Anda di halaman 1dari 20

 

BAHAGIAN PENDIDIKAN & LATIHAN TEKNIKAL


VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG
NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2/2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK / DVM

KOD/KURSUS DEB 4122 MAINTENANCE TECHNOLOGY

1.0 PREPARE CONCEPTUAL DESIGN, MODIFICATION DESIGN AND


KOMPETENSI
IMPROVEMENT

1.1 Identify requirement


1.2 Sketch the design

1.3 Design presentation


KOMPETENSI UNIT
1.4 Design requirements

1.5 Sketch the design

1.6 Design presentation

Trainee must be able to:

1. Prepare the standard procedures of operational and maintenance practiced


KOMPETENSI according to management requirement. (C3, PLO3)
PEMBELAJARAN 2. Perform electrical and mechanical instrument calibration according to
calibration schedule and calibration instruction. (P3, PLO2)
3. Follow standard operational procedures while managing site preparation
and equipment installation. (A3, PLO6)

NO KOD DEB 4122


MUKA: 01 DARIPADA 20
NO KOD JPK

1
1.0: PREPARE CONCEPTUAL DESIGN (MENYEDIAKAN REKABENTUK KONSEP),

MODIFICATION DESIGN AND IMPROVEMENT (PENGUBAHSUAIAN DAN


PENAMBAHBAIKAN REKABENTUK)

Pengenalan

Bidang rekabentuk
melibatkan berbagai-bagai
bidang seperti elektronik,
mekanikal, senireka,
bahan dan sebagainya.

Contohnya, untuk menghasilkan sebuah komputer melibatkan pelbagai bidang seperti


kejuruteraan mekanikal, perisian, elektronik, senireka dan ergonomik. Bidang-bidang yang
disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk menghasilkan satu rekabentuk yang baik.

Rekabentuk konsep dapat membantu kita dalam memilih konsep rekabentuk yang terbaik
semasa proses membuat rekabentuk sesuatu peralatan atau projek.

2
Semasa proses rekabentuk konsep beberapa lakaran projek yang berbeza lengkap dengan
ciri-ciri penting untuk projek tersebut digambarkan. Lakaran tersebut juga membantu kita
menentukan saiz, berat dan samada projek tersebut mudahalih atau tidak.

Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yang kita minati sahaja bukanlah satu
pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada kemungkinan idea itu
bukanlah yang terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk
mendapatkan idea yang kreatif dan baik adalah cerah.

Terdapat 3 elemen penting dalam membina rekabentuk konsep:

a. Kenalpasti keperluan rekabentuk

b. Membuat lakaran rekabentuk

c. Persembahan rekabentuk

1.1 IDENTIFY REQUIREMENT/ MENGENALPASTI KEPERLUAN REKABENTUK KONSEP

Biasanya produk baru dihasilkan akibat :

a. Dorongan permintaan – pengguna memerlukan satu ciptaan baru untuk


menyelesaikan sesuatu masalah.

Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya
melibatkan produk yang belum ada di pasaran.

b. Perubahan teknologi – penghasilan atau penemuan teknologi baru mencetuskan


permintaan produk baru.

Perubahan teknologi biasanya menghasilkan penambahbaikan kepada rekabentuk


sedia ada yang menggunakan teknologi lama seperti penggantian telefon mudah alih
menggunakan analog kepada digital, penggunaan sistem kawalan berwayar kepada
sistem kawalan jauh (remote control) dan sebagainya.

Walau bagaimana pun kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan
juga pengenalan teknologi baru.

3
Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa manakala pengeluar pula
memperkenalkan teknologi terbaru untuk memikat hati pengguna.

Pada peringkat awal, penghasilan sesuatu produk didorong oleh permintaan pengguna. Setelah
itu model demi model baru dikeluarkan untuk memikat hati pengguna. Oleh itu, permintaan
didorong oleh perkembangan pasaran atau trend serta teknologi.

Contohnya, pada peringkat permulaan, jam tangan digunakan sebagai pengukur masa. Setelah
beberapa model dikeluarkan pengguna bukan sahaja membeli jam tangan disebabkan
fungsinya sebagai pengukur masa malahan ianya lebih kepada gaya atau trend semasa.

Sebarang produk baru mesti memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna untuk berjaya di
pasaran.

Evolusi produk dari mula-mula direkacipta sehingga terhasilnya berpuluh-puluh model


hingga ke hari ini menunjukkan keperluan manusia sentiasa bertukar dari masa ke semasa.

Contohnya, pada peringkat permulaan fungsi utama telefon hanyalah sebagai alat
perhubungan semata-mata. Perkembangan dan penemuan teknologi elektronik telah
banyak merubah rekabentuk telefon ke hari ini dengan penemuan teknologi digital, bateri
boleh caj, dan system kawalan dan perhubungan jarak jauh tanpa wayar. Hari ini ciri-ciri
yang terdapat pada telefon jauh lebih baik dan lebih banyak.

4
Proses rekabentuk bermula dengan kesedaran mengenai sesuatu masalah yang kita hadapi
dan memerlukan kepada penyelasaian. Proses ini dinamakan mengenalpasti keperluan.

Contohnya, kita mengalami masalah menghubungi pihak tertentu ditempat yang tiada talian
telefon semasa kecemasan(pernyataan masalah) maka di sini wujud keperluan alat
komunikasi untuk mengatasi masalah ini (penyelesaian masalah).

Peringkat seterusnya merupakan proses penghasilan rekabentuk konsep atau idea untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Daya pemikiran kreatif dan inovatif diperlukan untuk
menghasilkan rekabentuk konsep yang baik. Semasa rekabentuk konsep pelbagai idea
dalam bentuk lakaran bebas dibuat.

Untuk memenuhi keperluan bagi pembinaan rekabentuk konsep beberapa perkara perlu
diambilkira:

a. Penilaian ruang
b. Kemampuan alat berdasarkan spesifikasi
c. Keberkesanan Kos berdasarkan spesifikasi
d. Kualiti sejajar dengan spesifikasi
e. Nilai ergonomic berdasarkan rekabentuk
f. Kenalpasti peralatan asal berdasarkan spesifikasi

1.1.1 PENILAIAN RUANG

5
Dapat memberi gambaran tentang saiz dan dimensi-dimensi lain yang terdapat pada
sesuatu rekabentuk serta dapat menilai kriteria rekabentuk tersebut.

Contohnya bagi sebuah telefon bimbit jarak melintang, menegak, ukuran skrin dan
ukuran butang-butang yang terdapat pada telefon tersebut juga ditentukan berdasarkan
keperluan.

1.1.2 KEMAMPUAN PERALATAN (MESIN) BERDASARKAN SPESIFIKASI PENGELUAR

Untuk memeriksa kemampuan sesebuah peralatan (mesin), spesifikasi pengeluar mestilah


diketahui. Pastikan kemampuan peralatan tersebut sejajar dengan spesifikasi yang ditetapkan
oleh pengeluar.

Contohnya bagi sebuah telefon bimbit spesifikasi yang di tetapkan oleh pengeluar adalah
seperti berikut:

Galaxy Grand Samsung Specification:

6
General Information
Brand Samsung

Model Galaxy Grand

Weight 162 G

Form Factor Touch Bar

Dimensions 143.5×76.9×9.6 MM

Operating Frequency GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 / 2100

Touch Screen Yes, Capacitive Touchscreen

Display Details
Display Color 5.0 inches, WVGA LCD Capacitive Touchscreen, 16M Colors

Display Size Samsung Galaxy Grand has a display size of 800 x 480 px

Display Features Multi-Touch Screen, TouchWiz UI

Sensors Accelerometer, Proximity, Light, Digital Compass

Camera
Camera Yes,  (rear) 8.0 MP / (front) 2.0 MP Camera

Camera Res. 3264 x 2448 Pixels

Zoom Yes, Digital Zoom

Video Yes

Video Recording Yes, 1080p@30fps

Video Player Yes, Video Formats : MP4, H.263, H.264, WMV

Camera Features Geo-tagging, touch focus, face and smile detection

Software
Games Yes

Java Yes, via Java MIDP emulator

Browser Yes, HTML5

7
Operating System Android OS, v4.1.2 (Jelly Bean)

Call Records
Phone Book Practically Unlimited

Missed Calls Practically Unlimited

Received Calls Practically Unlimited

Dialed Calls Practically Unlimited

Battery
Stand By Time N/A

Talk Time N/A

Li-ion 2100 mAH

Memory
Internal Memory Yes, Internal Memory : 8 GB Storage, 1 GB RAM

External Memory Yes, Up to 64 GB

Memory Slot Yes, Micro SD Card

Message
SMS Yes, Threaded View

MMS Yes

Email Yes, Supports IMAP, POP3, SMTP, Push Email

Instant Messaging Yes

Social Networking Facebook, Twitter, YouTube (upload), Picasa, etc.


Services

Music
Ring Tone Vibration, Polyphonic, MP3

8
FM No

Music Yes, Music Formats : MP3, WAV, eAAC+, AC3, FLAC

Speaker Yes

Headset Yes

Data
GPRS Yes

Bluetooth Yes, v4.0 with A2DP, LE, EDR

Wirless Protocol Yes, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n (2.4 GHz), DLNA, Wi-Fi Hotspot

Port Yes, Micro USB v2.0

Edge Yes

Infra Red No

3G Yes, HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps

GPS Yes, with A-GPS, support and GLONASS

CPU Yes, 1.2 GHz Dual-Core Processor

Salespack Handset, Battery, Charger, Earphone, USB Cable

Daripada spesifikasi pengeluar di atas, kita dapat memeriksa kemampuan telefon tersebut
antaranya:

1. Keupayaan membuat panggilan dan menghantar mesej teks

2. Kamera terbina dalam yang mampu mengambil, merakam dan memainkan


semula rakaman serta video

3. Keupayaan mengakses internet, GPS

4. Keupayaan menyimpan data

5.

6.

7.

8.

9.

10.

9
1.1.3 KEBERKESANAN KOS BERDASARKAN SPESIFIKASI

Tentukan keberkesanan kos berdasarkan spesifikasi pengeluar.


Seseorang pereka seharusnya boleh menghasilkan rekabentuk terbaik dan menepati
spesifikasi yang ditetapkan dengan kos yang rendah dan selamat supaya produk yang
terhasil dapat dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua
golongan.

1.1.4 KUALITI SEJAJAR DENGAN SPESIFIKASI

Pastikan rekabentuk yang dihasilkan berkualiti dan menepati spesifikasi yang


ditetapkan agar produk yang terhasil mendapat permintaan serta menjadi pilihan
pengguna.

1.1.5 NILAI ERGONOMIK


Ergonomik merupakan bidang mengenai perkaitan antara manusia dengan suasana
kerja atau alat yang mereka gunakan.
Tujuan rekabentuk ergonomik adalah untuk mewujudkan suasana kerja yang selesa dan
selamat kepada pengguna atau pekerja.
Faktor keselamatan pengguna merupakan aspek terpenting dalam ergonomik.
Semasa proses rekabentuk, nilai ergonomik perlu diutamakan agar rekabentuk yang
terhasil akan sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna, kepuasan hati pengguna
dan mesra pengguna.

Rekabentuk yang menitikberatkan nilai ergonomik menyebabkan:

1. pengguna merasa selesa dan selamat semasa menggunakan produk yang


dihasilkan

2. risiko kecederaan/kemalangan terhadap pengguna dapat dikurangkan

3. pengguna tidak mudah letih ketika menggunakan produk tersebut

4. pengguna dapat menjimatkan tenaga

5. produk terhasil mempunyai saiz yang sesuai serta mudah dikendalikan oleh semua
golongan pengguna.

10
Contohnya, bagi telefon bimbit berikut antara nilai ergonomik yang terdapat pada
rekabentuknya adalah:

1. bahagian atas telefon lebih ringan daripada bahagian bawah serta bentuk bahagian
bawah yang lebih lebar membantu pengguna memegangnya dengan selesa di
tapak tangan.
2. bahagian paparan yang besar untuk penglihatan yang jelas
3. pad kekunci yang besar dan jarak antara kekunci memudahkan pengguna pelbagai
saiz jari menggunakannya dengan selesa.

1.1.6 PERALATAN/MESIN SEBENAR

Perekabentuk juga perlu mengetahui peralatan sebenar yang ada dipasaran jika ingin
membuat sebarang perubahan pada rekabentuk asal atau menghasilkan sesuatu
rekabentuk baru.

1.1.7 PEMILIHAN REKABENTUK YANG MEMENUHI KEPERLUAN DENGAN MENGIKUTI


STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

Pemilihan rekabentuk ialah proses dimana kita perlu memilih salah satu daripada pilihan
yang ada bagi sesuatu rekabentuk produk/projek. Pemilihan ini sangat penting kerana
rekabentuk yang dipilih perlulah mampu dibina , mempunyai ciri-ciri yang menarik minat
pengguna dan yang paling utama rekabentuk yang dipilihkan mestilah dapat memenuhi
keperluan dengan mengikuti SOP.

Contoh prosedur operasi piawai(SOP) untuk membuat panggilan menggunakan telefon


bimbit:

11
1.1.8 PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN MENURUT OSHA

Setiap rekabentuk dan produk yang dihasilkan hendaklah mematuhi peraturan dan
langkah keselamatan menurut ketetapan OSHA.

Contohnya beberapa peraturan dan langkah keselamatan untuk pengguna telefon


bimbit :

• BATTERY AND ACCESSORIES:


Before removing the battery from your mobile phone, please make sure that the
mobile phone is switched off.
Observe the following precautions for battery use:
- Do not attempt to open the battery (due to the risk of toxic fumes and burns).
- Do not puncture, disassemble or cause a short-circuit in a battery.
- Do not burn or dispose of a used battery in the garbage or store it at temperatures
above 60°C (140°F).

12
BATERI DAN AKSESORI:

Sebelum mengeluarkan bateri dari telefon bimbit anda, sila pastikan bahawa telefon
bimbit dimatikan.
Patuhi langkah-langkah berikut untuk kegunaan bateri:
-Jangan cuba buka bateri (kerana risiko toksik dan kebakaran).
-Jangan menebuk, merungkai atau menyebabkan litar pintas dalam bateri.
-Jangan bakar atau buang bateri yang terpakai ke tempat sampah atau menyimpan
bateri pada suhu melebihi 60° C (140° F).

1.2 SKETCH THE DESIGN / LAKARAN REKABENTUK

Semasa proses rekabentuk konsep bukan hanya satu lakaran rekabentuk dibuat
malahan banyak lakaran idea-idea rekabentuk mesti dibuat agar kita dapat memilih lakaran
rekabentuk yang terbaik. Pemilihan rekabentuk perlu dilakukan dengan teliti. Hanya satu
lakaran yang terbaik dan menepati keperluan serta mempunyai ciri-ciri menarik, kualiti
menepati spesifikasi, nilai ergonomik dan kos yang tidak terlalu tinggi akan dipilih.

Contoh pelbagai lakaran bebas reka bentuk konsep bagi telefon bimbit

13
1.2.1 MENYEDIAKAN LUKISAN TEKNIKAL MENGIKUT KEPERLUAN REKABENTUK

Setelah memilih lakaran rekabentuk yang paling sesuai, langkah seterusnya adalah
membuat lukisan rekabentuk dalam bentuk lukisan teknikal.

Antara lukisan teknikal yang digunakan adalah


1. lukisan isometrik
2. lukisan oblik dibuat secara manual
3. lukisan perspektif
4. lukisan autocad dibuat dengan bantuan komputer
Keempar-empat jenis lukisan ini bertujuan untuk melihat dan menilai rekabentuk
yang dipilih secara pandangan 3 Dimensi (3D). Lukisan ini dihasilkan untuk
menggambarkan bentuk, butiran terperinci dan saiz sebenar projek.

14
LUKISAN ISOMETRIK

LAKARAN ISOMETRIK

LUKISAN OBLIK

15
LUKISAN PERSPEKTIF

LUKISAN AUTOCAD

JENIS-JENIS LUKISAN TEKNIKAL

1.2.2 MENTAFSIR LAKARAN REKA BENTUK MENGIKUT LUKISAN TEKNIKAL

Lakaran rekabentuk perlu ditafsir dengan lukisan teknikal iaitu dengan membuat lukisan
ortografik. Lukisan ortografik dibuat dalam 2Dimensi (2D). Lukisan ini menggunakan 3
pandangan untuk memberi maklumat lengkap mengenai bentuk rekabentuk yang dipilih.

Lukisan ortografik dilukis dengan mengasingkan kepada 3 pandangan yang berlainan


iaitu:

1. Pelan (Pandangan Atas)


2. Pandangan Hadapan
3. Pandangan Sisi

16
LUKISAN ORTOGRAFIK

LUKISAN ORTOGRAFIK

17
1.2.3 MENGAPLIKASI GAMBARAN REKA BENTUK KONSEP MENGIKUT REKA BENTUK
STANDARD

Gambaran akhir hendak dibuat yang menepati rekabentuk standard.

Contoh:

LUKISAN ORTOGRAFIK YANG BERDIMENSI

18
1.3 DESIGN PRESENTATION/PERSEMBAHAN REKABENTUK

1.3.1 Prosedur pembentangan menurut piawai/standard Laporan Rekabentuk

Setelah rekabentuk projek siap persembahan akan dibuat dalam bentuk lisan atau
dokumentasi.

Tujuan persembahan adalah untuk:

a. menyatakan ciri-ciri sesuatu rekabentuk projek seperti fungsi, keistimewaan dan lain
-lain
b. mengenalpasti masalah perancangan rekabentuk projek, pembinaan rekabentuk dan
sebagainya
c. mendapat komen membina daripada pihak lain dan dapat memperbaiki kualiti
produk

1.3.2 Format dokumentasi menurut prosedur rekabentuk standard


Laporan Rekabentuk perlu mengandungi butir-butir berikut:

1. Tajuk Projek

2. Pengenalan Projek

3. Pernyataan Masalah atau Keperluan

3.1 Mengenalpasti masalah atau keperluan yang hendak diselesaikan


3.2 Produk sedia ada
3.3 Menyenaraikan pelbagai alternative penyelesaian masalah dalam bentuk
lakaran bebas (rekabentuk konsep)

4. Objektif dan fungsi projek

5. Carta alir proses pelaksanaan projek

6. Spesifikasi
6.1 Deskripsi projek
6.2 Ciri-ciri rekabentuk projek serta fungsi-fungsinya
6.3 Spesifikasi Rekabentuk Projek

19
7. Lakaran rekabentuk pilihan

7.1 Lukisan Isometri/ Lukisan Oblik /Lukisan Perspektif


7.2 Lukisan Ortografik (lengkap dengan ukuran sebenar)
7.3 Lukisan Gambaran Akhir Rekabentuk menurut rekabentuk standard (lengkap
dengan ukuran sebenar)

8. Keistimewaan (Ciri-ciri unik) , Kebaikan Projek dan Potensi Komersial Projek

9. Standard Operating Procedur (SOP)

10. Rumusan dan Cadangan Penambahbaikan

11. Rujukan

1.3.3 Melaksanakan persembahan dokumentasi Reka bentuk

Setiap pelajar perlu melakukan persembahan dokumentasi menurut format


persembahan dokumentasi rekabentuk.

20

Anda mungkin juga menyukai