Anda di halaman 1dari 20

KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

JALAN TENGKU MUHAMAD


25050 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / FB-024-3:2012 OFFICE ADMINISTRATION SUPERVISION
PROGRAM’S CODE & BPP PENGURUSAN PERNIAGAAN
NAME
TAHAP / LEVEL 3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / FB-024-3:2012– C04 STAFF ADMINISTRATION
COMPETENCY UNIT NO. BPP5023 STAFF ADMINISTRATION
AND TITLE

1. Identify staff administration requirements


NO. DAN PENYATAAN
2. Prepare manpower requirement plan
AKTIVITI KERJA / WORK
3. Prepare training program
ACTIVITIES NO. AND
4. Assess staff performance appraisal
STATEMENT
5. Prepare report on staff administration activities

FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO.
BPP5023/P(3/9) Daripada / of : 18

TAJUK/TITLE :
Program latihan staf / kakitangan.

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini bertujuan menerangkan kepada pelajar tentang kaedah:
1. Menentukan jenis program latihan.
2. Menentukan prosedur untuk menyediakan program latihan kakitangan.
3. Menentukan kandungan dan format cadangan latihan.
4. Menentukan kriteria penilaian keberkesanan program latihan.
5. Menyediakan kertas cadangan program latihan.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 2 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

1.0 PENGENALAN
Definisi latihan dan pembangunan
Latihan ialah usaha pengurus sumber manusia untuk meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan pekerja serta membina sikap positif terhadap kerja bertujuan membolehkan
mereka melaksanakan kerja dengan lebih berkesan selaras dengan perkembangan
semasa dalam bidang pekerjaan tertentu.

Pembangunan ialah kursus yang diadakan untuk memperkaya diri seseorang pekerja
sebagai persediaan untuk menerima tanggungjawab dan tugas yang lebih berat pada
masa hadapan tetapi tidak ditumpukan kepada sesuatu kerja tertentu.

Peranan dan kepentingan latihan dan pembangunan terhadap pekerja (staf):


1) Meningkatkan produktiviti pekerja
- Pekerja diberi pendedahan kemahiran dan pengetahuan membolehkan pekerja
dapat menjalankan tugas dengan efektif dan ini akan meningkatkan produktiviti
pekerja

2) Meningkatkan motivasi pekerja


- Pekerja dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang baru dipelajari dan
ini akan meningkatkan minat dan motivasi pekerja membuat kerja.

3) Meningkatkan kesetiaan pekerja

4) Untuk menyesuaikan pekerja dengan sistem baru, prosedur dan cara kerja akibat
daripada kemajuan teknologi yang menyebabkan perubahan.

5) Menolong pekerja lama dan pekerja baru menyesuaikan diri dengan kehendak dan
keperluan sesuatu kerja baru dalam organisasi.

6) Terdapat pekerja baru :


i. Mempertingkatkan produktiviti pekerja
ii. Meningkatkan kepuasan pekerja
iii. Meningkatkan motivasi pekerja
iv. Menghargai sumbangan pekerja
v. Menghargai sumbangan pekerja
vi. Mendedahkan pekerja kepada kemahiran dan pengetahuan baharu.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 3 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

1.1 MENENTUKAN JENIS PROGRAM LATIHAN.

1.1.1 JENIS-JENIS LATIHAN


Secara umum, terdapat dua jenis latihan yang boleh diberikan oleh pihak
pengurusan organisasi, iaitu latihan sambal bekerja dan latihan di luar tempat
kerja.

i. Latihan Sambil Bekerja


 Latihan sambil bekerja merupakan latihan yang dilakukan oleh pekerja di
tempat kerja bagi tujuan mempelajari selok belok tugasan tempat kerja
 Penyelia berperanan untuk memberikan sokongan bagi memastikan pekerja
memahami tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan di samping
membetulkan sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pekerja
 Latihan sambil bekerja boleh diadakan bersama-sama sesi taklimat atau
kursus pendek yang dianjurkan oleh pihak pengurusan organisasi.
 Kebaikan dan kelemahan latihan sambil bekerja ditunjukkan di Jadual di
bawah:

Kebaikan Kelemahan
 Mudah dilaksanakan kerana boleh  Pekerja akan berasa bosan kerana
dijalankan semasa waktu bekerja dan membuat latihan di tempat yang sama
dianggap sebagai sebahagian daripada dengan tempat kerja
tugas yang perlu dilaksanakan
 Pekerja akan letih kerana bukan sahaja
 Latihan teori dan amali boleh dijalankan perlu menumpukan kepada kerja
secara serentak dan ini memudahkan malahan juga kepada sesi latihan
proses penerimaan latihan

 Pihak pengurusan dapat mengawal proses  Pihak pengurusan perlu melaksanakan


pembentukan dan pelaksanaan program tugasan tambahan kerana perlu
latihan memantau sesi latihan

ii. Latihan di luar tempat bekerja


 Latihan di luar tempat kerja merupakan latihan yang diadakan di luar waktu
bertugas di lokasi lain.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 4 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

 Pihak pengurusan organisasi akan menghantar pekerja untuk mengikuti


kursus yang dikendalikan oleh pihak organisasi sendiri atau pihak luar di
tempat-tempat tertentu.
 Pihak luar terdiri daripada institusi yang memiliki kepakaran dalam bidang
latihan seperti badan berkanun, organisasi kerajaan dan syarikat swasta.
 Kebaikan dan kelemahan latihan di luar tempat kerja adalah seperti berikut:

Kebaikan Kelemahan
 Pekerja tidak berasa tertekan kerana tidak  Melibatkan kos yang tinggi kerana
perlu berhadapan dengan suasana kerja pengajar dari luar lazimnya akan
yang sebenar mengenakan pembiayaan yang tinggi

 Pekerja akan rasa lebih berminat untuk  Kandungan program mungkin berbeza
menjalani latihan kerana ia dikendalikan daripada keperluan organisasi dan tidak
pihak luar sesuai dilaksanakan

 Membantu peserta menjana idea baharu  Masa pelaksanaan program sukar


yang boleh diaplikasikan di tempat kerja ditetapkan kerana waktu bekerja
peserta yang berbeza
 Pencapaian pekerja dalam latihan boleh
dinilai secara langsung dan berterusan  Penggunaan kaedah latihan yang
berbeza akan mengurangkan
keberkesanan program latihan

iii. Jenis-jenis latihan lain :


 Latihan perantisan
- Latihan yang diberikan kepada pekerja baharu yang masuk dalam
industri. Kaedah latihan yang dijalankan berdasarkan gabungan
latihan sambil kerja dengan latihan di luar tempat kerja. Pekerja
baharu akan dipantau dan dibantu seorang pekerja pakar sehingga
mencapai tahap kemahiran yang dikehendaki.

 Pembelajaran kendiri
- Satu jenis latihan yang dilakukan oleh pekerja sendiri untuk
meningkatkan kemahiran dan keperluan. Kemahiran yang diperoleh
berdasarkan pengalaman dan secara berterusan.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 5 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

 Simulasi
- Latihan yang dijalankan oleh pekerja dengan menggunakan teknik
yang sebenar berdasarkan model yang serupa. Semua proses kerja
dilakukan dengan menggunakan peralatan yang sebenar supaya
pekerja mengalami pengalaman seolah-olah di tempat kerja sebenar.

 Kajian Kes
- Satu kaedah pengurusan yang sesuai diberikan kepada pihak
pengurusan atasan. Kaedah ini menekankan tentang kes sebenar
yang mempunyai satu masalah atau isu yang perlu diselesaikan
sesuatu masalah dengan kreatif dan kritis.

 Contoh program latihan lain :


 Orientasi Pekerja
 Kesihatan dan Keselamatan
 Mentor dan Kejurulatihan
 Latihan literasi
 Latihan kemahiran Interpersonal
 Latihan Teknikal
 Latihan Bukan Kemahiran Teknikal
 Latihan Penyelesaian Masalah
 Latihan Kepimpinan
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 6 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

1.1.2 Perbezaan antara latihan dengan pembangunan


Perbezaan antara latihan dengan pembangunan ditunjukkan dalam jadual di
bawah :

Dimensi Latihan Pembangunan


Tujuan Memperbaiki kelemahan pekerja Persediaan kepada keperluan
semasa dalam aspek pengetahuan pekerjaan pada masa depan yang
dan kemahiran berlainan keperluan pekerjaan
masa kini
Fokus Pekerjaan yang disandang pada Pekerjaan yang disandang pada
masa sekarang masa kini dan masa hadapan
Jangka Masa Keperluan yang mendesak dan Keperluan pada masa hadapan
perubahan semasa yang melibatkan tempoh masa
panjang
Skop Melibatkan individu yang Melibatkan sekumpulan pekerja
menyandang sesuatu jawatan yang menyandang pelbagai
khusus jawatan dalam organisasi
Contoh Program komputer, kemahiran Kepimpinan, pembuatan
menguasai bahasa lain, kemahiran keputusan, pengurusan perubahan
teknikal dan pengurusan krisis

1.1.3 Objektif Program Latihan:


Objektif utama program latihan adalah seperti berikut:

i. Untuk memberi maklumat kepada pekerja baru pengetahuan asas dan


kemahiran.
ii. Untuk membantu pekerja melaksanakan tugas dengan efektif dalam posisi
sekarang dengan menjelaskan konsep utama, maklumat dan teknik dan
meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing.
iii. Untuk melahirkan pekerja mahir yang kompeten dan menyediakan mereka
dengan perkembangan kerjaya untuk memastikan mereka layak memikul
tanggungjawab.
iv. Untuk mendedahkan pihak pengurusan kepada pemikiran yang lebih luas
dengan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pengalaman
supaya dapat memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kemahiran.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 7 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

v. Untuk menyediakan pekerja bersedia dalam melaksanakan pelbagai jenis


tugas untuk melahirkan pekerja serba boleh serta bersedia dengan
perubahan pasaran.
vi. Untuk memberikan kepuasan bekerja dan memberikan pengetahuan dan
kemahiran bagi memperoleh imbuhan kewangan dengan mempertingkatkan
produktiviti.
vii. Untuk mempertingkatkan pengetahuan kemahiran, keberkesanan kepada
pekerja supaya dapat menjadi individu yang berkebolehan.
viii. Untuk memenuhi matlamat organisasi dengan kerjasama dan sumbangan
daripada pekerja.

1.2 MENENTUKAN PROSEDUR UNTUK MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN


KAKITANGAN

1.2.1 MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN PEKERJA MENGIKUT PROSEDUR

Latihan yang sistematik perlu dilaksanakan oleh organisasi bagi mencapai keuntungan
yang lebih besar. Pelbagai langkah yang betul mesti dilaksanakan untuk mencapai tujuan
tersebut. Langkah-langkah berikut mesti dipatuhi:
i. Kenalpasti keperluan latihan (Training Need Analysis)
ii. Tetapkan objektif latihan
iii. Rekabentuk program latihan
iv. Melaksanakan program latihan
v. Penilaian program latihan

Terdapat beberapa prosedur dalam melaksanakan program latihan.

i. ADDIE APPROACH

Pembentukan dan pelaksanaan program latihan

Analysis Design Develop Implement Evaluate


(analisis) (rekabentuk) (pembangunan) (pelaksanaan) (penilaian)
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 8 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

- ADDIE Appraoch digunakan sebagai prosedur untuk membentuk dan


melaksanakan program latihan.
- ADDIE Approach melibatkan 5 aktiviti utama:
1. Analisis
- Mengenalpasti siapa yang memerlukan latihan dan jenis latihan yang
sesuai diberikan bagi mencapai matlamat organisasi.

2. Rekabentuk
- Merekabentuk program latihan yang berkaitan sama ada dalam bentuk
hand-on, ceramah dan lain-lain.
3. Pembangunan
- Menyediakan objektif latihan, merancang pelaksanaan program latihan.

4. Pelaksanaan
- Melaksanakan aktiviti program latihan bermula dengan memilih pelatih,
jurulatih, menetapkan kurikulum latihan, kaedah latihan serta
perbelanjaan latihan. Seterusnya menjalankan program latihan.

5. Penilaian
- Program latihan mesti dinilai keberkesanannya untuk menentukan
sama ada mencapai objektif atau tidak.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 9 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

ii. ANALISIS JURANG PRESTASI (PERFORMANCE GAP)


Analisis jurang dilaksanakan untuk memastikan bahawa sama ada program latihan
perlu dilaksanakan ataupun tidak.

Keperluan
Keputusan
Keputusan
Organisasi Sebenar
Organisasi

Jurang Prestasi
Keperluan Prestasi Prestasi Kerja
Organisasi Sebenar

Penilaian Prestasi
untuk mengetahui
keperluan
konsultant

Tiada Program Program Latihan


latihan

Jurang prestasi:
Analisis keperluan adalah satu proses yang berterusan yang akan memberikan
jawapan kepada persoalan seperti siapa yang memerlukan latihan dan apa
bentuk latihan yang diperlukan. Analisis jurang prestasi dilaksanakan untuk
menentukan sama ada program latihan diperlukan ataupun sebaliknya.
Perbandingan di antara keperluan keputusan organisasi dengan melihat kepada
persekitaran, strategi dan sumber yang akan digunakan dalam program latihan
manakala prestasi kerja dilihat menerusi laporan penilaian prestasi untuk
kakitangan organisasi. Sekiranya terdapat perbezaan jurang di antara kehendak
organisasi dan prestasi sebenar maka penilaian prestasi untuk menentukan
keperluan consultant perlu dibuat untuk menentukan sama ada program latihan
perlu dilaksanakan atau tidak.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 10 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

iii. Dalam melaksanakan program latihan kakitangan yang akan dibuat adalah
meliputi beberapa langkah iaitu:
k
e
P rsp
ila
n
b
h
tiA
u
c
g
o
m

a. Analisis keperluan latihan (TNA).


Analisis keperluan latihan ialah proses mengenalpasti keperluan latihan sama ada di
peringkat organisasi, pekerjaan ataupun individu. Latihan untuk staf sering melibatkan
kos yang tinggi. Pihak pengurusan mesti peka dan bertindak mengenal pasti sebab-
sebab perlunya program latihan untuk staf.

Analisis keperluan latihan ialah proses menjawab dua soalan berikut iaitu:
i. Staf mana yang memerlukan latihan?
ii. Kemahiran dan pengetahuan yang mana yang boleh menyebabkan
perubahan sikap seseorang staf?

Persoalan siapa yang memerlukan latihan boleh diperolehi melalui:


i. Kaji selidik oleh pihak pengurusan.
ii. Maklum balas staf.
iii. Memeriksa borang penilaian .
iv. Memeriksa rekod masalah prestasi staf di organisasi.
Dalam sesetengah situasi, latihan staf perlu diadakan atas sebab-sebab berikut:
i. Merekrut staf baru.
ii. Teknologi dan prosedur baru diperkenalkan.
iii. Perpindahan staf atau kenaikan pangkat.
iv. Pertukaran besar-besaran atau penggabungan organisasi.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 11 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

Berdasarkan perbincangan di atas, didapati analisis keperluan latihan dapat


membantu mengenalpasti staf yang patut menjalani kursus sama ada secara
perseorangan atau secara secara berkumpulan.

b. Perancangan Program Latihan.


- Proses merangka, menjadual dan mengatur aktiviti-aktiviti dan program-program
yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian. menentukan hasil yang dikehendaki
serta ada piawaian dan perubahan gelagat selepas latihan.
- Misalnya masalah kesihatan pekerja berkaitan dengan stres menurun sebanyak
40% selepas menghadiri latihan.
- Ia juga membantu buat keputusan tentang jenis latihan, bilangan peserta dan
kandungan latihan yang perlu dibuat.

c. Perlaksanaan Program latihan.


- Proses penyampaian aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dijadualkan
dalam berbagai kaedah. memilih pelatih yang sesuai dengan matlamat latihan,
menentukan kurikulum latihan bersesuaian dengan objektif latihan.
- Menentukan belanjawan.
- Memilih jurulatih dalam kalangan pekerja sendiri atau orang luar.

d. Penilaian Program Latihan.


- Proses menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti dan program-program ke atas individu,
prestasi kerja dan organisasi.
- Membuat penilaian tentang pencapaian matlamat latihan atau tidak, kekuatan dan
kelemahan latihan serta maklum balas peserta.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 12 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

Contoh Borang Penilaian Kursus


NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 13 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

1.3 MENENTUKAN KANDUNGAN DAN FORMAT CADANGAN LATIHAN

1.3.1 MENERANGKAN PROGRAM LATIHAN MENGIKUT FORMAT YANG BETUL

Semasa merancang untuk melaksanakan program latihan maka satu garis panduan perlu
diwujudkan. Garis panduan latihan ini memberi peluang yang saksama kepada semua
pekerja baik pekerja yang baru memulakan pekerjaan dan juga kepada pekerja yang telah
lama berkhidmat, begitu juga dengan faktor kebolehlatihan dan strategi dalam
melaksanakan program pembelajaran latihan.

Dalam melaksanakan rancangan latihan yang saksama, maka lima perkara berikut perlu
diberi perhatian, iaitu latihan kemasukan kerja, penerimaan program latihan, proses latihan
itu sendiri, keputusan-keputusan kerjaya, dan rancangan tindakan afirmatif.

Dalam menentukan isi dan format kertas cadangan, proses yang sistematik dan
komprehensif perlu dilaksanakan. Merangkumi perkara berikut:

i. Menetapkan objektif latihan


Objektif latihan terbahagi kepada dua iaitu objektif am dan objektif pendidikan.
a. Objektif am
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memperbaiki kebolehan
para pekerja.
b. Objektif pendidikan
Hasil akhir yang diharapkan daripada program latihan.

ii. Motivasi dan kesediaan peserta


- Kesediaan dan motivasi pekerja untuk mengambil bahagian dalam program
yang akan dllaksanakan juga perlu diambilkira semasa merekabentuk program
latihan.

iii. Prinsip-prinsip pembelajaran


- Melibatkan penetapan matlamat, persembahan bermakna, perbezaan individu,
maklumbalas dan pengukuhan, pembelajaran distributive, permodelan, amalan
yang aktif dan pengulangan dan pembelajaran menyeluruh atau berperingkat.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 14 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

iv. Ciri-ciri jurulatih


Ciri-ciri personaliti dan kemahiran mengajar yang baik perlu ada pada setiap
jurulatih seperti:
 Berpengetahuan luas dalam bidang yang disampaikan
 Boleh menyesuaikan diri dengan corak pembelajaran peserta
 Jujur dan sabar melayani kerenah dan soalan-soalan peserta
 Mampu menyelitkan unsur-unsur jenaka dalam persembahannya
 Mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek yang diajar
 Berjaya memberikan arahan yang jelas
 Bersedia memberi bimbingan secara peribadi
 Bersemangat semasa membuat persembahan

v. Menentukan belanjawan bagi program latihan


Kebiasaannya pihak pengurusan organisasi akan menyediakan bajet untuk
melaksanakan kursus khas untuk staf. Bajet akan disemak semula setiap kali
selepas program latihan untuk mempastikan perbelanjaan adalah tepat, tidak
membazir dan memerlukan ubahsuaian sekiranya perlu.

vi. Menentukan ahli jawatankuasa pelaksanaan program latihan


Memilih dan melantik ahli jawatankuasa yang akan mengetuai tugas-tugas
tertentu.

vii. Mencadangkan jadual tentatif program


Kalendar akan menjadi panduan utama pelaksanaan program latihan. Jadual
program ditentukan lebih awal dalam mesyuarat ahli jawatankuasa untuk
mengelakkan pertindihan jadual dengan program lain, musim yang tidak sesuai
dan tarikh yang dipersetujui oleh fasilitator.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 15 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

1.4 MENENTUKAN KRITERIA PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN

1.4.1 SENARAI KAEDAH PENILAIAN LATIHAN


Program latihan perlu dinilai untuk menentukan sama ada objektif tercapai atau tidak.
Keberkesanan latihan merujuk kepada faedah yang diperolehi oleh syraikat dan pekerja
daripada latihan tersebut. Penilaian latihan merujuk kepada proses pengumpulan hasil
yang diperlukan bagi menentukan keberkesanan program latihan yang dijalankan.
Penilaian dijalankan untuk melihat keberkesanan program latihan dan pembangunan.
Antara perkara yang dinilai adalah isi kandungan program, kesesuaian pemudahcara
atau jurulatih dengan program yang dijalankan dan lain-lain isu berkaitan. Penilaian
membolehkan organisasi mengetahui reaksi, pembelajaran, gelagat dan hasil yang
diperoleh oleh pelatih. Maklumat penilaian dapat membantu organisasi mengubahsuai
analisis keperluan, rekabentuk dan pelaksanaan program latihan dan pembangunan.

Kriteria penilaian hasil latihan merujuk kepada ukuran yang digunakan oleh syarikat
untuk mengukur keberkesanan program latihan.

Tahap penilaian :
1. Kepuasan dan peserta reaksi
2. Pemerolehan pengetahuan
3. Permohonan tingkah laku
4. Peningkatan perniagaan diukur
5. Pulangan ke atas pelaburan

Kaedah penilaian:

i. Reaksi dan Kepuasan Peserta


Jika peserta menunjukkan perasaan berpuas hati dan gembira dengan program,
maka program yang sama akan diteruskan tetapi jika sebaliknya, organisasi perlu
melihat ruang yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

ii. Pembelajaran
Untuk menilai tahap pembelajaran dan pemahaman, organisasi perlu
mengadakan ujian sama ada di awal atau di hujung sesi program.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 16 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

iii. Gelagat
Penilaian gelagat hanya boleh dibuat setelah peserta kembali ke tempat kerjanya
dan melaksanakan tugas seperti biasa. Pekerja diharap membuat perubahan
iaitu mengamalkan apa yang telah dipelajari semasa program latihan.

iv. Hasil (return ON Investment)


Untuk menilai hasil ini, organisasi perlu menunggu masa yang lama dan agak
sukar dipastikan sama ada perubahan hasil adalah disebabkan program latihan
semata-mata.

v. Kebolehukuran Peningkatan
Melihat dari peningkatan yang boleh diukur seperti produktiviti dan prestasi kerja.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 17 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

1.5 MENYEDIAKAN CADANGAN PROGRAM LATIHAN

1.5.1 MENYEDIAKAN DAN MENGURUSKAN CADANGAN PROGRAM LATIHAN


Sebelum program latihan dilaksanakan, pihak pengurusan perlu membuat
perancangan yang terperinci. Perancangan ini dibincangkan dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa latihan. Kertas cadangan akan disediakan.

Kertas cadangan adalah dokumen yang mengandungi pernyataan mengenai sesuatu


cadangan atau usul tentang sesuatu perancangan yang ingin dicapai.
Kertas cadangan perlu dibentangkan dan dibincangkan untuk mendapat kelulusan
daripada pihak pengurusan.

Tujuan kertas cadangan ialah:


i. Menentukan objektif latihan
ii. Membangunkan rancangan pelajaran
iii. Memilih jurulatih / vendor bagi latihan tersebut
iv. Memilih kaedah dan teknik latihan
v. Menyediakan bahan latihan
vi. Penjadualan program latihan

Pihak yang ingin menyediakan sesuatu kertas cadangan perlu menentukan dan
mengenal pasti tajuk dan objektifnya. Kertas cadangan perlu disemak dan disahkan
oleh pihak pengurusan sebelum sesuatu latihan tersebut boleh dijalankan.
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 18 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

Contoh format Kertas Cadangan (Proposal) :

KERTAS KERJA
PROGRAM ………………………………………………..
UNIT ………………………………………………….. 2016

1.0 PENDAHULUAN
2.0 OBJEKTIF

3.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM LATIHAN


4.0 TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM LATIHAN
5.0 PENCERAMAH/FASILITATOR
5.0 AHLI JAWATANKUASA
6.0 TENTATIF PROGRAM
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
8.0 PENUTUP

Disediakan oleh :

.........................................................
Jawatan
Unit

Disemak oleh :

.........................................................
Jawatan
Unit
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 19 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

SOALAN/QUESTIONS :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan latihan staf?


................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................

2. Nyatakan tujuan sesuatu latihan untuk peningkatan kemahiran staf.


................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kertas cadangan?


................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................

4. Apakah tujuan penilaian dibuat selepas sesuatu program latihan dijalankan.?


................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................

5. Apakah yang dimaksudkan dengan analisis keperluan latihan?


................................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
NO KOD / CODE NO. FB-024-3:2012-C04/P(3/5) Muka : 20 Drp: 20
BPP5023/P(3/9)

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) 2016, Diploma Pengurusan


Perniagaan (BPP), Pengurusan Akademik, Unit Vokasional, BPTV, KPM.
2. Sarimah Hanim Aman Shah (2006), Siri Teks Politeknik, Pengurusan Sumber
Manusia, Penerbit Fajar Bakti, ISBN10:96765 9483 0
3. Baskaran R.P. (2010). Handbook Of Forms 7 Letters For The Human Resources &
Administration Managers Malaysia. National Book Of Malaysia. ISBN 978-983-
9153-24-8.
4. Chek Mat. (2010). Pengurusan Modul Latihan Profesional. Utusan Publications &
Sdn. Bhd. ISBN 978-967-61-2285-8.
5. Robbert N. Lussier John R. Hendon. (2013). Human Resources Management
Function, Application Skill Development. Sage Publications, Inc. ISBN
9781412992428
6. Ibrahim Mamat (2008), Pengurusan Sumber Manusia: Perspektif Modal Insan,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, ISBN NO. 978-983-62-9710-5.
7. Maimunah Aminuddin (2009), Human Resource Management, Oxford Fajar, Shah
Alam, ISBN 978-983-45-0506-6.
8. Maimunah Aminuddin (2014), Human Resource Managemengt: Principles and
Practices, Third Edition, Oxford Fajar, Shah Alam, ISBN 978-983-47-1192-4.

Anda mungkin juga menyukai