Anda di halaman 1dari 60

Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan bagi mengurangkan kerosakan dalam senggaraan.?

Soalan 2 Terangkan dengan ringkas bagaimana kos senggaraan dapat diminimakan.

Soalan 3 Apakah factor yang memendekkan tempoh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik.?

MAKLUMBALAS KENDIRI 1A

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda

Jawapan 1 Pencegahan bagi mengurangkan kerosakkan dalam senggaraan Senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk pengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.

Jawapan 2

Untuk meminimakan kos senggaraan, setiap kerja-kerja senggaraan perlulah dirancang dengan teliti dan setiap perancangan senggaraan mesti pempunyai bahagian-bahahian seperti senggaraan pencegahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat-syarat dan dasar senggaraan.

Jawapan 3 Faktor yang memendekkan tempuh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik adalah faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri. Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan komputer peribadi. Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin terdapat kesalahan cara penggunaan.

Soalan 1

Kenapakah barangan yang dibeli selalunya tidak memenuhi spesifikasi atau kehendak pengguna ?

Soalan 2

Mengapakah perlu dilakukan penyenggaraan menyeluruh terhadap seseuatu peralatan atau perkakasan ?

Soalan 3

Nyatakan perkara-perkara asas yang perlu di dalam melakukan penyenggaraan menyeluruh.

Soalan 4

Nyatakan Pengetahuan yang perlu ada semasa menentukan sesuatu barangan itu memenuhi spesifikasi.

AKTIVITI 2

Soalan 5

Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan di dalam penyenggaraan menyeluruh.

Soalan 6

Apakah jenis kos yang perlu di ambil kira supaya barangan yang dihasilkan mempunyai kos yang berpatutan.

Soalan 7

Senaraikan bahagian penyenggaraan yang diperlukan bagi memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optima.

MAKLUMBALAS 2

Soalan 1 Terdapat beberapa factor seperti berikut; a. Komponen yang ada dalam litar.

b. c. d. e.

Silap aturcara proses. Keupayaan komponen melebihi piawaian. Kesilapan dalam operasi Tekanan dari keadaan sekeliling.

Soalan 2 Supaya peralatan atau perkakasan tersebut sentiasa memenuhi spesifikasi.

Soalan 3 a. Pengetahuaan yang dimiliki. b. Pembaikan c. Pelindungan. d. Pemeriksaan

Soalan 4

Pengetahuan tentang kebolehan atau kekurangan yang ada pada barangan/komponen seperti ketahanan terhadap suhu, getaran dan peringkat akhir produk.

MAKLUMBALAS 2

Soalan 5 Adalah kaedah melindungi barangan atau komponen. Sebagai contohnya perlindungan

terhadap ketahanan alatan, seperti suhu dan getaran. Sekiranya komponen tersebut tidak mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan di suhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.

Soalan 6

Jenis kos yang perlu diambil kira adalah;-

1.

Kos hilang masa operasi ( operation time loss) ~ Masa ketika penyelenggaraan. ~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih. ~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah.

2.

Kos Penyelenggaraan.

3. Kos Tenaga Kerja. 4. Kos ketika "machine breakdown"

Soalan 7 a) b) c) Breakdown Maintenance. (Penyenggaraan Kerosakan) Preventive Maintenance.(Penyenggaraan Pencegahan) Predictive Maintenance.(Penyenggaraan Jangkaan)

d) Condition-based Maintenance.(Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan)

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba, semoga berjaya !!!!!!

Soalan 2-1

Senaraikan 3 fungsi Senggaraan.

Soalan 2-2

Bandingkan di antara Penyenggaraan Kerosakan dengan Penyenggaraan Pencegahan.

Soalan 2-3

Terangkan skop analisis yang dibuat bagi memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan.

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda

Jawapan 2-1

1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi 2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan 3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum

Jawapan 2-2 Penyenggaraan Kerosakan Dilakukan beroperasi membuat service terhadap mesin rosak ketika mesin/alat sedang Penyenggaraan Pencegahan Penjagaan mesin seperti pemeriksaan & penjajaran semula mesin Membuat service terhadap mesin masih beroperasi

Jawapan 2-3 i. ii. iii. iv. Kos hilang semasa operasi Kos Penyenggaraan Kos Tenaga Kerja Kos Ketika mesin breakdown

3.1

Senaraikan TIGA jenis-jenis senggaraan. a. b. c..

3.2

Nyatakan 2 sebab suatu peralatan itu mudah mengalami kerosakan. a.. b..

3.3

Senaraikan 3 jenis kerosakan yang sering berlaku pada komponen atau peralatan. a. b. c

3.4

Terangkan langkah-langkah perlindungan bagi satu peralatan elektrik atau mesin. a b c.

MAKLUMBALAS 3

Jawapan.

3.1

Jenis-jenis senggaraan a. b. Kerosakkan ~litar buka, litar pintas, bocor Perlindungan ~ berterusan-buka casing dan bersih guna kain kering, pasti tiada habuk yang boleh menghasilkan elektrostatik, gunakan berus yang lembut. c. Pembaikan ~ pembaikpulih kerosakkan kecil

3.2

Dua sebab peralatan mudah mengalami kerosakkan. a. Wayar-wayar bersentuhan dengan komponen yang mengeluarkan haba yang tinggi. b. Bateri yang sudah habis kuasanya tidak diganti menyebabkan asidnya merosakkan komponen lain yang berhampiran.

3.3

Tiga jenis kerosakkan yang sering berlaku pada komponen. a. b. c. Terbuka Bocor Pintas

3.4

Langkah-langkah perlindungan peralatan elektrik atau mesin-mesin.

a.

Pastikan wayar yang menghubungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain berada dalam keadaan baik dan diikat dengan kemas.

b.

Pastikan kedudukan wayar tidak bersentuhan dengan komponen-komponen yang mengeluarkan haba yang tinggi yang menyebabkan wayar tersebut terbuka.

PENILAIAN KENDIRI

Soalan

3.1 3.2

Nyatakan dua punca utama alat-alat elektrik mudah mengalami kerosakkan. Terangkan cara-cara menguji satu kapasitor elektrolitik dan nyatakan berapakah nilai arus bocor bagi satu kapasitor yang bernilai 1f yang menggunakan voltan arus terus 300V. Apakah tujuan komponen-komponen elektrik dihindari dari habuk-habuk dan bagaimana cara untuk membersihkannya. Nyatakan kerosakan-kerosakan biasa yang berlaku pada penguat pemacu dan komponen manakah yang mungkin rosak.

3.3

3.4

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda
Jawapan 3.1 Punca utama alat-alat elektrik mengalami kerosakkan ialah : peralatan tersebut mungkin sudah lama beroperasi dan tiada penjagaan yang rapi. Cara menguji kapasitor elektrolitik ialah dengan menggunakan multimeter julat ohm, apabila jarum meter naik mendadak kemudian turun perlahan-lahan ini menunjukkan kapasitor berada dalam keadaan baik dan jika jarum meter tidak berlaku apa-apa perubahan kapasitor tersebut mengalami kebocoran , terbuka atau pintas.Nilai arus bocor bagi kapasitor yang bernilai 1uf yang menggunakan voltan arus terus 300V ialah 0.1-0.25mA dan tidak lebih 10mA. Tujuan komponen-komponen elektrik di hindari dari habuk-habuk ialah:Untuk memastikan tiada elektrostatik yang boleh merosakkan fungsi sesuatu komponen elektrik- cara membersihnya ialah dengan menggunakan kain kering dan tempat yang sempit guna berus yang lembut dan jangan guna penyembur angin yang bertekanan tinggi. 3.4 Kerosakkan-kerosakkan biasa yang berlaku pada penguat pemacu ialah:a. b. c. d. e. Tiada suara ~Gelung pertama alatubah masukan terbuka atau perintang penjodoh terbuka. Suara serak ~ Transistor penguat pemancu rosak Suara bising ~Kawalan bahana kotor atau teras alatubah ulangan antara pecah. Suara lemah ~Kapasitor pirau di kaki pengeluar transistor keluaran litar buka. Kadang-kadang ada suara ~Kawalan bahana kotor atau sesentuh bahana kurang baik

3.2

3.3

Soalan 1 Apakah tujuannya jadual senggaran bagi sesebuah mesin?

Soalan 2 Terangkan maksud kos senggaraan pencegahan.

Soalan 3 Jadual senggaraan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau juruteknik bagi sebuah VCR ada beberapa peringkat antaranya:a. b. c. Senggaraan kegunaan 25 ~50 jam pertama Senggaraan kegunaan 300 ~500 jam atau 6 bulan Senggaraan kegunaan 1000 jam atau setahun.

Nyatakan perkara-perkara yang perlu di senggarakan bagi setiap jam / bulan mengikut peringkat peringkat diatas.

MAKLUMBALAS 4

Jawapan 1 Tujuan jadual senggaraan bagi sesuatu mesin adalah kerana seseorang yang ingin melakukan penyelengaraan akan membuat pemerhatian keatas apa yang telah dilakukan semasa senggaraan dijalankan dan juga tarikh senggaraan tersebut dilakukan. Dengan adanya jadual senggaraan ini maka mudahlah seseorang itu menganalisis tentang kekerapan peralatan

tersebut mengalami kerosakan iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan juga langkah yang telah dilakukan untuk baik pulih alatan tersebut.

Jawapan 2 Kos senggaraan pencegahan adalah kos yang diperuntukkan keatas peralatan mahupun

perkakasan yang digunakan atau ditukar sebelum sesuatu peralatan elektronik tersebut mengalami kerosakan yang tidak dikehendaki. Pada kebiasaanya peruntukkan ke atas penyelenggaran pencegahan ini akan digunakan untuk menyediakan peralatan dan perkara yang perlu ditukar semasa kerja-kerja meyelenggara peralatan elektronik dijalankan

Jawapan 3 Perkara-perkara yang perlu di senggarakan bagi setiap jam / bulan adalah:-

a.

Untuk 25 ~50 jam pertama ~ Mencuci kepala main balik VCR. ~ Memeriksa kesan kehausan kepala main balik. ~ Memeriksa soket sesentuh yang terdapat pada board dan lain -lain.

MAKLUMBALAS 4

~ Mencuci bahagian mekanikal tape ~ Menyah magnet pada head ~ Memeriksa kesan kehausan

b.

Untuk 300 ~500 jam atau 6 bulan

~ Periksa belts ~ Cuci bahagian bawah ~ Melaras ketegangan belt ~ Periksa spring rollers dan capstans shaft ~ Tukar silica gel packet ~ Cuci penala (tuner)

c.

Untuk 1000 jam atau setahun

~ Melaras semula ketetapan kepala main balik ~ Membuat pemeriksaan menyeluruh di pusat service.

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 4.1 4.2 4.3 Berikan perbezaan antara kos penyenggaraan dengan kos baikpulih. Nyatakan cara-cara penjagaan untuk memanjangkan hayat kaset video tape. Bagaimanakah caranya untuk menggelakkan kehilangan mutu suara dan gambar bagi pemain VCR? Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau pemilik sebuah VCR untuk menjamin mutu suara dan gambar yang dihasilkan memuaskan. Buat satu jadual senggaraan yang mana bahagian-bahagian sepatutnya di dahulukan dan berikan jenis kerosakan yang biasa berlaku dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi pemasalahan tersebut. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. Cuci penala ( tuner ) Cuci bahagian bawah Cuci bahagian mekanikal tape Cuci kepala main balik Laras ketegangan belts Periksa belt Periksa spring rollers dan capstans shaft Tukar silica gel packet Menyah magnet pada head Memeriksa kesan kehausan Membuat pemeriksaan di pusat service Melaras semula ketetapan kepala pemain balik.

4.4

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda
Jawapan 4.1 Kos penyenggaraan adalah kos yang diperlukan untuk menyenggara peralatan tersebut dari mengalami kerosakan dan juga kos yang diperlukan untuk membaikpulih kerosakan peralatan tersebut manakala kos baikpulih adalah kos ataupun peruntukan yang digunakan untuk membaiki peralatan yang telah mengalami kerosakan sama ada ianya melibatkan komponen ataupun perkara yang lain. Pada kebiasaannya kos yang digunakan untuk baik pulih ini diperlukan secara kecemasan ini kerana kerosakan yang akan berlaku tidak diketahui masanya. Dengan kata lain kos baik pulih adalah kos yang digunakan untuk menukar komponen-komponen ataupun peralatan yang mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan lagi. 4.2 Cara-cara penjagaan untuk memanjangkan hayat kaset video tape adalah:a. Jangan simpan di tempat suhu yang dingin, lembap atau suhu yang panas mesti disimpan di kawasan suhu bilik. b. c. 4.3 Jangan terkena air, alkohol dan debu. Jangan simpan dekat dengan magnet atau punca-punca elektrik yang mengeluarkan urat daya magnet. Cara-cara untuk mengelakkan kehilangan mutu suara dan gambar bagi pemain VCR adalah :-

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda
a. b. Jangan memainkan tape yang berkualiti rendah atau yang telah rosak. Jangan kerap mencuci kepala main balik atau membiarkan kepala main balik kotor. c. 4.4 Dapatkan jawapan anda sendiri

Susunan turutan langkah-langlah yang perlu diambil oleh seorang pemilik VCR.

PERKARA Cuci kepala main balik Cuci bahagian mekanikal tape Menyah magnet pada head Memeriksa kesan kehausan Periksa belt Cuci bahagian bawah Periksa spring rollers dan capstans shaft

JENIS KEROSAKAN Kotor,berkarat atau calar Berdebu, Terdapat habuk magnet di head Haus

LANGKAH DIAMBIL Cuci,tukar baru Bersih,lap Cuci Tukar baru Tegangkan,tukar baru Cuci Tukar baru

Putus,kendur Berhabuk,berdebu Spring-lembut,putus Capstans shaftbergetah,cair Laras ketegangan belts Kendur Tukar silica gel packet Kering,cair Cuci penala (tuner) Kotor,berminyak Melaras semula Gambar-bererut,horz.line ketetapan kepala pemain Suara-bererut,pelahan Membuat pemeriksaan di Tiada gambar/suara. pusat service

Tegangkan Tukar baru Bersihkan Laras Hantar ke pusat service

Soalan 1

Senaraikan dua jenis tugasan senggaraan.

Soalan 2

Terangkan perbezaan di antara senggaraan pencegahan dan senggaraan pembaikan.

Soalan 3

Senaraikan jenis pekerja di bahagian senggaraan..

Soalan 4

Nyatakan fungsi bagi unit organisasi berikut:i. ii. iii. Pengurus Senggaraan Pengurus Teknikal Site Support

Soalan 5

Terangkan perbezaan di antara Pasukan Senggaraan Dalaman dan Pasukan Senggaraan Luaran.

MAKLUMBALAS 5

Soalan 1

i. Senggaraan Pencegahan ii. Sengggaraan Pembaikan

Soalan 2

Senggaraan pencegahan adalah senggaraan untuk mencegah atau mengelak kerosakan. Manakala Senggaraan Pembaikan adalah senggaraan terhadap peralatan atau produk yang telah rosak.

Soalan 3

b) b) c)

Complate In-House Staff Combine In-House Staff Contract Maintenance

Soalan 4

Pengurus Senggaraan

Pengurus bahagian senggaraan ini akan mengawasi pekembangan dan produktiviti setiap unit dibawahnya. Ia akan membuat pengawasan berdasarkan laporan yang dibuat setiap oleh pengurus teknikal

MAKLUMBALAS 5

Pengurus Teknikal

Pengurus teknikal akan memberi arahan kepada setiap unit berdasarkan arahan Maintenance Manager. Pengurus tenikal juga akan menyelesaikan apa-apa permasalahan yang timbul pada setiap unit sebelum dirujuk kepada Maintenance Manager.

Site Support (supplier/contract)

Bahagian ini akan menghubungi pembekal atau kontraktor jika penyenggeraan yang memerlukan kepakaran khusus diperlukan. Bahagian ini akan bertindak jika pekerja bahagian servis tidak dapat mengatasi sesuatu masalah selepas diajukan kepada Pengurus Teknikal dan Maintenance Manager. Mereka juga akan memastikan bahawa pembekal atau kontraktor menepati arahan dan waktu yang dijanjikan.

Soalan 5 Pasukan Senggaraan Dalaman i. ii. iii. Pekerja ini diupah oleh syarikat secara tetap Melakukan penyenggaraan secara berjadual Melakukan tugasan penyenggaraan pencegahan

Pasukan Senggaraan Luaran i. ii. iii. Terdiri daripada pasukan senggaraan luaran dan pasukan senggaraan kontraktor Mereka mempunyai kemahiran khusus untuk melakukan penyenggaraan . Mereka diupah oleh syarikat pembekal atau kontraktor jika khidmat mereka diperlukan.

Soalan 1 Dengan bantuan gambarajah yang sesuai terangkan tentang: a. Sistem Mono b. Sistem stereo c. Sistem Quad

Soalan 2
Terangkan perbezaan antara sistem Sound Reinforcement dengan Sistem Siaraya.

Soalan 3
Terangkan dengan secara ringkas tentang Sistem Siaraya.

Soalan 4
Dengan bantuan rajah yang sesuai terangkan tentang satu contoh penyambungan sistem bunyi . Nyatakan spesifikasi setiap peralatan yang digunakan secara terperinci.

Soalan 5 Merujuk kepada rajah di bawah, kira jumlah rintangan dan kuasa pembesar suara tersebut, jika rintangan pembesar suara masing-masing bernilai 20 ohm, 40 ohm, 16 ohm, 8 ohm dan 26 ohm.

200V

MAKLUMBALAS 6

Soalan 1
a) Sistem Mono melibatkan satu saluran atau siaran mempunyai 1 pembesar suara dikenali sebagai monaural atau monophonic maklumat yang disampaikan adalah kurang jelas mengambil isyarat bunyi pada satu punca sahaja

b)

Sistem Stereo melibatkan dua saluran atau siaran mempunyai 2 pembesar suara dikenali sebagai stereophonic maklumat yang disampaikan adalah jelas dan berkualiti mengambil isyarat bunyi pada dua punca dan pendengar dapat mendengar bunyi tersebut pada semua arah

c)

Sistem Quad melibatkan 4 saluran atau siaran mempunyai 4 pembesar suara dikenali sebagai quadraphonic maklumat yang disampaikan adalah jelas dan berkualiti mengambil isyarat bunyi pada empat punca dan pendengar dapat mendengar bunyi tersebut pada semua arah

Soalan 2
Sistem Siaraya Sound reinforcemant

-Kawasan penempatan peralatan adalah terhad. -Tahap kesebaran bunyi tidak luas -Kos sederhana -Penggunaan kuasa serta peralatan kurang -Sesuai untuk penyiaran umum -Mempunyai satu channel sahaja untuk keluaran -Satu saluran bagi satu keluaran mempunyai banyak pembesar suara

-Kawasan penempatan peralatan adalah luas -Tahap kesebaran bunyi lebih luas -Kos tinggi -Penggunaan kuasa tinggi serta peralatan yang banyak. -Sesuai untuk pendengaran muzik -Mempunyai 2-channel untuk keluaran

-2 saluran keluaran tersebut masingmasing mempunyai 1 pembesar suara

Soalan 3
Oleh kerana suara semulajadi tidak cukup kuat bagi pendengar yang berada jauh dari sumber bunyi, terutama dalam jumlah yang ramai, maka perlu suatu system siaraya bagi mengatasinya Keperluan asas dalam sistem siaraya adalah terdiri daripada mikrofon, penguat kuasa dan pembesar suara. Siaraya mempunyai 2 paras iaitu paras rendah dan paras tinggi dimana Sistem siaraya paras tinggi digunakan bagi kawasan yang akan diliputi oleh pembesar suara yang luas seperti di dalam dewan, masjid, stadium dan Auditorium. Kedudukan pembesar adalah di pepenjuru ruang supaya tidak ada pantulan berlaku dan ini mengelakkan berlakunya bunyi yang berekor. Manakala Sistem paras rendah digunakan bagi kaawasan yang sempit dan jumlah pendengar yang sedikit. Ini seperti bilik kuliah , bilik mesyuarat dan bilik taklimat.

Soalan 4
1/RT = 1/20 + 1/40 + 1/16 + 1/8 + 1/26 = 0.278 maka RT = 3.59 ohm dari formula P=I2R dan V=IR Maka P = V2/R = (200)2/3.59 = 11.142 KWatt

PENILAIAN KENDIRI 6

Soalan 1 Dengan bantuan gambarajah yang sesuai bezakan tentang: a. Sistem stereo b. Sistem Quad

Soalan 2
Senaraikan cirri-ciri sistem Sound Reinforcement dan Sistem Siaraya.

Soalan 3
Senaraikan 3 prosedur pemilihan dan perangkaan system audio.

Soalan 4
Lukis dan labelkan rajah tatacara ujian asas bagi suatu penguat stereo.

Soalan 5
Nyatakan 2 daripada komponen system bunyi dan terangkan fungsinya.

Soalan 6
Nyatakan ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik mesyuarat.

MAKLUMBALAS KENDIRI 6

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda

Soalan 1 Sistem stereo


Stereo adalah pemain rakaman (record player) yang membekalkan atau mengeluarkan bunyi dari dua tempat atau arah. Adakalanya, sistem stereo disebut sebagai stereophonic dan biasanya hanya dikenali sebagai stereo sahaja.

Rajah 6.1: Gambarajah blok sistem stereo

Satu sistem stereo yang baik dapat menghasilkan ilusi bunyi yang ditetapkan posisinya seperti merintangi pentas bunyi. Dalam sistem hi-fi, keadaan ini adalah dikenali sebagai imej stereo (stereo image). Sistem bunyi stereo tidak hanya menyampaikan maklumat pada satu arah sahaja. Ini adalah kerana pendengar boleh mengasingkan atau membandingkan bunyi yang didengar. Kualiti bunyi yang didengar juga boleh diperbaiki dengan mengambil kira keseimbangan, frekuensi dan akustik bunyi bagi kedua-dua sumber iaitu muzik instrumen dan juga kawasan sekitar rakaman yang didengari. Rajah 6.1 di atas menunjukkan susunan bagi system stereo.

Sistem Quad
Sistem quad adalah sistem yang lebih di kenali sebagai Quadraphonik atau lebih jelas lagi adalah sistem yang menggunakan 4 pembesar suara keluaran. Sistem bunyi ini di letakkan untuk meninggikan stereo. Walau bagaimanapun, bunyi quadraphonic ini akan memantulkan kembali bunyi yang di siarkan di dalam sesuatu bilik kepada bunyi yang lebih baik . Bunyi ini dapat di dengar atau di bezakan oleh para pendengar dari bunyi yang asal sebelum proses sistem quad. Ia juga bergantung kepada jenis rakaman bunyi yang di gunakan atau di siarkan.

Soalan 2
Sistem Siaraya

a) Kawasan penempatan peralatan adalah terhad. b) Tahap kesebaran bunyi tidak luas c) Kos sederhana d) Penggunaan kuasa serta peralatan kurang e) Sesuai untuk penyiaran umum f) Mempunyai satu channel sahaja untuk keluaran g) 1-channel keluaran tersebut mempunyai banyak pembesar suara

Sistem Sound Reinforcement a) Kawasan penempatan peralatan adalah luas b) Tahap kesebaran bunyi lebih luas

c) Kos tinggi d) Penggunaan kuasa tinggi serta peralatan yang banyak. e) Sesuai untuk pendengaran muzik f) Mempunyai 2-channel untuk keluaran g) 2-channel keluaran tersebut masing-masing mempunyai 1 pembesar suara

Soalan 3
3 prosedur pemilihan dan perangkaan system audio adalah seperti berikut :1. Menentukan fungsi serta tujuan sistem audio digunakan dan alatan dilperlukan adalah merupakan satu prosedur perangkaan sistem. 2. Sebelum memulakan sesuatu pemasangan peralatan untuk sistem audio perancangan yang teliti diperlukan untuk mengetahui spesikasi, anggaran kos serta tujuan sistem ini digunakan. 3. Faktor lain yang berkaitan dengan prosedur perangkaan sistem audio ini ialah seperti berikut: mengkaji keadaan bunyi dikawasan pemasangan dan persekitaran. Pemilihan audio sistem dan kedudukan tempat pemasangan ditentukan. Pemasangan dan pendawaian bagi alatan sistem audio yang telah dipilih. Membuat lukisan gambarajah blok sistem, gambarajah litar, susunan dan spesifikasi. pemasangan yang

Soalan 4

Rajah tatacara ujian asas bagi suatu penguat stereo


Treble Bass

L loudseaker
L input

Audio generator
R input

Stereo Integrated Amplifier

Oscilloscop or meter

Balance

R loudspeaker

Soalan 5

Pemproses Bunyi (Sound Processor)

Pemproses bunyi digunakan pada perisian muzik pada komputer. Ianya berfungsi untuk mengubah dan melaraskan struktur bunyi supaya menghasilkan bunyi yang sebenar. Kesankesan yang boleh diberikan oleh pemproses bunyi adalah gema, modulasi keliling, tremola dan lain-lain. Ia dapat menghasilkan bunyi yang cukup sempurna dan hidup. Ia berfungsi pada kadar frekuensi audio hampir 48KHz. Bunyi yang dihasilkan adalah kemas dan ianya dapat didengar dengan jelas dan sempurna. Ia biasa digunakan pada komputer dan television yang berteknologi tinggi.

Penguat Kuasa
Fungsi penguat kuasa ini adalah bagi menguatkan dan memberi kestabilkan bunyi pada rakaman cakera keras. Ia biasa digunakan pada studio rakaman dan pada set pengambaran filem yang berteknologi tinggi.

Soalan 6 Ciri-ciri yang perlu diambilkira semasa memasang sistem bunyi di bilik mesyuarat A 2 ruang hala pembesar suara Keluasan daripada pembesar suara bagi memperolehi tekanan bunyi pada 90dB pada keluaran maksimun pada satu peralatan audio Kira-kira 10m persegi Kira-kira 14m persegi Kira-kira 18m persegi Kira-kira 25m persegi B Keluasan daripada pembesar suara bagi memperolehi tekanan bunyi pada 85dB pada keluaran maksimum pada satu peralatan audio Kira-kira 18m persegi Kira-kira 25m persegi Kira-kira 32m persegi Kira-kira 45m persegi

kuantiti

(15W)

2 4

(30W)

2 4

Soalan 1 Terangkan secara ringkas ciri-ciri system Hi-Fi

Soalan 2
Senaraikan komponen-komponen yang terdapat dalam system Hi-Fi

Soalan 3
Terangkan fungsi

i. ii. iii. iv.

Penala Kawalan suara Penguat Peranti keluaran

Soalan 4
Namakan bahagian yang berlabel A, B, C, D & E 1 C

MAKLUMBALAS 7

Soalan 1
Hi-fi adalah berasal daripada perkataan High Fidality iaitu mutu suara yang baik dan sedap didengar. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut ; Keluaran dalam bentuk stereo Bunyi yang dikeluarkan mempunyai suara bass, treble dan balance yang boleh dikawa.

Soalan 2
Komponen-komponen yang terdapat dalam system hi-fi adalah seperti berikut ; - tranduser masukan seperti tape head, mic, aux in - peringkat pra penguat - litar kawalan nada dan kawalan keseimbangan - penguat pemacu - penguat kuasa - speaker

Soalan 3
i. Penala Menerima isyarat yang dihantar melalui system penyiaran samada dalam bentuk AM atau FM. Kawalan nada - mengawal kekuatan isyarat audio frekuensi rendah atau tinggi mengikut keperluan pendengar. Penguat - Menguatkan isyarat audio daripada pra penguat supaya dapat menggerakkan atau memacu speaker. Peranti keluaran - Menukar isyarat audio kepada kepada bunyi. ii.

iii.

iv.

Soalan 4
A Pra Penguat B Penguat pemacu C speaker

D Penguat kuasa E tranduser masukan seperti mikrofon, penala, tape head dsb.

PENILAIAN KENDIRI 7A
Soalan 1
Senaraikan EMPAT jenis kerosakan yang biasa berlaku kepada system hi-fi.

Soalan 2 Bagi suatu system hi-fi, bunyi hanya terhasil pada speaker bahagian kanan sahaja. Senaraikan bahagian-bahagian mana yang mengalami kerosakan.

Soalan 3 Merujuk kepada litar di bawah, terangkan secara ringkas fungsi-fungsi potentiometer P2, P3 dan P4.

MAKLUMBALAS KENDIRI 7A

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda
Soalan 1

Pilih mana-mana 4 dari berikut; i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Soalan 2 Tiad keluaran Keluaran berayun Keluaran herotan Keluaran lemah Penerima mati Kendalian terputus-putus Gangguan hingar

Bahagian yang mungkin mengalami kerosokan ialah; i. ii. iii. Speaker sebelah kiri Penguat kuasa sebelah kiri Kawalan Balance

Soalan 3 P2 Mengawal Balance P3- Mengawal Suara bass P4- Mengawal Suara treble

Soalan 1
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan sistem teater rumah ?

Soalan 2
Senaraikan peranti-peranti yang digunakan dalam sistem teater rumah.

Soalan 3
Lukiskan rajah cara pemasangan teater rumah jenis Dolby digital 5.1

Soalan 4
Lukiskan rajah blok suatu system teater rumah serta nyatakan fungsi setiap blok.

Soalan 5
Senaraikan 3 jenis projector yang boleh digunakan untuk paparan bagi satu sistem teater rumah.

Soalan 6
Apakah kegunaan Universal Remote Control

MAKLUMBALAS 8

Soalan 1
Teater Rumah adalah merupakan suatu system audio visual bagi meningkatkan system tayangan di rumah.

Saolan 2
i. ii. iii. iv. v. Hi-fi VCR DBS satelit TV Pemain DVD Pemain CD Penerima A/V

Soalan 3

Soalan 4

DBS Satellite TV / Cable System DVD player

HIFI VCR

CD Player

Penerima A/V

Pembesar suara

Skrin TV

Pembesar Suara

Rajah 8.0 : Rajah Blok Sistem Teater Rumah

Fungsi Setiap Blok

i) Penerima A/V

Merupakan pusat kawalan kepada sistem teater rumah, dimana semua perkakasan akan disambung kepadanya bagi melengkapkan sistem ini.

Sebagai pusat penyambungan kepada sistem teater rumah, penerima A/V akan melakukan tugasan-tugasan yang berbeza-beza mengikut fungsi perkakasan tersebut. Diantara tugasan yang dijalankan adalah seperti memproses / mentafsir tulisan yang dihantar kepadanya dalam bahasa kod, sebagai pusat pensuisan dan juga berfungsi untuk membesarkan isyarat yang diterima olehnya kepada keluaran asas sesebuah sistem teater rumah.

ii)

Pembesar Suara Secara umumnya, pembesar suara ini direka berpasangan di bahagian hadapan kanan dan kirinya bagi menyampaikan maklumat kepada stereo soundtrack,

iii)

Skrin TV

- Bagi memperolehi tayangan gambar yang akan dipaparkan, kita perlu memperolehi skrin TV ataupun projektor. Di mana TV ini telah disambungkan kepada sistem penerima A/V. - Kebiasaannya skrin paparan minima yang diperlukan adalah 27, ia merupakan skrin paparan terbaik bagi tayangan sistem teater rumah. Dan memberi keluasan yang lebih daripada pemandangan TV secara terus. iv) DVD & CD player, DBS Satelit TV dan Hi-fi VCR Ia berfungsi sebagai sumber masukan kepada penerima A/V

Soalan 5
Diantara projektor yang boleh digunakan dalam teater rumah adalah. DLP projektor LCD projektor CRT projektor D-ILA projektor

Soalan 6
Alat Kawalan Jauh Universal digunakan bagi mengawal kesemua komponen pada system teater rumah beroperasi dengan baik supaya pengguna dapat menikmati keseronokan dengan sistem teater rumah mereka.

Soalan 1

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan DVD dan nyatakan fungsi DVD.

Soalan 2

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan DVD- RAM dan DVD+RW.

Soalan 3 Berpandukan rajah blok DVD, terangkan fungsi bagi blok berikut; i. ii. iii. iv. Optical Disk Controller Spindle Motor Drive Servo DSP Front-end Processor

Soalan 4

Apakah kebaikankebaikan DVD jika dibandinggkan dengan video CD

MAKLUMBALAS 9

Soalan 1 DVD adalah singkatan dari perkataan Digital Versatile Disk atau nama umumnya ia lebih di kenali sebagai Digital Video Disk. Ia berfungsi untuk menyimpan data pelbagai jenis sistem multimedia seperti data audio, teks, video hinggalah ke gambar foto.

Soalan 2 DVD-RAM adalah Digital Versatile Disk-Random access Memory ia mampu menyimpan data sebasar 5.2 GB (Gygabite) atau setara dengan tayangan filem selama 1 jam. Manakala DVD+RW adalah Digital Versatile Disk-rewritable adalah satu teknologi baru yang

dikeluarkan dibawah DVD. Cakera DVD + RW berupaya menyimpan data sebesar 3GB sahaja. Walaubagaimanapun teknologi ini dalam proses untuk dikeluarkan dan DVD + RW ini serasi berbanding dengan teknologi CD yang lain. Teknologi ini merupakan versi terbaru dari DVD ROM yang mampu membaca disk-disk daripada DVD + RW . Disk-disk yang terdapat pada DVD + RW tidak semestinya disimpan di dalam kotak tertutup yang khusus untuk menjaga kemampuan daya rakamannya. Data-data pada cakera DVD+RW dapat ditulis dan dipadamkan berulang kali.

Soalan 3 1. Optical disk controller. Menentukan dan mengawal kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser dapat mengenai setiap trak iaiatu dan trak paling dalam ke trak paling luar cakera.

2.

Spindle Motor Drive Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang sesuai dengan kedudukan unit pickup.

3.

Servo DSP

Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit dengan motor spindle

4.

Front-End-Processor Memproses isyarat yang diambil dari pickup unit iaitu menguatkan isyarat tersebut dan menyahmodulatkannya.

Soalan 4

Kelebihan DVD ialah ; 1. dapat menyimpan berbagai jenis data seperti audio, teks file, video hingga ke gambar foto yang diambil melalui kamera dan televisyen. 2. mempunyai kapasiti penyimpanan data yang sangat besar bermula daripada 4.7GB sehingga 17GB. 3. Data boleh di simpan pada kedua- dua lapisan cakera.

PENILAIAN KENDIRI 9

Soalan 1 Apabila butang play ditekan unit paparan memaparkan perkataan No Disc bahagian manakah yang mengalami kerosakan. ?

Soalan 2 Nyatakan fungsi blok Optical disc controller.

Soalan 3 Apakah akan berlaku jika pick up unit mengalami kerosakan.

Soalan 4 Bahagian manakah yang mengalami kerosakan jika operasi pemain DVD dalam keadaan Intermittent bila di ON kan.

Soalan 5 Apakah kesan kepada pemain DVD jika bahagian unit bekalan kuasa mengalami kerosakan.

MAKLUMBALAS KENDIRI 9

Adakah anda telah mencuba dahulu ?


Jawapan 1

Jika YA, sila semak jawapan anda

Kemungkinan kerosakan a. bahagian Pick- up unit rosak. b. Lensa pada pick up unit kotor. c. Disc tercalar teruk. d. Disc diletakkan dalam keadaan terbalik. e. Bahagian Litar Servo DSP mengalami kerosakan Jawapan 2 Tugas bahagian optical disc controller ialah untuk menentukan kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser tepat mengenai setiap trak, iaitu dari trak paling dalam ke trak paling luar cakera.

Jawapan 3 Jika Pick-up unit mengalami kerosakan, unit paparan akan menunjukkan perkataan no disc dan tiada gambar dan suara pada monitor.

Jawapan 4 Bahagian unit bekalan kuasa beroperasi secara intermittent. Kemungkinan berlaku dry joint pada mana-mana bahagian dalam unit pemain DVD tersebut.

Jawapan 5 Pemain DVD tersebut tidak beroperasi.

Soalan 1 Merujuk kepada rajah sekeping CD, labelkan bahagian-bahagian yang penting dalam pembinaan CD.

Soalan 2 Nyatakan 3 kedudukan titik focus yang mungkin berlaku ketika laser pickup unit membaca data dari cakera.

Soalan 3

Rajah 10.8 menunjukkan pengatur bekalan kuasa pemain CD Philips, Jika didapati voltan -6V lemah, Komponen manakah yang mungkin mengalami kerosakan dan juga kesannya , voltan AC 9V daripada transformer kuasa adalah normal.

Soalan 4

Bahagian manakah yang mungkin mengalami kerosakan jika butang open CD ditekan tetapi CD tray tidak terbuka. Nyatakan bahagian-bahagian yang mungkin mengalami kerosakan. Soalan 5 Anda dikehendaki mendapatkan manual satu Model audio CD yang terdapat di pasaran hari ini. Dari manual tersebut senaraikan blok-blok yang terdapat pada litar Audio CD serta terangkan fungsi setiap blok tersebut.

MAKLUMBALAS 10

Soalan 1

Soalan 2 Terlalu dekat dari pit/bump iaitu titik focus berada melepasi pit/bump Terlalu Jauh dari pit/bump tidak kena pada pit/bump Tepat pada pit/bump.

i. ii. iii.

Soalan 3

Terdapat 2 kemungkinan iaitu IC pengatur voltan 79M06CT mengalami kebocoran atau kapasitor 2519 bocor atau transistor pengatur BC328/16 mengalami kerosakan. Kesan dari kerosakan tersebut menyebabkan bahagian litar yang mendapat bekalan daripada punca 6V ini tidak dapat berfungsi.

Soalan 4

Kemungkinan peralatan yang rosak adalah;

i.

Sistem Loading Disk

Iaitu mungkin kerosakan pada belting, gear-gear pada system mekanisma tray mengalami kerosakan seperti gear pecah atau retak atau tercabut.

ii.

Loading Motor

Mengalami kerosakan atau tidak mendapat bekalan.

Soalan 5

Buat perbincangan dengan pensyarah anda.

PENILAIAN KENDIRI 10

Soalan 1.

Nyatakan TIGA kerosakan utama pada pemain cakera padat audio dan terangkan secara ringkas ketiga-tiga kerosakan tersebut.

Soalan 2. Merujuk kepada rajah blok di bawah (Rajah S.2) namakan blok-blok yang berlabel A, B, C, D dan E.

Soalan 3. Merujuk kepada rajah litar bekaian kuasa pemain cakera padat pada rajah 10.8. i. ii. iii. Jika I.C. 7815 (6517) terpintas antara pin 1 dan pin 2. Apakah kesan terhadap voltan keluarannya. Kapasitor 2513 terpintas. Apakah kesan terhadap litar paparan ?. Kapasitor 2509 terpintas. Apakah kesan terhadap keluaran I.C. 6506.

Soalan 4. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai terangkan tentang proses membaca data pada CD.

Soalan 5. Terangkan fungsi Laser Pickup Unit.

C D

Rajah S.2 (Untuk soalan 2)

MAKLUMBALAS KENDIRI 10

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda
Soalan 1 Tiga kerosakan utama yang selalu berlaku adalah seperti berikut :Pengaturan voltan yang lemah.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku, iaitu mungkin disebabkan oleh kerosakkan pada transistor pengatur pada litar tersebut atau semiconductor drive yang lain. Keadaan ini berlaku input d.c pada collector transistor adalah rendah. Periksa transistor tersebut yang mungkin ia pintas atau terbuka atau mungkin tiada pengatur langsung juga disebabkan oleh tiada transistor pengatur voltan. Sila rujuk Rajah 10.8.

Kerosakan pada Sistem kawalan .

Kerosakkan pada system kawalan adalah seperti tiada sebarang tindak balas pada ACD jika butang operasi ditekan sebagai contoh, butang operasi PLAY dilakukan pemain cakera padat audio tidak berfungsi seperti yang diarahkan. Kerosakkan begini berlaku di bahagian litar prosessor. Periksa bahagian control panel, ataupun mikroprosesor mengalami kerosakan dan periksa bahagian litar tercetak pada IC mikropemprosesor dan ujian jika ada bekalan pada mikroprosesor atau tidak. Rujuk Rajah 10.4.

Kerosakan pada Sistem Loading Disc.


Masalah pada loading disc adalah seperti CD Tray tidak terbuka semasa butang open ditekan. Masalah ini terdapat banyak kemungkinan yang menjadi faktor kerosakan pada CD Mechanism. Periksa bahagian ini, kemungkinan Belting pada loading disk tray terputus atau tiada tegangan (kendur) dan juga periksa pada gear-gear mekanisma CD jika ianya retak atau tercabut, serta pada loading motor jika ianya sudah rosak atau tiada sebarang voltan diberikan kepadanya. Oleh itu, periksa pada loading switch atau pada bekalan kuasa loading motor tersebut.

Soalan 2

A.

Post Amplifier

B.

Serial EEPROM

C.

Laser Pickup Unit.

D.

RF Amplifier

E.

NTSC/PAL Encoder

Soalan 3

i. ii. iii.

Voltan keluaran +15V akan berkurang menjadi sifar. Unit pemapar tidak boleh berfungsi kerana tidak mendapat bekalan kuasa. Voltan keluaran -15V akan berkurang menjadi sifar.

Soalan 4 Data audio pada cakera akan dibaca oleh photodetector yang berada di pickup unit pada setiap trek iaitu dari trek yang paling tengah ke trek yang paling hujung. Cakera akan berputar pada kelajuan yang sesuai dengan kedudukan lensa pickup unit. Cahaya akan dipancarkan dari diod laser akan melalui polarizing beam splitter, collimator lens, wave plate dan objective lens akan mengena samada pit atau bump pada cakera. Cahaya tersebut akan dibalikkan oleh pit atau bump akan melalui objective lens, wave plate, collimator lens akan dibiaskan oleh polarizing beam splitter seterusnya melalui concave singlet lens dan cylindrical lens dan mengena pada photodetector array. Photodetector array akan menukar isyarat cahaya ini kepada isyarat elektrik untuk diproses dan ditukarkan kepada isyarat bunyi. Rujuk rajah di bawah, anak panah menunjukkan arah pergerakan cahaya.

Rajah S.4. Bagaimana photodetector array membaca data pada cakera.

Soalan 5 Fungsi laser pickup adalah untuk membaca data audio dari setiap trek pada cakera. Bentuk data yang di baca berdasarkan susunan pit/bump pada trek yang terdapat pada cakera tersebut.

Soalan 1 Dalam digital Audio Tape ( DAT ) terbahagi kepada dua bahagian iaitu stationary Head Digital Audio Tape ( S- DAT ) dan Rotary Head Digital Audio Tape ( R- DAT )Terangkan secara ringkas bahagian - bahagian tersebut.

Soalan 2 Kerosakan yang biasa berlaku dalam R DAT adalah seperti pita jam, kotoran pada head, bateri lemah dan bocor. Apakah penyebab utama berlakunya kerosakan tersebut dan cara mengatasinya.

Soalan 3 Dalam peralatan elektronik, system ATF banyak digunakan untuk meningkatkan system VHS, VCR servo seperti FG, PG untuk mengawal kerosakan. Dalam peralatan manakah system ATF biasanya digunakan.

Soalan 4 Rajah 11.10 menunjukkan blok diagram litar proses ATF, terangkan cara proses ATF dilakukan.

MAKLUMBALAS 11

Soalan 1

Stationary head Digital Audio Tape (S-DAT) digunakan sebagai rotary head, ia seakan-akan sama dengan perakam VCR. Format ini telah banyak digunakan dalam kumpulan penyiaran dan penerbitan.. Rotary head Digital Audio Tape (R-DAT) dikukuhkan dalam penyiaran. Pada asalnya ia tidak terikat pada asas VCR dimana rotary head berfungsi melalui satu bahagian besar. Perbezaan yang jelas ialah dalam Pemain VCR, tape terus berhubung dengan tape head. Tetapi dalam R-DAT yang mempunyai 90 wrap bermaksud kepala (head) yang hanya berhubung dengan tape sebanyak 50% pada setiap masa. Ini wujud oleh time compression dari data audio. Rujuk Rajah 11.0 di bawah. Rajah 11.1 menunjukkan bagaimana data audio disimpan pada tape dengan format helical scan. Rajah 11.2 pula menunjukkan struktur binaan bagi pita (tape) DAT.

DAT

Rajah 11.0 : Rajah menunjukkan kawasan yang tersentuh antara tape dengan drum head bagi VHS, VTR dan DAT

Soalan 2

Kerosakan yang biasa berlaku pada DAT 1. Pita jam

Satu daripada masalah biasa pada DAT ialah Pita tidak keluar apabila butang eject di tekan, ini kerana pita jam. Punca kepada masalah ini ialah biasanya kerana kekotoran pada sistem mekanikal, pelarasan yang tidak betul dan suhu (panas) pada bahagian mekanikal yang terlibat. Rujuk rajah di bawah

Cara mengatasinya: Bersihkan bahagian yang terlibat dengan menggunakan contact cleaner . Betulkan pelarasan, contohnya pelarasan pada belt tension.

2.Kekotoran pada head drum

Kekotoran pada head drum akan menyebabkan gangguan pada bunyi, bunyi yang bising dan tidak jelas. Cara mengatasinya : Bersihkan head Drum. ( Rujuk Rajah di bawah)

3.

Bateri Lemah

Data untuk initial setup akan hilang

Cara mengatasinya: Tukar bateri baru Buat proses re initialize Bateri rosak Bocor

4.

Cecair yang keluar dari bateri terkena pada track litar

Cara mengatasinya: Tukar bateri dan cuci track yang terkena cecair dari bateri.

PENILAIAN KENDIRI 11

Soalan 1
Merujuk kepada rajah 11.9 dan 11.0 terangkan kesan terhadap pemain DAT jika kerosakan bahagian berikut berlaku i. ii. IC 518 IC 531

Soalan 2 Terangkan secara ringkas fungsi I.C 401 pada litar rajah 11.10.

Soalan 3
Terangkan senggaraan yang perlu dilakukan pada Head Drum sesebuah pemain DAT.

Soalan 4. Dapatkan litar skematik bagi pemain DAT dan daripada litar tersebut kenalpasti komponenkomponen utama dalam unit bekalan kuasa dan system servo. Terangkan secara ringkas fungsi komponen tersebut.

MAKLUMBALAS KENDIRI 11

Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA, sila semak jawapan anda
Soalan 1

Sistem servo tidak berfungsi Motor drum tidak berputar Capstan motor tidak berputar.

Soalan 2. Kerosakan yang berlaku pada IC531 akan menyebabkan ketegangan tape tidak dapat dikesan. Ini mungkin akan menyebabkan tape akan putus atau terlalu kendur dan menyebabkan ia terbelit pada drum.

Soalan 3

Fungsi IC401 adalah untuk motor drum apabila menerima isyarat daripada I.C. microcontroller drum dan capstan. Ia juga memastikan drum akan berputar pada suatu kelajuan tertentu bagi memastikan head dapat membaca maklumat pada tape.

Soalan 4 Bincangkan dengan pensyarah anda.

Anda mungkin juga menyukai