Anda di halaman 1dari 37

DOKUMENTASI

PEYENGGARAAN
PENCEGAHAN
Oleh : Nor Izlaikha binti Che Aziz
Tujuan pembelajaran :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk


memastikan pelatih dapat memahami dengan
jelas penyelenggaraan pencegahan serta
kaedah/jenis penyelenggaraan tersebut.
DEFINISI
SENGGARAAN/PENYELENGGARAAN
◦ Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” bermaksud : Kombinasi
di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem
penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan
dalam sebuah sistem tersebut berfungsi mengikut perancangan.
◦ Definisi/Istilah dari kamus elektronik, senggaraan bermaksud : Melihat dan
menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang
salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.
◦ Secara mudah senggaraan bermaksud mengesan, membaiki atau mencegah
kerosakan yang berlaku ke atas sesuatu peralatan supaya ianya dapat berfungsi
dengan sempurna.
CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI
SENGGARAAN
◦ Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang
telah dirancangkan dan diteliti.
◦ Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan
membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan
yang telahdirancangkan supaya senang untuk disenggarakan dengan
betul dan sempurna.
◦ Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan
berus karbon, bering, komutator dan suhu kendalian
◦ Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat.
◦ Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing
untuk setiap peralatan.
◦ Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.
◦ Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti
kelajuan,ketegangan bacaan arus, voltan dan sebagainya.
OBJEKTIF SENGGARAAN
◦ Dapat mengemaskini sistem sesuatu peralatan atau mesin seperti sediakala.
◦ Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang
disenggarakan.
◦ Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
◦ Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.
◦ Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang
disenggarakan.
◦ Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah
peralatan yang disenggarakan.
◦ Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.
KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM

◦ Untuk meminimumkan kos penyenggaraan:


◦ Setiap proses senggaraan peralatan perlulah dirancang dengan teliti.
◦ Setiap perancangan tersebut perlulah merangkumi perancangan
senggaraan pencegahan, senggaraan pembaikian, senggaraan
kecemasan, jadual senggaraan dan ada syarat & dasar senggaraan.
◦ Perancangan senggaraan merupakan tempat
mengatur/merancang proses senggaraan dan membawa
keluar maklumat perancangan masa depan. Ianya juga
merupakan tempat kawalan dan menyimpan data-data
penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan.
Tiada Perancangan Senggaraan
◦ Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk menyelenggarakan sesuatu
peralatan atau mesin.
 
Senggaraan Pencegahan
◦ Bermaksud sesuatu senggaraan yang dibuat adalah mengikut perancangan, pemerhatian atau menggunakan kriteria
yang ada bersuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan/kerosakan dalam
sesuatu sistem.

Senggaraan Pembaikan
◦ Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di dalam sesuatu peralatan atau
mesin.
Senggaraan Kecemasan
◦ Senggaraan ini bermaksud membaiki sesuatu mesin atau peralatan dengan kadar segera untuk mengelakkan daripada
menerima akibat yang lebih buruk. Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya
akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada persekitaran seperti diakibatkan oleh angin, banjir, kilat
dan lain-lain.

Syarat dan Dasar Senggaraan


◦ Merupakan perancangan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada keputusan perbincangan
dengan syarat semua item mestilah berulang (routine) atau proses monitoring.

Jadual Senggaraan
◦ Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih menumpukan kepada cara-cara pencegahan yang meliputi
penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain lain.
MEMASTIKAN TEMPOH HAYAT MESIN

◦ Jangka hayat bagi setiap mesin biasanya tidak tetap di mana bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:
◦ a) Jenis mesin/peralatan
◦ b) Tempat penggunaan
◦ c) Cara penggunaan
◦ d) Perubahan suhu
◦ e) Tahap kelembapan
◦ f) Persekitaran yang berkimia
PENYENGGARAAN PENCEGAHAN
◦ Dilakukan secara rutin
◦ Melibatkan aktiviti yang mudah sehingga yang kompleks
◦ Komponen penting dan sensitif
◦ Komponen yang sentiasa bergerak
◦ Mempunyai beberapa kaedah dan jenis
Kelebihan penyelenggaraan pencegahan
◦ Mengurangkan kerosakan
◦ Mengurangkan kos menunggu
◦ Jangka hayat mesin/peralatan lebih lama
◦ Dapat merangka jadual kerja dengan lebih berkesan
Keburukan penyelenggaraan pencegahan
◦ Kos penyelenggaraan yang tinggi
◦ Komponen ditukar sebelum jangka hayat tamat
◦ Penggantian komponen dan “filter” kadangkala menyebabkan kerosakan
◦ Masih berlaku kerosakan yang tidak dijangka
JENIS PENYENGGARAAN PENCEGAHAN
◦ Penyelenggaraan berkala/berjadual
◦ Penyelenggaraan Ramalan/Jangkaan
◦ Penyelenggaraan secara Peluang/Kesempitan
◦ Rekabentuk semula (Design Out)
PENYENGGARAAN BERKALA
◦ Mudah untuk dilaksanakan
◦ Dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan
◦ Melakukan perkara-perkara yang mudah seperti melaraskan mesin/ meletakkan gris
◦ Memeriksa komponen yang sensitive,mudah haus,bahagian yang bergerak/berputar
Kebaikan penyelenggaraan berkala
◦ Mengurangkan kadar kerosakan yang tidak dijangka
◦ Memanjangkan hayat mesin/peralatan
◦ Mengurangkan kos baik pulih
◦ Penggunaan tenaga kerja yang lebih effektif dengan perlaksaan yang lebih terancang
◦ Persediaan alat ganti dapat dibuat dengan lebih awal
Keburukan penyelenggaraan berkala
◦ Penukaran kompenan dibuat sebelum tamat jangka hayat penggunaan
◦ Kos yang tinggi
◦ Masih berlaku kerosakan yang tidak disangka
PENYENGGARAAN RAMALAN

 Berasaskan keadaan mesin/peralatan

 Mengawal parameter mesin/peralatan bagi menentukan bila penyelenggaraan dilaksanakan

 Dapat membuat jangkaan awal kerosakan yang mungkin berlaku


Kebaikan penyelenggaraan ramalan Keburukan penyelenggaraan ramalan
1 Meningkatkan tahap keselamatan Penggantian komponen sebelum tempoh hayat
2 Dapat membuat persediaan alat ganti sebelum Kos yang tinggi
kerosakan berlaku
3 Meningkatkan keselamatan dan jangka hayat Memerlukan alat pengesan
mesin
4 Meningkatkan tahap penggunaan mesin Kerosakan boleh berlaku sebelum tempoh yang
dijangka (silap jangkaan)
5 Meningkatkan kualiti bahan yang dihasilkan
6 Dapat merancang masa yang sesuai untuk
menghentikan operasi mesin
PENYENGGARAAN PELUANG

◦ Dilakukan semasa mesin tidak beroperasi


◦ Tempoh mesin tidak diguna pakai
◦ Ketiadaan bahan kerja
◦ Memerlukan system komunikasi yang tersusun dan berkesan
Kebaikan penyelenggaraan peluang
◦ Tidak menganggu proses kerja
◦ Dapat membuat persediaan alat ganti
◦ Dapat merancang penggunaan tenaga kerja baik pulih
Keburukan penyelenggaraan peluang
◦ Kerosakan boleh berlaku lebih awal
◦ Koordinasi dan komunikasi yang lemah tidak dapat melicinkan kerja-kerja penyelenggaraan
REKABENTUK SEMULA

◦ Rekabentuk semula komponen yang kritikal untuk mengurangkan kerosakan


◦ Ubahsuai penggunaan mesin yang kritikal dengan mengurangkan bebanan terhadap bahagian tersebut
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN
KEROSAKAN LUAR JANGKA
◦ Melantik seorang pegawai kanan yang bertanggungjawab ke atas semua aspek penyelenggaraan
◦ Menyediakan daftar asset penyelenggaraan
◦ Menyediakan jadual penyelenggaraan/plan operasi penyelenggaraan
◦ Menilai dan mengemaskini program penyelenggaraan
MEREKOD SENARAI SEMAK
◦ Tujuan merekodkan segala kerja penyenggaraan adalah untuk meastikan:
◦ Berkesan atau tidaknya sesebuah senggaraan yang dijalankan bergantung kepada sebaik mana kerja-kerja merekod aktiviti-
aktiviti senggaraan dilakukan.
◦ Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang berkesan.
◦ Berikut dihuraikan secara ringkas tentang langkah yang biasanya diambil sebelum sesuatu kerja senggaraan dilakukan.
Arahan Kerja

◦ Kerja senggaraan bermula daripada panggilan unit penyelenggaraan memberitahu akan kerosakan atau gangguan yang
terdapat dalam bengkel.
◦ Kemudian penyelia bengkel akan mengeluarkan arahan kepada juruteknik penyelenggaraan untuk membaiki kerosakan.
◦ Disinilah bermulanya rekod-rekod penyelenggaraan dibuat seperti jenis kerja yang dilakukan masa yang diambil, kos alat
ganti dan tenaga yang diperlukan.
Jadual Kerja

◦ Sebagai langkah untuk menolong bahagian penyelenggaraan membuat kerja dengan lebih cekap. Penyelia kawalan bahagian
akan membuat anggaran tentang jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis selenggaraan yang diperlukan.
◦ Ini akan memudahkan bahagian senggaraan mengagih-agihkan kakitangannya apabila lebih daripada satu kerja berlaku
serentak.
◦ Kemudian jadual-jadual untuk setiap jenis maklumat yang terkandung adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menyelenggara kerosakan, bilangan pekerja dan masa yang diambil untuk menyelesaikan tugasnya.
Kos Senggaraan

◦ Adalah jumlah pekerja yang menjalankan tugas dan kos bahan ganti yang digunakan.
Rekod Senggaraan
◦ Semua rekod-rekod penyelenggaraan mestilah mengandungi senarai alat ganti yang telah digunakan dan dicatitkan juga
nombor siri, pembekal, kos pembeli dan sebagainya.
◦ Unsur-unsur dibawah ini mencatatkan di dalam buku rekod penyelanggaraan untuk setiap mesin dan peralatan yang ada.
◦ Nama mesin / peralatan.
◦ Tarikh diperbuat dan nama pengeluar.
◦ Tarikh di beli dan nama pembekal.
◦ Kos pembelian.
◦ No siri pada mesin / peralatan.
◦ Jumlah masa mesin / peralatan telah digunakan sejak awal.
◦ Kekerapan pemeriksaan yang dijalankan terhadap mesin / peralatan.
◦ Jumlah kos dan jenis penyelenggaraan yang pernah dilakukan terhadap mesin.
◦ Anggaran masa sebelum mesin / peralatan jadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi
CONTOH JADUAL PENYENGGARAAN
CARTA ALIR PROSES
PENYENGARAAN
CONTOH BORANG ADUAN KEROSAKAN
CONTOH BORANG PENYENGGARAAN
KAEDAH MENGISI BORANG PENYENGGARAAN
◦ HASILKAN 9 KUMPULAN
◦ SATU KUMPULAN SATU KOMPUTER
◦ SILA HASILKAN KERTAS KERJA

◦ KERTAS KERJA MESTI MENGANDUNGI

Anda mungkin juga menyukai