Anda di halaman 1dari 26

KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI,

P/S 65 81907 KOTA TINGGI, JOHOR

KERTAS PENERANGAN 2

KOD DAN NAMA


PROGRAM /
TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
MPI 2042 APLIKASI PENYELENGGARAAN
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. IDENTIFY MACHINE FOR PREVENTIVE
MAINTENANCE
2. INTERPRET MACHINE PREVENTIVE
NO. DAN PENYATAAN MAINTENANCE CHECK SHEET
AKTIVITI KERJA / WORK 3. PREPARE MAINTENANCE TOOLS REQUIREMENT
ACTIVITIES NO. AND 4. PERFORM MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
STATEMENT ACTIVITIES
5. RECORD MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
CHECK SHEET.

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

TAJUK/TITLE : PENYEDIAAN KEPERLUAN PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang/berkaitan :
Untuk memudahkan kita menjangka berapa lama masa yang perlu diambil bagi kerja-kerja
pembaikan dan sama ada ianya perlu ataupun sangat perlu. Ianya juga bagi tujuan
penyediaan alat-alat ganti yang harus disediakan sebelum kerja-kerja pembaikan
dijalankan. Kaedah mengenalpasti mesin dan peralatan, prosedur menyelenggara serta
prosedur merekod perkara-perkara yang berkaitan dengan penyelenggaraan.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

PENERANGAN/INFORMATION :
KAEDAH PEMILIHAN MESIN DAN PERALATAN

1.0 Untuk meminimakan masa membaikpulih (diagnosis time), satu kaedah yang
sistematik bagi membaikpulih kerosakan adalah perlu, dan ini adalah
berdasarkan daripada data-data berkaitan yang telah dikumpul dan dianalisa.
- Dalam kebanyakan situasi, kerosakan adalah berlaku dalam elemen ataupun
komponen yang terdapat dalam sistem mesin tersebut yang mana komponen
ini merupakan sebahagian kecil daripada sistem mesin tersebut secara
keseluruhannya.

1.1 Gambarajah 1 menunjukkan strategi membaikpulih kerosakan secara


menyeluruh. Strategi yang digunakan terdiri daripada hirarki bagi 4 sistem ;
i. di mana plant keseluruhan adalah yang berada pada paras yang
tertinggi,
ii. item yang terdapat dalam plant tersebut,
iii. lingkaran pengawasan (control loop) dan
iv. elemen yang berada pada paras yang paling bawah.

1.2 Satu gambarajah blok (functional block diagram) mewakili setiap sistem;
di sini setiap blok mewakili komponen dengan fungsi yang dinyatakan secara
jelas, contoh :
- pam (pump)
- penguat (amplifier)
- controller.

1.3 Kajian terhadap plant secara keseluruhan menunjukkan kerosakan berlaku


dalam satu item plant, dan kajian yang diteruskan ke atas item plant tersebut,
menunjukkan kerosakan berlaku dalam lingkaran kawalan (control loop).
- Setelah melakukan kajian ke atas lingkaran kawalan tersebut, didapati
kerosakan tersebut berlaku dalam satu daripada elemen plant tersebut, dan
akhir sekali didapati kerosakan wujud dalam satu komponen.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

1.4 Dengan melihat kepada contoh di atas, didapati strategi untuk merawat atau
membaikpulih sesuatu sistem secara keseluruhan ialah :
i. dengan mengikut turutan hirarki tersebut (bergerak dari paras tertinggi ke
paras yang paling bawah)
ii. ia akan dapat memfokuskan punca kerosakan itu kepada bahagian yang
lebih kecil ataupun terhad.

Dengan menggunakan kaedah ini, maka adalah lebih mudah untuk mengesan
kerosakan yang berlaku dalam sistem yang besar.

1.5 Proses ini diterangkan dengan lebih terperinci dalam contoh berikut :-
i. mengesan kerosakan yang berlaku dalam satu plant kimia.

Gambarajah 2 menunjukkan gambarajah fungsi (functional diagram) bagi


keseluruhan plant tersebut untuk menghasilkan monody-and tri-ethylene glycol
daripada ethylene oxide.
a. Kerosakan keseluruhan dikesan daripada kehadiran air yang terlalu
banyak dalam produk three-glycol.
b. Kandungan air disukat pada titik 1 sehingga 6, dan daripada bentuk
(patern) sukatan yang diperolehi, maka berkemungkinan tempat bagi
berlakunya kerosakan dapat dikesan.
c. Sebagai contoh, sekiranya sukatan pada titik 1 hingga 6 adalah tinggi
(bentuk 1), maka kerosakan adalah dijangkakan berlaku pada reactor.
Sebaliknya jika sukatan pada titik 1 adalah normal dan sukatan pada titik
2 hingga 6 adalah tinggi (bentuk 2), maka kerosakan adalah berpunca
pada dehydrator.

Di sini kita menjangkakan bentuk yang kedua terhasil, oleh itu kerosakan adalah
wujud pada dehydrator.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Gambarajah 1: Strategi membaikpulih kerosakan secara menyeluruh


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Gambarajah 2 : Fungsi (functional diagram) bagi keseluruhan plant


Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Maintenance department

Installation and commissioning unplanned


maintenance
Of new plant (breakdowns)

Planned maintenance

Preventives maintenance corrective maintenance


(Lubrication and adjustment) (Replacement of worn parts before
major damage occurs)

2.0 PERATURAN KESELAMATAN

2.1 Peraturan keselamatan merupakan perkara utama yang perlu diketahui


sebelum memulakan sebarang kerja ataupun penggunaan mesin. Ini
bertujuan untuk mengelakkan sebarang kemalangan ataupun perkara yang
tidak diingini semasa kerja-kerja dijalankan.
2.2 Langkah-langkah keselamatan ini perlu diajar dan didedahkan kepada setiap
individu di tahap awal penglibatan dengan kerja-kerja bengkel. Ia juga perlu
dititikberatkan sepanjang masa.
2.3 Antara peraturan keselamatan umum untuk peralatan dan mesin ialah :-
 Dapatkan arahan penggunaan sebelum menggunakan sebarang mesin
dan peralatan.
 Pastikan kawasan kerja adalah kemas, bersih dan terurus dengan
sempurna.
 Pastikan rambut tidak mencecah bahagian mesin yang bergerak.
Sekiranya rambut pengendali mesin adalah panjang, maka pastikan ianya
terikat dengan kemas .
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25
 Hindarkan daripada berpakaian longgar. Sebolehnya lengan baju
haruslah pendek ataupun bagi lengan panjang hendaklah dilipat ke atas
dengan kemas.
 Jangan sesekali memakai sebarang perhiasan diri seperti rantai, cincin
dan sebagainya.
 Gunakan pakaian keselamatan seperti kasut keselamatan dan goggles.
 Pastikan mata alat ataupun pemotong yang digunakan adalah tajam.
 Sentiasa gunakan peralatan ataupun mesin yang betul bagi kerja-kerja
yang tertentu. Jangan menggunakan peralatan lain bagi menggantikan
peralatan yang sepatutnya seperti menggunakan pahat bagi
menggantikan penukul.
 Sentiasa pastikan peralatan keselamatan telah dipasang sebelum
menggunakan sebarang mesin dan peralatan.
 Sebelum menggunakan peralatan elektrik, pastikan berdiri di atas pelapik
getah ataupun sebarang pelapik yang bersifat penebat.
 Jangan bermain dengan peralatan di bengkel dan jangan bergurau di
dalam kawasan kerja.
 Sentiasa mengetahui di mana letaknya peralatan perubatan (first aid kit).
 Jangan bekerja terlalu pantas sehingga gagal mengawal peralatan yang
digunakan.
3.0 Bahan guna habis pada mesin ialah :
3.1 Tambah atau tukar bahan seperti minyak hidraulik, minyak pelincir, bendalir

i. JENIS-JENIS BENDALIR PEMOTONG.

Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada :-


 Minyak pemotong atau minyak galian.
 Minyak boleh larut.
 Bendalir pemotong tiruan atau kimia.
 Penyejuk khas.

ii. MINYAK PEMOTONG ATAU MINYAK GALIAN.


Minyak galian boleh dikelaskan kepada jenis aktif dan tak aktif, bergantung pada
kemampuannya menahan haba yang meningkat dalam pemesinan.Terdapat 3 jenis
minyak galian yang aktif :-

 Minyak pemesinan bersulfur – Sesuai untuk keluli lembut tetapi tidak sesuai
untuk tembaga atau aloi kuprum.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25
 Minyak galian sulfur berklorin – Sesuai untuk keluli lembut dan aloi krom nikel.
 Minyak galian berlemak – Sesuai untuk kerja memesin yang lasak dan berat.

iii. Sementara minyak galian yak aktif pula terdiri daripada :


 Minyak galian biasa – Sesuai untuk logam berplumbum dan memotong benang.
 Minyak galian lelemak – Sesuai untuk kebanyakan logam ferus dan bukan ferus.
 Minyak galian lelemak bersulfur – Sesuai untuk menghasilkan permukaan yang
sangat licin terutamanya didalam kerja-kerja penyudahan.

iv. MINYAK BOLEH LARUT

Air merupakan bahan penyejuk yang paling baik tetapi boleh menyebabkan karat
kepada benda kerja terutamanya logam-logam ferus.Selain itu, ia juga tidak
mempunyai sifat pelinciran yang baik.Jika bendalir pemotong jenis ini dicampurkan
kepada air, ia boleh menjadi bendalir pemotong yang mempunyai sifat cepat sejuk dan
menahan daripada kekaratan.Minyak boleh larut dibekalkan dalam bentuk
pekatan.Nisbah campuran berbeza-beza mengikut jenisnya.Contohnya, 5 bahagian
minyak boleh larut dicampurkan kepada 1000 bahagian air.Minyak boleh larut ini
sangat sesuai digunakan untuk memesin pada kelajuan yang tinggi.Terdapat 3 jenis
minyak boleh larut :-
 Minyak galian boleh larut – Digunakan untuk kegunaan am.
 Minyak boleh larut berlemak tinggi – Dugunakan dalam kerja-kerja memesin
yang lebih lasak.
 Minyak boleh larut tekanan lampau – Digunakan untuk kerja-kerja memesin
yang lasak

v. BENDALIR PEMOTONG TIRUAN ATAU KIMIA


Bendalir pemotong jenis ini sesuai untuk logam ferus dan aloi aluminium
sahaja.Sementara logam bukan ferus yang lain tidak disyorkan terutamanya sekali aloi
magnesium, zink, kadmium atau plumbum.

vi. FUNGSI BENDALIR PEMOTONG


 Untuk menyejukkan tepi pemotong mata alat.
 Untuk menyejukkan bendakerja.
 Mengurangkan geseran yang berlaku antara mata alat dengan bendakerja.
 Membantu memecahkan tatal.
 Menghindarkan tatal daripada melekat kepada tepi pemotong mata alat.
 Untuk mengeluarkan serpihan – serpihan tatal.

vii. CIRI-CIRI BENDALIR PEMOTONG.


 Mempunyai sifat penyerap haba yang tinggi.Dengan ini penyejukkan dapat
dibuat dengan lebih berkesan.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25
 Mempunyai sifat pelinciran yang baik yang dapat mengurangkan geseran antara
mata alat dengan benda kerja dan mengelakkan tatal daripada melekat pada
tepi pemotongannya.
 Mempunyai takat kilat yang tinggi. Jadi, ia tidak mudah terbakar dan bahaya-
bahaya kebakaran dapat dielakkan.
 Mempunyai kelikatan yang rendah, supaya ia dapat mengeluarkan tatal dengan
mudah.
 Seelok-eloknya biarlah jernih ataupun tembus cahaya supaya tindakan
memotong mata alat dapat dilihat dengan jelas.
 Tidak menyebabkan mesin berkarat.
 Tidak berbau busuk.
 Tidak memudaratkan atau merbahayakan pengguna.
 Tidak menghalang proses pemotongan apabila digunakan.

viii. KEBAIKAN BENDALIR


 Menjimatkan kos mata alat.Penggunaan bendalir pemotong
menyebabkan mata alat lambat haus dan tahan lama serta dapat
menjimatkan masa mengasah mata alat.
 Meningkatkan produktiviti. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan
kelajuan mesin yang tinggi digunakan dengan itu kerja-kerja penghasilan
produk dapat dilakukan dengan cepat.
 Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesin-
mesin tidak menggunakan tenaga yang berlebihan.
 Meningkatkan mutu. Mata alat dapat melakukan pemotongan dengan
baik dan berkesan serta ianya boleh menghasilkan sudahan kerja yang
baik dan tepat.
 Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja menukar dan mengasah mata alat
dapat dikurangkan.

i.Bersihkan atau tukar bahan seperti filter, oils mist collector, ionizer.

Gambar : filter
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Gambar : Oils Mist Collector

Gambar : ionizer

4.0 Komponen mesin yang perlu dikekalkan kemampuan kefungsiannya seperti


slideways, guideways, spindle unit, motor pump, sensor dan lain-lain.

Gambar : slideways
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Gambar : guideways

Gambar : spindle unit

Gambar : motor pump

Gambar : sensor
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Rajah
Rajah menunjukkan bahagian-bahagian yang perlu
diisi Lubricant Oil oleh pengilang (manufacturer )
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Jadual menunjukkan bahagian-bahagian mesin larik yang perlu


dilakukan pelinciran Lubricant Oil

4.1 APLIKASI GRIS ( GREASE APPLICATION )


Gris adalah pelincir yang terdiri daripada minyak pelincir yang digabungkan dengan
ejen penebalan ( thickening Agent ).Kandungan minyak di antara 85 – 95 peratus,gris
dapat melakukan kerja pelinciran dengan lebih baik.Ciri-ciri gris dapat dibezakan
melalui kandungan ejen penebalan seperti rintangan haba,rintangan air,dan faktor
cuaca.Pelbagai bahan lain turut ditambah untuk meningkatkan lagi prestasi gris.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Rajah menunjukkan contoh Grease Lubrication


yang terdapat di pasaran

Gambarajah menunjukkan bahagian yang perlu


disimpan dengan gris

4.2. PROSEDUR / TEKNIK MEMBERSIHKAN MESIN

4.2.1. TUJUAN
Memastikan mesin dan peralatan bersih merupakan amalan baik yang perlu diamalkan
oleh seorang pekerja mahir. Amalan ini perlulah dilakukan sebelum dan selepas mesin
dan peralatan digunakan. Walaubagaimanapun, prosedur / teknik membersihkan mesin
dan peralatan perlulah diketahui terlebih dahulu sebelum kerja membersih
dilakukan.Ianya bertujuan adalah untuk:-
i. Mengelakkan risiko kemalangan dan kecederaan.
ii. Mengelakkan kerosakan pada bahagian atau komponen mesin dan peralatan.
iii. Memastikan mesin dan peralatan dapat dibersihkan dengan kaedah yang betul
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25
4.2.2. PERALATAN PENYELENGGARAAN
Diantara peralatan yang digunakan dalam kerja-kerja penyelenggaraan ( Maintenance ) ialah :-

Funnel
Oil Hand Pump

Lubricant Container Torch Light


Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Maintenance Log Book Hand Tools

Hydraulic Lift Table Pallet Truck

Air compresser

4.3.1. PERALATAN PEMBERSIHAN MESIN


i. Kain Buruk
ii. Penyapu
iii. Berus Cat
iv. Berus Meja

4.3.2. PROSEDUR MEMBERSIHKAN MESIN DAN PERALATAN


Setiap Mesin dan peralatan mempunyai teknik dan prosedur pembersihan yang
berbeza.Adalah amat penting bagi pengguna merujuk kepada Manual Book atau
bertanya kepada penyelia kaedah yang betul untuk membersihkan sesuatu mesin
dan peralatan bagi mengelakkan kemalangan,kecederaan dan kerosakan.Berikut
merupakan contoh prosedur membersihkan mesin larik.

4.3.3. Prosedur Membersihkan Mesin Larik


i. Pastikan Mesin dimatikan terlebih dahulu.
ii. Simpan peralatan mesin ditempat yang sepatutnya.
iii. Bersihkan kawasan kerja menggunakan Berus Meja atau Berus Cat.
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25
iv. Elakkan daripada menggerakkan bahagian sliding part seperti Carrige, Cross
Slide ,Tool Post dan Tail Stock pada mesin larik sebelum bahagian tersebut
dibersihkan.
v. Sapu dan bersihkan kawasan kerja
vi. Buang tatal (chips ) di tempat yang disediakan.
vii. Tatal (chips )bagi bahan yang berbeza hendaklah diasingkan.
viii. Bahan buangan dalam bentuk cecair hendaklah dimasukkan kedalam tong dan
kaedah pelupusan hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh
penguatkuasa.

4.4.1. PROSEDUR MEMBERSIH DAN MENGGANTI BENDALIR PENYEJUK


(COOLANT)
Bendalir Penyejuk (Coolant) merupakan bahan amat penting yang digunakan
dalam proses pemotongan didalam bengkel pemesinan. Oleh yang demikian
pengetahuan berkaitan prosedur penyediaan dan penggantian Bendalir Penyejuk
(Coolant) perlulah diketahui. Berikut adalah prosedur untuk penyediaan dan
penggantian bagi Bendalir Penyejuk (Coolant).

4.4.2. Prosedur Membersih dan Mengganti Bendalir Penyejuk (Coolant)

i. Keluarkan Bendalir Penyejuk (coolant) yang terdapat didalam tangki.


ii. Bersihkan tangki daripada benda asing atau tatal yang terdapat didalam tangki
dengan menggunakan pam,kertas pemisah minyak,penapis dan sebagainya.

iii. Mengisi tangki dengan air yang mencukupi untuk menjalankan pam. (Gunakan
air suam jika boleh)

iii. Bahan pencuci boleh digunakan untuk membersihkan tangki.Biarkan pam


coolant berfungsi 2-5 jam untuk menanggalkan segala kekotoran dengan
menggunakan bahan pencuci.

v. Keluarkan air yang terdapat didalam tangki.


vi. Isi semula tangki dengan air yang bersih.Jika air yang diisi masih lagi
kotor,keluarkan air bilasan pertama dan dimasukkan air bilasan yang kedua.

vii. Masukkan air yang bersih kedalam tangki mengikut jumlah yang diperlukan.

viii. Tambahkan dengan Bendalir Penyejuk (Coolant Fluid), Hidupkan semua pam
Bendalir Penyejuk dan biarkan berjalan selama sekurang-kurangnya 15 minit
untuk membantu mencampur bendalir Penyejuk dan air.
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Refractometers

Rajah menunjukkan alat yang digunakan untuk


mengukur kepekatan Bendalir Penyejuk

4.5.1. KAEDAH SISA PELUPUSAN DENGAN BETUL


Penggunaan bendalir dalam bidang kejuruteraan amatlah penting.Walaupun
dengan penjagaan yang baik, hayat penggunaan sesuatu bendalir dapat
dipanjangkan.Tetapi ia tetap tidak dapat digunakan untuk selama-lamanya dan
perlu dilupuskan.Segala bentuk bendalir atau cecair yang boleh mengakibatkan
pencemaran hendaklah disimpan didalam tong dan perlulah mengikut kaedah
pelupusan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan mematuhi piawaian
yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

4.5.2. Peraturan sisa berbahaya (Hazardous Waste Regulations)


Kongres Sumber Pemuliharaan dan Pemulihan Akta (RCRA) menakrifkan istilah
"sisa berbahaya" sebagai Sisa pepejal, atau gabungan sisa pepejal kerana
kepekatan kuantiti, atau fizikal,ciri-ciri kimia atau berjangkit dimana ianya boleh :
i. Menyebabkan, atau dengan ketara menyumbang kepada peningkatan dalam
kematian atau peningkatan dalam serius tak boleh balik, atau penyakit berbalik.

ii. Menimbulkan bahaya besar pada masa kini atau jangka masa panjang kepada
kesihatan manusia atau alam sekitar apabila tidak dirawat dengan betul,
disimpan, diangkut, atau dilupuskan, atau diuruskan denga kaedah yang betul.

4.5.3. Jenis – Jenis Sisa Berbahaya

Berikut adalah jenis – jenis Sisa Berbahaya :-


Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

5. Jenis-jenis alatan senggaraan.

PLIER.
Terdapat beberapa jenis plier yang digunakan untuk memotong, memgang,
megapit,meminmtal, memusing, menolok dan menarik.

JENIS DAN KEGUNAAN.

a) PLIER SAMBONG GELANGAN.


Ianya dikenali juga sebagai plier begelang digunakan untuk mengapit dan juga
memotong dawai saiz kecil.

Untuk memotong dawai yang kecil


b) PLIER MEMOTONG SISIR/TEPI.
Ia digunakan khas untuk memotong dawai, paku dan juga dawai letrik. Rahang /
muncong plier rata atau sudut tepat adalah digunakan untuk membengkok
sudut/penjuru pada logam logam nipis.

Untuk memotong dawai yang kecil

c) PLIER MUNCONG BULAT.


Digunakan untuk membengkokkan dawai dawai kecil, logam logam nipis dan
memegang bahagian kecil. Plier ini mempunyai rahang panjang dan dipanggil plier
muncong panjang. (long nose pliers)

2. PEMULAS SCREW.
Sekeru pulas digunakan untuk memutar atau memulas sekeru pada kepala lurah
bendakerja. Ia terdapat dalam berbagai bentuk dan saiz. Saiz nya ditentukan dengan
mengikut lebar pada bilah/mata yang dibuat dari keluli alatan, disepoh dan dikeraskan
pada bahagian hujungnya.
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

(I) BENTUK HUJUNG SEKERU PULAS.


Hujung atau mata sekeru peulas hendaklah dibentukkan dengan tepat. Ianya mestilah
sesuai pada lurah dengan mata sekeru pulas. Tepi rangga kosong pada mata mestilah
ditekan pada tepi bahagian lurah.

(II) PENGUNAAN PEMULAS SEKERU.


Untuk mengelakkan kepala sekeru daripada rosak atau tergelincir, bendakerja
hendaklah diletakkan diatas meja kerja. Jika bendakerja itu perlu dipegang dengan
tangan, gerigis hdeaklah dibuang bagi mengelakan tangan daripada luka.
Batang pemulas sekeru yang berbentuk empat segi adalah bertujuan bagi membantu
putaran menggunakan perangkok.
Off-set screw driver digunakan untuk memutar sekeru dikedudukan yang tersembunyi.
Kegunaan untuk sekru pulas ialah pada tapak cerucuk, ditunjukan dalam gambar rajah.

III) PENEBUK CEMAT.


Penebuk cemat adalah sejenis bahan yang lurus pada hujungnya dan digunakan untuk
mengeluarkan cemat ‘Calter/ Calter pin dan cemat tirus. Mula-mula longgarkan cemat
tersebut dengan menggunakan baji pemebuk (drift punch) kemuidian keluarkan dengan
penebuk cemat / Pin punch

(IV) BAJI PENEBUK / DRIFT PUNCH.


Drift punch juga dikenali sebagai tapered punch. Ia digunakan untuk membetulkan
lubang untuk dimasukkan pin padu lubang yang tidak lurus atau pengeluarkan ribet.
Lihat gambar rajah.

(V) PERENGKOH / WRENCH.

a) PERENGKOH MONYET.
Ia digunakan untuk melonggar atau mengikat nat dan bolt yang boleh dipasangkan
kepada sebarang saiz. Apabila perengkohmonyet digunakan, rahangnya hendaklah
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25
diikat ketat pada nat dan menghala pada arah yang sama kepada sesaorang yang
menareknya. Perangkoh mestilah diputarkan pada arah yang ditunjukkan dalam rajah.

b) PERENGKOK ENSOTAN / HIDUP.


Perengkoh Ensotan hujung adalah satu alat yang kuat dimana ianya digunakan dalam
bengkel untuk kerja-kerja am atau berat. Rahangnya adalah menghala pada penjuru
berkenaan, supaya dia bolih digunakan ditempat kerja yang sempit atau tempat
tersorok, dimana perangkoh monyet tidak dapat digunakan.

c) PERENGKOK APIT CENGKAM.


Perengkoh apit - cengkam juga dipanggil ‘ Pelaya apit ‘ pencengkam. Ia adalah alat
yang mudah digunakan pada jurugeugas dan jurutera ‘am. Ia melakukan kerja dengan
cepat, senang, mudah dan bertindak selaku ragum pengapit / vice, pelaya, perangkoh
paip, perangkoh hujung terbuka atau pengunci alatan. Perengkoh cengkam memegang
bendakerja bulat, persegi atau lain lain bentuk.

VISE-GRIP WRENCH
d) PERENGKOH PAIP.
Perengkoh paip digunakan untuk memegang, memutar dan memusing paip atau lain-
lain logam bendakerja yang bulat. Giginya mestilah dipelihara bersih untuk mengelakan
perangkoh dari tergelicir. Apabila menggunakan perangkoh paip, halakan rahangnya
kearah anda semasa hendak menareknya.

e) PERENGKOH HUJUNG TERBUKA.


Ia mempunyai sudut rahang samada 15 * ataupun 22 1/2 * dikira dari garis pusat
hingga kecendongan rahang itu. Rahangnya adalah jenis tetap maka ianya tidak boleh
diubahsuai. Tetapi disebabkan sudut rahangnya sedemikian rupa ia boleh meemutar
nat dan pasak yang terletak dibahagian yang sempit atau diman perengkoh biasa tidak
dapat diputar dikawasan sempit.

SAIZ SAIZ BAGI PERENGKOH HUJUNG TERBUKA.


Carta ini menujnjukan saiz perangkoh hujung terbuka yang diperlukan untuk saiz saiz
nut, bolt atau penutup seakeru tertentu. Saiz bagi perangkoh hujung terbuka diukur
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25
pada bahagian yang terbuka. Setiap perangkoh dimenterai/ditanda saiznya. Saiz saiz
untuk bolt adalah diukur dengan lengkaran pusat ‘shank’. Saiz nut juga diukur dengan
lengkaran pusat bolt yang dipasang tetapi perangkoh yang bukannya 3/8 “ sesuai
dipasang pada saiz bolt 1/4 “ atau mesin nat sekeru nombor 10. Rujuk carta jadual.

f) PERENGKOK PETI.
Perengkoh peti mempunyai hujung tertutup iaitu seluruh kepala akan masuk pada
kepala bolt atau nut.

g) PERENGKOH SOKET.
Perengkoh soket digunakan untuk memusing kepala bolt dan nut dimana diletakkan ke
dalam iaiut bawah dari permukaan bendakerja.

h) PERENGKOH SEPANA.
Perengkoh sepana mempunyai satu atau dua cemat. Cemat/pin ini dilekatkan kedalam
lurah atau lubang pada nut bulat atau pun lengkaran benang untuk mengetatkan atau
melonggarakannya.

PENGGUNAAN PERENGKOH.

a) Biasa mengguna perengkoh yang sesuai pada nut-nut keras atau bolt.
b) Apabila menggunakan perengkoh hidup/ mengeset, perhatikan pergerakan rahang
iaitu
dipasang ketat pada nut dan bolt.
C) Gunakan perengkoh kecil untuk bolt kecil, perangkoh besar pada nut dan bolt yang
besar.

TAJUK:- ALAT ALAT DAN CARA-CARA PELINCIRAN.


Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

1) Gravity feed. (Penyampaian secara gravity)


Gravity feed ialah penyampaian bahan pelicin secara titisan mengikut tarikan gravity.
Ianya mengalir satu jatuh setitik setitik dari masa kesemasa melalui (capillary acrtion of
wick) Perjalanan pengaliran bahan pelicin ini sekata jika dibanding dan lebih baik dari
menggunakan tangan. Terdapat keburukannya iaitu:-

1) Panjangaan perlu diambil pada bekas penyimpan minyak reservoir jangan sampai
kering (kosong).
b)Kemasukkan minyak bergantung pada paras minyak (dilevel) pada bekas penyimpan
minyak reservoir.
Gravity feed sesuai bagi penggunaan bahan pelicin yang cair. Cara ini juga sesuai
cuma kerja kerja ringan. (light duty only) Biasanya cara ini digunakan berhubung rapat
dengan permukaan yang bergelunsur (sliding) dengan beban ringan. Keterangan lanjut
lihat gambarajah dibawah (di dovetail shaper).
a) Wick feed (G.R.A)
b) Oil Cup feed (G.R.B)
c) Slight feed (G.R.C)

2. FORCE FEED (Penyampaian secara tekanan/tobakan)


Jenis Force Feed ini terbagi kepada 3 jenis seperti berikut:-
a) Continuous Feed (Tekanan yang berulang dan sekata)
b) Pressure feed by hand pump (Penyampian tekanan dengan pam tangan)
c) Cara oil or greese gun nipple.

a) Continuous Feed.(Tekanan berulang)


Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25
Ianya cara minyak disampai menggunakan mesin pam dan ada kalanya menggunakan
makanikal. Lihat gambarajah. Penyampaian sistem pelicin cara ini berterusan tidak
berhenti. Minyak itu dipam ke bearing dibawah tekanan tertentu. Minyak ini akan
berbalik ke Tank dan proses ini berlaku berulang-ulang.

ii b) Penyampaian tekanan bahan pelicin dengan pam tangan. (Pressure feed by


hand pump.
Penyampaian bahan pelicin dilakukan oleh pengandali, setaip kali pertukaran minyak
menggunakan pam tangan, minyak dipam ke bearing dalam jarak waktu iaitu dua kali
sehari. G.B.A. menunjukkan grease cup. Grease cup dipaksa masuk kadalam bearing
dengan mengikat sekeru pada penutup grease cup itu. G.R.A. menunjukkan Hand
Pressure Feed.

c) Cara oil or Grease Gun Nipple.


Peliciran cara ini ialah menekan muncung grease gun kepada nipple. Bahan pelicin ini
ditekan (Paksa) masuk kedalam bearing. Contoh di Mesin Larik. Rujuk pada
gambarajah dibawah.
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

Antara 3 cara seperti tersebut diatas (force-feed) cara yang pertama adalah sangat
berkesan. Continuous Feed 2 dan 3 bergantung kepada maksima. Ketiga ini baik untuk
bearing roller atau ball.

3. Cara Percikan (splash method)


Cara penyampaian minyak pelicin cara ini biasanya dilakukan dalam gear box. Minyak
pelicin disampai dengan percikan minyak yang dilakukan oleh oil ring daripada
takungan minyak. Lihat gambarajah minyak akan berputar diatas aci dan membawa
minyak dan menyambah disekelilingnya. Minyak ini akhirnya akan mengalir kembali
dalam takungan minyak.

4. Lurah Minyak.
Bagi memudahkan minyak mengalir supayasemua bahagian atas itu mendapat minyak
pelicin lurah minyak dipotong pada bearingataupun pada aci. Lurah minyak boleh
dibuatdengan menggunakan pahat (half round chisel) atau dicanai dengan batu canai -
jika aci itutelah dikeraskan.
a) G.R.A. Alur minyak pada journal bearing.
b) G.R.B. Lurah minyak pada trust bearing.
c) G.R.C. Menunjukkan alur minyak dibuat pada shaft. Shaft ini digerudi ditengah
tengahnya supaya senang minyak pelicin dipam kedalamnya. Contoh
seperti ditakal.
Muka Surat / Page : 26
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(2/3)
Drpd / of : 25

SOALAN

1. Berikan 3 bahan guna habis pada mesin untuk aktiviti penyelenggaraan?

i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________

2. Apakah fungsi bendalir?


_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_________________________________________________________________

3. Nyatakan kebaikan bendalir?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

4. Mengapakah kemahiran merekod dan menyelenggara penting bagi seorang pekerja


mahir?

______________________________________________________________________

5. Senaraikan maklumat yang boleh diperolehi didalam Manual Book?

______________________________________________________________________

6. Senaraikan jadual-jadual yang digunakan untuk merekod penyelenggaraan?

______________________________________________________________________

7. Nyatakan tujuan mempelajari teknik membersihkan mesin dan peralatan?

______________________________________________________________________

8. Senaraikan jenis – jenis sisa berbahaya ?

______________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Instruction Manual. Information and Management Engineering Series.


Mitsuhiro Kojinaga,Kiyoshiro Umemoto,
Overseas Vocational Training Association.
1988 .
3 Lubricant & Greasing Notes PDF,10.49am,4/1/2012
4 Cutting Fluids Management in Small Machine Shop operation PDF,10.52pm,12/7/2012

Anda mungkin juga menyukai