

7.0 PERLINDUNGAN

Perlindungan yang disediakan oleh Kolej Vokasional ARAU adalah takaful berkelompok yang
bertujuan melindungi pegawai sepanjang tempoh latihan.

8.0 PERSIJILAN

Pegawai yang berjaya menamatkan latihan bolehlah diberi surat perakuan tamat
sangkutan industri oleh firma.

6
9.0 TARIKH KUATKUASA

9.1 Pemakaian panduan ini berkuatkuasa mulai 01 November 2019.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungi
Pegawai Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS).

9.2 Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengarah
Kolej Vokasional ARAU
Jln. Padang Nyu
02600 ARAU
PERLIS

Disemak Oleh :

ZARINA BINTI MD ZAIN


Timbalan Pengarah Akademik
Kolej Vokasional Arau
PERLIS

Disahkan Oleh :

MOHD JELANI BIN YAACOB


Pengarah
Kolej Vokasional Arau
PERLIS
KVA-LSI-001
[Pin. 1/2011]

UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI


KOLEJ VOKASIONAL ARAU
Gambar
PERMOHONAN MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

ARAHAN:
1. Lengkapkan borang dengan jelas, sila rujuk panduan kod di mana berkaitan.
2. Perlu diisi dalam satu (1) salinan.

A.BUTIR-BUTIR DIRI

*1. Nama
Penuh

*2. No KP (Baru) - -

*3. No K/P (Lama) *4. Tarikh Lahir


(Hari) (Bulan) (Tahun)

*5. Umur

*6. Negeri Lahir (rujuk panduan kod) *7. Taraf Perkahwinan K - Kahwin B - Bujang
C - Cerai

*8. Jantina L - Lelaki P - Perempuan *9. Keturunan (rujuk panduan kod)

*10. Agama I - Islam L - Lain-lain *11. Kecacatan (rujuk panduan kod)

B. BUTIR-BUTIR PERKHIDMATAN SEKARANG


*12. Jabatan: *13. Kementerian:

*14. Alamat Tempat Bertugas:

*15. Telefon (a) Pej :


(b) Rumah :
(c) Bimbit :

*16. No. Faks :


*17. Emel :

*18. Gred Jawatan: - *19. Bidang Kemahiran:

*20. Tarikh Lantikan:

(Hari) (Bulan) (Tahun)

*21. Tarikh Disahkan

(Hari) (Bulan) (Tahun)

8
C. KELAYAKAN AKADEMIK
*22. Kelayakan: Program Universiti/Kolej Tahun
(a) Sijil

(b) Diploma

(c) Ijazah Pertama

(d) Ph.D/Sarjana/
Dip.Lepasan Ijazah

D. KELAYAKAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM/DKM/DLKM)


*23. Kelayakan: Kod NOSS Program NOSS Institut Latihan Tahun
(a) Sijil

(b) Diploma

(c) Diploma Lanjutan

E. SYARIKAT YANG DIPOHON UNTUK LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI


Cadangan 1
*24. Nama Firma:

*25. Alamat Penuh Firma:

*26. Jenis Produk/Perkhidmatan :


*27. No. Tel (Pej) :
*28. No. Faks :
*29. Emel :
30. Laman Sesawang Firma :

31. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) :


(Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb)

Cadangan 2
*32. Nama Firma:

*33. Alamat Penuh Firma:

*34. Jenis Produk/Perkhidmatan :


*35. No. Tel (Pej) :
*36. No. Faks :
*37. Emel :
38. Laman Sesawang Firma :

39. Berdaftar/Tidak berdaftar dengan mana-mana Persatuan Industri(Nyatakan) :


(Cth: FMM, CIDB, PKK, dsb)

* Waj ib diisi

9
F. PENGAKUAN PEMOHON ( Tandakan (/) pada kotak yang disediakan )
*40.(a) Saya mengaku bahawa saya :

(i) telah mengisytiharkan harta;


(ii) tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal.

(b) Saya mengaku bahawa semua keterangan di atas adalah benar pada tarikh pendaftaran ini dan saya
bertanggungjawab terhadap maklumat berkenaan. Saya faham bahawa pihak Kolej Vokasional ARAU berhak
menarik balik permohonan ini sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak benar. Saya juga bersetuju
bahawa pihak Kolej Vokasional ARAU berhak menggantikan penempatan firma yang berlainan dari apa yang
dipohon.

Tarikh:
( Tandatangan Pemohon )

G. PERAKUAN KETUA JABATAN ( *Potong yang tidak berkaitan )


(a) Tindakan Tatatertib: *ADA / TIADA

(b) Pegawai *DISOKONG / TIDAK DISOKONG untuk dilepaskan menjalani Latihan Sangkutan Industri yang dipohon.

Saya mengesahkan bahawa semua kenyataan yang diberikan oleh


adalah benar dan permohonan beliau
adalah lengkap.

Tarikh:
(Tandatangan Ketua Jabatan)

Nama:

Jawatan:

Cop Rasmi Jabatan:

Notis : Sila sertakan dokumen yang disahkan seperti berikut :

1) Salinan kelayakan akademik atau kelayakan yang setaraf dengannya (jika ada).
2) Salinan kelayakan kemahiran (jika ada).
3) Senarai tugas hakiki di institut / jabatan.
4) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di firma yang dicadangkan.

10
PANDUAN KOD

A. BUTIR-BUTIR DIRI

6. Negeri Lahir

01PERLIS
02Kedah
03Kelantan
04Melaka
05Negeri Sembilan
06Pahang
07Perak
08Perlis
09Pulau Pinang
10Selangor
11Terengganu
12Wilayah Persekutuan
13Sabah
14Sarawak
15Lain-lain
16W.P. Labuan

9. Keturunan

01Melayu
02Cina
03India
04Orang Asli Semenanjung
07Kadazan/Dusun
08Murut
09Bajau, Ilanau
10Lain-lain Bumiputera Sabah
13Melanau
14Iban
15Bidayuh
16Lain-lain Bumiputera Sarawak
17Lain-lain

11. Kecacatan

A Buta
B Buta Warna
C Mendengar dengan alat bantuan
D Pekak
E Bisu
F Gagap
G Cacat Kaki
H Cacat Tangan
I Lumpuh
J Kecacatan Lain

11
KVA-LSI-002
LAPORAN LAWATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Tarikh Lawatan :
Pegawai Latihan Industri :

Tandakan ( √ ) bagi 'Kriteria' yang telah lengkap dan ( X ) bagi 'Kriteria' yang belum lengkap.

Kriteria
Bil Nama *P.V Firma Tempoh **L.S.I Pegawai Firma
1 2 3 4
1.
2.

3.

1. Kriteria

1 P.V telah melapor diri di Firma 3 Jadual Tugasan P.V

2 Penempatan P.V di bahagian/unit yang bersesuaian 4 Laporan Tugasan (Buku Log)

2. Catatan / Ulasan ***P.L.I

Tandatangan P.L.I :

Tarikh :

Cop Jabatan :

*Pegawai Dalam Latihan **Latihan Sangkutan Industri ***Pegawai Latihan Industri

12
Lampiran 1

SYARAT – SYARAT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI:

1. Pegawai telah bekerja selama tiga (3) tahun ataupun lebih dalam perkhidmatan kerajaan

dan telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.

2. Mematuhi syarat genap tempoh tamat lima (5) tahun mengikuti Latihan Sangkutan Industri

sebelumnya.

3. Bebas daripada pertuduhan dan tindakan tatatertib.

4. Telah mengistiharkan harta.

5. Latihan Industri yang diminta hendaklah berkaitan dengan tugasan harian.

6. Tidak hamil, sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit kritikal yang boleh

menjejaskan keupayaan pegawai yang akan menjalani Latihan Sangkutan Industri.

7. Telah mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan masing-masing.

13
Lampiran 2

SENARAI TUGAS HAKIKI

Jawatan : Ketua Program Teknologi


Penyandang :
Tanggungjawab : Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan, Timbalan
Pengarah Akademik dan Pengarah

1. Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional


sejajar dengan keperluan industri.
2. Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan
kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.
3. Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian “work
load” semua Pembantu/Penolong Latihan Vokasional.
4. Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan ‘software’ latihan.
5. Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta
makmal latihan.
6. Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian
latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang
dikendalikan.
7. Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan institut.
8. Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah
dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

Pengesahan Ketua Jabatan

…………………………………………
Nama :
Cop Jawatan :

14
Lampiran 3

SENARAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN YANG INGIN DIPEROLEHI DI INDUSTRI

Nama :
Jawatan :
Bidang :

Berikut adalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di industri bagi
membantu tugas di institut;
1. Contoh aktiviti latihan yang dijalankan.

Pengesahan Ketua Jabatan

…………………………………………
Nama :
Cop Jawatan :

15
Lampiran 4
LAPORAN TUGASAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI
Maklumat Pensyarah Vokasional

Nama :
No. Kad Pengenalan :
Alamat Tempat Bekerja :

No. Telefon ( Bimbit) :


No. Telefon ( Pejabat) :
Tempoh Latihan :
Industri Mula Latihan :
Tamat Latihan :

Maklumat Majikan
Nama Syarikat :
Alamat Syarikat :

No. Telefon Syarikat :


No. Faks Syarikat :
Pegawai Firma :
No. Telefon Pegawai Firma :

16
LAPORAN TUGASAN

Tarikh :
Tajuk Kerja / Tugas :

MAKLUMAT / RAJAH

PERKAKAS , BAHAN , OPERASI DAN LAIN - LAIN KESELAMATAN

Tandatangan P.V Tandatangan Pegawai Firma

17
Lampiran 5

LAPORAN AKHIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

MUKA HADAPAN

 Nama dan alamat majikan

 Nama (beserta gambar ukuran passport)

 Gred jawatan

 Kemahiran (bidang)

1.0 PENGENALAN

Terangkan latarbelakang, operasi, carta organisasi dll yang berkaitan dengan firma.

2.0 LAPORAN

2.1 Deskripsi Tugas

Rekod segala tugas yang dipertanggungjawabkan dan dibuat sepanjang tempoh latihan.

2.2 Rajah / Lukisan / Gambar

Masukkan mana-mana yang berkaitan.

2.3 Analisa Kos

Analisa kos berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan (jika berkaitan).

3.0 AKTIVITI TAMBAHAN

Nyatakan aktiviti, sumbangan dan lain-lain kegiatan anjuran firma yang disertai dalam
tempoh latihan (jika berkaitan).

18
4.0 KESIMPULAN

4.1 Nyatakan pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu bidang tugas
pegawai di jabatan masing-masing.

4.2 Cadangan

Nyatakan cadangan-cadangan bagi tujuan penambahbaikan.

5.0 LAMPIRAN

Sertakan lampiran sekiranya berkaitan.

19
Lampiran 6

KADAR BAYARAN ELAUN LATIHAN INDUSTRI

1. Latihan Industri jangkamasa pendek (≤ 3 bulan) dalam negeri :

1.1Luar Kawasan Ibu Pejabat (> 25 km) :

1.1.1 Elaun makan sepanjang tempoh Latihan Industri seperti di Lampiran A


jika tidak disediakan.

1.1.2 Elaun Lojing & Hotel sepanjang tempoh Latihan Industri seperti di
Lampiran A jika tidak disediakan.

1.1.3 Elaun perjalanan kenderaan dari hotel/loging ke tempat Latihan Industri


selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri seperti di Lampiran B.

1.1.4 Bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimun
kelayakannya atau Elaun loging dan Elaun makan bagi tempoh 2 hari
iaitu sehari sebelum dan sehari selepas Latihan Industri seperti di
Lampiran C.

1.15 Sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak
disediakan itu layak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan
penginapan sahaja disediakan, maka pegawai hanya layak menuntut
Elaun makan. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan
disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak
disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :

a) Sarapan pagi : 20% daripada elaun makan


b) Makan tengah hari : 40% daripada elaun makan
c) Makan malam : 40% daripada elaun makan

1.2 Dalam Kawasan Ibu Pejabat (≤ 25 km) :

1.2.1 Bayaran elaun sara hidup RM 15 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja.

1.2.2 Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat Latihan


Industri selama tempoh 6 (enam) hari Latihan Industri seperti di Lampiran B.

20
2. Kadar tuntutan elaun Latihan Industri adalah merujuk kepada pekeliling- pekeliling berikut:

a) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003


b) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005
c) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2006
d) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010

21
Lampiran 7
(KEPALA SURAT JABATAN)

Pengarah,
Kolej Vokasional ARAU,
Jln. Padang Nyu
02600 ARAU,
PERLIS.
(u.p: )

Tuan,

PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN BULANAN BAGI MENGIKUTI LATIHAN


SANGKUTAN INDUSTRI ANJURAN KOLEJ VOKASIONAL ARAU

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat tuan, bil.
………………………………. bertarikh ................. adalah berkaitan.

2. Untuk makluman tuan, pihak kami dengan ini mengesahkan bahawa kakitangan kami
hanya akan membuat tuntutan berkelayakkan di Kolej Vokasional ARAU dan tidak akan
membuat sebarang tuntutan yang sama di jabatan kami. Berikut adalah maklumat pegawai yang
berkaitan:

Nama :…………………………………………………………………..
Tarikh Latihan :…………………………………………………………………..
Firma :…………………………………………………………………..

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

………………………………...............................

Nama :……………………….............

Jawatan :……………………............... …………………….....


Cop Jabatan
Tarikh :……………………….............

22
TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI
BAGI BULAN /
(Bulan) (Tahun)

MAKLUMAT PEGAWAI

NAMA
(HURUF BESAR)
No. Kad Pengenalan
Gred / Kategori /
(Kumpulan (*))

Gaji Pokok : RM
Pendapatan (RM) Elaun-elaun : RM
Elaun Memangku : RM
Jumlah : RM

Nama Bank

No Akaun Bank

Jenis / Model :
Kenderaan No. Pendaftaran :
Kuasa (c.c.) :
Kelas Tuntutan :A/B/C/D
(Potong yang mana tidak berkaitan)

KOLEJ VOKASIONAL ARAU,


Alamat Pejabat Jln Padang Nyu
, 02600 ARAU,
PERLIS.

Alamat Semasa
Bertugas / Rumah

23
KENYATAAN TUNTUTAN
Waktu Jarak Jumlah
Tarikh Tempat / Tujuan
Bertolak Sampai (KM) RM

Tujuan:

(Salinan surat dilampirkan)

24
TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN

Jumlah Perjalanan : Kilometer Kelas Elaun Tuntutan :


Jumlah
Jumlah kilometer X sen/kilometer
(RM)

500 km pertama : km X sen/km

501 km -1000 km : km X sen/km

1001 km - 1700 km : km X sen/km

1701 km & seterusnya km X sen/km

Jumlah

TUNTUTAN ELAUN MAKAN / ELAUN HARIAN

hari X Elaun Makan sebanyak RM / hari :

hari X Elaun Makan sebanyak RM / hari :


(Sabah/Sarawak)

hari X Elaun Harian sebanyak RM 15.00/ hari :

Jumlah

TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH) / ELAUN LOJING

hari X BSH sebanyak RM / hari :

[ Resit : ]

Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Kerajaan:

hari X Elaun Lojing sebanyak RM / hari:

Jumlah

26
TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM

Teksi [Resit: ]:

Bas [Resit: ]:

Keretapi [Resit: ]:
Tambang Kapal
[Resit: ]:
Terbang
Feri [Resit: ]:

Lain-lain [Resit: ]:

Jumlah

TUNTUTAN PELBAGAI

Tol [Resit: ]:

Tempat Letak Kereta [Resit: ]:

Dobi [Resit: ]:

Pos [Resit: ]:

Telefon, Teleks, Faks [Resit: ]:


Kerugian pertukaran matawang asing (@ 3%)
[Bagi Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan dan Brunai
Darussalam sahaja]
Jumlah

JUMLAH TUNTUTAN

27
PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa:-

(a) perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas urusan rasmi;

(b) tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah
peraturan-peraturan bagi pegawai bertugas rasmi atau pegawai swasta kumpulan
ikhtisas / separa ikhtisas yang dilantik bertugas.

(c) perbelanjaan yang bertanda (*) jumlah sebanyak RM telah sebenarnya dilakukan
dan dibayar oleh saya;

(e) panggilan telefon sebanyak RM dibuat atas urusan rasmi, dan

(f) butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya
bertanggungjawab terhadapnya.

Tarikh :
(Tandatangan)

PENGESAHAN
Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.

Tarikh:…………………...… ………………………..……....…..…………………………
(Tandatangan)

………………………..……....…..…………………………
b.p. Ketua Setiausaha /
Pegawai Pengawal

PENDAHULUAN DIRI (jika ada)

Pendahuluan Diri diberi RM

Tolak Tuntutan sekarang RM

Baki dituntut / Baki dibayar balik RM

Catatan :
(*) - jika pegawai memilih untuk tidak menerima

SSB. (**) - potong mana yang tidak berkenaan.

28
Lampiran 9

SENARAI SEMAK TUNTUTAN ELAUN LSI

Bil. Perkara Status


Borang Tuntutan Asal
1.
* Lengkap dan bertandatangan
Surat Pengesahan Tuntutan Elaun Bulanan LSI
2.
* Dihantar bersama-sama tuntutan bulan pertama sahaja
Salinan buku / penyata bank
3.
* Nama pemegang akaun dan nombor akaun jelas
Butiran kehadiran bulanan
4.
* Disahkan oleh Pegawai Firma

5. Salinan Surat Penempatan LSI

6. Resit-resit yang berkaitan

29
Lampiran A

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOGING SEMASA MENJALANKAN
PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI DALAM NEGERI

Gred Elaun Makan (RM) Sewa Hotel (RM) Elaun Lojing (RM)

SEMENANJUNG MALAYSIA
45 hingga 52 60.00 145.00 60.00
41 hingga 44 45.00 130.00 55.00
27 hingga 40 40.00 80.00 35.00
17 hingga 26 40.00 80.00 40.00
1 hingga 16 35.00 65.00 35.00

SABAH, LABUAN DAN SARAWAK


45 hingga 52 80.00 160.00 70.00
41 hingga 44 65.00 140.00 60.00
27 hingga 40 55.00 100.00 50.00
17 hingga 26 55.00 100.00 45.00
1 hingga 16 50.00 80.00 40.00

30
Lampiran B

KADAR ELAUN KENDERAAN

1. Kelas dan sukatan kenderaan bagi menuntut hitungan perjalanan adalah seperti berikut :

Sukatan Selinder Kenderaan


Kelas Gaji
(s.s)
A Tidak kurang dari RM 2,323.41 sebulan 1400 s.s ke atas
B Tidak kurang dari RM 2,064.60 sebulan 1000 s.s ke atas
C Tidak kurang dari RM 1,611.28 sebulan Di bawah 1000 s.s
D Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Tidak kurang 175 s.s
E Kurang dari RM 1,611.28 sebulan Di bawah 175 s.s

2. Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama
ada di dalam ataupun di luar pejabatnya adalah layak menuntut Elaun perjalanan kenderaan
seperti berikut :

Kelas
Jarak perjalanan bertugas rasmi
(sen/km)
bagi tiap-tiap satu bulan
A B C D E
500 kilometer pertama 70 60 50 45 40
501-1000 km 65 55 45 40 35
1,001-1,700 km 55 50 40 35 30
1,700 km dan seterusnya 50 45 35 30 25

31
Lampiran C

KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOGING DALAM
TEMPOH DUA HARI ;

1. SEHARI SEBELUM MENJALANI PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI


2. SEHARI SELEPAS MENJALANI PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

1. Elaun Makan :

Semenanjung Malaysia Sabah, Labuan dan Sarawak


Gred
(RM) (RM)
45 hingga 52 60.00 80.00
41 hingga 44 45.00 65.00
17 hingga 40 40.00 55.00

2. Bayaran Sewa Hotel / Lojing :

a) Semenanjung Malaysia :

Gred Sewa hotel (Maksimum) Elaun Lojing


(RM) (RM)
45 hingga 52 180.00 60.00
41 hingga 44 160.00 55.00
17 hingga 40 100.00 35.00

b) Sabah, Labuan dan Sarawak

Gred Sewa hotel (Maksimum) Elaun Lojing


(RM) (RM)
45 hingga 52 200.00 70.00
41 hingga 44 170.00 60.00
17 hingga 40 120.00 40.00

32
Lampiran D

CARTA ALIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Mula

Mohon Pencalonan dari Agensi

 Borang : KVA-LSI-001

Terima Permohonan

Mesyuarat Pra - Latihan Sangkutan


Industri

Senarai Pendek Calon

Tidak
Pengesahan Tamat
Calon

Ya
Tidak
Pengesahan Cadangan Firma baru
Firma yang
Dicadangkan

Ya

Surat Tawaran kepada Calon

33
Penyediaan Takaful Kelompok

PV mengikuti Latihan
Sangkutan Industri. Dokumen-
dokumen yang wajib dipenuhi:

 Buku Log
 Laporan Akhir LSI

Lawatan Pemantauan Terhadap


PV:

 Borang : KVA-LSI-002

Tuntutan PV dan PLI

Testimoni Industri/Sijil
Penghargaan

TAMAT

34

Anda mungkin juga menyukai