Anda di halaman 1dari 25

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) / SEMESTER 1

GMA1023 KEROSAKAN JENTERA PERTANIAN DAN IMPLEMEN

STANDARD KANDUNGAN 1 :
ANALISIS KEPERLUAN PENYELENGGARAAN

(Standard Pembelajaran 1.1 : Laporan / Rekod Penyelenggaraan)

Disediakan Oleh : Mohd Shahrul Azwan bin Jumadi Kolej Vokasional Lahad Datu
Pengenalan
■ Jentera merujuk kepada mesin seperti traktor, jengkaut (excavator) dan jentolak (bulldozer).
Manakala implemen pula merujuk kepada bahagian atau peralatan yang boleh dipasang dan
dibuka pada bahagian traktor/jentera seperti bajak piring (plower), penuai (harvester) dan
penanam (planter).
■ Gabungan jentera dan implemen ini dapat menghasilkan satu jentera pertanian yang dapat
mengendalikan kerja atau aktiviti khusus di ladang seperti menggembur tanah, menanam,
menyiram, menuai dan sebagainya.

Implemen
Traktor Jentera/Mesin Pertanian
(Planter)
Pengenalan
■ Penyelenggaraan (maintenance) adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memelihara, menjaga,
mengendali dan mengawal selia jentera pertanian, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan
dan persekitarannya bagi memenuhi piawaian semasa serta selamat digunakan.
■ Ia dilakukan terhadap pelbagai bahagian atau komponen yang disebabkan kehausan, kerosakan
atau prestasi jentera pertanian berkurangan sama ada melalui pelarasan atau penggantian.
■ Terdapat beberapa faedah penyelenggaraan iaitu:

Mengelakkan dari
Mendapat keselesaaan
berlakunya masalah Jangka hayat jentera
dan keselamatan
yang serius akan bertambah
pengguna
(breakdown)

Peningkatan
Penjimatan kos
perkhidmatan yang
pembaikan
tinggi/optimum
JENIS-JENIS PENYELENGGARAAN
JENIS
PENYELENGGARAAN

PENCEGAHAAN KEROSAKAN RAMALAN


(PREVENTIVE) (BREAKDOWN) (PREDICTIVE

SETENGAH
HARIAN MINGGUAN BULANAN TAHUNAN
TAHUN
PENYELENGGARAAN KAWALAN
(PREVENTIVE)

╸ Dilakukan untuk menghalang kegagalan fungsi, pelanggaran


keselamatan dan mengekalkan komponen asal.
╸ Juga dikenali sebagai penyelenggaraan berjadual atau berkala.
╸ Jenis – jenis penyelenggaraan kawalan adalah:
a) Penyelenggaraan Harian
b) Penyelenggaraan Mingguan
c) Penyelenggaraan Bulanan
d) Penyelenggaraan Setengah Tahun
e) Penyelenggaraan Tahunan
PENYELENGGARAAN HARIAN
• Bertujuan untuk memastikan jentera siap sedia untuk digunakan.
• Memastikan pengguna mendapat keselesaan dan keselamatan lebih terjamin.

SEBELUM MENGHIDUPKAN JENTERA SELEPAS MENGGUNAKAN JENTERA

✓ Periksa paras minyak enjin dalam takungan enjin dan ✓ Basuh jentera dan implemen hingga bersih.
tambah jika berkurangan. ✓ Ketatkan semua bolt dan nut yang longgar pada
✓ Periksa penapis udara supaya bersih tayar dan badan jentera
✓ Periksa air dalam radiator, tambah jika kurang. ✓ Griskan semua bering-bering
✓ Periksa air bateri, tambah jika kurang ✓ Isi penuh tangki bahan api
✓ Periksa bahan api dalam tangki. ✓ Simpan jentera di tempat yang beratap.
✓ Pastikan roda mempunyai tekanan udara yang sesuai.
✓ Periksa kefungsian sistem lampu, lampu isyarat dan
lampu brek
✓ Pastikan unit “Tool-kits” mencukupi
PENYELENGGARAAN MINGGUAN (50 JAM)
• Dilakukan setelah 50 jam pengunaan jentera yang
dianggarkan selepas seminggu penggunaan.

• Penyelenggaraan mingguan adalah seperti berikut:


✓ Bersihkan bekas penapis udara dan juga penapisnya
✓ Minyak gear – periksa paras dan tambah jika perlu
✓ Minyak gandar belakang- periksa paras dan tambah
jika perlu
✓ Bateri - cas bateri, tambah air suling dan bersihkan
kabelnya
✓ Minyak stering - isikan minyak SAE yang disyorkan
✓ Periksa tekanan angin tayar, tambah jika perlu
✓ Sistem Hidraulik - periksa dan tambah minyak
hidraulik jika perlu
✓ Periksa ketegangan tali sawat
✓ Bersihkan penapis bahan api
PENYELENGGARAAN BULANAN (200 JAM)

• Dilakukan setelah 200 jam pengunaan jentera yang dianggarkan selepas


sebulan penggunaan.

• Penyelenggaraan bulanan adalah seperti berikut:


✓ Lakukan penyelenggaraan 50 jam
✓ Tukar minyak pelincir dalam enjin
✓ Bersihkan atau tukar penapis minyak enjin
✓ Tukar minyak dalam pembersih udara dan bersihkan penapisnya.
✓ Bersihkan penapis bahan api
✓ Letakkan pelincir pada pedel cekam dan pedal brek
PENYELENGGARAAN SETENGAH TAHUN (600 JAM)

• Dilakukan setelah 600 jam pengunaan jentera yang dianggarkan selepas


setengah tahun penggunaan.

• Penyelenggaraan adalah seperti berikut:


✓ Lakukan penyelenggaraan 200 jam
✓ Tukar minyak gear
✓ Tukar minyak stering
✓ Tukar minyak Hidraulik
✓ Periksa dan selaraskan brek dan cekam ( 20 – 50mm)
✓ Tukar penapis hidraulik (jika perlu)
✓ Tukar panapis bahan api
✓ Cuci dan pasangkan semua bearing roda depan
PENYELENGGARAAN TAHUNAN (1000 JAM)

• Dilakukan setelah 1000 jam pengunaan


jentera yang dianggarkan selepas setahun
penggunaan.

• Penyelenggaraan adalah seperti berikut:


✓ Buat penyenggaraan 600 jam
✓ Tukar minyak gear
✓ Tukar minyak ` final drive ‘ dan kerbeda
✓ Buat ` flushing ‘ untuk sistem penyejukan
✓ Periksa ` starter motor ‘
✓ Periksa dan selaraskan kelegaan injap
✓ Letakkan pelincir bearing roda depan dan
belakang
CONTOH JADUAL PENYELENGGARAAN KAWALAN
PENYELENGGARAAN KEROSAKAN
(BREAKDOWN)

╸ Penyelanggaraan jentera selepas mengalami kerosakan adalah yang paling


mahal.
╸ Penyelenggaraan pembaikan bukan sahaja membaiki atau menggantikan
komponen yang rosak tetapi ia juga melibatkan kerja-kerja “rebuilding and
resurfacing” komponen yang rosak kerana terhakis dan haus.
╸ Melibatkan kerja-kerja mengetuk mengimpal dan mengecat
╸ Contoh:
1) Sistem Clutch jentera telah haus dan rosak
2) Sistem transmisi (Gearbox) rosak
3) Radiator pecah
PENYELENGGARAAN RAMALAN
(PREDICTIVE)

➢ Kecanggihan sistem sensing dan teknologi perkomputeran


yang maju telah mewujudkan kaedah penyelenggaraan
ramalan.
➢ Sensor digunakan untuk mengawasi parameter petunjuk (key
parameters) dan menggunakan data-data terkumpul bersama
maklumat yang telah dianalisis untuk mengesan kerosakan
(breakdown) sebelum ia berlaku.
➢ Membolehkan penyelenggaraan dibuat dengan lebih efisyen.
Proses Penyelenggaraan
•Aset yg memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal pasti dan direkodkan dalam
1. Menyediakan Senarai Aset Yang borang aset penyelenggaraan.
•Kenalpasti dan senaraikan kos yg perlu dibuat secara berkala sebaik sahaja tamat
Memerlukan Penyelenggaraan tempoh jaminan.

•Setelah aset yg memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu


program penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan.
2. Merancang Penyelenggaraan

•Hendaklah dilaksanakan mengikut jadual kecuali sesuatu aset diperlukan dengan


3. Melaksanakan Program segera berdasarkan SOP yang betul.
•Laporan Penyelenggaraan dan Arahan Kerja (Work Order) perlu disediakan.
Penyelenggaraan

•Setip penyelenggeraan yg dilaksanakan hendaklah direkodkan dalam


bagi menunjukkan latar belakang penyelenggaraan yg telah dibuat dan
4. Merekodkan Penyelenggaraan pergerakan kos.

•Menentukan matalamat program penyelengaran tercapai


•Memastikan penyelenggaraan yg dijalankan berkualiti, bersesuaian dan munasabah dari segi kos dan
masa.
5. Menilai Penyelenggaraan •Mengenalpasti penyelenggaraan yg seterusnya.
•Membantu pihak pengurusan membuat keputusan tindakan yg sesuai ke atas aset berkenaan.
•Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh pihak swasta.
Arahan Kerja (Work Order)
╸ Perintah kerja adalah maklumat seperti tentang apa, di mana, bila, berapa lama, dan
oleh siapa penyelenggaraan akan dijalankan.

╸ Terdapat 2 (dua) jenis perintah kerja iaitu:-


• pesanan kerja disediakan daripada data inventori (ciri-ciri fizikal) dan
penyata tugas. Sebagai contoh, satu arahan kerja boleh mengandungi
tugas-tugas penyelenggaraan mingguan untuk mesin/peralatan.
• perintah kerja yg boleh mengandungi tugas berbeza untuk
penyelenggaraan bulanan aset yg sama.

╸ Garis panduan Am bagi menyediakan perintah kerja adalah seberti berikut:-


a) Bermula dengan apa-apa aset di dalam simpanan, memeriksa data inventori
dan penyata tugas untuk menentukan tugas yg bersesuaian untuk aset tertentu.
b) Senaraikan nama aset, bilangan aktiviti penyelenggaraan dan arahan kerja
bernombor, dan lain-lain arahan kerja kosong.
c) Mengira masa yg diperlukan untuk menyelesaikan tugas-tugas individu dan
jumlah masa untuk semua tugas.
Contoh Arahan Kerja (Work Order)
1. Nombor Arahan Kerja
2. Butiran Masa dan Tarikh Dikeluarkan
3. Person-In-Charge (PIC)
4. Peringatan Keselamatan
5. Maklumat Pemohon
6. Butiran Kerosakan / Penyelenggaraan
7. Tambahan Pekerja/Buruh
8. Tambahan Peralatan/Komponen
9. Butiran Komponen (Bilangan, Ukuran, Lokasi)
10. Standard Operating Procedure (SOP)
11. Ulasan
Rekod Penyelenggaraan
╸ Merupakan dokumen yang merekodkan maklumat berkaitan kerja-kerja pembaikan
dan penyelenggaraan yang dilakukan pada setiap aset atau peralatan. Ianya juga
memberi maklumat tentang kerosakan yang berlaku.

╸ Penyediaan rekod ini membantu mengekalkan pengurusan keselamatan dan


kesihatan sesuatu aset melalui maklumat berikut:
╸ Masa dan tarikh penyelenggaraan dilakukan
╸ Jenis penyelenggaraan diperlukan
╸ Butiran aset seperti nombor, komponen, kondisi semasa dan sebagainya
╸ Jenis-jenis risiko berkaitan
╸ Keadaan persekitaran dan kesannya.
Kepentingan Rekod Penyelenggaraan

Mengelakkan kos penyelenggaraan


yang tinggi.

Meningkatkan tahap keselamatan.

Menentukan penggantian aset.

Mengurangkan beban kerja


buruh/pekerja.

Memudahkan pengurusan aset.


1. Mengelakkan Kos Penyelenggaraan Yang Tinggi
╸ Penyelenggaraan aset merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada peningkatan kos
keseluruhan sesuatu organiasasi / syarikat / individu.

╸ Terdapat aset yang memerlukan kos penyelenggaraan


yang rendah dan juga tinggi.Kos pembaikan merupakan
jumlah yang diperlukan bagi mengembalikan keadaan
aset seperti sedia kala mengikut fugsinya.

╸ Rekod ini menyimpan maklumat berkaitan setiap


penyelenggaraan atau pembaikan yang dilakukan pada
sesuatu jentera atau peralatan.

╸ Dengan adanya rekod penyelenggaraan, sesorang dapat


menentukan bila dan jenis penyelenggaraan yang
diperlukan bagi sesuatu aset. Ini sekali gus
mengelakkan kegagalan/kerosakan yang lebih serius
yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
2. Meningkatkan Tahap Keselamatan

╸ Rekod penyelenggaraan juga memberi maklumat berkaitan


kesan daripada kegagalan atau kerosakan aset terhadap
sistem, pekerja dan juga persekitaran.

╸ Ianya juga memberi maklumat tentang bagaimana


pekerja/operator mengendalikan kerja-kerja penggunaan
aset tersebut.

╸ Dengan adanya rekod ini, kita dapat menentukan:


• tahap kerosakan/keterukan aset
• janggkaan aset akan rosak/gagal berfungsi
• bagaimana kerosakan dapat dielakkan
• aset yang selamat untuk digunakan
3. Menentukan Penggantian Aset

╸ Melalui rekod penyelenggaraan, kita dapat mengenalpasti


kekerapan atau bilangan kerosakan yang dihadapi oleh
sesuatu aset termasuk keadaan operasinya, keperluan
untuk dibaiki dan kos yang terlibat dalam setiap kerja
pembaikan aset.

╸ Dengan adanya maklumat tersebut, kita dapat tentukan


bila masa yang sesuai untuk penggantian aset yang
baharu.

╸ Jika kos pembaikan aset lebih tinggi berbanding


penggantian aset yang baharu, maka disyorkan untuk
menggantikannya bagi mengurangkan kos, mengelakkan
kerosakan berulang, mendapat jaminan (warranty)
pengilang dan meminimumkan kerja-kerja pembaikan.
4. Mengurangkan Beban Kerja Buruh/Pekerja

╸ Rekod penyelenggeraan juga dapat membantu


mengelakkan kebarangkalian kerosakan berlaku pada
sesuatu aset.

╸ Ini sekali gus membantu :


▪ mengurangkan kerja penyelenggaraan yang tidak
diperlukan,
▪ menjadualkan kerja-kerja penyelenggaraan yang
diperlukan
▪ membantu pihak pengurusan memastikan
pekerja/buruh berprestasi baik
▪ mengurangkan beban kerja-kerja pembaikan kepada
pekerja/buruh.
▪ mengurangkan keperluan tenaga buruh.
5. Memudahkan Pengurusan Aset

╸ Rekod penyelenggaraan menyimipan data-data


penting berkaitan aset seperti perincian kerja,
penyelenggaraan, pembaikan, persekitaran kerja,
pemprosesan, risiko terlibat dan sebagainya.

╸ Dengan bantuan maklumat ini, kita dapat


menguruskan aset dari segi keperluannya untuk
diselenggara agar keadaan aset dapat dikekalkan
dengan baik, mengelakkan sebarang kerosakan
dan meningkatkan jangka hayatnya.
Contoh Rekod Penyelenggaraan
BORANG REKOD PENYENGGARAAN

BUTIR-BUTIR IMPLIMEN

Nama implimen/ Model: _________________ No. Pendaftaran:


__________________

Tarikh dibeli/ diperolehi:_____________ Harga beli:__________________________

Nama syarikat penjual: ________________________________________________

PELINCIRAN

Gear box: ________________________ Tukar tiap-tiap: ____________________


jam

Grease point: ______________________ Tambah setiap: ___________________


jam

JANGKAMASA PENGGUNAAN (JAM KERJA)

Bulan: ___________________ Tukar minyak gear box pada jam: ______________

Jam bulan ini: _____________ Akan datang tukar pada jam: __________________

Jam bulan sudah: __________ Tukar minyak kotak rantai pada jam: ____________

Jumlah: _________________ Akan datang tukar pada jam: __________________

PEMBAIKAN

JENIS TEMPAT
TARIKH HARGA CATATAN
PEMBAIKAN MEMBUAT

Tandatangan pelatih Tanda tangan penyelia

___________________ __________________
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai