Anda di halaman 1dari 18

SOALAN SKM TAHAP 4

1. Apakah yang dimaksudkan dengan analisa kerja ?


A. Sebagai panduan untuk mengenalpasti jenis-jenis latihan yang diperlukan oleh
pekerja.
B. Menyemak latar belakang maklumat yang diperoleh seperti carta organisasi,
carta proses dan diskripsi kerja.

C. Suatu proses pemerhatian yang teliti dan teratur terhadap sesuatu kerja untuk
mengenalpasti tugas-tugas yang terlibat, jenis kemahiran dan pengetahuan
yang diperlukan untuk menjana sesebuah organisasi.
D. Menganalisis tugas dengan mengumpulkan data mengenai aktiviti kerja,
tingkahlaku pekerja yang boleh diterima, suasana kerja dan sifat serta kebolehan
pekerja.

2. Tiga kaedah untuk mengenalpasti keperluan dan keberkesanan program latihan.


i. Mengenalpasti kerja
ii. Pencapaian
iii. Hubungan pelaporan
iv. Ringkasan kerja
A. i, iii, dan iv C. ii dan iv
B. i, ii, dan iv D. semua di atas

3. Kaunseling merupakan satu ___________ yang melibatkan hubungan di antara dua orang
bagi membincangkan sesuatu perkara secara bebas dan mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah yang dihadapi.
A. Tindakan
B. Proses
C. Kaedah
D. Usaha

4. Motivasi adalah ___________ dan ____________yang ada pada pekerja yang


menentukan keperluan mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
A. Nilai , Kepercayaan
B. Sikap , Keinginan
C. Nilai , Kepuasan
D. Sikap , Kepercayaan

5. ______________ ________________ bermaksud satu perancangan menggunakan kaedah


yang sistematik dalam mengenalpasti, menilai dan membangunkan keupayaan pegawai
bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang.

A. Pembangunan kakitangan
B. Pelan Penggantian
C. Perancangan Latihan
D. Pengurusan Organisasi

6. Jabatan perlu membuat kajian mendalam terhadap organisasi masing-masing terlebih


dahulu sebelum melakukan Pelan Penggantian.Salah Satu kajian tersebut adalah
____________________
A. Keperluan organisasi
B. Gaji Minat
C. kakitangan
D. Demografi

7.
Biasanya diukur melalui ujian seperti ujian lisan,
bertulis dan prestasi yang didapati oleh para pelatih.
Pernyataan berikut merujuk kepada .... .

A. Kriteria reaksi
B. Kriteria Pembelajaran
C. Kriteria Tingkahlaku
D. Kriteria Hasil

8. Laporan bermaksud ___________ tentang sesuatu peristiwa atau sesuatu aktiviti


A. Penulisan
B. Catatan
C. Pembentangan
D. Cerita

9.

RAJAH 1

Berikut adalah contoh laporan ____________________

A. Kursus dan latihan


B. Kaunseling
C. kehadiran kakitangan
D. Disiplin pekerja

10. Pembangunan bermaksud usaha-usaha yang diambil oleh organisasi dalam jangka masa
yang panjang untuk meluaskan ________________, _____________ dan
_______________ para pekerja terutamanya untuk pekerja yang telah lama berada di
dalam organisasi.
A. Pengetahuan ,Keupayaan Dan Keinginan
B. Kemahiran, Kebolehan Dan Keupayaan
C. Pengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan
D. Kebolehan, Kepakaran Dan Keinginan

11. Unit Pengurusan Aset adalah bertanggungjawab untuk menguruskan semua Aset Alih,
Aset Hidup dan Stor di organisasi di bawah kawalannya meliputi:-
I. Penerimaan
II. Penyelenggaraan
III. Pelupusan
IV. Kehilangan dan hapus kira
a. i dan ii
b. ii dan iv
c. iii dan iv
d. Semua di atas

12. Berikut adalah ciri – ciri penerimaan kecuali


a. Memastikan setiap aset yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan
b. Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan
c. Memastikan aset yang diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan
selamat untuk digunakan
d. Tidak menentukan kualiti yang sebenar mengikut pesanan

13. Berikut adalah ciri-ciri aset kecuali


I. Tidak memberikan faedah ekonomi masa depan
II. Boleh dilihat, dipegang atau setara dengan gantiannya
III. Dijangkakan digunakan pada lebih daripada satu tempoh pelaporan
perakaunan
IV. Tunai dan tidak boleh ditukar kepada tunai
a. i dan iv
b. ii dan iii
c. i dan iii
d. i, ii, iii

14. Pilih Kepentingan Kawalan Inventori yang betul.


i. Menjamin bekalan yang berterusan
ii. Menstabilkan harga barangan di pasaran
iii. Proses pengeluaran dapat dilakukan secara berterusan
iv. Mengurangkan kos
a. i , ii dan iii
b. i , iii dan iv
c. ii , iii dan iv
d. Semua di atas
15. Yang manakah tujuan EOQ?
i. Memastikan pengaliran kerja diselenggarakan dengan baik
ii. Dapat mengawal kos inventori
iii. Untuk menepati masa dan saiz tempahan
iv. Dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan pengguna.
a. i , ii dan iii
b. i , iii dan iv
c. ii , iii dan iv
d. ii, ii, iii dan iv

16. Dalam sistem kawalan inventori terdapat 2 jenis sistem kawalan inventori asas iaitu:
i. Sistem kawalan inventori bergaris
ii. Sistem kawalan inventori selanjar
iii. Sistem kawalan inventori berkala
iv. Sistem kawalan inventori menegak
a. i dan ii
b. ii dan iii
c. iii dan iv
d. i dan iv

17. Stor terbahagi kepada tiga kategori , kecuali

a. Stor Unit (Tertier)

b. Stor Utama (Sekunder)

c. Stor Kedua (Second)

d. Stor Pusat (Primer)

18. Fungsi stor ialah

a. Menyimpan stok mengikut kaedah dan lokasi-lokasi yang ditetapkan dengan


menggunakan ruang stor secara optimum.

b. Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan


c. Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat
d. Stok tidak mudah rosak

19. Semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan menggunakan kad
yang telah ditetapkan bagi tujuan:
a. Memastikan pelarasan stok diambil tindakan
b. Mengetahui kedudukan stok simpanan.
c. Memastikan stok lebih, usang atau tidak boleh diguna
d. Melengkapkan semua butiran maklumat dan mengesahkan laporan.

20. Maksud Kehilangan termasuklah kehilangan wang awam,setem, barang-barang awam


dan harta lain yang berharga disebabkan oleh kecurian, penipuan,dan lain-lain. Berikut,
yang manakah tindakan yang betul apabila berlaku kehilangan

i. Melaporkan Kepada Ketua Jabatan


ii. Melaporkan Kepada Jabatan Keselamatan
iii. Melaporkan Kepada Pihak Polis
iv. Menyediakan Laporan Permulaan
a. i dan iv sahaja
b. ii dan iii sahaja
c. i,ii dan iii sahaja
d. i, ii, iii dan iv

21. Polisi pejabat amat penting dibangunkan bagi melicinkan sesuatu urusan pejabat.
Sebelum pembangunan sesebuah polisi, pihak pentadbir perlu melihat keperluan yang
diperlukan oleh syarikat dalam menentukan polisi yang ingin dibangunkan. Yang
manakah merupakan definisi polisi yang betul ?
A. Polisi adalah satu peraturan atau undang-undang yang diwujudkan untuk mencapai
satu arah atau sesebuah organisasi atau jabatan.
B. Mengawal usaha semua ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi untuk
mencapai objektif organisasi.
C. Proses menentukan matlamat dan memutuskan tindakan yang paling sesuai yang
perlu diambil untuk mencapai matlamat.
D. Aktiviti-aktiviti yang ditentukan selaras dengan fungsi jabatan dan tidak bertindih
dengan jabatan yang lain.
22. Pengurusan merujuk kepada fungsi dan proses aktiviti merancang, mengorganisasi,
dan usaha semua ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi untuk
mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan. Pilih
jawapan yang sesuai berdasarkan teks diatas.
A. Menerima……dikawal
B. Memimpin……mengawal
C. Menyimpan……memeriksa
D. Mengawal……menyimpan

23. Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) adalah alat pengurusan yang dapat
menyumbang kepada peningkatan kecekapan serta keberkesanan jabatan/pejabat. Antara
berikut yang manakah perbezaan MPK dan FM yang betul.

MPK FM
A. Satu MPK untuk satu jawatan Satu Fm untuk jabatan
B. Berasaskan fungsi dan bidang tugas Tugas dan tanggungjawab individu
C. jabatan
D. Dokumen rujukan peringkat Dokumen rujukan peringkat jabatan.
Mengandungi maklumat panduan mengandungi maklumat menyeluruh
untuk mengendalikan tugas yang menyeluruh mengenai semua aktiviti dalam
ditetapkan bagi satu jawatan jabatan.

Perancangan

Pengawalan Pengorganisasian

Kepimpinan

RAJAH 2

24. Berdasarkan rajah diatas, apakah kepentingan perancangan untuk sesebuah organisasi?
A. Sebagai panduan untuk membuat keputusan.
B. Hak membuat keputusan ini ditentukan melalui struktur organisasi yang formal.
C. Sumber rujukan utama ke arah membentuk dan menyusun struktur, fungsi dan
objektif jabatan/pejabat.
D. Tindakan-tindakan lengkap yang perludiambil semasa menjalankan tugas.

25. Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-
tindakan yang terlibat dalam satu aktiviti atau prosedur. Carta aliran kerja diperlukan
kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau tindakan yang perlu
diambil mengikut turutan yang betul, iaitu menunjukkan peringkat permulaan dan
peringkat selesai yang dijelaskan secara ringkas. Carta aliran memberikan kefahaman
kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Carta aliran kerja
hendaklah disediakan selepas penyediaan proses kerja.

Penerangan di atas adalah carta aliran kerja aktiviti utama, berikan satu contoh
langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran kerja?

A. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.


B. Membentuk matlamat cawangan, jabatan, dan individu berdasarkan matlamat
organisasi.
C. Mengagihkan sumber (manusia, kewangan, peralatan, dan kemudahan) untuk
mencapai matlamat, strategi, dan taktik organisasi.
D. Menyelaras dan memperuntukkan sumber.

26. Contoh-contoh alat komunikasi yang boleh digunakan oleh sesebuah jabatan ialah
i. Telegram
ii. Telefon
iii. Faksimili
iv. Persidangan video
A. I, II, III
B. I, III, IV
C. II, III, IV
D. Semua di atas
27. Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal keseluruhan perjalanan seharian
aktiviti dan operasi pejabat?
A. Setiausaha
B. Penyelia pejabat
C. Pengawal keselamatan
D. Pengurus kewangan

28. ___________ mencatatkan sejarah penubuhan sesebuah jabatan atau pejabat.


A. Objektif jabatan/pejabat
B. Latar belakang jabatan/pejabat
C. Carta organisasi
D. Fungsi utama jabatan

29.

RAJAH 3

Rajah 3 menunjukkan contoh…

A. Logo syarikat
B. Polisi-polisi syarikat/persekitaran
C. Langkah-langkah keselamatan
D. Papan kenyataan

30. Organisasi bermaksud satu unit sosial yang mengandungi individu yang bekerjasama dan
saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai…
A. Taktik organisasi
B. Sasaran organisasi
C. Keperluan dan kehendak
D. Matlamat setiap individu itu dan organisasinya
31. Pejabat pengurus vendor bertanggungjawab untuk mengumpulkan dokumen vendor
dengan meneliti kandungan perjanjian kontrak antara syarikat dan vendor serta prosedur
operasi standard (SOP) syarikat berkaitan pengurusan vendor sebelum mengemukakan
Nota Pesanan untuk perolehan peralatan/perkhidmatan yang diperlukan. Antara yang
berikut, pilih yang mana merupakan dokumen perolehan yang terlibat?
i. Nota Pesanan
ii. Sebut Harga
iii. Memo
iv. Kad Kredit
a. I dan II
b. I,II dan IV
c. I,III dan IV
d. Semua di atas

32. Apakah tujuan menganalisa maklumat dokumen perolehan yang dikumpulkan?


a. unit dalaman di dalam sesebuah syarikat yang menilai pembekal barangan dan
perkhidmatan kepada pihak ketiga, menyelia interaksi sehari-hari dan menguruskan
perhubungan jangka panjang.
b. mengenalpasti senarai vendor yang diluluskan berdasarkan kriteria yang ditetapkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP)
sesebuah syarikat.
c. untuk memudahkan proses perolehan peralatan/perkhidmatan yang diperlukan oleh
syarikat.
d. bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) sesebuah syarikat.

33. Berdasarkan Rajah 4, pejabat vendor dapat menganalisa barangan bunga ros mengikut
Gred, Ukuran, Harga, Pesanan Minima.
RAJAH 4

Sebagai contoh, sekiranya syarikat ingin membuat perolehan bunga rose Gred I senarai
pendek vendor yang sesuai ialah, Kamarini Bridal Sense, Rins Suzana, Florist Flower.
Daripada senarai pendek ini, pejabat vendor boleh memilih vendor yang tepat yang boleh
membekalkan bunga rose Gred I dengan harga yang murah dengan pesanan minima yang
sesuai. Mengapakah sebuah syarikat perlu membuat analisa barangan?

a. Untuk mengelakkan syarikat memilih vendor yang salah dan tidak sesuai.
b. Supaya boleh mengetahui senarai barangan
c. Menyiapkan kerja dengan lebih cepat
d. membekalkan peralatan/perkhidmatan juga dapat dibuat dengan cepat dan tepat
kerana maklumat berkaitan peralatan/perkhidmatan yang ditawarkan telah direkod
dan disimpan oleh pejabat vendor.

34. Berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam
prosedur operasi standard (SOP) sesebuah syarikat. Berikut adalah kriteria pemilihan
vendor adalah seperti berikut:
i. Syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia dalam
bidang berkaitan
ii. Mempunyai profil syarikat yang lengkap dan beroperasi melebihi 5 tahun
iii. bertanggungjawab untuk merekodkan maklumat
iv. Tawaran harga yang berpatutan.
a. I dan II
b. III dan IV
c. I, II dan IV
d. Semua diatas

35. Antara faktor yang menyebabkan jurang perbezaan prestasi syarikat vendor ini wujud
disebabkan oleh pelbagai faktor yang berikut KECUALI
a. Vendor mempunyai masalah dalaman.
b. Vendor kurang memahami tugas dengan baik.
c. Vendor tidak mempunyai masalah.
d. Kepimpinan dalaman vendor yang bermasalah.
36. Tujuan borang penilaian ialah
a. Untuk kesesuaian cadangan penambahbaikan , syarikat perlu jadikan syarikat
vendor sebagai sebahagian daripada pasukan dalam perniagaan.
b. Sebagai bukti sekiranya syarikat terpaksa menamatkan perkhidmatan kontrak
vendor kerana prestasi yang lemah dan tidak mematuhi kandungan perjanjian
yang telah dibuat.
c. Mencatatkan tarikh, masa pelaksanaan, objektif, pihak yang terlibat, laporan
ringkas aktiviti yang dilakukan dan pengesahan pelapor.
d. Untuk menentukan tindakan yang akan di ambil ke atas pembekal / syarikat
vendor.

RAJAH 5

37. Borang di atas akan digunakan oleh pihak pengurusan syarikat utama untuk mengetahui,
menilai dan mengukur perkara-perkara berikut. Kecuali

I. Sekiranya aduan berbentuk negatif diterima bagi vendor yang sama, pihak organisasi
boleh membuat andaian bahawa syarikat vendor tersebut mempunyai masalah.
II. Semakin banyak aduan negatif diterima, maka semakin banyak maklumat berkaitan
syarikat vendor yang bermasalah.
III. Boleh digunakan untuk membuat analisis jurang pencapaian prestasi.
IV. Semakin tinggi jurang prestasi, semakin banyak masalah oleh syarikat vendor.
a. I dan II
b. II dan III
c. III dan IV
d. Semua Jawapan di atas

38. Bagi menyemak ketelusan dan kesahan perkhidmatan yang ditawarkan pengurusan
vendor boleh menggunakan
a. Borang Aduan
b. Borang Penilaian Prestasi
c. Borang pendaftaran
d. Laporan penilaian prestasi

39. Dalam Bahagian II Laporan Pengurusan Vendor dicadangkan untuk memasukkan


beberapa perkara. Perkara tersebut ialah
a. SOP dan carta alir pengurusan syarikat vendor.
b. Tarikh dan Alamat
c. Bilangan muka surat
d. Senarai vendor

40. Definisi Pejabat Pengurusan Vendor adalah……


a. unit dalaman di dalam sesebuah syarikat yang menilai pembekal barangan dan
perkhidmatan kepada pihak ketiga, menyelia interaksi sehari-hari dan menguruskan
perhubungan jangka panjang.
b. syarikat yang membekal barang atau perkhidmatan. Vendor biasanya mengeluarkan
inventori barangan/perkhidmatan
c. Syarikat pembekal yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dipilih sebagai
vendor syarikat bagi membekalkan barangan/perkhidmatan yang diperlukan
d. menerangkan mengenai penyediaan mentadbir sistem pentadbiran vendor yang
berkesan mengikut SOP syarikat

41. Antara berikut, yang manakah bukan amalan 5S.

A. Seiri
B. Seiso
C. Shitsuke
D. Shitketsu

42. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah penting dari sudut


A. Sistem syarikat
B. Kemanusiaan dan moral
C. Kesihatan
D. Kekuatan pekerja

43. Bagi memastikan ketepatan dan ketelusan penilaian prestasi pekerja, beberapa langkah
seperti berikut perlu dipatuhi:
i. Mewujudkan fail
ii. Memberi maklumat balas secara berkala
iii. Masalah peribadi
iv. Pengurusan berdasarkan objektif
A. I dan III
B. II, III dan IV
C. I, II dan III
D. I, II dan IV

44. Yang manakah kaedah penilaian prestasi pekerjaan ?


i. Penilaian berasaskan sifat
ii. Penilaian berasaskan gelagat
iii. Penilaian berasaskan hasil
iv. Penilaian berasaskan keupayaan
A. I dan IV
B. I, II dan IV
C. I, II, dan IV
D. Semua di atas

45. Pengurusan prestasi merupakan satu kitaran yang berterusan dan terdiri daripada ….
i. Merancang
ii. Memantau
iii. Mengatur
iv. Menilai
A. I dan II
B. I, II, dan IV
C. I, II, dan III
D. Semua di atas

46. Tujuan utama sesi temu duga ialah ..


A. Untuk memberi maklum balas kepada pekerja supaya pekerja dapat menyedari
kekuatan dan kelemahan masing-masing.
B. Untuk memberi pemerhatian terhadap prestasi fizikal
C. Menentukan pekerja yang mahir dalam melaksanakan kerja
D. Mengendalikan prestasi kerja

47. Nyatakan langkah-langkah proses panduan penilaian prestasi .


1 Mengukur prestasi sebenar
2 Memberi maklum balas
3 Membentuk piawai prestasi
4 Membandingkan prestasi dengan piawai
5 Mengambil tindakan pembentukan
A. 1, 2,3,4,5
B. 2,4,5,1,3
C. 3,1,4,2,5
D. 4,2,3,5,1

48. Apakah yang perlu dipastikan untuk memberikan penilaian adil ?


A. Sasaran yang dipilih oleh individu
B. Tiada sasaran yang potensi jelas atau tulus
C. Ralat murah hati dan ketegasan
D. Tidak bersemuka

49. Apakah punca-punca berlakunya jurang prestasi ?


i. Masalah peribadi
ii. Keadaan fizikal di tempat kerja
iii. Kekurangan pengetahuan kerja
iv. Kemewahan
A. I dan II
B. I dan IV
C. I, II dan IV
D. I, II dan III

50. Mengapakan pengurus perlu menghantar laporan penilaian prestasi pekerja ke bahagian
sumber manusia ?
A. Bayaran bonus tahunan
B. Sebagai rujukan
C. Untuk simpanan rekod
D. Maklum balas

51. Antara yang berikut yang manakah elemen peringkat pengurusan projek
I. Penghantaran barang
II. Penjadualan
III. Pengawalan
IV. Kuantiti masa
A. I Dan II
B. I Dan IV
C. III Dan IV
D. II Dan III

52. Nyatakan senarai aktiviti yang ada dalam pembangunan pelan projek
I. Aktiviti pengeluaran
II. Aktiviti perolehan
III. Tidak berulang – ulang
IV. Penjadualan
A. I Dan II
B. I Dan III
C. II Dan IV
D. Semua diatas
53. Aspek-aspek yang terlibat dalam pelaksanaan pelan projek adalah seperti berikut
KECUALI
A. Ketidakpastian
B. Masa
C. Konsep projek
D. Matlamat yang segera

54. Berikut merupakan aspek pengawalan projek yang perlu diambil kira dalam penilaian
prestasi
A. Penilaian dan peramalan
B. Membuat laporan dan taklimat
C. Integrasi kos
D. Kuantiti masa

55. Antara yang berikut yang manakan konsep laporan


I. Kesan perubahan jangka masa dimana pengusaha-pengusaha diperlukan
II. Kecekapan atau kemampuan yang tinggi dalam melakukan sesuatu kerja atau
pembuatan
III. Dilaksanakan lebih awal projek teknikal dan data kajian hendaklah masih sah
tempoh 5 tahun.
IV. Tempoh penyiapan juga diperlukan kerana akan mempengaruhi jumlah
A. I Dan II
B. II Dan III
C. III Dan IV
D. Semua diatas

56. Antara berikut pilih penyataan yang terdapat dalam bahagian pengenalan
I. Penyataan masalah
II. Penghantaran bahan
III. Pengenalan umum
IV. Perancangan
A. I Dan II
B. II Dan III
C. I Dan III
D. Semua diatas

57. Penjadualan perlu dilakukan untuk


A. Mengurus pertunjukkan fesyen mengikut perancangan
B. Jenis bahan yang digunakan dan menempatkannya
C. Menghasilkan lampu isyarat pintar yang efisyen dan selamat
D. Mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga dan bahan mentah dengan lebih
cekap

58. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan dalam skop kerja ialah
I. Golongan sasaran
II. Tidak berulang-ulang
III. Ketidakpastian
IV. Had-had tertentu
A. I Dan IV
B. II Dan III
C. III Dan IV
D. Semua diatas

59. Antara maklumat yang diperlukan dalam memastikan kejayaan sesuatu projek adalah
seperti berikut KECUALI
A. Matlamat
B. Bahan
C. Mesin
D. Tenaga manusia

60. Antara perkara utama yang diperlukan dalam dapatan kajian ialah
I. Senarai alatan penguji
II. Kaedah pengujian dan kalibrasi
III. Membaik pulih dan penyelenggaraan
IV. Dapatan dan analisis kajian
A. I Dan II C. III dan IV
B. II Dan III D. Semua di atas

Anda mungkin juga menyukai