Anda di halaman 1dari 16

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN AHMAD SHAH,

JALAN ROMPIN-ENDAU,
26800 KUALA ROMPIN, PAHANG.

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI
PROGRAM’S CODE & MPI 2042 : MAINTENANCE APPLICATION
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / MC-050-2:2012-C08
COMPETENCY UNIT NO. MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
AND TITLE
1. IDENTIFY MACHINE FOR PREVENTIVE
MAINTENANCE
2. INTERPRET MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
NO. DAN PENYATAAN CHECK SHEET
AKTIVITI KERJA / WORK 3. PREPARE MAINTENANCE TOOLS REQUIREMENT
ACTIVITIES NO. AND 4. PERFORM MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
STATEMENT ACTIVITIES
5. RECORD MACHINE PREVENTIVE MAINTENANCE
CHECK SHEET.

Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

TAJUK/TITLE : Pengenalan Kepada Penyelenggaraan Pencegahan

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan tentang/berkaitan :
Untuk memudahkan kita menjangka berapa lama masa yang perlu diambil bagi kerja-kerja
pembaikan dan samada ianya perlu ataupun sangat perlu. Ianya juga bagi tujuan
penyediaan alat-alat ganti yang harus disediakan sebelum kerja-kerja pembaikan
dijalankan.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

PENERANGAN/INFORMATION :

1.1 PENGENALAN KEPADA PENYELENGGARAAN


Peralatan biasanya akan haus atau rosak atau mengalami masalah dari masa ke
semasa. Jika keadaan ini dapat dikenalpasti, maka kerja penyelenggaraan akan dapat
dilaksanakan dengan lebih awal. Keadaan yang luarbiasa ini dapat dikenalpasti
dengan serta merta melalui pengetahuan, pemeriksaan aturan biasa (routine check)
dan pemeriksaan berjadual (periodical check).

1.2 TUJUAN UTAMA PENYELENGGARAAN MESIN


Untuk memastikan dan mengekalkan mesin sentiasa berada dalam keadaan yang
baik dari segi operasi dan kegunaannya.

1.3 PENYELENGGARAAN MESIN


Ianya meliputi semua aktiviti yang berkaitan untuk memastikan peralatan boleh
berfungsi dengan efisien atau mengembalikannya kepada keadaan asal. Antara
aktiviti dalam penyelenggaraan mesin adalah:
i. Baikpulih (Repair)
ii. Penyelarasan (Calibration)
iii. Pembersihan (Cleaning)
iv. Pemeriksaan (Inspection)
v. Rekaan (Fabrication)
vi. Pembuatan (Manufacturing)

1.4 PEMERIKSAAN DAN PEMBERSIHAN


Penyelenggaraan mesin ini selalunya melibatkan pemeriksaan yang kerap dan
pembersihan. Oleh sebab yang demikian, untuk memastikan penyelenggaraan yang
efektif perlu dipastikan peralatan dalam keadaan yang baik. Kadar kemunduran
peralatan perlu sentiasa dikawal, begitu juga paras kecekapan peralatan. Bahagian
penyelenggaraan juga bertanggungjawab mempertingkatkan pengeluaran dan
menyelamatkan masa serta kos penyelenggaraan.

Peralatan yang diselenggara dengan baik biasanya akan menghasilkan:


i. Produk yang berkualiti
ii. Mempertingkatkan produktiviti
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

iii. Dapat mempertingkatkan jangka hayat peralatan

Tanpa penyelenggaraan, mesin akan menghadapi risiko kerosakan yang cepat dan
jika terlalu banyak penyelenggaraan akan menyebabkan pembaziran.

Untuk tujuan ini beberapa data diperlukan untuk membolehkan sesuatu kerja
penyelenggaran terhadap sesuatu mesin atau peralatan itu dilakukan:
i. Jangka hayat sesuatu alat yang dikeluarkan oleh pengilang.
ii. Rekod kerosakan harian yang dicatatkan dalam bentuk jadual.
iii. Rekod preventive maintenance.

1.5 JANGKA HAYAT SESUATU ALAT


Kebiasannya hayat alat atau mesin bergantung kepada jenis bahan yang dikeluarkan.
Cara mana ianya digunakan dan dikendalikan juga mempengaruhi lama atau
pendeknya hayat alat tersebut. Jika ianya digunakan dengan betul hayat alat akan
mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Pihak pengeluar komponen
akan mengeluarkan hayat alat atau komponen mengikut kadar jam, hari atau pun
tahun.

1.6 REKOD KEROSAKAN HARIAN DALAM BENTUK JADUAL.

Rekod ini akan ada dengan pelaksanaan pemeriksaan harian yang dijalankan. Ianya
merujuk kepada bahagian-bahagian yang diperiksa secara ‘visual inspection’ sahaja.
Kerja-kerja merekod kerosakan ini dilakukan oleh operator yang mengendalikan
sesuatu mesin itu. Operator mesin hanya perlu menandakan beberapa simbol sahaja
di atas jadual yang disediakan dengan setiap simbol mengandungi makna-makna
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

tertentu. Tugas mengadakan jadual rekod harian adalah tanggungjawab penyelia


sesuatu organisasi.

Contoh jadual pemeriksaan harian

1.7 REKOD PREVENTIVE MAINTENANCE.

Rekod ini pada kebiasaannya dikeluarkan untuk menyelenggara sesuatu alatan atau
mesin dalam masa yang telah ditetapkan. Ianya pula boleh dibahagikan kepada
beberapa bahagian mengikut kesesuaian kerja. Ianya juga boleh dirangkumkan sekali
tetapi memerlukan jadual yang panjang dan besar untuk tujuan itu.

Bahagian 1
Forklift\ Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
No.1 2/1 2/5 2/9
No.2 12/1 12/5 12/9
No.3 22/1 22/5 22/9
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

No.4 2/2 2/6 2/10


No.5 12/2 12/6 12/10
No.6 22/2 22/6 22/10
No.7 2/3 2/7 2/11
No.8 12/3 12/7 12/11
No.9 22/3 22/7 22/11
No.10 2/4 2/8 2/12
No.11 12/4 12/8 12/12
No.12 22/4 22/8 22/12

Contoh jadual penyelenggaraan bulanan forklift

Untuk melengkapkan lagi kerja-kerja penyelenggaran, setiap mesin atau alatan


haruslah mempunyai satu lagi jadual penyelanggaraan yang spesifik yang
menerangkan tiap-tiap komponen di dalam mesin atau alatan tersebut. Jadual
seterusnya harus juga mempunyai tarikh alatan yang ditukar sebelumnya. Ini
membolehkan kita mengenalpasti hayat alat sesuatu alatan tersebut.

1.8 KRITERIA PEMILIHAN PERALATAN ATAU MESIN UNTUK TUJUAN PEMBAIKAN

i) Telah sampai tempoh untuk dilakukan penyelenggaraan berkala.

Masa penyelenggaraan yang telah ditetapkan didalam jadual penyelenggaraan telah


tiba bermakna sama ada telah rosak atau pun tidak ianya harus dilakukan
selenggara .Ini bagi menjamin tidak terjadinya ‘breakdown maintenance’ yang akan
menyebabkan kenaikan pada kos selenggara sesuatu mesin atau alatan. Tempoh
masa yang diambil untuk kerja-kerja harus dikira dari banyaknya bahagian yang
ditukar dan kemahiran pekerja yang mengendalikannya.

ii) Terdapat komponen-komponen pada mesin atau peralatan tersebut telah rosak dan
memerlukan pembaikan yang segera.
Perkara ini biasanya berlaku sekiranya sesuatu alatan itu digunakan tidak mengikut
tatakerja yang disyorkan oleh pengeluar atau menggunakan alatan yang tidak
mengikut spesifikasi pengeluar mesin. Bagi tujuan ini kita hendaklah juga mencari
bahagian-bahagian komponen yang lain yang harus ditukar atau selenggara sekali
supaya tidak terjadinya ‘breakdown maintenance’ buat kali kedua.
iii) Hayat alat atau komponen pada mesin atau peralatan tersebut telah sampai
tempoh.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

Setiap komponen pada sesebuah mesin atau alatan mempunyai jangka hayat
tertentu untuk kegunaannya. Jika penggunaan yang melebihi jangka hayat maka
tahap ketahanan atau kejituan komponen tersebut tidak lagi boleh dijangka. Ianya
juga boleh rosak dengan tiba-tiba tanpa sebarang isyarat.

1.9 SENGGARAAN PENCEGAHAN (PREVENTIVE MAINTENANCE - PM)


Masalah akan berlaku bila mesin rosak atau mengeluarkan kecacatan kerana
pengeluaran tidak dapat diteruskan dengan licin. Oleb sebab itu kita terpaksa
menjalankan pemeriksaan yang sepatutnya terhadap mesin terlebih dahulu bagi
memastikan mesin itu akan berfungsi dengan baik pada setiap masa. la juga penting
bagi memastikan keupayaan untuk berfungsi ini kekal.

Untuk tujuan ini, adalah perlu perkara di bawah dipraktikkan:


i. Senggaraan harian dilakukan untuk mengelakkan kesusutan (pembersihan,
pemeriksaan, lubrikasi, mengemaskan nut dan kancing).
ii. Pemeriksaan di sepanjang masa atau pemeriksaan untuk mengukur
kesusutan atau melakukan diagnosis terhadap peralatan.
iii. Senggaraan untuk mencegah kesusutan.

SENGGARAAN
PENCEGAHAN Tak ada tempat
nak menyelit

Senggaraan Harian –
pembersihan,
pemeriksaan,
lubrikasi,
mengemaskan nut
dan kancing
Pemeriksaan kerap
melakukan diagnosis
terhadap peralatan
Senggaraan bagi
mencegah
kekusutan
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

1.10 SENGGARAAN PENCEGAHAN ADALAH KAWALAN KESIHATAN BAGI


PERALATAN
Bagi mengekalkan kesihatan kita, kita bersenam setiap hari dan berhati-hati daripada
mengambil makanan atau minuman yang berlebih-lebihan. Kita juga berjumpa doktor
setiap masa dan apabila jatuh sakit, kita mendapatkan rawatan dari awal lagi. Perkara
ini kita lakukan mengikut hasrat naluri kita. Kita juga perlu memikirkan perkara yang
sama kepada mesin. Dengan lain perkataan, mesin akan berfungsi dengan baik
apabila kita lakukan senggaraan setiap hari untuk mencegah kesusutan, manakala
pemeriksaan dan diagnosis bagi mengukur susutan dan memberi rawatan awal bagi
mengelakkan berlakunya kesusutan. Oleh itu, boleh dikatakan senggaraan
pencegahan adalah kawalan kesihatan untuk mesin dan ubat pencegahan bagi mesin
adalah senggaraan pencegahan.

(Menghalang
kekusutan)
Senggaraan
Harian

(Ukuran
Kekusutan)
(Diagnosis
Pemeriksaan)

(Pulih dari
kekusutan)
Pembaikan
Penghalangan
Penggantian Cepat
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

1.11 KEBAIKAN PM (PREVENTIVE MAINTENANCE)


i. Mengurangkan kos untuk jangka masa panjang.
ii. Mengurangkan masa yang tidak produktif kerana kerosakan dapat dikurangkan.
iii. Mengurangkan kerosakan besar daripada berlaku dan mengurangkan bayaran
gaji untuk kerja lebih masa
iv. Kos baikpulih yang rendah.
v. Mutu hasil kerja yang lebih tinggi kerana peralatan sentiasa berada dalam
keadaan baik dan sempurna.
vi. Penggunaan peralatan yang lebih lam dari jangka hayatnya.
vii. Meningkatkan hasil pengeluaran kerana tiada gangguan kerosakan peralatan
yang berlaku.
viii. Keselamatan pekerja yang lebih terjamin.

1.12 KEBURUKAN PM ( PREVENTIVE MAINTENANCE )


i. Kos senggaraan dalam jangka masa yang pendek.
ii. Peningkatan kos buruh.
iii. Proses pengeluaran terganggu ketika penyelenggaraan dilakukan.

1.13 JENIS SENGGARAAN SELAIN SENGGARAAN YANG UTAMA


i. ON-line Maintenance (senggaraan yang dilakukan ketika mesin sedang
beroperasi)
ii. Shutdown Maintenance ( OFF-line maintenance) ( dilakukan ketikan mesin dan
peralatan tidak beroperasi )
iii. Emergency Maintenance ( dilakukan keika mesin sedang beroperasi yang
mempunyai masalah dan memerlukan kepantasan mengelakan kerosakan )
iv. Planned Maintenance ( membuat perancangan yang lebih awal sebelum
penyelenggaraan dilakukan )
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

2.0 KLASIFIKASI PERALATAN MESIN

2.1 Peralatan mesin didefinasikan dalam penerbitan JIS, “Glossary for machine tools”
sebagai mesin yang digunakan untuk proses pembentukkan (khususnya bagi
logam), kepada bentuk yang dikehendaki dengan membuang bahagian-
bahagian yang tidak diperlukan melalui proses pemotongan (cutting) ataupun
canai (grinding). Pengecualian definasi ini adalah kepada mesin yang digunakan
secara genggaman tangan dan mesin yang diletakkan kepada pemegang magnet
(magnetic stand).

2.2 Peralatan mesin yang tidak dicipta khusus untuk sesebuah mesin dan/atau tidak
mengikut bentuk kerja tetapi boleh digunakan oleh mesin tersebut dipanggil mesin
serbaguna (general-purpose machines). Bagi mesin yang dicipta khusus untuk
sesuatu kerja pula dipanggil mesin khas mengikut nama proses yang dibuat
(special purpose machine).

2.3 Peralatan mesin termasuklah mesin larik, mesin gerudi , mesin penggerak, mesin
pengisar, “planning machines”, mesin bentuk, mesin melubang alur, mesin tebuk,
mesin gergaji logam, mesin potong las, mesin pencanaian, mesin kemasan
permukaan, dan lain-lain. Kebanyakan daripada mesin-mesin itu adalah mesin
serbaguna, tetapi sesetengah daripadanya adalah kegunaan khusus.
Walaubagaimanapun, pengelasan peralatan mesin mengikut unit mesin dan sistem
kawalan berangka (NC).
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

2.4 Peralatan unit mesin, yang berfungsi sebagai unit konsisten daripada beberapa
peralatan mesin dan diklasifikasikan dalam dua kategori iaitu satu stesen mesin
kegunaan khusus yang mempunyai fungsi pemesinan kerja yang statik dan
berbilang mesin kegunaan khusus mempunyai fungsi kerja pemesinan yang mana
melalui pengelilingan peralatan mesin.

2.5 Sistem kawalan berangka peralatan mesin, yang mana dahulunya menggunakan
data atucara berangka untuk kawalan pergerakan alat-alatan dan kerja,
termasuklah kawalan berangka larik, mesin kawalan berangka gerudi, mesin
kawalan berangka penggerak, penggisar, “machine planning”, mesin pencanaian,
mesin pemotong gear dan pusat pemesinan.

2.6 Perbezaan diantara mesin serbaguna dan mesin kegunaan khusus adalah seperti
di bawah:-

i) Mesin serbaguna, yang mana beroperasi dalam pelbagai jenis biasanya


beroperasi secara biasa, gunakan mesin pemotong dan set pembekal laju
dalam julat luas supaya pemesinan boleh dibuat dalam julat keupayaan mesin
tersebut tanpa terhad kepada saiz dan bahan kerja.

ii) Mesin kegunaan khusus telah di reka untuk pemesinan produk tentu sahaja,
dengan menggunakan julat sempit pemotongan dan laju pembekal. Ia juga
dikasifikasikan sebagai mesin satu jenis khusus (single-purpose) dan direka
untuk pemesinan atau sebagai berbilang jenis (multipurpose) direka untuk
pelbagai jenis mesin dalam kombinasi dengan pelbagai jenis lampiran. Semua
jenis mesin kebanyakannya beroperasi secara sepenuhnya atau separuh
aoutomatik (semi-automatic).

2.7 Di dalam tatarajah peralatan unit mesin, setiap unit mesin tidak betindak secara
penyahaktifan, tetapi sesetengah unit mesin boleh di satukan untuk menghasilkan
pelbagai sistem bersesuaian dengan tujuan pemesinan sintetik yang dikehendaki.
Kebiasaan unit mesin terdiri dari pengumpar unit, pembekal unit, lapisan blok, dan
lain-lain, yang mana merujuk kepada peralatan mesin utama. Pelbagai jenis alat
pemotong termasuklah unit gerudi, unit pengisar dan sebagainya dipasangkan
kepada unit pengumpar.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

3.0 JADUAL PENYELENGGARAAN

3.1 Terdapat satu (1) jenis penyelenggaraan iaitu Penyelenggaraan Pencegahan


(Preventive Maintenance).

i. Preventive maintenance merupakan proses penyelenggaraan yang


dilakukan secara terancang dan berjadual.
ii. Penyelenggaraan jenis ini dilakukan bagi memastikan pengurangan
dalam kerja-kerja kecemasan (emergency work) dan bagi memastikan
ketahanan komponen / peralatan mesin supaya memenuhi kehendak
piawai.
iii. Tujuan utama penyelenggaraan jenis ini dilakukan adalah bagi
mengelakkan berlakunya kerosakan secara tiba-tiba.
iv. Kerosakan secara tiba-tiba boleh menyebabkan bahaya kepada
operator dan seharusnya dielakkan.
v. Proses-proses seperti pemeriksaan, pelinciran, servicing dan sebagainya
termasuk dalam jadual awal penyelenggaraan.
vi. Penyelenggaraan jenis ini yang berjadual dan terancang dengan baik
dapat mengurangkan kerosakan sekiranya breakdown berlaku.
vii. Penyelenggaraan jenis ini juga dapat mengenalpasti titik kelemahan
(weak spots) seperti permukaan bearing, bahagian yang bergetar dan gear
yang memerlukan penjagaan yang rapi dimana perlunya pemeriksaan
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

berkala yang tetap dan pembaikan kecil bagi mengelakkan berlakunya


breakdown secara tiba-tiba.

3.2 Proses Scheduled Maintenance melibatkan:

i. Pemeriksaan secara berkala terhadap mesin dan peralatan untuk


menentukan keadaan yang yang boleh mengakibatkan kepada kerosakan.
ii. Teknik statistik digunakan bagi mendapatkan kekerapan sesuatu
pemeriksaan dilakukan.
iii. Penyelenggaraan berjadual merangkumi 75% daripada keseluruhan
penyelenggaraan dalam sesebuah organisasi pengeluaran. Kaedah
penyelenggaraan berjadual dilakukan adalah berdasarkan kepada keperluan
organisasi itu sendiri.

3.3 Tujuan/Objektif Scheduled Maintenance

i. Untuk meminimakan kemungkinan gangguan pengeluaran atau kerosakan


dengan mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang keadaan yang boleh
menyumbang kepada masalah tersebut.
ii. Untuk memastikan semua peralatan/mesin di plan berada dalam keadaan
baik dan boleh digunakan.
iii. Untuk mengekalkan nilai peralatan atau mesin melalui pemeriksaan,
pembaikan, overhaul dan sebagainya secara berkala.
iv. Untuk mengekalkan kejituan operasi peralatan-peralatan mesin.
v. Untuk mencapai pengeluaran secara maksima bagi sebarang
mesin/peralatan di plan.
vi. Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja / operator terjamin.

4.0 PENYEDIAAN JADUAL PENYELENGGARAAN

Jadual penyenggaraan boleh disediakan dengan pelbagai kaedah. Kaedah yang


digunakan adalah berdasarkan kepada masa yang hendak dijadikan rujukan bagi
proses penyenggaraan, sebagai contohnya, sekali di dalam tempoh seminggu (weekly),
sebulan (monthly), ataupun di dalam tempoh yang lain yang ditetapkan seperti 3 bulan
atau 6 bulan. Perkara yang penting yang perlu ditekankan ialah tempoh masa tersebut
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

mestilah tetap dan berkala kerana daripada jadual tersebut, sebarang kerosakan yang
kebiasaannya terjadi akan dapat dikesan.

4.1 Prosedur bagi penyediaan jadual penyenggaraan.


a. Satu senarai periksa (check list) bagi mesin dan peralatan yang digunakan
perlu dihasilkan. Senarai periksa ini perlu dihasilkan oleh juruteknik ataupun
individu yang bertugas melaksanakan operasi mesin tersebut. Oleh yang
demikian beliau akan lebih peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku
pada mesin tersebut kerana perubahan ini mungkin akan menyumbangkan
kepada kerosakan.
b. Berikut adalah contoh senarai periksa yang boleh digunakan :

WEEKLY PREVENTIVE MAINTENANCE CHECKLIST


ACTIVITY TIME DONE REMARKS
TAKEN Yes / No
1 Check finger cleaner brushes
2 Lubricate width adjust shafts
3 Clean and preheat trays and
protective screen
4 Do the conveyor speed
calibration check
5 Check the board drop sensors
sensitivity.

Machine Name : ______________________


Serial No. : ______________________
Location : ______________________
Service : ______________________
Due date : ______________________
Service by : ______________________

4.2 Pengumpulan data bagi setiap checklist yang disediakan perlu dilakukan. Data-
data tersebut perlu dianalisa bagi mengenalpasti sebarang jenis kerosakan
berkala. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menganalisa
data-data tersebut, antaranya menggunakan jadual atau carta (bar-chart,
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

histogram, pie-chart dsb). Penggunaan kaedah untuk menganalisa data ini


hendaklah disesuaikan dengan jenis checklist yang dihasilkan dan data yang
terkumpul. Berikut adalah contoh bagi satu analisa yang dibuat berdasarkan jenis
mesin yang tertentu.

1. Leakage
2. mis-align of parts
Kekerapan 3. screw loose
4. wear
/ minggu

1 2 3 4 Jenis kerosakan

4.3 Daripada analisa yang diperolehi, satu senarai pemeriksaan dan penyenggaraan
dapat dihasilkan mengikut kepentingan ataupun kekerapan berlakunya jenis-jenis
kerosakan tertentu. Sebagai contohnya, daripada analisa di atas, kerosakan jenis
kedua adalah paling kerap berlaku. Oleh itu penyenggaraan bahagian tersebut
perlu dilakukan lebih kerap berbanding bahagian-bahagian lain.

4.4 Daripada langkah 1 hingga langkah 3, satu jadual penyenggaraan dapat


disediakan dengan cara merekodkan semua data dan analisa.

Sebagai contohnya, jadual penyenggaraan boleh dibuat di dalam bentuk di bawah

MAINTENANCE SCHEDUEL FOR _____________________

TYPE OF MAINTENANCE WEEK WEEK WEEK WEEK


1 2 3 4

 1. Check for critical position (screw)

 2. Check for leakage

 3. Check for parts alignment
 4. Others

5.0 KESIMPULAN
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

5.1 Proses penyenggaraan yang baik ialah dengan cara mengesan masalah yang bakal
timbul sebelum ia berlaku. Dengan kaedah penyediaan jadual penyelenggaraan ini,
masalah tersebut dapat dicegah dengan cara membuat analisa tentang
kebarangkalian wujudnya masalah tersebut dalam jangkamasa tertentu berdasarkan
data-data yang terkumpul. Oleh itu penggunaan check-list, carta analisa dan laporan
kerosakan ini mestilah secara berterusan sehinggalah satu bentuk (patern) jadual
bagi penyenggaraan diperolehi.
5.2 Perlu diingatkan bahawa setiap mesin ataupun peralatan yang berlainan mestilah
mempunyai jadual penyenggaraan yang tertentui kerana setiap mesin tersebut
mempunyai jenis kerosakan dan kaedah penyenggaraan yang berlainan bergantung
kepada operasinya. Selain itu, jenis mesin tertentu mempunyai buku panduan
(manual book) yang khas bagi memudahkan proses memeriksa dan menyenggara.
Oleh itu, selain daripada langkah-langkah yang diterangkan di atas, buku panduan
juga perlu sentiasa diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang
serius.

6.0 MACHINE AND EQUIPMENT MANUAL BOOK


Setiap mesin atau peralatan yang dibeli sama ada untuk kegunaan di rumah atau
industri disertakan dengan Manual Book / Manual Guide. Manual Book yang
dibekalkan oleh Pengilang (Manufacturer) kepada pembeli bertujuan memudahkan
pembeli menggunakan mesin atau peralatan tersebut. Diantara maklumat yang boleh
diperolehi didalam Manual Book adalah seperti:-
i. Lukisan Pemasangan / Ceraian

ii. Tatacara Penggunaan ( SOP )

iii. Langkah-Langkah Keselamatan

iv. Panduan Penyelenggaraan

v. Lukisan Terperinci

vi. Lukisan Litar Elektrik / Elektronik dll

SOALAN

1. Berikan 3 data yang diperlukan untuk membolehkan kita mengetahui bilakah sesuatu
mesin itu harus diselenggara?
i. _______________________________________________________________
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. MC-050-2:2012-C08/P(1/3)
Drpd / of : 16

ii. _______________________________________________________________
iii. _______________________________________________________________

2. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘preventive maintenance’?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

3. Apakah kriteria yang diperlukan untuk penyelenggaraan mesin?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

RUJUKAN

1. Instruction Manual. Information and Management Engineering Series.


Mitsuhiro Kojinaga,Kiyoshiro Umemoto,
Overseas Vocational Training Association.
1988

2. Small Group Activity,


OVTA (Overseas Vocational Training Association).

3. Fundamental of machining system,


Hiroaki Isono, Masaki Wada,
OVTA (Overseas Vocational Training Association)

Anda mungkin juga menyukai