1
1.0: PREPARE CONCEPTUAL DESIGN (MENYEDIAKAN REKABENTUK KONSEP),
Pengenalan
Bidang rekabentuk
melibatkan berbagai-bagai
bidang seperti elektronik,
mekanikal, senireka,
bahan dan sebagainya.
Rekabentuk konsep dapat membantu kita dalam memilih konsep rekabentuk yang terbaik
semasa proses membuat rekabentuk sesuatu peralatan atau projek.
2
Semasa proses rekabentuk konsep beberapa lakaran projek yang berbeza lengkap dengan
ciri-ciri penting untuk projek tersebut digambarkan. Lakaran tersebut juga membantu kita
menentukan saiz, berat dan samada projek tersebut mudahalih atau tidak.
Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yang kita minati sahaja bukanlah satu
pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada kemungkinan idea itu
bukanlah yang terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk
mendapatkan idea yang kreatif dan baik adalah cerah.
c. Persembahan rekabentuk
Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya
melibatkan produk yang belum ada di pasaran.
Walau bagaimana pun kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan
juga pengenalan teknologi baru.
3
Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa manakala pengeluar pula
memperkenalkan teknologi terbaru untuk memikat hati pengguna.
Pada peringkat awal, penghasilan sesuatu produk didorong oleh permintaan pengguna. Setelah
itu model demi model baru dikeluarkan untuk memikat hati pengguna. Oleh itu, permintaan
didorong oleh perkembangan pasaran atau trend serta teknologi.
Contohnya, pada peringkat permulaan, jam tangan digunakan sebagai pengukur masa. Setelah
beberapa model dikeluarkan pengguna bukan sahaja membeli jam tangan disebabkan
fungsinya sebagai pengukur masa malahan ianya lebih kepada gaya atau trend semasa.
Sebarang produk baru mesti memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna untuk berjaya di
pasaran.
Contohnya, pada peringkat permulaan fungsi utama telefon hanyalah sebagai alat
perhubungan semata-mata. Perkembangan dan penemuan teknologi elektronik telah
banyak merubah rekabentuk telefon ke hari ini dengan penemuan teknologi digital, bateri
boleh caj, dan system kawalan dan perhubungan jarak jauh tanpa wayar. Hari ini ciri-ciri
yang terdapat pada telefon jauh lebih baik dan lebih banyak.
4
Proses rekabentuk bermula dengan kesedaran mengenai sesuatu masalah yang kita hadapi
dan memerlukan kepada penyelasaian. Proses ini dinamakan mengenalpasti keperluan.
Contohnya, kita mengalami masalah menghubungi pihak tertentu ditempat yang tiada talian
telefon semasa kecemasan(pernyataan masalah) maka di sini wujud keperluan alat
komunikasi untuk mengatasi masalah ini (penyelesaian masalah).
Peringkat seterusnya merupakan proses penghasilan rekabentuk konsep atau idea untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Daya pemikiran kreatif dan inovatif diperlukan untuk
menghasilkan rekabentuk konsep yang baik. Semasa rekabentuk konsep pelbagai idea
dalam bentuk lakaran bebas dibuat.
Untuk memenuhi keperluan bagi pembinaan rekabentuk konsep beberapa perkara perlu
diambilkira:
a. Penilaian ruang
b. Kemampuan alat berdasarkan spesifikasi
c. Keberkesanan Kos berdasarkan spesifikasi
d. Kualiti sejajar dengan spesifikasi
e. Nilai ergonomic berdasarkan rekabentuk
f. Kenalpasti peralatan asal berdasarkan spesifikasi
5
Dapat memberi gambaran tentang saiz dan dimensi-dimensi lain yang terdapat pada
sesuatu rekabentuk serta dapat menilai kriteria rekabentuk tersebut.
Contohnya bagi sebuah telefon bimbit jarak melintang, menegak, ukuran skrin dan
ukuran butang-butang yang terdapat pada telefon tersebut juga ditentukan berdasarkan
keperluan.
Contohnya bagi sebuah telefon bimbit spesifikasi yang di tetapkan oleh pengeluar adalah
seperti berikut:
6
General Information
Brand Samsung
Weight 162 G
Dimensions 143.5×76.9×9.6 MM
Display Details
Display Color 5.0 inches, WVGA LCD Capacitive Touchscreen, 16M Colors
Display Size Samsung Galaxy Grand has a display size of 800 x 480 px
Camera
Camera Yes, (rear) 8.0 MP / (front) 2.0 MP Camera
Video Yes
Software
Games Yes
7
Operating System Android OS, v4.1.2 (Jelly Bean)
Call Records
Phone Book Practically Unlimited
Battery
Stand By Time N/A
Memory
Internal Memory Yes, Internal Memory : 8 GB Storage, 1 GB RAM
Message
SMS Yes, Threaded View
MMS Yes
Music
Ring Tone Vibration, Polyphonic, MP3
8
FM No
Speaker Yes
Headset Yes
Data
GPRS Yes
Wirless Protocol Yes, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n (2.4 GHz), DLNA, Wi-Fi Hotspot
Edge Yes
Infra Red No
Daripada spesifikasi pengeluar di atas, kita dapat memeriksa kemampuan telefon tersebut
antaranya:
5.
6.
7.
8.
9.
10.
9
1.1.3 KEBERKESANAN KOS BERDASARKAN SPESIFIKASI
5. produk terhasil mempunyai saiz yang sesuai serta mudah dikendalikan oleh semua
golongan pengguna.
10
Contohnya, bagi telefon bimbit berikut antara nilai ergonomik yang terdapat pada
rekabentuknya adalah:
1. bahagian atas telefon lebih ringan daripada bahagian bawah serta bentuk bahagian
bawah yang lebih lebar membantu pengguna memegangnya dengan selesa di
tapak tangan.
2. bahagian paparan yang besar untuk penglihatan yang jelas
3. pad kekunci yang besar dan jarak antara kekunci memudahkan pengguna pelbagai
saiz jari menggunakannya dengan selesa.
Perekabentuk juga perlu mengetahui peralatan sebenar yang ada dipasaran jika ingin
membuat sebarang perubahan pada rekabentuk asal atau menghasilkan sesuatu
rekabentuk baru.
Pemilihan rekabentuk ialah proses dimana kita perlu memilih salah satu daripada pilihan
yang ada bagi sesuatu rekabentuk produk/projek. Pemilihan ini sangat penting kerana
rekabentuk yang dipilih perlulah mampu dibina , mempunyai ciri-ciri yang menarik minat
pengguna dan yang paling utama rekabentuk yang dipilihkan mestilah dapat memenuhi
keperluan dengan mengikuti SOP.
11
1.1.8 PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN MENURUT OSHA
Setiap rekabentuk dan produk yang dihasilkan hendaklah mematuhi peraturan dan
langkah keselamatan menurut ketetapan OSHA.
12
BATERI DAN AKSESORI:
Sebelum mengeluarkan bateri dari telefon bimbit anda, sila pastikan bahawa telefon
bimbit dimatikan.
Patuhi langkah-langkah berikut untuk kegunaan bateri:
-Jangan cuba buka bateri (kerana risiko toksik dan kebakaran).
-Jangan menebuk, merungkai atau menyebabkan litar pintas dalam bateri.
-Jangan bakar atau buang bateri yang terpakai ke tempat sampah atau menyimpan
bateri pada suhu melebihi 60° C (140° F).
Semasa proses rekabentuk konsep bukan hanya satu lakaran rekabentuk dibuat
malahan banyak lakaran idea-idea rekabentuk mesti dibuat agar kita dapat memilih lakaran
rekabentuk yang terbaik. Pemilihan rekabentuk perlu dilakukan dengan teliti. Hanya satu
lakaran yang terbaik dan menepati keperluan serta mempunyai ciri-ciri menarik, kualiti
menepati spesifikasi, nilai ergonomik dan kos yang tidak terlalu tinggi akan dipilih.
Contoh pelbagai lakaran bebas reka bentuk konsep bagi telefon bimbit
13
1.2.1 MENYEDIAKAN LUKISAN TEKNIKAL MENGIKUT KEPERLUAN REKABENTUK
Setelah memilih lakaran rekabentuk yang paling sesuai, langkah seterusnya adalah
membuat lukisan rekabentuk dalam bentuk lukisan teknikal.
14
LUKISAN ISOMETRIK
LAKARAN ISOMETRIK
LUKISAN OBLIK
15
LUKISAN PERSPEKTIF
LUKISAN AUTOCAD
Lakaran rekabentuk perlu ditafsir dengan lukisan teknikal iaitu dengan membuat lukisan
ortografik. Lukisan ortografik dibuat dalam 2Dimensi (2D). Lukisan ini menggunakan 3
pandangan untuk memberi maklumat lengkap mengenai bentuk rekabentuk yang dipilih.
16
LUKISAN ORTOGRAFIK
LUKISAN ORTOGRAFIK
17
1.2.3 MENGAPLIKASI GAMBARAN REKA BENTUK KONSEP MENGIKUT REKA BENTUK
STANDARD
Contoh:
18
1.3 DESIGN PRESENTATION/PERSEMBAHAN REKABENTUK
Setelah rekabentuk projek siap persembahan akan dibuat dalam bentuk lisan atau
dokumentasi.
a. menyatakan ciri-ciri sesuatu rekabentuk projek seperti fungsi, keistimewaan dan lain
-lain
b. mengenalpasti masalah perancangan rekabentuk projek, pembinaan rekabentuk dan
sebagainya
c. mendapat komen membina daripada pihak lain dan dapat memperbaiki kualiti
produk
1. Tajuk Projek
2. Pengenalan Projek
6. Spesifikasi
6.1 Deskripsi projek
6.2 Ciri-ciri rekabentuk projek serta fungsi-fungsinya
6.3 Spesifikasi Rekabentuk Projek
19
7. Lakaran rekabentuk pilihan
11. Rujukan
20